Pasti ramai yang tertanya-tanya, mengapakah jerawat tumbuh di tempat yang berbeza? Adakah kerana ketidakseimbangan hormon atau akibat tidak menjaga kebersihan wajah? Malah ada juga yang beranggapan bahawa pencuci muka yang digunakan tidak serasi dengan kulit.

Sumber gambar: Healthdigest

Hakikatnya, kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita bermula daripada dalam. Jerawat yang tumbuh di bahagian tertentu wajah mungkin memberi petunjuk organ dalaman yang tidak sihat. Nak tahu lebih lanjut? Jom baca!

Sumber gambar: Anna

1. Dahi

Mengapa jerawat tumbuh di dahi? Ini adalah kerana ia berkaitan dengan sistem penghadaman yang tidak elok. Oleh itu, jika anda mempunyai jerawat di bahagian dahi, banyakkan meminum air masak. 

Tahukah anda, jerawat di bahagian dahi menandakan sistem penghadaman yang tidak beroperasi dengan sempurna dan kekurangan kandungan air dalam badan? Air masak membantu menyingkirkan toksin dalam badan. Seeloknya, minum lapan gelas besar air masak sehari dan elakkan minuman berkafein dan berkarbonat. Mungkin anda boleh cuba untuk mengamalkan teh hijau tanpa gula.

Baca juga: Hanya Lakukan Di Rumah Sahaja, 5 Bahan Semula Jadi Ini Boleh Mencerahkan Kulit Kusam Anda!

2. Zon-T

Majoriti rakyat Malaysia mengalami masalah jerawat di bahagian Zon-T! Apakah itu Zon-T? Ia merangkumi bahagian atas kening, hidung sehingga pipi. Zon ini diketahui kawasan paling berminyak pada wajah. Jika ada jerawat besar di bahagian ini, kemungkinan sistem organ hati tidak berfungsi dengan baik.

IKLAN
Sumber gambar: Medical News Today

3. Sekeliling mata

Pasti ramai yang tertanya-tanya, adakah jerawat akan timbul di bahagian sekeliling mata? Jawapannya ya! Kawasan ini adalah bahagian kulit wajah yang paling sensitif dan lembut. Lingkaran hitam pada mata menunjukkan ketidakseimbangan sistem buah pinggang dan nyahhidrat. Cara untuk mengatasinya adalah banyakkan minum air masak dan kurangkan pengambilan air manis.

4. Pipi

Bahagian atas: Percaya ataupun tidak, apabila anda memiliki jerawat di bahagian ini, ia bermakna anda mempunyai masalah dengan sistem pernafasan iaitu paru-paru. Jerawat di kawasan ini menandakan anda menghirup terlalu banyak udara kotor, terutamanya bagi mereka yang merokok. Persekitaran yang kotor juga menyebabkan jerawat timbuk di bahagian ini. Selain itu, penggunaan telefon yang membuatkan anda lekapkan telefon pada pipi menyebabkan kotoran melekat di pipi dan menyumbatkan pori muka. Dinasihatkan juga menukar alas bantal setiap minggu bagi mengelakkan kotoran terkumpul berpindah ke wajah anda. Lebihkan memakan sayuran seperti kubis, tauge dan labu.

IKLAN

Bahagian atas: Uniknya, ia berkaitan terus dengan kesihatan gigi. Pelik bukan? Jika anda mempunyai masalah dengan gusi, masalah jerawat lebih ketara. Amalkan menggosok gigi dengan betul serta flos gigi. Kurangkan pengambilan air manis dan bergas.

5. Hidung

Jerawat di hidung sangat menyakitkan! Tambahan lagi jia ia muncul di dalam bahagian hidung. Sebenarnya jantung bersambung dengan deria hidung. Jerawat besar dan menyakitkan menandakan tekanan darah tinggi. Jauhi minuman yang memberi tenaga. Kurangkan garam dalam makanan dan banyakkan pengambilan buah serta sayuran.

Baca juga: Usia Semakin Meningkat, Tetapi Masih Mengalami Masalah Kulit! Mengapa Ya? Inilah Jawapannya!

IKLAN
Sumber gambar: Eucerin

6. Telinga

Deria ini bersambung terus dengan organ buah pinggang. Jerawat di bahagian telinga menandakan anda kurang minum air masak. Kurangkan pengambilan garam dan kafein.

7. Dagu

Jika ada jerawat di bahagian dagu, ia menunjukkan ada masalah di bahagian usus kecil anda. Ia disebabkan diet makanan harian yang diambil. Jauhi makanan berunsurkan tenusu dan berminyak. Jelas bahawa anda makan secara melulu dan tidak berkhasiat. Lebihkan sayuran dan buahan dalam menu harian.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI