Syurga Firdausi sememangnya menjadi destinasi akhir idaman semua muslimin. Namun, cukupkah amalan kita untuk memasukinya? Jika syurga dan neraka sudah ditentukan untuk kita sejak dari azali lagi, jadi adakah sia-sia amalan hidup kita selama ini ? Mari kita ikuti thread yang dikongsikan oleh seorang pengguna twitter iaitu @FrshFzwn mengenai takdir syurga dan neraka untuk manusia.
Mengapa kita perlu terus hidup apabila tempat akhir kita sudah ditentukan ?
Kisahnya bermula sejak dari zaman Nabi Adam a.s. lagi.
Jika anda sedang membaca ini, maknanya Tuhan sedang mempermudahkan jalan anda ke syurga!
Ads
Keseimbangan adalah segalanya dalam hidup. Mungkin akan timbul persoalan, kenapa Tuhan tidak menolong orang yang ke arah kesesatan?
Ads
Allah yang mencipta masa dan masa tidak pernah langsung menjadi satu masalah kepadaNya.
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang dan sama-samalah kita berusaha menuju ke jalan yang diredhai Allah dan mendapat tempat di syurgaNya nanti, InsyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bukan semua individu mengemari masakan yang dimasak sendiri dari rumah, dan ada juga yang tidak berkesempatan untuk masak. Aktiviti dan jadual yang terlalu padat memaksa diri untuk membeli makanan yang tersedia ada di luar.
Namun sejauh mana untuk kita memastikan makanan itu dijamin selamat untuk di makan. Melainkan sentiasa bertawakal kepada Allah.
Makanan terkadang bukan membawa kesihatan, namun justeru membawa kebinasaan kerana makanan tersebut mengandung racun. Agar selamat dari bahaya keracunan makanan, maka sebelum makan hendaknya membaca doa berikut;
Bismillaahi khoirul asmaa-i lilaahi fil ardhi wa fis samaa-i laa yadhurru ma’asmihii da-un. Allohummaj’al fiihi barokatan wa ‘afiyatan wa syifaa-an.
Bismillah merupakan sebaik-baik nama Allah di langit mahupun di bumi, bersama nama-Nya penyakit tidak dapat membahayakan. Ya Allah, jadikanlah di dalamnya keberkahan, kesihatan dan kesembuhan.
Doa ini disebutkan dalam kitab Mushannaf Ibnu Abi Syaibah berikut;
Dari ‘Itris bin ‘Urqub, dia berkata bahwa Abdullah pernah berkata; ‘Barangsiapa ketika makanannya diletakkan membaca ‘Bismillaahi khoirul asmaa-i lilaahi fil ardhi wa fis samaa-i laa yadhurru ma’asmihii da-un. Allohummaj’al fiihi barokatan wa ‘afiyatan wa syifaa-an’, maka makanan tersebut tidak dapat membahayakannya.
Makanan adalah salah satu nikmat Allah yang perlu disyukuri oleh setiap insan. Masih perlukah mencela makanan yang tidak enak? Sebuah tanda bahawa pencela makanan tersebut tidak bersyukur atas karunia-Nya yang berupa makanan tersebut. Berapa banyak orang yang merindukan makanan lantaran belum makan selama tiga hari?
Tak salah jika Imam Nawawi dalam Riyadhus Sholihin menyebut sosok yang mencela makanan dengan sebutan orang yang sombong. Menurut beliau, memuji makanan bererti menyenanginya. Sedangkan mencela makanan bererti merendahkan kenikmatan yang diberikan oleh Allah.
Sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah ketika beliau meminta lauk ketika hendak makan, namun yang tersedia hanyalah cuka. Rasulullah tidak mencelanya begitu saja, melainkan beliau sempat memuji cuka tersebut di depan si isteri. Diceritakan dari sahabat Jabir, beliau berkata:
أن النبي صلى الله عليه وسلم سال أهله الأدم فقالوا: ما عندنا إلا خل فدعا به فجعل يأكل ويقول: نعم الأدم الخل نعم الأدم الخل
Bahawasanya Nabi shallallahu’alaihi wasallam meminta kepada istri beliau lauk. Lalu mereka menjawab, “Kami tidak punya lauk kecuali cuka.” Kemudian beliau memintanya dan memakannya (bersama roti) dan bersabda, “Sebaik-baik lauk adalah cuka, sebaik-baik lauk adalah cuka” (HR. Muslim )
Sikap nabi sememangnya patut dicotohi dalam kehidupan seharian. Jika cuka saja masih diberikan pujian oleh Rasulullah, masihkah kita hendak mencela makanan lantaran hanya sekadar terlalu masin, kurang masin, lembek, terlalu keras, tidak masak dan sebagainya?
Selain tidak mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh-Nya, tentu ada hati yang tersakiti ketika makanan tersebut dicela, sebut saja orang yang membuatnya. Jika orang yang membuat masakan tersebut boleha sakit hati lantaran hasil masakannya dicela, lantas apa pula yang menciptkannya?
Rasulullah tidak pernah mencela makanan sekalipun dalam hidupnya. Jika telah tersedia makanan dan beliau tidak menyukainya, maka beliau tidak mencelanya, melainkan cukup dengan meninggalkannya. Hal tersebut merupakan adab yang baik kepada Allah. Kerana jika mencela makanan yang tidak disukai, maka seolah-olah dengan ucapan jelek itu menolak rezeki Allah. Kebiasaan Rasulullah yang demikian mulianya berdasarkan keterangan dari Abu Hurairah, beliau berkata:
ما عاب رسول الله صلى الله عليه وسلم طعاما قط إن اشتهاه أكله وإن كرهه تركه
“Rasulullah tidak pernah mencela makanan sama sekali. Jika beliau berselera beliau memakannya. Jika beliau tidak suka beliau membiarkannya.” (HR Bukhari Muslim)
Contoh yang teramat baik untuk kita semua untuk tidak mencela makanan manapun. Jika tidak menyukainya, cukup tinggalkan saja. Bukan mencelanya, namun tetap dilahapnya. Mencela berbeda dengan memberikan kritikan yang membangun, misalnya dengan berkata “hari ini masakannya terlalu banyak garam, mungkin besok cukup satu senduk sahaja”. Yang demikian bukan maksud mencela, melainkan memberikan cadangan agar diperbaiki dan lebih enak lagi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rumah adalah keperluan hidup. Perkara paling penting untuk golongan muda membeli hartanah adalah pengurusan kewangan. Seeloknya wanita berusaha untuk membeli sebuah kediaman sebelum mendirikan rumah tangga.
10 tip beli rumah pertama yang newbie wajib tahu seperti yang dikongsikan oleh Harith Faisal.
Rumah Pertama Rumah Pelaburan
Kalau rumah pertama tu anda beli untuk duduk sendiri, agak sukar nak tambah rumah lagi. Lagi-lagi kalau rumah tu makan sebahagian besar gaji. Rumah pertama untuk pelaburan, hasil sewaan dikira sebagai pendapatan tambahan.
Rumah Pertama Bukan Rumah Idaman
Semua orang teringin nak rumah besar, senibina moden, ruang tamu yang luas dan perabot yang mahal. Tapi cuba fikir rasional. Mampu beli sekarang dengan gaji RM2,500? Kalau belum mampu, beli rumah kecil pun tak mengapa. Takkan nak tunggu harga rumah naik lagi.
Rumah Pertama Kecil Tidak Mengapa
Rumah besar, modal deposit dan kos-kos lain pun besar juga. Sekurang-kurangnya 15% daripada harga rumah. Secara asasnya, rumah kecil RM100,000 perlukan modal RM15,000 sahaja. Rumah RM300,000 pula perlukan modal RM45,000. Keluarga kita pun kan kecil lagi. Mengapa bayar lebih untuk bilik yang tidak berpenghuni.
Rumah Pertama Bawah Harga Pasaran
Pasaran pada masa ini memihak kepada pembeli. Tuan rumah ada yang terdesak menjual rumahnya. Pembeli kena bijak nego selagi boleh untuk dapatkan harga terbaik. Elak beli rumah atas harga pasaran. Nanti anda yang merana nak keluar modal.
Rumah Pertama Bukan Maksimum Kelayakan
Kalau layak rumah harga RM300,000, carilah rumah berharga RM250,000. Supaya mudah dapat kelulusan bank. Bagi ruang sedikit kepada DSR (Debt Service Ratio). Lain bank, lain cara kiraan kelayakan pembiayaan. Takut bank A sahaja kata layak RM300,000. Bank B, C, D, E cakap RM260,000 sahaja.
Rumah Pertama Beli Dengan Ejen
Ejen Hartanah akan bantu mendapatkan rumah yang sesuai dengan bajet anda. Lebih-lebih lagi jika anda memang zero bab hartanah. Jangan percaya mitos “beli dengan ejen, harga rumah jadi mahal”. Ejen hari-hari berurusan jual beli rumah. Kita pula nak beli rumah setahun sekali pun belum tentu. Gunakan kepakaran mereka.
Rumah Pertama Sebelum Berkahwin
Beli rumah di pasaran subsale sekurang-kurangnya 15% di bawah harga pasaran. Lepas tu kahwinlah. Bakal pak mertua pun seronok bila tahu bakal menantunya dah ada rumah. Terus green light. Rumah dapat, orang rumah pun dapat. Bijak!
Rumah Pertama Sebelum Kereta
Beli 2 buah apartmen dengan masing-masing ansuran RM700 dan keduanya disewakan pada kadar RM900. Dapat aliran tunai positif RM400 daripada dua rumah, boleh pakai Proton Saga Plus percuma. Nak pakai Honda City percuma macam mana pula? Ini ideanya sahaja. Jangan lurus bendul. Ambil kalkulator, kiralah sendiri.
Rumah Pertama Dengan Modal Minima
Beli rumah murah-murah sudahlah, nego dengan tuan rumah bagi deposit rendah atau beli rumah daripada pemaju dengan entry cost mudah dan guna pakej 100% pembiayaan bagi yang layak. Saya kata modal minima, bukannya modal langsung tak perlu ada.
Rumah Pertama Bukan Beli Ikut Nafsu
Pembeli rumah pertama biasa teruja dengan pelbagai iklan dan tawaran. Itu macam bagus. Ini pun macam bagus. Jangan ikut nafsu, tapi ikut ilmu. Ilmu bukan datang bergolek tapi perlu dicari.
Sebelum melabur pada hartanah, lebih baik melabur dahulu pada ilmu. Takut-takut nanti duit untuk melabur entah je mana. Duit ‘melebur’ lagi adalah. Kita mungkin tak boleh berkongsi harta dengan kawan kita. Tapi kita mesti boleh berkongsi ilmu dengan mereka. Kerana ilmu yang dikongsikan tidak akan berkurangan. Malah dapat pula pahala yang berpanjangan.
Bila zaman telah berubah dan 48% wanita jelita hari ini telah bekerja. Ini sebab mengapa wanita perlu ada rumah sendiri.
1. Pendapatan Tambahan Pelaburan
Rumah boleh disewakan dan jadi pendapatan tambahan lepas kahwin, tak semua orang dapat suami kaya raya. Maka belilah sebuah rumah dan jadikan pendapatan keluarga.
2. Waktu Tak Terduga
Kita tak tahu suami yang kacak macam Nepal itu sayang kita sampai bila. Jika ditinggalkan pergi, bila mereka terjumpa Gadis Tik Tok setidaknya ada rumah sendiri.
3. Bukan Harta Sepencarian?
Rumah yang dibeli sebelum kahwin, bukannya harta sepencarian. Jika berpisah ia tetap hak isteri tersebut.
4. Bantu Suami
Masalah kewangan selepas kahwin biasanya semakin sukar. Jika sesuatu berlaku boleh refinance atau pendapatan sewa bantu suami tercinta dan hidup bahagia selamanya.
Cari dan belilah sebuah rumah kecil agar bahagia dan sempurna sebelum bencana.
Menilai ibadah sesetengah individu sejurus balik umrah, orang ramai terlalu menilai dan merumitkan ibadah ini.
Apatah lagi pergi menunaikan umrah dikalangan selebriti, pasti netizen mendambakan perubahan kerohanian dan penampilan.
Umrah kali ini mengajar saya lebih dekat dengan Tuhan tetapi orang tidak nampak perkara begitu kerana fokus terhadap perubahan luaran saya.
“Saya rasa orang kita suka merumitkan mengenai menunaikan haji atau umrah hingga kadang-kadang tercetus persepsi menakutkan untuk melakukan kebaikan di Tanah Suci.
Awal yang baru sahaja pulang dari Mekah dan Madinah bersama isterinya, Scha Alyahya pada Februari lalu banyak mengubah cara pemikirannya sejak menunaikan ibadah umrah.
Hal ini diakui oleh isterinya sendiri dalam majlis pembukaan kedai kopi terbaharu milik Awal Ashaari The Great Coffee yang berlokasi di Shah Alam, Selangor.
“Sebagai anak seni, bukan kata balik umrah boleh terus insaf dan berubah, cuma saya dapat bawa balik pengalaman selain pengajaran berguna.
“Hakikatnya sejak balik dari umrah, perbuatan dan pemikiran saya lebih terarah kepada hubungan dengan Allah. Isteri pun cakap saya banyak berubah,” jelas bapa kepada dua anak itu.
Umum Awal bersama isterinya, Scha Alyahya menunaikan umrah pada awal Februari lalu.
Bagaimanapun, tidak lama selepas pulang dari menunaikan ibadah umrah, penampilannya menjadi bualan netizen. Dikecam kerana mengubah warna rambutnya, netizen melabelkan pengacara popular ini melanggar hukum agama.
Apabila sesetengah pihak mempersoalkan penampilannya dia mewarnakan rambutnya menjadi ‘putih’ dengan menggunakan teknik peluntur sejurus pulang dari mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini, Awal hanya ambil tindakan berdiam diri.
“Lagipun ini bukan warnakan rambut, saya gunakan sejenis bahan peluntur tetapi jika mahu berlawan (beri kenyataan) pun orang tidak akan faham,” katanya
Tambahnya lagi, dia tidak boleh mengubah gayanya secara drastik memandangkan dia sangat meminati bidang fesyen.
“Dari segi stail dan penampilan tidak mungkin saya akan berkopiah 24 jam kerana saya masih berminat dalam fesyen. Tambahan pula kerja saya masih berkaitan dengan dunia fesyen.
“Saya hanya buat apa yang menggembirakan diri sendiri tetapi pada masa sama saya tetap menjaga hubungan dengan Allah.
“Orang kita tidak boleh menerima sesuatu perubahan drastik dan saya cuba faham perkara tersebut serta tidak menidakkan mereka,” ujarnya.
Namun, selebriti itu tidak cepat melatah dengan kata-kata netizen yang mempersoalkan penampilannya.
“Kadang-kadang ada perkara yang tidak boleh dikongsikan kerana benda tersebut peribadi. Nanti orang cakap menunjuk pula.
“Bagi saya tidak mengapalah, saya tidak kisah dengan persepsi orang kerana saya rasa lebih dekat (dengan Allah) dan tenang,” tuturnya.
Buat masa ini Awal lebih selesa mengenakan topi atau kopiah jika hadiri rumah ibadah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klikdi sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fabrik polyester mudah berbau walaupun sudah dicuci? Ketahui punca sebenar menurut penyelidik UiTM serta cara berkesan menghilangkan bau hapak pada pakaian sukan.