Banyak perkara yang boleh menyebabkan kita berasa stres terutamanya kepada mereka yang terkesan dengan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini. Sudahlah rumah ditenggelami air, malah barangan di dalam rumah juga turut rosak dan hanyut dek kerana masalah banjir.
Bagi anda yang sedang menghadapi masalah ini, usah stres dan cuba lakukan tip ini yang boleh merehatkan minda anda. Apakah caranya? Ketahui 3 langkah terbaik untuk menghilangkan stres hanya dalam masa 10 minit hingga 2 minit!
Nikmati suasana di dalam atau luar pejabat dengan berjalan kaki. Secara tidak langsung, ia bukan sahaja dapat mengalih tumpuan anda dari selambak tugasan, malah pergerakan di bahagian kaki mampu melancarkan lagi aliran darah dalam tubuh badan. Lebih menakjubkan, ‘senaman sekejap’ ini juga mampu melancarkan pernafasan anda. Walaupun hanya 10 minit, namun hasilnya amat berkesan sekaligus meningkatkan daya ketahananmu untuk bekerja dengan lebih produktif! Ingat, work smart, not work hard.
Ads
Tangani stres dalam masa 5 minit
Ketawa. Bak kata pepatah Inggeris, laughter is the best medicine dan ia memang ada benarnya. Luangkan masa selama lima minit dengan membaca atau menonton video yang mampu membuatkan anda ketawa berdekah-dekah sehingga dapat melupakan seketika perkara yang mendatangkan stres! Menurut kajian Pusat Perubatan Universiti Maryland, ketawa mampu mengelakkan penyakit jantung kerana apabila anda ketawa, seluruh tubuh badan akan bertindak balas dengan reaksi positif. Jadi, mengapa tidak anda berseronok dengan hanya ketawa!
Hadir ke pejabat dengan kerutan pada dahi adalah perkara yang harus dijauhi. Takut nanti, rakan sepejabat takut untuk menegur anda kerana disangkakan anda sedang bad mood. Anda hanya perlu berhenti melakukan tugas, duduk tegak dan tarik nafas sedalam mungkin antara tiga hingga enam kali. Kemudian, urut di bahagian kening, dahi dan rahang pada muka anda untuk kelegaan yang berpanjangan.
Ads
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Badan kita memerlukan air untuk membuang toksin, membawa nutrien dan oksigen ke sel, menjaga kesihatan kulit dan melincirkan sendi. Tetapi berkali-kali, sistem perubatan kuno telah mengulangi bahawa seseorang hanya boleh memanfaatkan semua faedah meminum air yang mencukupi jika mereka meminumnya dengan betul.
Betul tu! Jika anda salah seorang yang meneguk segelas air sekali gus, anda perlu berhenti melakukan ini sekarang. Menurut islam juga, minum air ada cara yang betul. Jika anda lakukannya boleh menyebabkan banyak masalah, salah satunya mengganggu proses penghadaman.
Pencernaan makanan yang betul adalah penting untuk penyerapan nutrien. Apabila anda minum air berlebihan sebelum memulakan makan atau minum di antara waktu makan, ia mungkin membawa kepada kesihatan penghadaman yang lemah. Adalah dipercayai bahawa melakukan ini memberi kesan kepada keadaan makanan di dalam perut secara langsung. Selain itu, air adalah penyejuk dan boleh menenangkan api penghadaman semasa waktu makan. Menghirup air dengan kerap semasa makan juga boleh menyebabkan obesiti.
Satu lagi perkara yang anda mesti lakukan apabila air minum masih kurang dan mempunyainya. Apabila anda berdiri dan minum segelas air, anda meletakkan diri anda pada risiko beberapa masalah kesihatan.
Apabila anda minum air sambil berdiri, ia melalui sistem dengan pancutan lurus. Ia mudah melepasi badan anda dan sampai ke kolon. Dengan meminumnya secara perlahan-lahan membolehkan cecair mencapai semua organ badan, di mana ia sepatutnya melakukan kerja. Ini mengakibatkan pemendapan toksin dari buah pinggang dan pundi kencing. Lebih-lebih lagi, meneguk air tidak benar-benar menghilangkan dahaga anda.
Air minuman. Alasannya agak intuitif, Jika anda minum terlalu banyak sebelum tidur, anda mungkin mendapati diri anda bangun beberapa kali di tengah malam untuk membuang air kecil. Mulamengurangkan pengambilan cecair anda kira-kira tiga jam sebelum waktu tidur, yang akan membolehkan badan anda memproses air dan menggunakan tandas sebelum meringkuk di bawah selimut.
Pernahkah anda mendengar tentang ajaran ayurveda bahawa lebih mudah untuk badan menyerap air suam dan ia lebih menenangkan perut? Bagaimana pula dengan air sejuk yang melancarkan metabolisme badan? Satu kajian yang mendapati bahawa orang yang minum air sejuk mengalami peningkatan metabolisme sebanyak 30%, tiada bukti yang menyokong bahawa air sejuk akan membantu meningkatkan metabolisme anda lebih daripada air suam. Dan pastinya tiada bukti yang menunjukkan bahawa badan menyerap air secara berbeza bergantung pada suhu. Bawa pulang? Minum air, haid, adalah jauh lebih penting untuk kesihatan dan kesejahteraan anda daripada suhu di mana ia dihidangkan, jadi jangan menolak segelas jika tiada ais di dalamnya.
Kebanyakan orang tidak minum air yang mencukupi setiap hari, jadi anda pasti ingin memastikan anda membenarkan dahaga menjadi panduan anda tentang bila anda perlu meneguknya. Jika anda berasa lapar, mulut anda terasa kering, atau air kencing anda kelihatan seperti jus epal, anda tidak minum air yang mencukupi. Pastikan anda membawa botol air bebas BPA dan jadikannya sebagai pilihan anda apabila keinginan tengah hari itu mula timbul. Dan apabila anda tidak terhidrat dengan H2O yang mencukupi, anda akan mengalami akibatnya.
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bulan ini pastinya kita tidak putus-putus menerima undangan rumah terbuka. Dan kita juga tidak terkecuali untuk mencuba setiap hidangan yang disediakan. Maklumlah nafsu makan susah untuk dikawal apatah lagi setelah hampir sebulan berpuasa.
Dan agak mustahil kita menolak semua makanan ini dan pastinya akan mengalami pertambahan berat badan kerana tidak tahu kalori dalam setiap hidangan.
Jadi bagaimana caranya untuk kita mengawal berat badan agar ia tidak jadi berlebihan hingga boleh membawa penyakit. Jika diet pemakanan seimbang dan sentiasa kekal terjaga, proses penurunan berat badan anda pasti berjaya walaupun terpaksa mengambil masa yang lama.
Dan anda juga perlu sanggup berkorban meninggalkan segala jenis makanan enak yang tidak berkhasiat. Jadi apakah diet berkesan yang boleh kita amalkan dengan hasilnya sepantas 7 hari sahaja.
Melalui perkongsian di laman sosial Facebook dari page Rahsia Teh Herba Cantik Sihat Dan Slim barkongsi 21 tip diet paling berkesan.Jika diamalkan secara konsisten, berat badan anda akan kekal terjaga walaupun mengambil makanan digemari.
21 Tips Diet Yang Berkesan
Tip 1 – Untuk tips pertama ini, anda perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian, buang kulit kedua-dua buah tersebut dan perah untuk dapatkan airnya. Selepas itu, campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Anda boleh minum sebanyak dua kali sehari sehingga mencapai berat badan yang diimpikan.
Alasannya? – Lobak dan limau nipis mengandungi banyak antioksida didalamnya. Antioksida ini dapat meneutralkan radikal bebas dan seterusnya menjadikan sistem hormon badan anda menjadi seimbang. Jadi lemak-lemak bebas dapat disingkirkan dengan mudah.
Tips 2 – Jangan tinggalkan sarapan. Anda mungkin ingin kurangkan pengambilan makanan kerana berdiet. Lalu anda abaikan sarapan. Tetapi, tindakan itu adalah kurang bijak.
Alasanya? – Ini kerana, apabila anda telah berlapar semalaman kemudian tidak bersarapan. Kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah dan mengakibatkan masalah fisiologi seperti pening dan pitam. Jadi, apabila tiba waktu lunch, anda mungkin mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, jangan tinggalkan sarapan walau hanya dengan sebiji buah epal.
Tips 3 – Kurma sebagai makanan pagi. Dengan pengambilan beberapa biji kurma sebagai sarapan, ianya mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga di sepanjang pagi. Malah, anda mungkin masih berasa kenyang sehingga tengahari. Dengan itu, anda tidak perlu makan dengan banyak di waktu lunch. Anda bukan sahaja dapat berdiet, malah mampu berjimat.
Alasannya? – Kurma mengandungi jumlah glukosa yang sangat tinggi. Glukosa ini dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada badan untuk melakukan tugas harian. Berbanding makanan pagi yang berjenis kuih muih atau nasi, ia sebenarnya mengandungi tinggi kolestrol beserta karbohidrat.
Tips 4 – Ambil makanan kaya serat dengan banyak pada waktu makan. Contoh makanan kaya serat adalah; buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin, mineral, dan bijiran penuh.
Alasannya? – Makanan seperti itu mempunyai kuantiti kalori yang rendah tetapi kaya dengan diet serat yang diperlukan oleh oleh tubuh setiap hari.
Tips 5 – Sediakan buah-buahan dan sayuran berwarna hijau, oren dan kuning pada waktu makan. Contohnya; brokoli, lobak, dan buah-buahan sitrus (e.g. limau). Makanan seperti itu mempunyai sifat antioksida yang tinggi dan boleh diambil sebanyak lima atau lebih hidangan pada setiap hari.
Tips 6 – Pastikan kadar pengambilan kolesterol di bawah 300 mg pada setiap hari.Bagaimana? Kurangkan lemak haiwan di waktu makan yang boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Anda boleh realisasikannya dengan memilih daging kurang lemak dan produk tenusu rendah lemak.
Alasannya? – Lemak adalah jenis tenaga yang terakhir sekali digunakan oleh badan. Jadi kebanyakkan lemak yang diambil tidak digunakan dan ia disimpan dibawah tisu. Lemak inilah yang membentuk badan anda menjadikannya ia tidak menarik.
Tips 7 – Pastikan sumber protein dalam diet harian. Pertama, anda perlu kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda. Kemudian, ambil sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar dan sebiji telur. Semasa lunch pula, makan makanan seperti sup sayur atau ayam bersama nasi separuh dan sebiji epal. Apakah hasilnya? Tubuh akan menyimpan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga keesokkan hari.
Tips 8 – Lakukan aktiviti yang banyak pergerakan. Apabila anda ingin menjadi kurus, anda pasti terbayang aktiviti berjoging atau masuk ke gym yang melibatkan kos. Anda sebenarnya mempunyai pilihan iaitu dengan membuat aktiviti berjalan kaki sahaja. Ianya lebih mudah, murah dan menyeronokkan. Tambahan pula, aktiviti itu cukup untuk menjana tenaga dengan melatih paru-paru dan jantung untuk bekerja.
Untuk makluman anda, dalam setiap hari anda boleh melakukan aktiviti berjalan sebanyak 10,000 langkah sahaja.
Amalan 10,000 langkah setiap hari mampu membakar lemak anda dibahagian peha dan juga perut. Jadi ia memudahkan anda mengurangkan berat badan anda ke tahap yang diingini.
Adakah anda fikir sukar untuk membuat 10,000 langkah dalam masa sehari? Bagi saya cara itu senang sahaja.
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mencapai 10,000 langkah adalah seperti: Berjalan-jalan dalam shopping kompleks dalam masa lebih 2 jam. Untuk ke setiap destinasi, anda boleh parking kereta jauh sedikit dari tempat yang anda tuju.
Membersihkan rumah dengan menyapu serta mengelap lantai sebuah rumah. Ini bukan sahaja dapat menceriakan lagi rumah anda namun ia dapat memberikan anda satu senaman yang boleh menguruskan badan anda. Berjalan kaki meronda-ronda taman dalam masa 2 jam.
Tips 9 – Lakukan sedikit aktiviti selepas makan. Pada kebiasaannya, diri anda merasa berat dan mengantuk selepas makan. Apa kata anda membuat sedikit perubahan dengan berjalan-jalan atau menaikki tangga selepas selesai makan.
Alasannya? – Ianya membantu untuk membakar sebahagian kalori dari makanan yang anda makan itu tadi. Tetapi, jangan pula terlalu mendesak. Ini kerana, anda baru habis makan dan mungkin boleh mendatangkan masalah lain.
Tips 10 – Makan adalah satu keperluan, jadi jangan tak makan. Ini kerana, makanan adalah sumber kepada tenaga. Anda kurang makan, maka penggunaan tenaga menjadi kurang mengakibatkan tubuh anda akan mengalami kejutan. Perkara ini boleh menyebabkan kadar metabolisma anda menjadi rendah. Apabila hal ini berlaku, badan anda akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Selepas itu, berat badan anda tidak akan berada pada tahap yang ideal.
Tips 11 – Minum air bersih 8 gelas sehari. Untuk pengetahuan anda, meminum air dalam kuantiti yang banyak boleh menurunkan selera makan secara semulajadi. Oleh itu, sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian, anda dapat mengelakkan daripada makan dengan banyak.
Tips 12 – Kurangkan makanan yang bergaram. Sekiranya anda mengambil garam dalam kuantiti yang tinggi, ianya menggalakkan penakungan air. Jadi, apabila anda kurangkan mengambil garam, sekaligus badan anda tidak menakung air dengan banyak. Seterusnya, tiada lagi masalah gemuk air.
