Penulisan artikel ini bukanlah sebuah metafora penulis untuk membangkitkan rasa syahdu di atas pemergian insan yang disayangi ramai, iaitu Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin. Hakikatnya, walaupun sudah 2 hari penyanyi berbakat dan disenangi ramai itu meninggalkan kita, malah penulis percaya ia masih memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia.
Pasti semuanya sudah sedia maklum tentang segala kebaikan yang dilakukan arwah saat dirinya masih hidup. Dari detik Allahyarhamah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021, sehinggalah ketika ini, ramai yang mula membuka kelebihan bidadari ini yang hakikatnya tidak ramai yang tahu. Sungguh, kebaikan yang dilakukannya hanyalah antara diri arwah dan Maha Pencipta.
Bukan sahaja rakan artis yang memuat naik segala kebaikan dan kemesraan arwah, malah netizen juga turut berkongsi tentang kebaikan arwah yang sentiasa bersedekah ketika masih bernafas. Ya! Bersedekah.
Allahyarhamah Siti Sarah pernah berkongsi di sebuah sesi temuramah, menurutnya ada satu ketika, duit di dalam akaun banknya hanya mempunyai RM500 sahaja. Tetapi, ia bukanlah penghalang untuk dirinya serta suami untuk bersedekah terutamanya kepada ibubapa dan tambah arwah lagi, bersedekahlah setiap masa kerana itu adalah amalan yang baik dan dipuji ALLAH S.W.T. Ternyata, amalan sedekahnya itu menjadikan pemergiannya sebuah pemergiaan yang dicemburui ramai.
Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq’. Sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata: ‘Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya)’.”
(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Kebaikan Bersedekah.
Sedekah bukan hanya perihal memberikan sebahagian harta kepada golongan yang memerlukan, namun manfaat sedekah lebih luas akan dirasakan oleh mereka yang melakukannya, antaranya:
1- Memperkuat Keimanan Dan Mendekatkan Diri kepada Allah SWT
Jika kita bersedekah dengan niat demi untuk beribadah kerana Allah, pasti akan bertambah keimanan kita terhadapNya.
Dengan bersedekah juga dapat mendekatkan diri kepada Allah kerana Allah sangat menyayangi akan golongan hambaNya yang banyak memberi keranaNya, bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.
2- Mendapat Ganjaran Pahala
Setiap amalan baik yang dilakukan dengan ikhlas pasti akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Ini termasuklah dalam perbuatan memberi dan bersedekah kepada sesiapa yang memerlukan.
Firman Allah ;
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali dari bisikan-bisikan orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian diantara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, maka kami akan memberinya pahala yang besar.”
(Surah an-Nissa:114)
3- Bertambah Rezeki Dan Mendapat Keberkatan
Bukankah dengan memberi kepada orang lain, Allah akan memberi dan menggantinya dengan hal yang lebih baik? Tidak sesekali kita rugi sekiranya memberi dan membantu orang lain dengan hak dan barangan kita.
Pasti Allah akan menurunkan keberkatan rezeki dengan lebih baik atas kebaikan yang kita lakukan itu. Jika bukan menggantikan hal yang sama, pasti digantikan dengan kesihatan yang baik, kebahagiaan dalam keluarga, kesenangan dalam bekerja dan sebagainya. Sesungguhnya rezeki Allah itu sangat luas dan tidak terbatas.
4- Memberi Ketenangan Hati Dan Kebahagiaan
Sebagai umat islam kita sering disarankan untuk berbuat apa-apa saja kebaikan demi mendapatkan ketenangan fikiran dan emosi, termasuklah dengan bersedekah. Melalui amalan bersedekah juga akan melahirkan perasaan tenang dan bahagia.
Bahkan, dengan membelanjakan harta ke arah kebaikan demi membantu orang lain pasti akan mendorong kebahagiaan dalam minda kita. Kajian sains sendiri telah membuktikan kebenaran ini.
5- Melahirkan Rasa Syukur
Rasa syukur adalah apabila kita berterima kasih kepada Allah dengan apa-apa yang kita terima. Lalu, dengan bersedekah adalah salah satu cara untuk kita mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT atas semua kurniaan dan pemberiannya.
Bukankah dengan bersedekah itu mengingatkan kita bahawa apa yang dimiliki hari ini itu adalah nikmat dan atas keizinan dari Allah SWT? Jadi, jika kita ini hamba yang bersyukur, maka memberilah tanpa berkira-kira.
6- Terhindar Dari Sikap Keduniaan Dan Materialistik
Amalan bersedekah akan menjauhkan kita dari sifat gila harta dan pentingkan keduniaan. Kita akan menjadi orang yang rela dan redha apabila harta atau kepunyaan kita diberikan kepada orang lain.
