Siapa sangka dilahirkan dengan mempunyai tanda lahir memberi tuah dan keistimewaan pada gadis bernama Syamimi Afrina. Biarpun mempunyai tanda lahir yang agak besar di dahinya, namun dia bertuah dipilih menjadi wajah bagi jenama produk solekan tempatan. Malah sebaik fotonya yang selesai disolek dimuat turut di media sosial, terus dirinya menjadi viral.
Menurut jurusolek yang bertanggung jawab menyolek gadis istimewa ini, Nazira Abidin, 31 tahun berkata dia amat bertuah kerana berpeluang menatarias wajah Syamimi Afrina yang disifatkannya unik berbanding orang lain.
Tambah Nazira, jika jurusolek lain mendapat model biasa yang tiada cacat cela atau kekurangan untuk disembunyikan untuk disolek, tetapi dirinya bertuah kerana dapat menyolek wajah Mimi yang lain daripada lain.
“Saya dapat Mimi yang ada tanda lahir di muka dan memiliki jerawat. Cabaran yang sukar adalah bagaimana saya nak jadikan wajah dia ‘stand out’ (menyerlah) supaya bila orang tengok dia, orang tidak fokus pada tanda lahir tetapi kecantikan semula jadi yang ada padanya.
Punya keunikan tersendiri.
Menurut Nazira lagi yang juga seorang Jurutera Mekanikal sepenuh masa di Ayer Keroh, Melaka berkata, karakter gadis tersebut yang mesra dan berkeyakinan tinggi sepanjang sesi solekan selama satu jam 15 minit membuatlan dirinya kelihatan bertambah cantik.
Ads
“Dia tiada perasaan ‘insecurity’ (tidak yakin diri) langsung, malah sangat peramah dan tidak pernah sekali pun dia menyebut tentang tanda lahir itu.
“Dia juga seorang yang tenang dan disenangi ketika saya menyolek wajahnya. Saya juga tidak menyentuh langsung tanda lahir berkenaan dan hanya fokus solekan untuk menutup jerawat yang ada,” tambahnya yang sudah lapan tahun bergelar jurusolek sambilan.
Nazira sudah lapan than bergelar jurusolek sambilan.
Rata-rata netizen turut memberi komen positif pada Syamimi dan ramai memuji kecantikan semula jadi yang ada padanya. Malah bagi mereka gadis ini cukup unik kerana mempunyai tanda lahir di dahinya.
Ads
Syamimi dipilih menjadi salah seorang wajah bagi jenama kecantikan diasaskan oleh @tyrakmrzmn_
Seperti yang kita sedia maklum model dan pelakon yang kini juga bergelar usahawan, Yatt Hamzah memang sudah lama melakukan penghijrahan dengan memilih penampilan sesuai sebagai seorang wanita Muslimah.
Justeru, melihat kisah beberapa selebriti yang sudah tidak lagi berhijab, Yatt turut memberi nasihat serta pesanan berhubung isu ini.
Terdahulu, Yatt Hamzah pernah memuatnaik posting di media sosial memberikan beberapa nasihat berguna kepada orang ramai, selepas ramai yang bertanya padanya bagaimanakah cara yang dilakukanya untuk istiqamah selepas hijrah.
Menerusi hantaran berkenaan Yatt mendedahkan bahawa dia kerap menerima soalan berhubung istiqamah.
“Ramai sangat yang tanya, “Macam mana boleh Istiqamah lepas Hijrah?” “Susah tak nak istiqamah?”
“Jawapannya, nak berubah jadi baik pun dah susah. Nak istiqamah lagi lah susah,” jelas Yatt.
Bagaimanapun, Yatt berkata jika kita mendambakan ‘istiqamah’ kita haruslah berusaha dan menetapkan hati serta pendirian untuk ke arah itu. Ini termasuklah dengan rela melakukan pengorbanan seperti meninggalkan zaman lampau serta kejahilan.
Malah, jika disoal adakah Yatt pernah terdetik untuk kembali ‘Free Hair’, ini respon yang diberikan oleh pelakon filem Impak Maksima itu.
“Ada tak rasa nak buka tudung balik? Allahu dalam mimpi pun saya tak rela, tak sanggup. Wallahi..” tegas ibu kepada empat cahaya mata itu.
Caranya bukan mudah tapi pengakhirannya pasti indah. Ramai yang juga tertanya-tanya figura ini yang mempunyai susuk tubuh yang lampai, sentiasa senyum pasti mudah untuk berhijrah apatah lagi dikelilingi wanita-wanita yang baik penampilannya.
Namun akui Yatt ianya bukan mudah, apa yang pasti perlu cari kawan-kawan yang benar-benar soleh dan solehah.
Hijrah dan istiqamah memang tak mudah tapi jangan pernah Mengalah. Perlu ingat misi untuk berubah kerana Allah, apatah lagi dugaan dan nikmati dunia yang Allah beri tidak pernah salah alamat kepada insannya.
Yatt Hamzah mendoakan mereka yang ingin berubah, agar sentiasa kuat dengan dugaan yang datang. Berubah jadi lebih baik dan ajak ramai lagi jadi baik, tidak perlu menghentam patah lagi memandang rendah pada mereka sesuka hati. Gunakan kasih sayang yang Rasulullah ajarkan, insyallah kita semua dimasukkan ke syurga bersama-sama.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Mogul fesyen, Neelofa menerima sentuhan emas daripada jurusolek terkemuka, Patrick Ta sempena acara fesyen Musim Luruh/Sejuk Louis Vuitton 2020 yang diadakan di Paris, Perancis baru-baru ini.
Pengusaha jenama Naelofar itu berkata, dia berasa sangat teruja disolek oleh Patrick sempena acara tersebut memandangkan individu itu merupakan jurusolek ternama yang menjadi kegilaan ramai selebriti dan model terkenal.
“Sebelum ini, saya kerap melihat ‘glamazon look’ hasil solekan Patrick pada model dan selebriti di media sosial. Kini saya pula berpeluang disolek oleh Patrick sempena acara fesyen Louis Vuitton kali ini.
“Gaya solekan Patrick sungguh glamor, tetapi masih ada elemen minimalis padanya. Saya rasa, ia sangat selari dengan trend mekap di pentas peragaan tahun 2020,” ujar Neelofa.
Mempunyai pengikut sebanyak 1.7 juta di Instagram, Patrick cukup dikenali dalam industri kecantikan. Antara model dan selebriti yang kerap menggunakan khidmat Patrick Ta termasuklah Gigi Hadid, Chrissy Teigen dan Camila Cabello.
Untuk memakai coli dengan selesa, pertama sekali perlu memastikannya sesuai dengan betul. Ini bermaksud mendapatkan coli yang bukan hanya ukuran yang tepat, tetapi juga sesuai dengan bentuk payudara anda.
Setelah anda yakin mendapat coli yang betul, anda boleh memanfaatkannya dengan memakainya dengan betul. Akhirnya, anda perlu menjaga coli anda dengan betul supaya dapat mengekalkan saiz dan bentuknya. Bahagian terpenting dalam kehidupan wanita adalah mengekalkan keadaan coli cantik seperti baru beli. Apatah lagi apabila coli yang dibeli mahal dan penuh perincian lace.
Sekiranya anda memakai coli yang sama selama beberapa hari berturut-turut, ia tidak akan berpeluang untuk kembali menggunakan antara penggunaan. Coli memerlukan 24-48 jam untuk “berehat” setelah dipakai, atau ia akan meregang dan kehilangan bentuknya. Selesaikan coli anda dengan menukar antara coli berbeza dari satu hari ke hari berikutnya.
Anda tidak memerlukan sebilangan besar coli untuk melakukannya. Anda boleh bergantian antara 3 atau 4 coli penggunaan sehari-hari selagi anda mencucinya sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Sebaik-baiknya, anda harus mencuci coli dengan tangan. Sekiranya, seperti kebanyakan orang, anda tidak mempunyai masa atau kesabaran untuk melakukannya, anda dapat membantu menjaga coli anda dalam keadaan baik dengan memasukkannya ke dalam beg pakaian sebelum membuangnya ke mesin basuh.
Anda tahu bagaimana mencuci pakaian dalam tetapi bagaimana anda mengeringkannya? Untuk hasil terbaik, sidai secara rata atau gantung. Ketahuilah bahawa beberapa barang seperti pakaian dalam boleh meregang, jadi sebaiknya gulung pakaian dengan longgar di sekitar penyangkut atau rak pengering.
Jangan sekali-kali meletakkan pakaian dalam di dalam pengering. Ini boleh merosakkan bentuknya, memudar warnanya, mengecilkan pakaian anda, memecahkan serat, atau memendekkan jangka hayat keseluruhannya. Tolong jangan ulang kalau sudah terbiasa!
Tetapan dengan suhu rendah yang sesuai untuk beberapa pakaian. Sila berhati-hati kerana sebilangan jenis fabrik akan pudar atau mencair di pengering. Untuk petua penjagaan kain tertentu, lihat carta di bawah!
dan lembut.
Selesa dipakai.
Boleh tahan suhu tinggi. Walau bagaimanapun, air sejuk atau suam biasanya terbaik.
Mencuci boleh menyebabkan pengecutan antara 3% dan 5%.
Kedutan dan biasanya perlu diseterika.
Kain halus dengan kecantikan dan kesesuaian yang tiada tandingannya.
Pelindung termo.
Mungkin hanya ‘dry clean’
Sutera yang boleh dicuci dengan air sejuk dengan sabun ringan.
Basuh setiap pakaian secara berasingan.
JANGAN rendam sutera atau kering dengan haba.
Sensitif pada panas dan tertakluk kepada warna yang mudah pudar.
Kering secara rata. Fabrik cenderung berkerut.
Seterika dengan suhu rendah. Gunakan tuala antara sutera dan besi sehingga tidak berlaku kerosakan haba.
Kesan “Spongy”
Basuh mengguna tangan sahaja. Gunakan sabun ringan.
Jangan gunakan pengering. Keringkan secara gantung atau ata.
Lembut dan jatuh.
Pada mulanya dihasilkan pada tahun 1940-an sebagai “sutera buatan.”
Sensitif Panas. Basuh dengan air sejuk, lebih baik menggunakan tangan.
Gunakan sabun ringan.
Basuh tangan sahaja. Gunakan sabun ringan. Mencuci boleh menyebabkan pengecutan antara 4% dan 7%.
Melipat dengan mudah.
Polyamides
Elastane
Kualiti yang konsisten.
Penjagaan yang sangat mudah.
Boleh menambahkan kekuatan pada adunan. Sangat sensitif terhadap haba!
Basuh dengan mesin pada suhu sederhana.
Tidak berkedut dengan mudah. Tanpa menyeterika.
Lama kelamaan, coli anda boleh meregang dan mula kehilangan bentuknya. Mungkin juga tidak selesa jika badan anda berubah (misalnya, jika berat badan anda bertambah atau menurun atau payudara anda berubah kerana turun naik hormon). Setiap bulan atau lebih, harus menyesuaikan bagaimana coli anda kelihatan dan terasa di badan anda. Sekiranya tidak sesuai, anda mungkin perlu membeli coli baru atau dipasang untuk mengetahui apakah ukuran anda telah berubah.
Triumph Malaysia baru-baru ini melancarkan koleksi Musim Bunga Panas 2021 di butik terbaru (tingkat 4) di pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur. Teliti dengan lanjut 4 faktor rekaan ini buat anda perlu memilikinya walaupun sepasang.
Ciri rekaan tak lapuk dek zaman bagi Natural Elegance yang ikonik memaparkan sokongan optimum dengan jahitan berpadanan untuk mencipta lurah payudara secara semula jadi. Renda flora lembut dan boleh regang menghiasi mangkuk berlapik dan berwayar selain pada tali untuk gaya yang feminin. Rangkaian saudaranya, Natural Elegance Smooth langsung ‘hilang’ di sebalik pakaian dengan mangkuk boleh-nafas yang berlapik nipis serta sokongan yang licin pada bahagian belakangnya. Kedua-dua warna renda yang kontras tampak berstail dan mudah digayakan setiap hari.
Coli Pure Invisible menggunakan teknologi inovatif untuk mencipta pakaian dalam yang menyejukkan dan selesa. Dengan lapisan mangkuk WINCOOL® untuk kawalan suhu 360-darjah, Pure Invisible adalah coli yang cukup sesuai untuk musim panas. Teknologi khusus yang tersedia pada mangkuk coli ini menyekatakan suhu badan untuk memastikan keselesaan yang optimum tak kira apa jua keadaan cuaca. Mangkuknya yang licin menjadikannya tidak kelihatan di bawah busana dan bahagian belakang dengan pelbagai opsyen menambah versatiliti.
Teknologi 4D rekaan signatur menjadikannya lebih mudah untuk mencari padanan yang sempurna. Fit Smart 2.0 hadir dalam mangkuk boleh regang 4D yang menawarkan sokongan, tolakan dan sokongan yang sentral, manakala renda yang menawan direka khusus untuk memberikan fleksibiliti pada pergerakan anda sepanjang hari.
Direka dengan renda dan kain kait, coli ini akan terasa cukup elok pada kulit selain tampak cantik. Digabungkan dengan kemampuan untuk mengubah tali kepada gaya silang belakang dengan cangkuk yang direka berkemampuan sedemikian, anda akan terasa seperti ratu fesyen tanpa kompromi terhadap keselesaan.
Gaya mewah Aqua Freesia dilengkapi renda dekoratif yang diinspirasikan Alam Semula Jadi. Lapik inovatif WINCOOL® dan pad aqua boleh-nafas yang cukup ringan mencipta rasa ringan dan berangin bila terkena kulit anda di kala cuaca sedang kehangatan. Hadir dalam rona merah jambu musim panas yang lembut, ungu cair dan hitam dalam rekaan push-up bagi mencipta ilusi V juga dengan seluar dalam mini atau hipster yang sedondon.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.