Tips 13 – Jadikan air limau sebagai favourite drinks. Semasa anda makan di kedai makan, pesanlah air limau nipis atau oren. Ini kerana, minuman masam menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Tetapi, jangan pula pesan air limau yang manis.
Tips 14 – Katakan tidak kepada minuman berkarbonat. Saya yakin, anda pasti tahu bahawa minuman berkarbonat mengandungi 7-8 sudu gula. Banyak bukan? Dengan kandungan gula sebanyak itu, terang-terangan ia mampu memberi kemudaratan kepada tubuh badan dan mengganggu plan diet anda.
Tips 15 – Amalkan teknik pemakanan yang betul. Maksud teknik pemakanan di sini adalah merujuk kepada teknik kunyahan. Semasa makan, kunyahlah dengan perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan kecil sebelum ditelan agar ia mudah dihadam kelak.
Tips 16 – Gunakan piring makanan yang rata. Elakkan dari menggunakan piring yang cekung. Dengan memilih pinggan yang rata, maka anda dapat mengelakkan daripada mengambil makanan secara berlebihan.
Tips 17 – Jangan percaya kepada mitos-mitos berdiet. Antara mitos berdiet yang kerap dibincangkan sehingga kini adalah; jangan sarapan pagi, jangan makan malam, jangan minum air masak, jangan minum jus oren. Sedangkan, mitos-mitos itu termasuk dalam plan diet yang baik dan sempurna.
Tips 18 – Tetapkan sasaran yang realistik. Anda harus meletakkan sasaran dalam tempoh menurunkan berat badan. Contohnya, minggu ini anda menyasarkan turun berat badan sebanyak 0.5 kg. Untuk minggu-minggu seterusnya, anda boleh tingkatkan kepada 1-2 kg pula bagi mencapai berat badan impian.
Tips 19 – Jangan timbang berat badan setiap hari.
Alasannya? – Jika anda berbuat demikian, ianya boleh membuatkan anda berputus asa kerana anda tidak dapat melihat perubahan. Cadangan saya, timbang berat badan pada setiap minggu atau dua kali sebulan.
Tips 20 – Diari diet sebagai rekod. Untuk tips ini, saya sarankan anda memiliki sebuah diari diet. Dalam diari tersebut, anda perlu rekodkan setiap hari berapa kali dan berapa banyak anda makan, tahap kelaparan dan perasaan anda ketika makan.
Alasannya? – Dengan berbuat demikian, ianya mampu meningkatkan kepekaan terhadap tabiat makan anda. Lama-kelamaan, anda pasti dapat mengenalpasti dan menukar tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Kemudian, bolehlah anda merangka plan diet yang lebih berkesan.
Tips 21 – Cukup belajar teori sahaja. Ayuh mulakan langkah anda dengan mengamalkan teknik diet yang betul. Saya percaya dengan teknik diet yang betul berserta senaman anda mampu mengurangkan berat badan anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Malang tidak berbau, disaat rakyat Malaysia ghairah melaksanakan tanggungjawab memilih pemimpin negara pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semalam. Satu kemalangan maut telah meragut nyawa pasangan suami isteri di Johor.
Kemalangan itu turut mengakibatkan anak kepada pasangan malang yang berusia tiga tahun patah kaki, selepas kereta yang yang dinaikinya terlibat kemalangan sejurus pasangan itu selesai menjalankan tanggungjawab mengundi.
Hijabista difahamkan kejadian tersebut berlaku di Kilometer 46, Jalan Johor Bahru-Mersing.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora berkata, kemalangan tersebut berlaku pada jam 12.08 tengah hari melibatkan kereta Perodua Alza dinaiki tiga beranak itu dan sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux.
“Hasil siasatan mendapati mangsa yang menaiki Perodua Alza dalam perjalanan ke Skudai, Johor Bahru setelah selesai mengundi di Lok Heng dekat sini.
“Perodua Alza tersebut yang menghala ke Johor Bahru terbabas semasa melalui selekoh dan berpusing di laluannya sebelum masuk ke laluan bertentangan menghala ke Mersing.
“Perodua Alza itu kemudian bertembung Toyota Hilux tersebut dalam keadaan jalan basah akibat hujan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya lagi, kecelakaan itu telah meragut dua nyawa iaitu lelaki berusia 37 tahun dan isterinya, berusia 31 tahun yang meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anak pasangan itu berusia tiga tahun mengalami patah kaki kanan.
Bagaimanapun, pemandu Toyota Hilux yang berusia 60 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Hussin menjelaskan, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.