Hijab sama juga seperti pakaian memerlukan penjagaan rapi. Jika penjagaan hijab dilakukan sambil lewa sahaja, hayat hijab kesayangan anda mungkin tidak panjang. Tentu sedih bukan apabila anda tidak lagi berpeluang memakai hijab kesayangan anda itu lagi.

Fabrik hijab hadir daripada pelbagai jenis fabrik. Jadi, cara penjagaannnya juga adalah berbeza. Maka sebab itulah anda perlu bijak memilih cara cucian yang tepat mengikut jenis fabrik hijab. Jika tidak kena dengan cara cuciannya, hijab akan nampak kusam, pudar warnanya dan tidak menarik lagi untuk dipakai.

Oleh itu amat penting untuk hijabi mengenal jenis fabrik hijab supaya cara cucian hijab dapat disesuaikan dengan fabrik hijab itu sendiri.

HIJAB FABRIK SIFON

Hijab daripada fabrik sifon menjadi pilihan ramai hijabi kerana fabrik jenis ini ringan dan senang untuk dibentuk. Walau bagaimanapun penjagaan rapi hijab daripada sifon harus ditekankan kerana fabriknya mudah tercarik. Elakkan sama sekali memberus ketika mencuci tudung jenis ini. Untuk cucian mesin, masukkan sahaja hijab anda ke dalam beg basuhan khas pakaian dalam kerana hijab yang dicuci akan lebih selamat.

HIJAB FABRIK KAPAS

Tudung dari fabrik ini antara yang popular digunakan dan dijual di pasaran. Hal ini kerana jenis fabrik kapas yang lebih selesa dikenakan sesuai dengan iklim cuaca panas di Malaysia. Sewaktu mencuci tudung ini, elak menggunakan bleach atau bahan kimia lain selain dari pencuci biasa. Anda boleh membasuh tudung anda dengan tangan atau washing machine dengan air sejuk atau suam. Seeloknya tudung yang berlainan warna diasingkan bagi mengekalkan warnanya.  Fabrik ini akan mengalami sedikit kecutan, jadi untuk mengatasinya semasa iron tudung tersebut, semburkan dengan air atau untuk lebih mudah gunakan sahaja steam iron.

HIJAB FABRIK PASHMINA

Bagi pemakai tudung ini, penjagaannya agak mudah. Jika hendak mencuci tudung ini, rendamkan sahaja dengan air bersih bercampur sedikit pencuci selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih dan sedikit pelembut fabrik dan keringkannya di kawasan teduh. Elakkan dari menjemur terus ke pancaran terik matahari kerana ia berisiko untuk merosakkan fabrik tudung anda.

IKLAN

HIJAB FABRIK SUTERA

Amalkan basuhan tangan dan elakkan penggunaan berus kerana ia akan merosakkan urat benang sutera yang sangat lembut. Cukup dengan hanya rendaman dalam air bersih bercampur pelembut kain. Kalau anda nak tahu, pelembut pakaian dapat menjadikan sutera anda semakin lembut, bersinar dan menambah seri warna serta corak tudung. Sekiranya tudung sutera anda terkena kotoran, segeralah mencucinya. Elakkan daripada menggunakan peluntur kerana ia berpotensi untuk mereputkan sutera kesayangan anda.

DETERGEN DAN PELEMBUT 2 DALAM 1

Salah satu cara untuk menjaga pakaian kesayangan anda ialah dengan menggunakan Max Kleen9 Softergent. Max Kleen9 Softergent menggabungkan detergen dan pelembut dua dalam satu.

Produk detergen dua dalam satu dengan pelembut kain ini mampu membersihkan dan melembut pakaian dengan hanya satu cucian. Bukan hanya menghilangkan kotoran tetapi dalam masa yang sama memberi kelembutan pada fabrik, memelihara warna fabrik serta membunuh sehingga 99.9 % bakteria dalam satu langkah.

IKLAN

Max Kleen9 Softergent bukan sahaja membersihkan dan melembutkan pakaian, ia juga mesra alam sekitar, menjimatkan masa dan wang serta praktikal untuk gaya hidup masa kini. Max Kleen 9 hadir dengan tiga varian iaitu Max Kleen9 Softergent Colour Care, Max Kleen9 Softergent Ultra Soft dan Max Kleen9 Softergent Anti Bac.

Max Kleen9 Hijab Wash pula dicipta khas bukan hanya untuk fabrik hijab tetapi juga sesuai digunakan untuk pakaian daripada fabrik ‘halus’ dan lembut. Sesuai digunakan untuk memelihara skaf, shawl dan juga layah (hair veil). Max Kleen9 Hijab Wash juga amat sesuai untuk cucian baju kurung dan baju kebaya daripada bahan sutera, sifon dan juga lace.

Sembilan manfaat kegunaan Max Kleen9 Hijab Wash ialah ia mempunyai kuasa haruman yang berpanjangan, anti sebum, hypoallergenic dan diuji secara dermatologi, membersihkan kotoran degil dan noda solekan, mudah diseterika, melembutkan fabrik, melindungi kain yang halus, mengelakkan warna daripada pudar dan selamat untuk kulit tangan.

Max Kleen9 Softergent dan Max Kleen9 Hijab Wash menjadikan pakaian dan hijab anda lebih panjang hayatnya. Ianya disahkan halal oleh JAKIM dan boleh digunakan tanpa was-was.

IKLAN

HIJAB WASH: Shopee

PROMO UNTUK RM5 Promo Code: GINVMK9HW

LIQUID SOFTERGENT: Shopee

MK9 Softergent (All SKU) – PROMO UNTUK RM1 Promo Code: GINVMK9ST

 

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI