Usia bukanlah penghalang! Memiliki tubuh yang sihat pastinya menjadi idaman semua terutamanya apabila usia semakin meningkat. Melakukan senaman serta aktiviti kecergasan antara salah satu kunci untuk membina ketahanan tubuh terus meningkat.
Bekas pengacara popular, Puan Sri Normala Samsudin antara selebriti yang aktif melakukan senaman berbasikal untuk kesihatan tubuh badan. Seringkali berkongsi videonya berbasikal bersama ‘team’nya, ramai netizen memuji tentang gaya hidup personaliti itu yang memberi banyak inspirasi kepada wanita di luar sana.
Baru-baru ini, selebriti yang pernah membintangi Gerak Khas The Movie itu berkongsi sebuah video berbasikal menerusi laman Instagramnya. Ternyata, biarpun usia semakin meningkat, momentum tubuh badannya tidak pernah berkurang! Persis anak muda!
Berjaya berbasikal sejauh 36.75km, Puan Sri Normala dilihat begitu tenang dan bersemangat berbasikal di kawasan negeri Perlis itu! Malah, Puan Sri juga turut menasihati orang ramai tentang kepentingan beriadah.
Beriadah itu satu kemestian untuk kesihatan jantung dan fitness.
Kongsinya lagi, dalam usaha untuk menghabiskan kayuhan sejauh 36.75km itu, sebuah kemalangan kecil berlaku apabila Puan Sri terpaksa brek secara mengejut untuk mengelakkan dari terlanggar seekor ular yang sedang melintas.
Ads
Niat saya tidak mahu mencederakan binatang atau manusia jika berkayuh, mengelak ular melintas, brek mengejut, diri sendiri terjatuh, itu perkara biasa bagi mereka yang suka bersukan.
Namun ia adalah perkara normal apabila melakukan aktiviti kecergasan seperti berbasikal.
Begitulah, perjalanan hidup penuh liku, seperti juga berbasikal, ia tetap diteruskan meski pun jatuh berkali-kali.
Melihat dari semangatnya yang tinggi melakukan kayuhan sejauh 36.75km itu, ramai netizen memuji Puan Sri dengan menghujani bahagian komennya Instagramnya.
Ads
Team Hijabista mendoakan agar Puan Sri Normala diberikan kesihatan yang sebaiknya supaya dapat mencurah inspirasi kepada orang ramai tentang kepentingan bersukan kepada tubuh badan!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tertanya-tanya bagaimana untuk mencapai kulit wanita Korea yang sempurna? Bahan-bahan dapur ini boleh memberikan anda cahaya yang berseri-seri pada wajah.
Kisah tentang cahaya kulit wanita Korea yang menyilaukan kedengaran di seluruh dunia. Rahsia kecantikan mereka adalah perkara yang paling digembar-gemburkan dalam dunia kecantikan hari ini. Bagi yang belum tahu, orang Korea terkenal dengan kulit mereka yang sempurna. Jika anda seorang peminat penjagaan kulit, anda harus sedar tentang kepentingan industri kecantikan Korea. Orang Korea terkenal dengan kulit mereka yang sangat cerah dan lut sinar sehingga hampir kelihatan berseri dan memantul seperti kaca.
Walaupun ini mungkin kelihatan berlebihan, kulit Korea boleh dicapai dengan mengikuti rutin penjagaan kulit asas yang akan memberikan anda kulit yang bebas cela, bersih dan cerah. Selama beberapa dekad, kecantikan Korea telah bergantung pada bahan-bahan rumah untuk mencapai kulit kaca. Rawatan rumah yang disenaraikan di bawah ini akan memberi anda hasil yang terjamin dalam kualiti kulit tampil keseriannya.
Terkenal dengan sifat anti-radang dan antioksidan, tepung beras menghentikan penuaan kulit, mengurangkan kerosakan UV pada kulit dan mencerahkan warna kulit. Ia juga digunakan sebagai pengelupasan semulajadi untuk menyental ringan. Sebaliknya, kebaikan aloe vera termasuklah, menghilangkan jerawat, melembapkan kulit dan mencerahkan cela.
Cara penggunaan:
Nasi bukan sekadar bijirin ruji dalam masakan Asia, ia juga terkenal dengan sifatnya yang meningkatkan kecantikan. Beras yang ditapai adalah ramuan kekal dalam banyak rejimen kecantikan di Korea dan negara Asia Timur. Sudah menjadi rahsia kecantikan untuk mendapatkan kulit Korea. Air beras boleh membantu dalam mengurangkan kerosakan kulit UV dan menggalakkan pembentukan kolagen juga. Ini membalikkan tanda-tanda penuaan seperti garis-garis halus dan kedutan dan memberikan anda cahaya yang sempurna.
Teh hijau adalah ramuan hebat untuk penjagaan kulit memandangkan kekayaannya dalam antioksidan. Ia juga terkenal dengan kualiti melawan kanser. Teh hijau boleh membantu melembapkan kulit, merawat jerawat dan mengurangkan kedutan. Polifenol dan enam jenis katekin berbeza yang terdapat dalam teh hijau, menjadikannya bahan yang sangat berkuasa untuk anti penuaan dan penapisan pori. Mengecilkan pori-pori adalah salah satu asas rejim penjagaan kulit Korea.
Cara penggunaan:
Topeng ini adalah cara paling mudah untuk mencapai kulit Korea. Sifat antioksidan dalam lemon dan kandungan vitamin C bermanfaat dalam mencegah kerosakan kulit dan penuaan pramatang. Strawberi mempunyai astringen yang kuat, kualiti anti-radang dan antioksidan yang boleh menyembuhkan jerawat, melindungi kulit anda daripada sinaran UV dan mengelupas sel-sel kulit mati juga.
Untuk mendapatkan kulit Korea, gunakan kain lap untuk mengelupas kulit anda dengan cara yang lembut. Celupkan kain dalam air suam dan gosok kulit dengan sapuan bulat dengan lembut. Kain lap lembap yang tidak terlalu kasar seperti gosok manik biasa. Kaedah lama untuk pengelupasan ini adalah alternatif yang telah dicuba dan benar kepada skrub kasar dan kulit kimia yang dibeli di pasaran.
Jadi hijabi, cuba remedi mudah ini jika anda ingin mendapatkan cahaya kulit berkaca di rumah. Selain itu, jangan lupa untuk memakai pelindung matahari setiap hari. Pakai pelindung matahari, pakai topi dan selendang untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UV sebelum keluar di bawah sinar matahari. Jadikan penghidratan sebagai keutamaan pada siang hari. Tambahan minum banyak air dan jus segar dan nikmati sayur-sayuran dan buah-buahan bermusim yang kaya dengan air.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Melihat kelincahan wanita ini bagai tidak menduga dia pernah diduga dengan ujian maha hebat. Siapalah dia mahu menolak qadar dan qadar Tuhan. Walaupun jauh di sudut hati mahu menimang cahayamata sendiri, namun Tuhan masih belum mengurniakan rezeki padanya. Personaliti Farrah Adeeba yang sebelum ini gagal dalam ujian In Vitro Fertilization (IVF) tetap reda dengan apa yang berlaku. Dia kini tidak lagi menoleh ke belakang, kerana apa yang penting dirinya juga merupakan ibu kepada dua cahayamata angkat.
Ketika bertemu dirinya di majlis pelancaran Malaysia International Sport & Fitness Fair (MISFIT) 2018, lalu, wanita ini cukup aktif dalam mengendalikan program CSR kempen #stopperogoldarirumah yang dibawakan dengan kerjasama pelbagai pihak.
Menurut Farrah Adeeba, dia sebenarnya reda dengan apa yang berlaku sebelum ini. Percubaan untuk menggunakan kaedah IVF dilakukan kerana tidak mahu rasa menyesal jika tak melakukannya. Tetapi hakikat sebenarnya dia memang seorang ibu kepada dua anak lelaki.
“Saya memang seorang ibu kepada dua anak lelaki yang sangat baik. Cuma dalam masa saya berharap jika dapat dikurniakan anak perempuan. Tetapi setelah percubaan pertama itu, saya bagi tau anak lelaki saya, terutama Muhammad yang ibu akan tunggu menantu dan cucu sahaja,” cerita Farah ketika ditanya mengenai percubaannya melakukan rawatan IVF hujung tahun lalu.
Bercerita mengenai pengalamannya menjalani rawatan berkenaan, anak sulungnya Muhammad yang merupakan penyokong terkuatnya. Dia mengambil bahagian dalam setiap proses yang dilalui olehnya. Muhammad yang teman berjumpa doktor, ketika membuat suntikan, teman makan ubat dan dia juga yang mengingatkan Farah untuk berjalan perlahan sepanjang tempoh dua minggu berkenaan.
Menulis di laman instagramnya itu Farrah memberitahu Muhammad juga yang merasa sedikit kecewa apabila mendapat tahu keputusan ujian berkenaan negatif.
“Aktiviti fav dia selama 2 weeks wait pulak ialah google cari gambar baby yg montel montel dgn ibu. And i was purposely googling baby girl punya pics. Dia tak tau. Hehehehe. He wanted more brothers. Tapi kadang kadang dia redha dgn wish ibu sebab kesian tgk kita go thru pelbagai proceedure.
“Dia lah antara yg paling frust bila the pregnancy test was negative. When i said Allah nak bagi ibu menantu-menantu & cucu-cucu yg soleh/hah instead, jawapan itu ditolak mentah-mentah. Hahahahahaha… siap membebel penat lah mcm ni, rugi jer, stress jer bla bla bla mcm lah dia yg kena inject bagai for the past 2-3 months. Kita pulak balik balik kena motivate dia.
Farah juga memberitahu insya-Allah dia tidak akan melakukannya (rawatan berkenaan) sebaliknya hanya akan fokus dan beri tumpuan kepada mereka berdua sahaja. Apatah lagi dia juga kini sibuk dengan kempen #stopperogoldarirumah yang dijayakan bersama MISFIT 2018.
Walau bagaimanapun bagi mereka yang mahu terus mencuba dapatkan anak melalui kaedah ini Farah memberitahu kita sebagai ibu diberi hati dan perasaan oleh Tuhan dan berapa banyak kanak-kanak lain di luar sana yang memerlukan kasih sayang kita sebagai ibu. Jadi tidak salah pergi dapatkan mereka dan curahkan kasih sayang yang sepatutnya.
Dia juga sebenarnya cukup beruntung kerana mempunyai anak-anak yang begitu menyayagi dirinya sepenuh hati. Anak-anaknya memberitahu mereka sayang dirinya, mencium dan memeluknya setiap hari.
Farah merasakan dirinya cukup beruntung kerana dikurniakan dua anak yang tahu menghargai kasih sayang yang diberikan. Ini kerana tidak semua ibu bapa diraikan oleh anak mereka dengan cara begini.
“Anak-anak saya cium dan peluk saya setiap hari. Saya sendiri tidak berkata begitu pada mereka. Dan inilah sebenarnya anugerah tidak ternilai dan berharga yang Allah berikan pada saya.
“Jadi saya tidak rasa kempunan untuk bergelar ibu kerana saya memang sudahpun menjadi ibu kepada anak-anak saya,” cerita Farah yang melakukan rawatan IVF kerana mahu merasai pengalaman mengandung.
Dan percubaan pertama itu sudah membuat dia puas hati dan Farah juga tidak sedih walaupun usahanya kali pertama itu tidak berjaya.
“Saya memang jadi sedikit emosi pada hari berkenaan. Biasalah macam bila kita ambik exam. dah berusaha pasti kita nak capai kejayaan. Tapi dalam erti kata sebenarnya saya sangat gembira kerana sepanjang tempoh dua minggu (dalam rawatan) saya tak boleh langsung angkat benda berat, lagi-lagi anak saya.
“Jadi apabila rawatan berkenaan gagal, saya gembira dapat peluk dan angkat baby saya semula. Rasulullah juga ada berpesan untuk kita berkata alhamdulillah dalam apa jua situasi. Jadi itulah yang saya ucapkan dengan ujian yang diberi oleh Allah ini,” tambahnya yang berkata, insya-Allah percubaan rawatan berkenaan adalah yang pertama dan terakhir kerana selepas ini mahu beri tumpuan pada anak-anaknya.
