Bagi mereka yang dalam misi menurunkan berat badan, oat sepatutnya menjadi pilihan terutama waktu sarapan. Oat membantu kita kenyang lebih lama. Oat adalah antara bijirin yang paling sihat. Ia adalah bijirin bebas gluten dan kaya dengan vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang penting.
Oat kaya dengan nutrien yang mengandungi thiamine, magnesium, phosphorus, zinc, manganese, selenium, dan iron.
Ramai yg berdiet dengan makan oat kan? Tp sebelum korang ambik oat korang kene kenali dulu jenis oat. Walau ia nmpak sama tp sebenar tak terutamanya dari segi pemprosesan dan kadar penyerapan. Terdapat 4 jenis oat yang korang kene tau.
Ads
1. INSTANTS OATS – Paling byk diproses dan teksturnya sgt halus dan berkrim bila dicampur air panas. Oat jenis nie boleh terus di makan.
2. QUICK OATS – Oat instant yang dipotong kurang nipis berbanding instant oat. Maka ia perlu di masak 1-2 minit sebelum makan.
Ads
3. ROLLED OATS – Oat yang sudah digelek tapi belum dimasak. Ia dipotong lg tebal dan ia memerlukan 5 minit utk dimasak.
Ads
4. STEEL CUT OATS –Paling kurang diproses. Oat jenis ini dipotong kasar dari biji oat. Bila dikunyah agak kenyal.
Kandungan semua nutrisi bg semua jenis oat hampir sama cuma yg membezakannya ialah KADAR PENYERAPAN.
Semakin halus oat semakin cepat penyerapan kedalam badan. Maka instant oat & quick oat paling cpt menyebabkan kadar penyerapan gula. Kandungan gula yg tinggi dlm darah bukan sahaja bahaya kepada pesakit kencing manis etc tapi boleh menyebabkan keradangan. Maka pilihlah rolled oat atau steel cut oat.
Kontroversi yang tercetus dalam program reaiti Big Stage 2022 semalam masih belum reda dan sedang hangat diperkatakan oleh netizen. Pun begitu, ada satu lagi perkara yang menjadi tumpuan netizen sepanjang program itu berlangsung. Nak tahu apa dia?
Rupa-rupanya, penampilan penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga merupakan salah seorang juri untuk program itu menjadi perhatian ramai apabila Dato’ Sri Siti Nurhaliza menggayakan busana rona hijau pucuk pisang yang tampak menawan! Busana rekaan pereka terkenal, Rizman Ruzaini itu menjadi perhatian ramai apabila rata-rata netizen mula memenuhi ruang komen di laman Instagram Dato’ Sri.
Malah, bukan hanya busana, gaya solekan serta pengayaan tudung bawal Dato’ Sri juga mendapat pujian ramai. Hasil solekan daripada jurusolek popular, Epie Temerloh menjadikan wajah Dato’ Sri tampak eksklusif dan mahal, namun masih memiliki unsur manis dalam gaya solekannya! Mungkin penggunaan rona hijau sebagai pembayang mata menarik minat ramai untuk menatap wajah penyanyi kesayangan ramai ini!
Cair tengok CTDK!
“Saya strict sikilah minggu ni ya..”
Dato’ Sri Siti Nurhaliza menggalas tanggungjawab selaku juri tetap dalam program realiti Big Stage 2022 bersama komposer terkenal, Ajai. Terkenal dengan sifat lemah lembutnya, kali ini, Dato’ Sri ingin menjadi tegas sedikit berbanding dahulu.
Ramai juga netizen yang memberi komen mengenai ‘statement’ dari Dato’ Sri itu. Ada yang mencadangkan untuk Dato’ Sri menjadi tegas setiap minggu dan jangan bagi peluang kepada peserta program realiti itu! Ada-ada sahaja netizen kita ni ya!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Jika kita melihat perbandingan wanita berhijab dahulu dan hari ini, pasti anda dapat mengenalpasti perbandingan yang amat ketara. Kerana, wanita berhijab kini lebih modest dan gemar mengayakan aksesori bersama hijab seperti cekak, pin rambut dan juga anting-anting.
Meskipun kadang, tudung yang digayakan sudah cantik dan mempunyai perincian yang mewah tanpa memerlukan bantuan aksesori untuk stand out dan menyerlah jika digayakan di khalayak umum.
Justeru, Hijabista berkesempatan mencerap sudut pandang seorang penatarias dan pereka fesyen terkemuka, Rico Rinaldi tentang pengayaan dan stail aksesori yang betul dan sesuai digayakan bersama tudung.
Pengasas jenama fesyen terkemuka, Rico Rinaldi berpendapat, seorang wanita berhijab perlu bijak dalam menatarias gaya dengan memadankan warna dan pemilihan corak yang tepat untuk digayakan bersama busana yang mahu dipakai.
Terutamanya pada bulan Syawal ini dimana ramai dikalangan hijabi memenuhi undangan rumah terbuka dan ziarah menziarahi sesama keluarga.
“Kalau dia berhijab tetapi dia punya aksesori tu over sedikit daripada tudung yang dia pakai. Tudung dah cantik dah, tapi mengenakan eksesori yang melampau adalah amat tidak sesuai.
“Dalam dunia fesyen pun, perkara terakhir yang diambil kira adalah aksesori. Jadi kena bijak menggayakan. Kalau tudung dah cantik tak payah nak pakai aksesori yang sarat,” kata Rico.
Ketika diminta menjelaskan lebih lanjut fesyen dan pengayaan warna hijab dan corak yang bagaimana tidak sesuai dijadikan trend atau akan terlihat serabut jika digayakan, Ini penjelasan yang diberikan oleh Rico.
“Contohnya, ‘Print on Print’, kalau baju dah printed tudung tak payahlah printed juga. Selain itu, pemilihan warna juga penting. Janganlah pilih warna yang hampir serupa dengan warna kulit anda, kerana ia akan membuatkan anda kelihatan kusam dan suram.
“Jadi pemilihan warna dan corak juga penting dan perlu dijaga khususnya bagi mereka yang berhijab,” jelasnya lagi.
Jadi bagi hijabi yang nak nampak on point dalam setiap gambar Outfit of The Day (Ootd) semasa aidilfitri ni, pastikan anda ambil perhatian tentang perkara ini!
Dah tau tip yang dikongsikan oleh Rico Rinaldi kan? Jangan lupa aplikasikan okay, jangan sampai jadi, ia akan membuatkan fashion disaster hingga terlihat seperti fashion victim!
Ketika kecil Dato Sri Aliff Syukri adalah salah seorang antara budak yang menghidap disleksia. Namun kekurangan itu tidak menghalangnya untuk mengecapi kejayaan dalam hidup. Walaupun tidak belajar tinggi, sejak kecil tidak boleh membaca, mengenal huruf dan menghafal sehingga digelar bodoh oleh teman-teman sebayanya, tetapi dirinya kini sudah boleh dilabel usahawan bertaraf jutawan.
Dato Sri Aliff Syukri mengakui dia adalah penghidap disleksia (di mana merujuk kepada mereka yang menghadapai masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran normal). Beliau mengakui dirinya tidak boleh fokus pada sesuatu benda. Tapi mempunyai keunikan minat berniaga dan kini, bukan sahaja pengusaha usahawan kosmetik, tetapi juga pengusaha resort, pemilik tudung dan paling terbaru mempunyai restoran sendiri.
Dato Sri Aliff ditemui di majlis pelancaran koleksi terbaru AliffbySha diinspirasi 5 wanita dan Romah Makan Terlajak Laris di Kota Damansara. Beliau bercerita dulunya dia hanyalah seorang pekerja dan menjual produk di pasar tani. Tidak mahu terus berada ditakuk lama, beliau memberanikan diri bergelar usahawan kosmetik biarpun dirinya seorang lelaki.
“Alhamdulillah bisnes saya semakin berkembang maju. Berkat kesungguhan dan kegigihan produk D’Herb semakin meniti di bibir para penggemarnya. Daripada situ, saya mahu mencuba bisnes lain, saya suka menjual apa yang mereka hendak.
“Sebelum ini saya pernah menjual baju tetapi kecundang. Tetapi saya tak putus asa, saya cuba belajar untuk maju. Contohnya apabila saya menceburi bisnes tudung. Daripada modal sekadar RM10 ribu, kini keuntungan diperoleh berlipat ganda.
“Seperti pelancaran AliffbySha V Five Inspired Women kolaborasi dengan 5 wanita hebat dalam bidang masing-masing. Walaupun ada yang mengecam, tetapi bagi saya strategi bisnes itu penting. Gandingan bersama mereka ini, Uyaina Arshad (pengacara), Joy Revfa (pengasas jenama kosmetik), Nadia Annuar (pengacara), Nabila Razali (penyanyi) dan isteri saya sendiri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sangat bagus kerana mereka ini punya ramai follower yang tersendiri dan kerjasama ini dilihat sangat memberi kesan sangat positif.
“Saya tahu ramai pengusaha tudung tumbuh bak cendawan di pasaran. Akan tetapi AllifbySha ada keistimewaan tersendiri. Hijab kami mempunyai ciri-ciri unik yang tiada pada jenama lain, iaitu anti pekak, anti renyuk, kualiti yang bagus, bidang lebar, harga berpatutan dan paling istimewa koleksi baru setiap corak direka khas dengan nama tersendiri daripada 5 personaliti ini,” ceritanya yang dalam masa sama juga turut melancarkan Romah Makan Terlajak Laris.
Menurut Dato Sri Aliff dia memang suka memasak sejak dulu. Jadi minat yang telah dipupuk sekian lama itu diterjemahkan dengan membuka sebuah restoran.
“Saya buat restoran ini dengan modal sendiri sebanyak RM10 ribu tanpa mengambil bajet dari akaun jualan kosmetik. Sebelum itu sebenarnya saya dah mula menjual secara COD seperti sambal hitam, sambal kering ataupun lada jeruk. Lama kelamaan produk ini mendapat sambutan dan barulah saya berani untuk membuka restoran ini.
“Dengan modal sebanyak itu saya kini sudah berpuas hati dengan pulangan yang diperoleh. Menariknya Roman Makan Terlajak Laris ini mengembalikan nostalgia pengunjung dental masakan dan Susana kampung yang dirindui.
“Semua menu Romah Makan ini dimasak sendiri oleh saya dan menyajikan masakan orang Jawa, Kelantan, Pahang, Banjar dan banyak lagi sajian menyelerakan. Sebelum ini saya bancal berkongsi cara memasak dan residí tradicional di laman sosial. Alhamdulillah impian saya untuk membuka restoran ini akhirnya terlaksana berkat doa dari semua,” jelasnya yang mengalukan setiap pengunjung untuk hadir sendiri merasa masakan air tangannya.