Hebat dan besar, nikmat keistimewaan bulan Zulhijjah menjanjikan pahala berlipat ganda khususnya pada 10 hari pertama.
Apabila ia adalah perkara yang paling disukai oleh Allah, maka ia adalah sesuatu yang afdal disisi-Nya. Melalui perkongsian Dr. Ahmad Sanusi Azmi beliau berkongsi tentang mengapa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah cukup istimewa.
1. Esok merupakan hari pertama bulan Zulhijjah. Tahukah anda bahawa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah ini dapat memberikan pahala yang lebih besar dari Jihad?
“Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi.”(HR al-Bukhari)
Photo by michael-burrows from Pexels.
2. Mengapa 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih baik dari Jihad?
Menurut al-Imam Ibn Hajar:
والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه ، وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ، ولا يتأتى ذلك في غيره
“Secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedeqah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain.” (Fath al-Bari)
Photo by shams-alam-ansari from Pexels.
3. Dengan sebab itu Rasulullah mengangkat hari-hari ini sebagai hari yang paling baik dalam setahun.
Sabda Rasulullah:
أَفْضَلُ أَيَّامِ الدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ
“Sebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.”
4. Sehingga atas dasar itu al-Imam Ibn Taimiyyah menganggap 10 hari pertama ini lebih utama dari 10 hari terakhir dari bulan Ramadan.
Kata beliau:
أيام عشر ذي الحجة أفضل من أيام العشر من رمضان والليالي العشر الأواخر من رمضان أفضل من ليالي عشر ذي الحجة
Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadhan, dan malam sepuluh akhir Ramadhan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah. [Majmu’ al-Fatawa, jilid 25, m/s 287]
5. Atas dasar itu Rasulullah meletakkan hari ini sebagai hari yang mesti dipertingkatkan amalan harian kita. Baginda melihatnya sebagai hari yang sangat dicintai oleh Allah.
Sabda Rasulullah:
ما من أيام أعظم عند الله سبحانه ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر. فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid” (HR al-Tabrani)
Berkat rezeki, sayap usahawan Muabellaz terus berkembang dengan pembukaan kedai runcit BellazMARTNUART di kampung halamannya di Kedah.
Teruja melihat kesibukan Muabellaz dan suami berniaga. Dari dunia kosmetik ke bisnes makanan, kini mereka dilihat membuka sebuah kedai runcit baharu, BellazMARTNUART di Jitra.
Berkat rezeki dan populariti Bellaz di media sosial, hasrat untuk memiliki sebuah kedai runcit menjadi kenyataan. Idea pembukaan kedai ini tercetus daripada suami Bellaz, Anuar Ahmad yang juga memiliki minat serupa dalam bidang keusahawanan.
“2.30 pagi masih di sini. Ya Allah murahkan rezeki suamiku, yang selalu support ku dari dulu lagi.
Permudahkan segala urusannya di dunia dan akhirat. Hampaa BellazMARTNUART on the way buka insyaallah,” kongsi Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini.
Dalam hantarannya di media sosial semalam, kelihatan stok barangan runcit sudah mula disusun kemas di atas rak. Selain mereka suami isteri, gelagat anak bongsu Bellaz, Aisywara Nealofa juga sibuk ‘membantu’ di dalam kedai.
Kerap berkongsi aktiviti jualan di media sosial, pempengaruh ini walaubagaimanapun belum memaklumkan tarikh pembukaan rasmi kedai runcit tersebut.
Bellaz sebelum ini ligat berniaga produk kosmetik dan kecantikan miliknya iaitu Bellaz Beauty dan menjual pelbagai jenis makanan seperti karipap, cucur badak serta aneka pencuci mulut yang dibuat sendiri.
“Semoga yang nampak post ni Wara doakan semua ada rezeki besar menanti dan dipermudahkan segala urusan, aaminn.
Doakan buat Abah Wara sama. Buka kedai runcit ni dekat Jitra, Kedah.”
Kagum betul melihat kegigihan pasangan ini mengemas kedai runcit sampai lewat pagi. Daripada LIVE solekan, Bellaz dan Anuar sambung bekerja lagi. Itu belum dicampur tenaga menguruskan bisnes Bellaz Beauty dan sebagainya. Non-stop!
Syabas Bellaz dan Anuar! Semoga segala usaha mencari rezeki halal dipermudahkan dan mendapat kejayaan luar biasa.
Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arena seni dan hiburan tanahair, mula melakar nama sebagai juara bagi Pencarian Dewi Remaja, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Hajah Lofa kini terus relevan meski sudah tidak bergiat aktif sebagai anak seni.