Bercerita kempen #stopperogoldarirumah ini Farah menekankan kepada semua golongan masyarakat harus peka dengan persekitaran. Perlu ada sikap ambil peduli untuk terus melaporkan jika melihat sesuatu yang mencurigakan berlaku sama ada adik perempuan, anak murid atau anak mereka sendiri.
Mangsa dalam hal ini perlu tahu jalan keluar dan ibu-ibu juga harus bersuara kerana apa yang kita tahu kes sudah mengandung. malah bapa juga perlu bercakap dalam soal ini yang sudah menjadi satu masalah serius dalam masyarakat kita.
Kempen ini juga sebenarnya akan mengajar di mana semua masyarakat perlu jadi berani pada tempatnya. Dan kita juga mahu kongsi bahawa ada platform yang menyediakan kemudahan ‘on stop centre’ bagi yang berhadapan masalah ini.
Inilah informasi yang kita mahu beritahu pada masyarakat kerana ramai yang tidak tahu mengenainya. Dan akhir sekali paling penting adalah pencegahan kerana ia lebih penting dari merawatnya. Kita juga akan masukkan Al-Quran dan sunnah dalam kempen berkenaan.
Misfit 2018 akan melibatkan pemain industri sukan tempatan dan antarabangsa seperti profesional, pengilang, pengimport, pengeksport dan peruncit. Mereka adalah yang terlibat dalam aksesori dan pakaian sukan, kelengkapan dan fasiliti sukan, pendidikan dan sekolah sukan, acara dan pertandingan sukan, makanan sihat dan tenaga, sukan pemulihan dan rehat serta e-sport.
Akan diadakan buat julung kalinya di dua lokasi iaitu Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 3 hingga 5 Ogos dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru pada 5 hingga 7 Oktober nanti.
Seperti yang kita tahu Mizz Nina dan suaminya Noh Hujan boleh dianggap sebagai pasangan yang cukup romantik. Telah tujuh tahun berumahtangga dan kita boleh lihat, kemana-mana sahaja kelibat mereka berdua dan tidak boleh berenggang antara satu sama lain. Lapan jam lalu, penyanyi yang sudah berhijrah 360 darjah ini mengucapkan kata-kata cukup ‘sweet’ sempena hari jadi suaminya. Terasa betapa kuat cinta mereka walaupun sudah 9 tahun saling mengenali dan tujuh tahun usia perkahwinan belum dikurniakan anak.
Dalam posting yang dimuat turun itu Mizz Nina melahirkan kesyukuran kerana lelaki ini telah memilih dirinya, mempunyai keberanian dan yakin untuk memilihnya sebagai seorang isteri.
Bukan itu sahaja, Imamnya ini jugalah yang telah memberi tunjuk ajar serta membimbingnya melalui hijrah yang dilakukan lima tahun lalu. Noh juga percaya pada Mizz Nina dan turut membantu dirinya memakai hijab dan berdoa untuk terus berada di sampingnya semasa susah dan senang.
Mizz Nina turut meluahkan bahawa Noh juga lelaki yang begitu menjaga hatinya membuatkan dirinya tersenyum dan ketawa. Bukan itu sahaja bahkan Noh juga lelaki yang banyak memberi sokongan padu padanya, memberi motivasi dan juga bersikap jujur pada dirinya.
Teryata sepanjang mereka bersama, Mizz Nina begitu berterima kasih atas segala kasih sayang, kesabaran, peluk cium, kebaikan hati serta Noh juga disifatkan sebagai seorang yang sentiasa memikirkan perihal orang lain terutama bagi mereka yang memerlukan.
Diakhir postingnya itu, Mizz Nina tidak lupa berdoa kepada Allah agar Allah akan sentiasa merahmati suaminya itu, mengurniakan kesihatan yang baik dan memberi ketabahan seta terus dekal berpegang teguh terhadap agama Allah.
Ternyata perkongsian status Mizz Nina itu telah menerima respon positiffollower kedua-duanya. Mendapat lebih 30 ribu like dan masing-masing mendoakan kesejahteraan buat mereka berdua dan berharap pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.