Pernah atau tidak jerawat tiba-tiba muncul apabila anda mencuba produk penjagaan wajah yang baru? Ya, itu mungkin petanda bahawa produk tersebut tidak sesuai dengan kulit wajah anda.

Jadi, anda perlu hati-hati. Selain jerawat, ketahui 8 tanda lain yang menunjukkan produk tersebut tidak sesuai dengan kulit anda.

[su_highlight background=”#ff9c99″]1. Kering & Mengelupas[/su_highlight]

Biasanya, produk yang terlalu kuat akan membuatkan kulit anda menjadi kering dan mengelupas. Lebih baik anda berhenti daripada memakai produk tersebut sehingga kulit kembali seperti asal. Gunakan pelembap untuk melembapkan kulit.

[su_highlight background=”#ff9c99″]2. Benjol[/su_highlight]

Sekiranya tiba-tiba wajah anda muncul benjolan kecil berwarna merah atau putih dan ia gatal-gatal, itu mungkin reaksi daripada kulit yang sensitive.

Sebaiknya, hentikan pemakaian dan gunakan masker yang diperbuat daripada charcoal untuk membersihkan wajah.

Anda juga boleh menggunakan produk penjagaan wajah yang mengandungi AHA atau BHA untuk mengurangkan bahagian yang benjol itu.

IKLAN

[su_highlight background=”#ff9c99″]3. Terbakar & Pedih[/su_highlight]

Kalau anda rasa kulit anda terasa seperti terbakar dan pedih, anda boleh hentikan pemakaian produk tersebut. Sapukan krim yang boleh mengurangkan iritasi sebelum menggunakan produk penjagaan wajah tersebut.

[su_highlight background=”#ff9c99″]4. Wajah Terasa Ketat & Panas[/su_highlight]

Ketika wajah anda terasa ketat dan panas selepas menggunakan produk tersebut, itu merupakan reaksi daripada kulit sensitive. Sekiranya keadaan menjadi lebih teruk seperti muncul kemerahan dan bengkak, hentikan terus pemakaian produk tersebut ya!

[su_highlight background=”#ff9c99″]5. Kulit Makin Berminyak[/su_highlight]

IKLAN

Produk yang mengandungi oil-control atau mencuci wajah menggunakan air suam akan membuatkan wajah menjadi lebih kering sehingga produksi minyak semakin meningkat.

Gunakan produk penjagaan wajah yang mengandungi hyaluronic acid untuk meningkatkan kadar air dan membuat wajah halus sentiasa.

[su_highlight background=”#ff9c99″]6. Muncul Jerawat[/su_highlight]

Jerawat merupakan tanda yang sering terjadi kalau wajah anda tidak sesuai dengan produk penjagaan wajah tersebut. Kulit sebenarnya memerlukan dua hingga tiga minggu untuk serasi dengan produk baru.

IKLAN

Kalau jerawat muncul lebih banyak daripada biasa, itu bermakna produk tersebut tidak sesuai dengan kulit anda. Ganti dengan produk yang diperbuat daripada water based.

[su_highlight background=”#ff9c99″]7. Alergi[/su_highlight]

Jika kulit terasa gatal dan kelihatan seperti alergi, hentikan pemakaian dan segera berjumpa doktor.

[su_highlight background=”#ff9c99″]8. Sensitif Pada Matahari[/su_highlight]

Beberapa kandungan kimia pada produk wajah akan membuatkan wajah menjadi lebih sensitive terhadap matahari seperti AH dan benzoyl peroxide. Seeloknya, gunakan produk tersebut pada waktu malam supaya wajah tidak terkena sinaran matahari.

[su_highlight background=”#ff9c99″]9. Tiada Sebarang Perubahan Pada Wajah[/su_highlight]

Anda pastinya mengharapkan perubahan pada wajah sekiranya menukar pada produk penjagaan wajah yang baru. Yang peliknya, dah berbulan pakai pun masih sama dan tiada sebarang perubahan. Mungkin itu petanda produk tersebut tidak sesuai dengan anda.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI