Siapa yang tidak kenal dengan PU Riz ataupun nama Muhammad Haris bin Mohd Ismail. Mula dikenali dikenali menerusi rancangan Pencetus Ummah, pendakwah selebriti ini meneruskan kerjayanya sebagai seorang pelakon dan juga pengacara.

Kini bergelar suami kepada selebriti kesayangan ramai, Neelofa, PU Riz dilihat aktif dalam bidang perniagaan dan juga kemasyarakatan bersama isterinya itu. Banyak perkara positif yang dikongsikan dan disebarkan kepada umum.

Tertarik dengan satu hantaran di laman Instagramnya, Hijabista terpanggil untuk berkongsi enam madah yang penuh dengan pengisian dan juga pengajaran yang dinukil oleh jejaka berusia 26 tahun ini.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

  1. Jangan biasakan pasangan kita berada mesra dengan wanita/lelaki lain kerana ini adalah dilarang dalam Islam.
  1. Harini apa yang berlaku sememangnya parah dalam masyarakat kita, yang dikatakan lakonan sampai cium pun takpe boleh diterima tapi… apa kata agama?
  1. Jangan disalahkan perkahwinan atau apa yang tak dibuat tak ikut cara Nabi SAW. Nabi pesan kepada suami terutamanya, tidak masuk syurga orang lelaki yang dayus.
  1. Selain dari beras kita beli, tersangat penting kit ani menjaga ahli keluarga kita yang mana di bawah tanggungjawab kita, ahliyah kita, isteri, anak-anak. Untuk sentiada menjaga aurat mereka, jaga pergaulan mereka kerana ada tuntutan agama di situ. Jangan jadi lelaki dayus buat gak tahu bila isteri pakai baju nampak dada, anak-anak pakai ketat-ketat kerana di akhirat kelak jika bapa tak menegur akan dipersoal kelak.
  1. Allah ingatkan kita atas perkara ini, wahai orang beriman jagalah diri kamu dan keluarga kamu, ahli rumah daripada api neraka.
  1. Ubah mindset kita jangan hanya kerana “oh itu lakonan aja takpe”tak pe mung takpe. Jika hari ini depan mata kita orang buat kemungkaran dan berkata takpe berlakon je ni, adakah boleh diterima such excuse? Mestilah tidak. Jangan biasakan mengiakan orang berbuat dosa takut kita tersangkut sekali.

Bersama dengan nukilan ini yang dizahirkan dalam bentuk imej, PU Riz menitip kata di ruangan kapsyen berbunyi, “Nukilan Haris Ismail, ada masa nak baca silakan, jika tidak berminat pun tak mengapa kerana peringatan untuk diri saya yang hina.

IKLAN

Sememangnya apa yang dikongsikan ini sesuai dijadikan sebagai panduan kehidupan sebagai seorang Muslim. Setiap apa yang kita lakukan perlu ada batas dan sentiasa berpaksikan kepada agama.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

IKLAN

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe