Pemilihan surah Yasin yang dijadikan amalan membacanya secara beramai-ramai pada malam Jumaat adalah kerana surahnya tidak terlalu panjang dan bersesuaian pula dibacakan pada waktu ruang antara selesai solat Maghrib dan sebelum waktu solat Isya. Manakala, surah-surah lain itu pula boleh dibuat secara bersendiri mengikut kemampuan masing-masing.
Imam al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu’ab telah mentakhrijkan daripada Sayyidina Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, katanya : “Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat ‘Ha Mim ad-Dukhan’ dan ‘Yasin’, jadilah dia pada pagi harinya dalam keadaan diampuni.”
Al-Ishbihani meriwayatkan dengan lafaz:
“Sesiapa yang membaca ‘Yasin’ pada malam Jumaat dia diberi keampunan.” – [Hadith ini disebutkan oleh Imam al-Munziri di dalam kitab al-Targhib dengan katanya; “Hadith ini diriwayatkan oleh al-Ishbihani.”
Inilah antara dalilnya bagi pengamalan bacaan surah Yasin pada malam Jumaat sebagaimana diamalkan sekian lama oleh umat Islam di Alam Melayu-Nusantara, walau pun terdapat hadith-hadith lain yang menyarankan pada malam Jumaat juga dianjurkan membaca surah ad-Dukhan, al-Baqarah, Ali-‘Imran, dan al-Kahfi dengan kelebihannya yang tersendiri.
Ads
Sementara itu, surah al-Kahfi pula boleh diamalkan pembacaannya secara beramai-ramai selepas selesai solat Subuh berjemaah, iaitu sejurus selepas berwirid dan berdoa, kerana ruang itu memadai bagi menghabiskan surah al-Kahfi sebelum menunaikan solat sunat Dhuha. Ia juga boleh dibaca sebelum sampai waktu solat Jumaat.
Pembacaan surah al-Kahfi pada siang hari Jumaat ini berdasarkan beberapa hadith, sebagaimana disarankan oleh Baginda Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam, antaranya :
Al-Hakim dan al-Baihaqi telah mentakhrijkan daripada Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam, sabda Baginda :
Ads
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan mendapat cahaya di sepanjang masa di antara dua Jumaat.” – [Al-Hakim berkata : “Hadith ini sahih.” Ibnu Hajar berkata : “Hadith ini adalah hadith hasan dan ia hadith yang terkuat mengenai surah al-Kahfi.”
Sa’id bin Mansur telah mentakhrijkan hadith mauquf daripada Abu Sa’id al-Khudri dengan lafaz :
“Dia akan mendapat cahaya di antara tempatnya dengan Kaabah.”
Sa’id bin Mansur juga mentakhrijkan daripada Khalid bin Ma’dan katanya : “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi sebelum munculnya imam [pada hari Jumaat], dia akan mendapat kaffarah dosanya di antaranya dengan Jumaat itu dan cahayanya sampai ke Kaabah.”
Ads
Ibnu Mardaweih telah mentakhrijkan daripada Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, katanya : “Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka terbitlah cahaya dari bawah kakinya mencecah sehingga ke langit tinggi meneranginya pada Hari Kiamat dan dia diberi keampunan [terhadap dosanya] di antara dua Jumaat.”
Berdasarkan pada huraian serba ringkas ini, diharapkan tidak akan ada lagi perbalahan antara sesama umat Islam mengenai isu ini sekali gus mempertikaikan pula pengamalan bacaan surah Yasin pada malam Jumaat sebagaimana dilakukan oleh sebahagian besar umat Islam di Alam Melayu-Nusantara ini secara istiqamah.
Moga bermanfaat. Apa yang penting ialah kita teruskan beramal demi mencapai keredaan Allah ‘Azza wa Jalla, kerana perbalahan dalam perkara yang kecil dan khilafiyah sifatnya ini tidak membawa sebarang manfaat, melainkan umat ini hanya tergelincir dalam perkara sia-sia. Wallahu a’lam.
Sebut sahaja ‘Durian Kimchi’ pasti anda kenal dengan dua pasangan suami isteri Malaysia-Korea disebalik jenama berkenaan.
Malah, sejak memeluk Islam dan mengambil keputusan untuk mengenakan hijab. Isteri kepada pempengaruh Youtube, Ryzal Ibrahim yang dikenali sebagai Maryam Younarae menyatakan rasa gembira terhadap keputusan yang dilakukanya itu.
Maryam Akui Bertudung Atas Kemahuan Sendiri, Bukan Paksaan!
Menceritakan tentang perjalanan hijabnya sejak 6 bulan lalu Maryam berkata ramai dikalangan keluarga dan rakan-rakan yang mendakwa bahawa dia memakai hijab kerana paksaan oleh sesiapa. Namun, jelasnya dia melakukan perubahan berkenaan secara sukarela dan atas kemahuan dirinya sendiri.
“Maryam nak cerita ni semua, pada mulanya family dan kawan kawan Maryam muslim and non-muslim ramai ingat tudung ni adalah satu paksaan (forcing) dan tak boleh bebas berpakaian dah.
“Tapi Maryam pon baru je pakai tudung 6 bulan since January. Alhamdulillah, ramai kawan kawan Maryam even non-muslim pon slowly nampak dan rasa Hijab ni bukan paksaan dan bukannya tak boleh bebas dalam berpakaian,” jelasnya.
Perkara berkenaan dimaklumkan Maryam menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini, demi menjelaskan persepsi yang diterimanya sejak dia melakukan penghijrahan.
Hijab Tak Sekat Penampilan, Bebas Digayakan Ikut Kesesuaian
Menurutnya lagi, persepsi berkenaan perlahan-lahan menghilang apabila akhirnya mereka melihat bahawa Maryam gembira dan tidak kelihatan stress saat mengenakan hijab tanpa perlu menyekat penampilanya dalam berfesyen bersaa hijab.
“Bermacam jenis cara kita boleh memakainya. Slowly kita cuba dan Alhamdulilah Maryam happy dapat make them and others followers rasa Hijab ni bukan paksaan. Maryam sayang semua,” ujarnya.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, Hijabista mendapati rata-rata warganet mendoakan agar Maryam kekal istiqamah dalam pemakaian hijab.
Pelakon berdarah Cina, Jasmine Suraya Chin mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa pada mulanya dengan niat hanya untuk mendengar sahaja.
Namun, lama kelamaan dia telah jatuh cinta dan gemar menghadiri kelas tahfiz itu. Malah Jasmine merasakan ia merupakan satu perjalanan terindah dalam kehidupannya.
Berhasrat Mahu Jadikan Tahfiz Quran Pegangan Hidup
“Ketika saya menghadiri majlis sebelum ini, saya pakai pelitup muka kerana kalau boleh tak mahu orang kenal, duduk pun belakang. Cuma saya hadir sekadar untuk mendengar,” ujarnya.
“Saya belajar secara berperingkat. Saya rasa saya suka kerana ia jadi pegangan hidup,” kata Jasmine.
Tambahnya lagi, jika dia harus memilih antara kerjaya dan agama, pilihan utama bagi Jasmine pastinya agama kerana ia penting untuk menentukan hala tuju dan kehidupan seseorang.
“Perubahan di dalam industri seni berubah dalam masa yang sangat cepat. Suatu hari kita berada di atas atau sebaliknya.
“Jadi, untuk memiliki sesuatu yang saya tidak ada dalam hidup (agama), bagi saya ia rasa selamat dan stabil seperti mempunyai arah,” ujarnya.
Ketika ditanya, setelah mendekatkan diri dengan majlis-majlis keagamaan, adakah dia akan melakukan penghijrahan iaitu menutup aurat dengan sempurna. Ini respons Jasmine.
“Biarlah perlahan-lahan belajar. Saya sayangkan sesebuah agama itu, saya tak tahu prosesnya berlaku dalam keadaan tertekan,” jelasnya.
Terdahulu, pelakon drama Hilang mengatakan dia hadir secara senyap-senyap ke program agama kerana tertarik untuk mengetahui tentang Islam sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Wah! Baru sahaja mendirikan rumah tangga, pasangan sejoli Uyaina Arshad dan Raja Syahiran dinobatkan sebagai The Most Sweet Pengantin di Anugerah Pesona Pengantin 2022 yang berlangsung semalam di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur.
Memuat naik gambar bersama suami tercinta ketika menghadiri malam anugerah ini di laman Instagram, Uyaina berkongsi rasa keterujaannya menerima anugerah itu dan menyifatkan ia sebagai kenangan manis buat mereka berdua yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Uyaina juga sempat bergurau menerusi kapsyen gambar yang dimuat naik itu.
“Sweet ke guys? Korang rasa siapa lagi sweet, Uyaina ke Raja Syahiran?”
Malah, pelakon itu juga turut mendoakan agar dia dan suami tercinta sentiasa ‘sweet’ hingga ke akhir hayat dan hingga akhir waktu.
Sudah pasti ia menjadi tumpuan netizen apabila melihat kemesraan dan kemanisan pasangan sejoli ini. Ha! Ternyata kemanisan mereka berdua turut dirasai oleh semua orang!
Pasangan Uyaina Arshad dan Raja Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021 di Colony Star Boulevard, KLCC, Kuala Lumpur.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ratu Rock negara, Ella terus mengorak langkah dalam bidang perniagaan dengan memilih bidang fesyen Muslimah.
Memiliki labelnya sendiri iaitu RockQueen yang ditubuhkan sejak tiga tahun...