Teknologi sekarang bergerak begitu pantas sampaikan tak terkejar dek kita. Ada baik buruknya kecanggihan yang kita kecapi zaman ini. Contohnya seperti kedai atas talian yang tumbuh bak cedawan selepas hujan. Dari helaian pakaian, alatan elektronik, barangan kecantikan sehinggalah ke barangan dapur semuanya boleh dibeli atas talian.

Kawal Nafsu Apabila ‘Online Shopping’, 5 Tip Mudah Ini Bantu Anda Untuk Elak Pembelian Secara Berlebihan!
Sumber gambar: Cottonbro

Tidak perlu meredah trafik untuk ke pusat beli belah untuk mendapatkan sehelai gaun makan malam, yang anda perlukan ialah internet. Betul, ia menjimatkan masa dan ia juga boleh membuatkan anda ketagih. Kawal nafsu ketika hari gaji supaya tak habis semuanya dengan online shopping.

Kawal Nafsu Apabila ‘Online Shopping’, 5 Tip Mudah Ini Bantu Anda Untuk Elak Pembelian Secara Berlebihan!
Sumber gambar: Anna
  • Apabila hari gaji, cepat-cepat buat bayaran yang perlu seperti sewa rumah, duit kereta, bil telefon dan bil untiliti.
  • Hadkan duit belanja untuk membeli belah setiap bulan. Belajar berdisiplin dengan kadar yang sudah ditetapkan itu.

Baca juga: Gaji Selalu Habis Di Tengah Bulan, Ikuti Langkah Terbaik Ini Untuk Duit Selalu Ada Dalam Bank!

Ads
Kawal Nafsu Apabila ‘Online Shopping’, 5 Tip Mudah Ini Bantu Anda Untuk Elak Pembelian Secara Berlebihan!
Sumber gambar: Karolina
  • Untuk mengelak dari kerugian, jika anda berkenan sesuatu barang cuba cari lagi di laman web yang lain untuk harga yang lebih murah. Kadang-kadang ada sesetengah penjual yang cuba mengaut keuntungan berganda, jadi anda harus bijak berbelanja!
  • Jangan gatal tangan melawat laman web setiap hari kerana ia mengundang anda untuk berbelanja.
Kawal Nafsu Apabila ‘Online Shopping’, 5 Tip Mudah Ini Bantu Anda Untuk Elak Pembelian Secara Berlebihan!
Sumber gambar: PNW Production
  • Sentiasa positif pada diri bila anda inginkan sesuatu barang tapi bajet bulan ini sudah habis. Jangan risau, barangan atas talian sentiasa ada. Jangan terlalu ‘sayangkan’ promosi bulanan mereka.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Ads

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Ads

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Kawal Nafsu Apabila ‘Online Shopping’, 5 Tip Mudah Ini Bantu Anda Untuk Elak Pembelian Secara Berlebihan!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI