Jika untuk majlis resepsi pertama, pasangan Fazura dan Fattah memilih persalinan moden, tetapi untuk majlis resepsi kedua ini keduanya memilih gaya berlainan. Kedua-duanya tampil anggun menggayakan persalinan tradisional songket untuk majlis yang diadakan di Shah Alam. Fazura dan Fattah tampak berseri-seri dalam gaya tradisional yang cukup memikat. Nyata terserlah kejelitaan Fazura dalam busana songket gaya bak Puteri Gunung Ledang di istana kayangan.
Busana songket rona lavender digayakan oleh Fazura diberikan sentuhan moden dengan juraian di belakang seperti layah hasil rekaan Altelia Amani. Fazura turut mengenakan cucuk sanggul bagi melengkapi penampilannya.
Manakala riasan wajah jelita Fazura mendapat sentuhan jurusolek terkenal, KF Bong serta dandanan CKay Liow yang memperindahkan gaya sang puteri. Masih mengekalkan designer yang sama, Rekateemor untuk rekaan pelamin bagi majlis perkahwinan yang bertemakan ‘The Fattamorgana’ ini.
Majlis ini sebenarnya cukup istimewa kerana mereka berdua turut mengundang peminat kedua-dua belah pihak untuk sama-sama meraikan majlis persandingan pasangan paling popular ini.
Dilihat seramai lebih 5,000 ribu peminat hadir menyaksikan majlis penuh gemilang ini. Lebih mengejutkan pasangan ini turut menghiburkan peminatnya menyampaikan lagu Cinderella, pada majlis resepsi di Royale Palace, Shah Alam ini.
Majlis ini dibahagikan kepada dua sesi. Pada sebelah pagi ia ditujukan untuk tetamu kehormat dan penaja dan sebelah petangnya pula khusus buat peminat serta orang awal yang tidak henti-henti menyokong mereka berdua.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Di Malaysia, kebanyakkan wanita dikesan berhadapan isu kemurungan, kebimbangan atau kecelaruan dua kali ganda berbanding lelaki. Ini berlaku terutamanya kepada wanita yang hamil, bekerjaya dan berkeluarga.
Malah, kesan masalah kesihatan mental antara wanita dan lelaki adalah berbeza. Sekaligus menjelaskan mengapa wanita secara globalnya berhadapan isu kesihatan mental ini.
Terdahulu, pengakuan aktres Faezah Elai yang mengesahkan bahawa dirinya menghidap beberapa masalah mental seperti Anxiety Disorder, Obsessive Compulsive Disorder (OCD) dan Insomnia telah menarik perhatian HIJABISTA.
Menerusi satu hantaran di akaun Instagram milik bekas Dewi Remaja 2005/2006 itu, Faezah Elai berkongsi masalah insomnia yang menghantuinya sejak 24 tahun lalu.
“Me at gym and haven’t slept for more than 24 hours.
I was on medication dulu, tapi tak mahu bergantung sangat dengan ubat tidur ni. Pernah juga telan ubat tidur tapi tak tidur-tidur juga sampai sakit kepala…
Have you ever experienced a situation like this? Please share…” – Faezah Elai
Menerusi sebuah laporan akhbar, wanita berusia 38 tahun itu sebenarnya sudah mula mengambil ubat sejak berusia 12 tahun. Dia juga berdepan masalah terlalu banyak berfikir sehingga kadangkala menjejaskan rutin hariannya.
Faezah Elai juga memandang serius isu kesihatan mental dan tidak menganggapnya sebagai sesuatu yang kelakar.
“I swear I can’t take it. No one will understand you, not even your family and worst part, you can’t talk to anyone about this.” – Faezah Elai
Pengakuan Faezah Elai tentang masalah kesihatannya ‘membuka mata’ banyak pihak. Kebanyakan netizen turut meluahkan kebimbangan yang sama di ruangan komen, namun tidak tahu bagaimana penyakit gangguan mental ini boleh diatasi.
Bahkan majoriti daripada mereka terpaksa melalui hidup yang dibayangi gangguan fikiran sehingga menyebabkan kesukaran tidur, keletihan ekstrem dan migrain.
Justeru, HIJABISTA mendapatkan pendapat Profesor Dr Yeah Kim Leng berkaitan penyakit yang mampu membunuh dalam senyap itu.
Mengambil kira masalah migrain juga sebagai salah satu masalah paling kerap mengganggu mental masyarakat, Profesor Dr Yeah Kim Leng menyatakan bahawa penyakit seperti yang dialami Faezah Elai boleh menjejaskan produktiviti serta memberi impak negatif kepada ekonomi.
Kata beliau, rakyat Malaysia sudah biasa dengan gaya hidup sibuk dengan tahap tekanan dan kebimbangan yang tinggi. Ini merupakan salah satu punca pencetus utama bagi migrain.
Migrain biasanya menyerang seseorang individu pada umur paling produktif (iaitu umur bekerja antara 31-40 tahun).
“Berdasarkan kaji selidik Novartis Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaya, penemuan mendapati bahawa kebanyakan pekerja masih berkeras untuk bekerja atau berada di tempat kerja walaupun mengalami masalah mental seperti migrain.
Mereka kebiasaannya tidak mahu meluahkan masalah tersebut kerana bimbang dianggap tidak boleh dipercayai dan kurang produktif ketika sakit.
Ini adalah sesuatu yang membimbangkan, bukan saja kepada pesakit malah pihak majikan juga,” ujar Profesor Dr Yeah Kim Leng tentang realiti kesihatan mental yang semakin meningkat.
Justeru, seseorang yang mengalami apa jua masalah berkaitan mental seharusnya tidak berdiam diri dan memendam perasaan. Luahkan segala yang terbuku kepada orang yang dipercayai dan dapatkan bantuan pakar bagi menguruskan penyakit ini dengan segera.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Seharian menghadap telefon bimbit dan skrin laptop, naik pedih mata. Kerja harus kena siapkan kalau tidak akan di marahi bos pula, tak berkat gaji anda. Tapi mata pedih dan penat bila menghadap skrin dengan terlalu lama. Apa nak buat?
Seperti yang kita tahu, apabila anda menghadap skrin laptop mahu pun telefon bimbit dengan terlalu lama, mata terpaksa bekerja keras untuk berikan perhatian kepada cahaya yang di pancarkan. Ia juga boleh menjadi salah satu punca kepada satu kondisi yang di panggil sebagai ketegangan mata digital.
Menurut MalaysiaNow, Dr Ching Wing Seng, Pakar Oftalmologi dari Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn, menerangkan bahawa antara membaca media tradisional (seperti buku atau surat khabar) atau digital (seperti telefon bimbit atau laptop), melihat skrin digital lebih memerlukan mata untuk bekerja dengan lebih keras dan apabila terlalu lama, ia boleh menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan kering.
Tambahan lagi, Dr Ching Wing Seng berkata bahawa perbezaan yang ketara dapat di lihat antara dua media itu adalah melihat skrin digital dan halaman bercetak adalah berbeza. Manakala, jarak dan sudut pandangan pun mempunyai perbezaan yang ketara yang mampu memberi kerja yang lebih pada sistem visual pada yang kebiasaan akan meletihkan mata.
Mereka yang menghidap masalah seperti rabun dekat atau jauh adalah akibat dari ketegangan mata digital. Otot mata juga boleh terganggu di akibatkan oleh durasi melihat skrin yang terlalu lama dan juga jarak anda dengan skrin.
Jadi bagaimana hendak buat kerja dalam keadaan di mana mata kita sudah penat setelah menghadap skrin dengan terlalu lama? Kalau tak, tak siaplah tugasan untuk hari ini!
Menurut hellodoktor, International Journal of Yoga menerangkan bahawa ada beberapa kes yang terjadi menggunakan teknik yoga mata untuk menurunkan IOP. Namun begitu, tiada kesahihan atau ujian secara klinikal di lakukan untuk mengukuhkan teori ini.
Tetapi anda boleh mencuba teknik senaman mata atau eye yoga ini, antaranya:-
Cara untuk eye yoga teknik palm ini adalah dengan menggosokkan tapak tangan dengan kuat hingga menjadi hangat dan letakkan dengan di atas kelopak mata. Kekalkan posisi tapak tangan anda pada kelopak mata dan lakukannya selama 3 kali. Rasa sensasi yang hangat dari tapak tangan dapat membuatkan otot mata menjadi relaks.
Apabila mata mula untuk rasa penat dan agak tidak selesa melihat skrin yang sangat lama. Anda boleh lakukan teknik ini yang sangat mudah untuk di lakukan. Anda hanya perlu untuk kelipkan mata sebanyak 10 kali dengan sangat cepat. Selepas itu, anda boleh tutupkan mata untuk rehatkan mata anda selama 20 saat. Ulangkan kaedah ini sebanyak 5 kali.
Teknik seterunya ini anda perlu mengangkat lengan anda dengan mengepalkan tangan dan ibu jari menunjuk ke atas. Apa yang anda perlu lakukan selepas itu adalah dengan memandang pada satu titik lurus di depan sejajar dengan mata. Anda perlu pastikan kepala kekal dalam posisi yang sama dan fokus pada satu sudut yang lain mengikut satu demi satu, ulangi kaedah ini sebanyak 10 hingga 20 kali. Antara sudut yang anda boleh alihkan pandangan adalah:-
Bagi kaedah ini pula, anda perlu meletakkan tangan kiri (secara tertutup) di lutut kiri dengan ibu jari ke atas. Lihat pada satu titik lurus menghadap ke hadapan dan sejajar dengan mata. Anda perlu mengekalkan kepala dalam posisi ini dan hembus nafas serta pastikan fokus mata pada ibu jari kiri. Lalu anda perlu tarik nafas dan fokuskan mata pada titik di depan dan sejajar dengan mata. Proses ini perlu di ulangi dengan sama pada ibu jari kanan.
Antara cara yang boleh anda lakukan adalah rotational viewing. Anda letakkan tangan kiri di lutut sebelah kiri. Manakala, tangan sebelah kanan dalam posisi genggaman di letakkan di atas lutu kanan dengan ibu jari ke atas, pastikan siku anda dalam keadaan lurus. Ketika ini, pastikan kepala anda tegak dan fokuskan mata pada ibu jari.
Tak lama lagi kita akan menginjak ke hujung tahun, mesti ramai para hijabi yang dah ada rancangan untuk habiskan cuti hujung tahun atau pun Annual Leave kan? Tapi tak tahu macam mana nak pilih outfit yang sesuai untuk travel terutamanya bagi gadis bertudung agar nampak lebih Trendy dan Instaworthy?
Siapa kata bila seorang wanita itu mula berhijab, pasti akan terikat dalam berfesyen serta mempunyai pilihan gaya yang terhad? Persepsi ini hanyalah sekadar taboo semata-mata, ini dia lima tips untuk sis travel dengan penuh bergaya, dalam masa yang sama masih mematuhi syariah yang digagaskan oleh Islam.
Bila travel ni, mesti banyak masa yang akan digunakan untuk melawat tempat-tempat yang menarik, jadi untuk tidak membuang masa, semata-mata demi menatarias gaya, sis disarankan untuk menggayakan stail hijab yang ringkas, minimalis tetapi kekal stailo, kerana gaya hijab yang rumit akan mengambil masa yang agak lama untuk digayakan, antara gaya hijab ringkas yang boleh dijadikan contoh adalah gaya berhijab seperti personaliti televisyen Hawa Rizwana ni!
Bila pergi travel salah satu item yang WAJIB ada untuk membuatkan gaya hijabi ekstra stailo adalah kaca mata hitam ataupun shades, kerana aksesori ini boleh menjadi pelengkap gaya dan secara tidak langsung sangat berguna ketika berdepan terik mentari semasa travel sis! Tetapi pemakaian kaca mata ini perlulah bijak digayakan agar bersesuaian dengan stail hijab anda, pemilihan kaca mata yang tepat mampu menambah pesona elegan kepada si pemakainya.
Selain itu, aspek yang paling penting untuk dititikberatkan ketika travel adalah pakaian, hijabi disarankan untuk memilih pakaian yang sesuai bagi semua cuaca dan keadaan, jangan memilih pakaian yang terlalu tebal atau elakkan pakaian berona hitam, sekiranya melawat negara yang beriklim tropika dan panas kerana pakaian dalam rona warna gelap seperti ini lazimnya mampu menyerap haba.
Malah, sis boleh mengayakan baju yang lebih longgar seperti boyfriend shirt, atau baggy shirt kerana selalunya bahan yang digunakan untuk membuat pakaian jenis ini diperbuat daripada kapas dan mampu menyerap peluh, ia sekaligus memudahkan pergerakan agar percutian anda berjalan lebih lancar dan yang paling best, masih mematuhi syariah tau!
Ketika travel juga anda dinasihatkan untuk membawa seluar yang mudah untuk melengkapi pelbagai gaya, contohnya seperti seluar Jeans atau Denim kerana seluar jenis ini mudah dipadankan dengan pelbagai jenis top, blouse atau baju yang ingin anda gayakan. Malah, seluar berpotongan besar dan longgar seperti palazzo juga mampu memberikan gaya santai untuk dibawa travel ke pulau mahupun di tepi pantai peranginan, di samping menjanjikan keselesaan yang maksima untuk pemakainya.
Pelengkap gaya yang terakhir ketika travel adalah pemilihan kasut yang selesa dan bersesuaian, kerana sudah pastinya sis akan banyak berjalan-jalan untuk melawati tempat-tempat menarik bersama sahabat dan keluarga, jadi pemilihan kasut yang tepat amatlah penting kerana ia akan membawa anda ke tempat yang anda inginkan!
Jadi pilihlah kasut yang memiliki tapak rata contohnya seperti kasut sarung, Sport Shoes atau Sandal, khususnya jika sis merupakan individu yang kuat berjalan kerana ia dapat mengurangkan sakit kaki sewaktu melancong. Tetapi sekiranya sis melawati negara yang beriklim sejuk, kasut jenis Boots merupakan pilihan yang tepat sebagai pelengkap gaya!
Bagaimanapun, tak kisahlah, di mana jua destinasi pilihan hijabi untuk travel dan melancong bagi menghabiskan masa lapang, yang paling penting adalah untuk menjaga aurat seorang muslim sebagaimana yang telah dianjurkan dalam syariat Islam, tutup aurat pun masih boleh bergaya mengikut trend dan fesyen semasa.
Cuma pemilihan pakaian atau barangan untuk diperagakan perlulah bersesuaian dan kena pada tempatnya. Fesyen itu luas! Jadi jangan ragu dan kekal yakin dengan diri sendiri sebagai seorang Muslimah, confidence is the best outfit a woman can wear!
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.