Bahkan hal ini membuatkan kita lebih berharap dan meminta hanya kepada Allah kerana percaya setiap yang kita ada adalah pinjaman dari Allah SWT sahaja. Jadi, sedekah akan menghindarkan kita dari dari nilai-nilai ayinglism dan cintakan dunia semata-mata.
Sempena tahun baru dalam kalendar Islam ini, ayuhlah kita memperbaiki diri kita dan tingkatkanlah segala kebaikan diri agar pengakhiran kita berakhir dengan baik sepertimana Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin. Semoga penulisan artikel ini memberi kita sebuah kebaikan bersama. InsyaAllah. Amin YRB.
Menjejak kaki ke tanah suci dan menjadi tetamu Allah SWT untuk menunaikan ibadat haji menjadi impian setiap Muslim, apatah lagi bukan semua orang berpeluang meraih gelaran ‘dhuyufurrahman’ walaupun mempunyai kecukupan daripada segala segi.
Bagi jemaah yang menerima ‘seruan’ Allah SWT menunaikan rukun Islam kelima itu, pastinya mengimpikan haji mabrur. Namun peluang untuk menunaikan haji dalam usia yang masih muda merupakan impian ramai umat Islam.
Seorang hijabi yang dikenali sebagai Siti Aisya Jabaruddin, telah berkongsikan satu berita gembira di akaun Twitternya. Asya telah menerima surat tawaran daripada Tabung Haji untuk menunaikan ibadah haji untuk musim haji kali ini.
Lebih mengujakan, bukan Aisya sahaja yang menerima surat tawaran ini, malah adik beradiknya yang lain turut dipelawa untuk menunaikan ibadah haji pada masa yang sama.
Kongsi Aisya, ini semua ialah berkat dari kesungguhan ibu bapanya yang memohon, ketika mereka semua masih lagi berada di bangku sekolah.
Kejayaan Aisya dan adik beradiknya berpeluang menunaikan ibadah haji pada usia yang muda sangat dikagumi oleh pengguna Twitter yang lain. Ramai yang berharap mereka juga berpeluang untuk menunaikan ibadah haji dalam usia yang muda.
Para ibu bapa bolehlah mendaftar anak-anak dengan Tabung Hji supaya mereka juga berpeluang untuk menunaikan ibadah haji dalam usia yang masih muda. .
Genap usia 38 tahun namun menjadi sambutan hari jadi pertama tanpa figura abah, Diana Amir luah kerinduan hati.
Kerana rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang sudah tiada. Inilah yang dialami oleh selebriti dakwah, Diana Amir apabila pertama kali meraikan hari bermakna ini tanpa abahnya.
Allahyarham Dr Amir Hashim Bin Mohd Kassim menghembuskan nafas terakhir kira-kira 5 bulan lepas iaitu pada 5 Januari 2024.
Arwah yang bergelar Prof Emiritus merupakan tokoh ilmuwan disegani, malah pernah menjadi timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
“My first birthday without abah,” coret Diana Amir ringkas menjelang hari lahirnya yang bertarikh 22 Jun 2024.
Diana atau Nurdiyana Amir Hashim merupakan seorang selebriti dakwah dan ikon kemanusiaan terkenal, malah beliau sering dijemput menyerikan majlis-majlis ilmu serta keagamaan.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini telah dilahirkan di Birmingham, England, dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Sains Malaysia.
Selepas bersara daripada dunia seni pada tahun 2022, kini Diana focus menambah ilmu serta menguruskan keluarga di rumah.
Sanah helwah Diana, semoga semua kebaikan dibalas dengan ganjaran pahala melimpah-ruah.Tonton video penuh di bawah…
ISTIQAMAH
HIJABISTA berpeluang bertemu mata dan menemu bual beliau sewaktu sesi rakaman No Turning Back, Diana sempat menjawab beberapa persoalan yang diutarakan.
“Saya rasa ini satu fasa untuk saya, untuk diri saya nak dekatkan diri pada Allah SWT. Jadi saya cuma mengharapkan semua orang doakanlah.
“Bagaimanapun yang pentingnya saya tidak melanggar syarak dan yang paling penting sekali hati saya melakukan apa-apa sahaja bukan hanya berniqab tapi ibadah yang lain ikhlas lillahi ta’ala dan semoga mendapat rahmat Allah. Itu sahaja sebenarnya,” ujar pelakon Strawberi Cinta ini.
Ditanya mengenai perjalanan untuk istiqamah, Diana menjelaskan bahawa kita haruslah mencari hikmah dalam setiap tindakan yang dilakukan agar segalanya terasa dipermudahkan oleh-Nya.
“Perjalanan untuk istiqamah itu saya rasa paling penting untuk semua orang adalah dia. Kalau niat dia kerana Allah, insyaAllah pastinya kita berjalan kepada Allah, Allah akan ‘berlari’ nak membantu kita. Nak dekatkan diri kita kepada Allah SWT.
Jadi, saya rasa kita sebagai hamba Allah yang banyak kekurangan ini haruslah bersangka baik dengan Allah. Jadi apa saja yang kita buat, kita kena cari apa kebaikan di sebaliknya.
Kalau kita dapat yang buruk-buruk, kita akan rasa susah. Kita akan rasa banyak cabarannya. Tapi kalau kita nak istiqamah, cari apa hikmahnya yang kita akan dapat. Itu akan mudahkannya. InsyaAllah,” kata Diana.
Untuk rekod, setelah hampir 10 tahun berhijab, pelakon dan pengacara Diana Amir akhirnya mengambil keputusan memakai niqab sejak 2022.
Ibu merupakan insan yang paling bermakna dalam hidup kita. Insan yang melindungi kita sejak kecil dan sentiasa ada di saat kita memerlukan. Oleh itu, apabila dah dewasa, seorang anak pasti sedaya upaya mahu membuat ibu mereka gembira serta membalas jasanya.
Kata orang, ‘Syurga di bawah telapak kaki ibu”. Terdapat pelbagai cara untuk membahagiakan mereka, contohnya seperti memberikan hadiah, membantu melakukan tugasan rumah ataupun memberikan sedikit wang belanja.
Bahkan, wang yang diberikan kepada ibu juga akan bertambah berkat. Memiliki wang yang berkat adalah satu perkara yang diinginkan oleh ramai orang. Tak perlu banyak, pemberian yang sikit juga sudah memadai sebagai tanda menghargai dan membalas jasa mereka.
Jangan pernah bersikap kedekut dengan kedua ibu bapa kita. Memang mereka tidak pernah ‘meminta’ untuk dicurahkan dengan wang ringgit, tetapi tidak salah kita sebagai anak berusaha untuk membantu serta membahagiakan mereka.
Seperti perkongsian seorang pengguna di laman TikTok, Shahira Yusop yang berkongsi cerita dia menjual Nasi Lemak RM 1 setiap hari, dan akhirnya dapat bagi memberi sedikit wang belanja buat ibunya.
Difahamkan, dia baru sahaja memulakan perniagaan selama 2 bulan di Bukit Jati Kg Jawa, Klang. Shahira akui bulan pertama bukannya mudah diharungi dan dia telah dibantu oleh ibunya.
“Selepas 2 bulan aku kumpul duit nasi lemak rm1, bulan pertama aku cuma cakap mak doakan adik, nanti ada duit adik bagi mak” tulisnya.
Disebabkan baru sahaja memulakan perniagaan, wanita ini akui masih tidak mampu membalas jasa ibunya yang selama ini menyokong bahkan hanya mampu memberikan rm10 sahaja serta tidak lupa meminta doa daripada ibunya.
Bahkan terdahulu, Shahira tidak mampu untuk membeli meja buat perniagaannya, dan hanya menggunakan meja hasil pemberian orang. Namun kini, berkat doa ibunya, dia mampu menjual 300 bungkus nasi lemak dalam masa hanya satu jam.
Dapat dilihat dalam video yang dimuat turun, Shahira memegang beberapa keping duit RM50 sambil menghampiri dan menghulurkan duit itu kepada ibunya yang sedang sibuk di dapur.
Ibunya terlihat terharu menerima pemberian dari anaknya, tetapi cuba menahan sebak dan berterima kasih.
“Alhamdulillah semoga murah rezeki…”
Meninjau di ruangan komen, ramai yang mendoakan agar wanita ini dimurahkan rezeki disebabkan sering menggembirakan hati ibunya. Video tersebut kini mendapat lebih 7354K tontonan, 602 kesukaan dan 86 komen.
Tangkap layar komen di Tiktok Shahira
“Syukur Alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki sentiasa sebab berkongsi rezeki pada ibu”
“Teruskan muliakan syurga kamu sampai akhir hayatnya”
“Berkat usaha dan dosa seorang ibu.. untung adik msih ada ibu.. doa ibu sentiasa ada untuk mu selagi bernyawa..”
“Duit boleh cari tapi doa seorang ibu tak semua boleh dapat..”
MasyaAllah, sesungguhnya doa ibu tidak ternilai harganya. Sementara mereka masih hidup, gunakanlah peluang ini untuk berbakti sehabis mungkin. Seringgit kita beri untuk gembirakan mereka, nescaya Allah SWT akan balas beribu kali ganda.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...