Terbaharu, usahawan tersohor jenama tudung Naelofar dan Innai Nunha ini mendedahkan bahawa hampir semua impianya di dalam kehidupan telah tercapai.
Tetapi hanya ada satu hasrat lagi yang ingin dicapai oleh isteri kepada PU Riz ini, iaitu memantapkan ilmu pengajian Al-Quran dan mahu menjadi seorang tenaga pengajar yang mengajar mengaji.
Ada Satu Hasrat Dan Impian Lofa Yang Belum Dicapai?
@nunha.co MasyaAllah semua cita cita dah tercapai! Tapi ada satu lagi, nak jadi guru ajar mengaji. InsyaAllah one day tercapai cita cita @neelofa ♬ original sound – Innai Nunha HQ
Menurut Neelofa, dirinya memanjatkan rasa syukur di atas segala nikmat dan semua impiannya yang dimakbulkan Allah, dan menyimpan hasrat untuk mengajar seseorang mempelajari Al-Quran selepas membaca berkenaan perkongsian satu hadis ini.
“Alhamdulillah, banyaklah yang tercapai mimpi-mimpi impian tu. Tapi, yang tak tercapai lagi kalau pekerjaan yang saya nak buatlah.. sebab ada hadis yang cakap ‘sebaik-baik pekerjaan adalah belajar Al-Quran dan mengajar.
“Dan, saya naklah reti belajar mengajar, ajar mengaji pulak. Itu impian saya,” katanya.
Tambah Neelofa, dia tidak kisah seberapa ramai pun bilangan anak murid yang sudi menjadi pelajarnya kelak, cukup sekadar untuk melunaskan sahaja impian berkenaan.
“Walaupun tak mengajar mengaji ramai, ajar mengaji beberapa orang cukuplah, sekadar memenuhi impian itu.
“Sekadar boleh, ada kemampuan untuk mengajar mengaji. Jadi, doa-doakanlah,” Ujar Lofa.
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan hasil perkongsian hidup selama 4 tahun itu, pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah kini mengambil pendekatan enggan terlalu berkongsi mengenai hal peribadi dan kebahagiaan keluarganya menerusi media sosial.
Bella atau nama sebenar, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 29, berkata dia berbuat demikian kerana ingin ingin menjaga privasi keluarga dan menghindari keluaranya dari risiko terkena penyakit ain.
Tak Kongsi Di Media Sosial, Bukan Tak Bahagia
“Alhamdulillah, kami (Bella dan Aliff) tak bergaduh ke apa.. Sebenarnya kami sekeluarga banyak spend masa bersama.
“Kalau perasaan kami dah jarang berkongsi kebahagiaan di media sosial. Kalau dulu, ya memang saya selalu share. Lagipun, sekarang ni banyak mata-mata yang suka memerhati dengan perasaan hasad dengki, risau jika keluarga terkena penyakit Ain.
“Tapi bila jarang berkongsi, banyak pula orang DM tanya kenapa.. kita pula dalam dilema, kalau selalu post orang tak suka pula.
“Tapi kalau ada special occasion macam hari lahir suami atau anak-anak, saya akan tetap berkongsi,” katanya sumandak asal kelahiran Sabah ini.
Alif Banyak Perubahan Positif, Rapat Dengan Anak & Keluarga
Menurut Bella lagi, suaminya, Aliff Aziz, 32, juga sudah menunjukkan banyak perubahan positif malah sering meminta Bella untuk hadir menemaninya ke set penggambaran sekiranya dia mempunyai kelapangan.
“Aliff pun banyak perubahan yang sangat-sangat bagus. Alhamdulillah semoga berkekalanlah macam itu.
“Dia pun ada ajak pergi bercuti malah dengan anak-anak pun dia sangat rapat.
“Kalau dia dekat set penggambaran, Aliff akan video call, kadang-kadang dia suruh datang set tapi saya pula busy,” katanya lagi.
Pada hujung tahun lalu, Bella mendedahkan dia dan suami menjadi mangsa sihir pemisah rumah tangga yang didakwa dihantar oleh seorang wanita.
Bella menyatakan sihir tersebut dihantar dengan niat untuk melihat rumah tangganya musnah.
Untuk info, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Mohammad Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3 tahun.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Selalunya orang kata, pemilik jenama fesyen akan simpan koleksi paling mahal dalam peti besi atau terus lelong kepada pelanggan. Tapi bagi Haliza Maysuri, pengasas...