Masalah jerawat bukan sahaja hanya melanda wajah, tetapi juga boleh merebak di bahagian lain, iaitu di belakang badan. Walaupun di belakang, tetapi boleh membuatkan wanita mengalami kemurungan.

Bagi yang mengalami masalah ini, janganlah gusar kerana ada cara mudah untuk anda menyelesaikannya.

Terdapat 8 tip di bawah ini boleh anda amalkan dan hasilnya pasti akan menceriakan harimu.

• Kerap mandi bagi menghilangkan kesan peluh dan kotoran pada badan.

IKLAN

• Gunakan sabun anti-bakteria yang sesuai dengan kulit anda.

• Kerap menukar pakaian dalam, minimum sehari sekali agar tubuh bebas dari kesan peluh, kotoran dan bakteria.

• Jika badan kerap berpeluh, pastikan juga baju kerap ditukar.

IKLAN

• Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan-bahan yang sejuk dan menyerap peluh dengan baik terutama apabila anda memiliki jerawat baru yang sedang merebak di belakang badan.

• Apabila mencuci rambut, sebaiknya halakan rambut ke depan terutama ketika membersihkan sisa syampu pada rambut. Bahan kimia yang terdapat pada syampu dibimbangi boleh memburukkan lagi masalah jerawat di belakang badan anda.

IKLAN

• Ketika jerawat di belakang badan telah kering dan bersih, amalkan juga skrub di belakang badan atau pengelupasan kulit secara teratur. Hal ini bagi mengikis dan membuang sel-sel kulit mati yang berkemungkinan masih ada pada pada belakang badan dan punggung.

• Pastikan juga jika anda menggunakan perapi rambut selepas bersyampu dilakukan seperti cara yang sama seperti bersyampu.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI