Setiap individu beragama Islam diwajibkan menunaikan solat 5 waktu setiap hari. Yang menjadi masalah adalah mahu khusyuk ketika menunaikan solat. Sejujurnya, masih ramai lagi yang mengalami masalah ini. Ketika mahu atau sedang solat, pasti ada sahaja perkara duniawi yang bermain di fikiran.
Sepatutnya sewaktu solat fokus kita tertumpu sepenuhnya pada Allah. Solat itu akan dipanggil khusyuk apabila hati, fikiran, perasaan dan seluruh pancaindera tunduk dan patuh kepada Allah sepanjang waktu anda melakukan solat.
Tetapi bagaimana mahu khusyuk dalam solat? Tip ini telah dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Penulis Misteri tentang 4 perkara yang boleh anda amalkan sekiranya mahu khusyuk ketika menunaikan solat. Semoga bermanfaat untuk hijabi di luar sana.
Rugi jika tak belajar ilmu khusyuk solat. Saya ringkaskan disini caranya.
Step 1 – Buat persediaan solat
Foto: Google
Solat awal waktu, bersih diri, sugi/gosok gigi, jangan solat tika makanan dah terhidang (waktu sangat lapar) or masa tahan buang air, don’t over makan dan minum sebelum solat dan tak bazir air wuduk.
Ads
Step 2 – Bila nak solat
Foto: Google
Jawab azan dan iqamah. Cuba untuk solat berjemaah. Ni paling penting: cuba untuk hadirkan hati – maksudnya fokus yang awak solat tu bukan sebab itu suruhan tapi sebab awak nak sangat ‘bicara hati’ dengan Allah. U sendiri nak solat. Bukan sebab lain. Fikir tu your last solat. Maybe pasni mati.
Step 3 – Masa solat
Foto: Google
Cuba fahami setiap apa yang disebut dalam Arab tu dalam bahasa sendiri. Faham maknanya. Awak kena study balik buku fardu ain, cari makna tiap satu dari takbir sampai tahiyyat. Sujud proper, jangan tekan sampai hitam dahi. Bicara dalam-dalam masa tu. Mohon ampun, jangan fikir dunia jap.
Smooth and steady. Kena ada tertib dan tama’ninah (maksudnya ketenangan). Last sekali, ingat firmanNya (qs Taha:14): “dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku”.
Moga kita semua temui anugerah khusyuk dalam solat. Amin.
Hidup berumah tangga memang cukup indah jika dibajai dengan penuh kasih sayang dan saling mencintai satu sama lain. Namun hati manusia ini kadang kala cepat berubah, bukan sahaja lelaki tetapi juga wanita. Cuba check diri anda, jika ada sifat begini, maknanya anda sebenarnya tidak layak lagi bergelar isteri.
Jadi muhasabah diri dan pastikan perkara ini tidak terjadi jika mahu mahligai dibina kekal hingga ke jannah. Isteri kena ingat syurga mereka terletak di bawah telapak kaki suami. Jadi walau apa sekali jawatan di tempat kerja, ketika di rumah suami adalah insan paling perlu dihormati.
1. Suami pulang dari kerja dan tidak disambut dipintu. Tidak juga diberikan senyuman ketika si suami sedang dalam kepenatan. Kalau boleh hulurkan segelas air minuman sebagai penghilang dahaga dan kepenatan.
2. Apabila makanan suami tidak lagi dari air tangan seorang isteri. Begitu juga dengan pakaian suami juga dihantar di dobi. Malah lebih teruk jika yang menggosoknya bukan lagi dari tangan seorang isteri. Lain halnya jika suami yang memang sukarela untuk membantu kerja rumah.
3. Suami marah, si isteri melawan dan meninggikan suara. Satu yang ditegur, sepuluh yang keluar dari mulut isteri.
4. Tidak jaga bau badan, berpakaian selekeh dan tidak bersih ketika suami berada di rumah. Kalau boleh penampilan di rumah perlu cantik dan bersih ketika mahu ke tempat kerja.
5. Rahsia rumah tangga diceritakan pada ibu, kakak ataupun sahabat karib sendiri. Ingat masalah rumah tangga kalau boleh simpan dalam hati dan jangan sesekali share di media sosial. Sangat bahaya.
6. Tidak berkelakuan baik terhadap keluarga belah suami, malah menghasut suami agar tidak mementingkan tanggungjawab terhadap keluarga suami. Jika suami masih punya ibu, insan itu menjadi keutamaan suami kerana syurga mereka di bawah telapak kaki ibu.
7. Si isteri tidak kejutkan suami untuk solat ketika waktu solat sudah tiba, tidak melarang suami meninggalkan maksiat dan juga tidak menyuruh suami untuk melakukan ketaatan. Tinggalkan segala-galanya dan fokus pada kehidupan yang lebih harmoni berlandaskan ajaran Islam.
Kadang-kadang kita berhadapan dengan situasi di mana di kawasan perumahan banyak kucing tidak bertuan yang datang tanpa diundang.
Atas dasar kasihan kita akan beri makan pada kucing ini. tetapi yang menjadi masalahnya, kucing berkenaan tidak mahu pergi malah mengotorkan rumah jiran. Pastinya timbul rasa bersalah kerana kita yang memberi makan tetapi kemudiannya mengundang rasa marah jiran pula.
Dalam persoalan ini, apa hukumnya kita berhenti memberi makan kucing dengan niat mahu menjaga perasaan jiran-jiran?
Tidak boleh kita berhenti makan kucing, sekiranya ingin menjaga hati dan perasaan jiran. Jadi hantarlah kucing-kucing ini ke tempat yang ada makanan contohnya pasar atau kedai makan. Kalau boleh jangan buang di tengah jalan, ini kerana dikhuatiri akan keselamatan kucing tersebut.
Dalam hal ini sebenarnya terdapat keberkatannya pada kucing yang datang ke rumah kita. Allah murahkan rezeki tuan rumah kerana Allah tak hantar kucing sahaja, malahan Dia hantar Malaikat sekali datang rumah kita. Malaikat yang akan mendoakan kemurahan rezeki dan kesejahteraan hidup tuan rumah.
Jangan sia-siakan binatang yang datang rumah kita meminta makanan. Kadang-kadang itu hanya ujian dari Allah SWT untuk menguji keimanan seseorang dan dalam pada itu Allah mahu naikkan martabat seseorang. Jangan juga sesekali kita menzalimi binatang yang datang kepada kita kerana setiap perbuatan kita di dunia akan di balas oleh-Nya.
Tidak salah kita memberi kepada mahkluk Allah. Apa yang kita miliki di dunia ini hanya pinjaman semata-mata dari Allah. Dan Nabi bersabda bahawa orang-orang yang sayang harta, kedekut untuk memberi dan berkongsi harta di dunia dia akan jauh dari Allah dan syurga. Jauh dari manusia tetapi hampir dengan neraka. Nauzubillah.
Admin nak pesan jangan jadikan datangnya sesuatu itu dengan bebanan tetapi lihatlah ia dengan mata hati. Bersangka baik dalam apa keadaan sekalipun.
Minggu ini permulaan sekolah bagi semua pelajar setelah bercuti panjang hampir sebulan lebih. Bagi para guru pula menjadi tanggungjawab mereka untuk terus mendidik pelajar menjadi insan yang berguna dan cemerlang. Bagi bekas penyanyi Tasha Manshahar berkongsi pengalaman indahnya di hari pertama persekolahan hingga boleh hilangkan stres sebagai seorang guru.
Baru sehari bersekolah, Tasha yang mengajar Bahasa Inggeris di sebuah sekolah agama ini mendapat surat cinta dari salah seorang murid perempuan bernama Iman Aleeya. Menurut Tasha, Iman merupakan salah seorang muridnya yang paling rajin dan ringan tulang. Dia juga pelajar yang begitu bersungguh-sungguh dalam kelas.
Jika tahun lepas, Tasha mengajar di kelas Iman tetapi nampaknya tahun ini tidak kerana Iman sudah naik kelas lain. Oleh sebab sayang dengan gurunya ini, Tasha telah memberi ‘surat cinta’ pada guru kesayangannya ini.
Dalam postingnya di laman IGnya ini, Tasha ini cukup terharu mendapat ‘surat cinta’ dari salah seorang anak murid yang rapat dengannya. Malah pelajar bernama Iman ini juga turut menyuruh dia supaya jangan berpindah sekolah sampai bila-bila.
Namun jawapan Tasha pada surat Iman cukup kelakar. Tasha memberitahu kalau dia pindah, mahu kena pelangkung dengan guru besar. Ternyata walaupun Iman hanyalah seorang budak, tetapi dia cukup menyayangi guru bahasa Inggerisnya ini.
Dalam surat cinta itu turut disertakan dengan sebuah novel untuk Tasha. Ramai follower Tasha yang terhibur dengan telatah Iman terhadap gurunya ini. Kebanyakan bertanya berapa umur Iman dan dia disifatkan sebagai pelajar yang cute dan comel.
Ada juga yang mengatakan sikap Iman begitu menceriakan terutama di hari pertama persekolahan. Bukan itu sahaja situasi ini juga sebenarnya membuatkan Tasha sebagai guru tidak rasa stress pada hari pertama berdepan dengan pelbagai kerenah murid-murid.
Hujung tahun lalu Tasha Manshahar dalam Berita Harian memberitahu dirinya sudah selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya yang juga berasal dari Melaka. Dia yang kelihatan cukup anggun menyarung busana pereka Eja Shahril memberitahu akan melangsungkan perkahwinannya tahun depan.
Sebelum ini Tasha yang selesa bergelar guru mengakui sudah membuat keputusan untuk tidak aktif lagi di arena seni suara, sebaliknya memberi tumpuan kepada kerjaya barunya penceramah motivasi selain guru sekolah rendah di Melaka.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!