Rezeki Nur Anis atau mesra disapa Anis Kiss, anak pelakon terkenal Dato’ Rosyam Nor hari ini diraikan dalam sebuah majlis baby shower oleh teman-teman tersayang. Lebih manis, beliau turut mengumumkan jantina anak dalam kandungannya iaitu bayi perempuan.
Tampil dalam helaian serba putih dan kerudung pink lembut, majlis baby shower yang dianjurkan di dUCk Cafe tersebut turut diserikan oleh Pengasasnya, Datin Vivy Yusof serta hijab stylist terkenal, Didiyana Ehsan. Bertuahnya Anis dikelilingi rakan-rakan yang baik!
“Bismillahi MasyaAllah, tabarakallah. Ingatkan hanya perjumpaan biasa dengan team dUCk, tapi rupanya kejutan baby shower daripada mereka yang disayangi.
Kali ini anak perempuan, alhamdulillah.
Ads
Terima kasih untuk semua yang meluangkan masa dan berusaha menjadikan saat ini sungguh bermakna untuk dikenang seumur hidup saya.
Doakan baby nombor 2 ni sihat, sempurna dan dipermudahkan urusan bersalin Anis nanti. InshaAllah.” Anis Kiss
Sambil meletakkan tanda pagar #34weekspregnants menandakan tinggal beberapa minggu saja lagi untuk Anis melahirkan anak keduanya.
Ads
Ads
Sebelum ini, Anis merupakan ibu kepada seorang cahaya mata lelaki comel. Pada 15 November tahun lepas, Anis selamat bersalin zuriat sulung yang diberi nama Muhammad Raees Mikael.
Masih aktif membuat styling tudung dan content review produk di media sosial, Anis amat dikenali kerana pendiriannya yang enggan menumpang popularitoi bapa tersayang untuk berjaya.
Nur Anis yang merupakan anak kedua Dato’ Rosyam Nor mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hariz Zainal pada September 2019.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
“Minta Mereka Doakan…,” – Netizen Tanya Bagaimana To’ Puan Syamim Kawal Persoalan Mengenai Zuriat, Percaya Rezeki Allah
Pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, pastinya mendambakan kehadiran cahaya mata yang menjadi pelengkap mahligai cinta yang dibina bersama suami tercinta. Tidak terkecuali pasangan merpati dua sejoli To’ Puan Syamim Mohd Farid dan suami Yang Mulia (YM) Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj.
Bahtera perkahwinan yang dibina sejak sembilan tahun lalu, adakalanya diasak dengan persoalan bila mahu menimang cahaya mata, namun tak mudah melatah bekas Naib Juara Dewi Remaja 2014/15 itu lebih senang untuk mengambil sisi positif sekiranya masih ada yang bertanya mengenai rezeki cahaya mata.
Terdahulu, pelakon dan pengacara jelita itu pernah berkongsi mengenai perkara sama selepas ditanya mengenai hal anak menerusi ‘Ask Me Question’ di Insta Stories miliknya.
“Hi Toh’ Puan Syamim, macam mana you handle bila orang tanya pasal anak ye? I wish can be like you,” tulis seseorang di laman Instagram.
“I always answer like this, ‘Insya-Allah bila Allah nak bagi. Doakan ya.’ Just ask them to doakan for you because we never know dalam 10 orang yang bertanya, maybe 1 orang tu doanya diangkat. Stay positive and husnudzon,” jawab Syamim.
Terserlah kematangan dan kredibiliti jelitawan To’ Puan Syamim yang sering mendapat julukan wanita anggun dan ramah tika berbicara menyusun kata.
Lebih menarik lagi, menerusi perkongsian sama To’ Puan Syamim turut berkongsikan satu doa harian yang sering diamalkan olehnya ketika seorang pengguna Instagram lainnya bertanyakan perihal amalan seharian yang tidak pernah ditinggalkan oleh wanita berusia 33 tahun itu.
Sekadar recap, To’ Puan Syamim mendirikan rumah tangga bersama Yang Mulia (YM) Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj pada tanggal 19 Mac 2016.
Pada 29 Ogos 2023, suaminya Tengku Ezrique Ezzudean dikurniakan gelaran kebesaran Yang Dimuliakan Tengku Orang Kaya Menteri Diraja oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Orang Besar Istana Diraja Selangor, sekali gus melayakkan beliau menyandang gelaran Yang Berbahagia To’ Puan Syamim Mohd Farid.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Artikel berkaitan:
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sekarang bermacam-macam fesyen tudung yang ada di pasaran. Belum campur dengan pelbagai rekaan, ada yang instan, selendang labuh, paras dada ataupun sarung sahaja dengan menggunakan pelbagai fabrik. Sebagai perempuan memang rambang mata dibuatnya. Lebih-lebih lagi jika didatangkan dengan harga promosi sungguh di luar jangkaan.
Namun begitu, adakah kita rasa tudung yang dipakai mengikut syariah yang ditetapkan agama? Terutama bahagian menutup bawah dagu yang ramai tidak ambil kisah perkara ini. Bagi mereka janji rambut ditutup sudah memadai dan dikira menutup aurat.
Menurut Ustaz Azhar Idrus dalam satu siri ceramahnya, tiada hadis yang menunjukkan dengan tepat bahagian dagu ini. Yang ada cuma hadis yang menyebut bila perempuan memasuki usia baligh dia wajib menutup bahagian tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Tapi yang terbaik menurut Ustaz Azhar adalah keluar dari khilaf yakni bila memakai tudung pakailah sehingga tutup bahagian bawah dagu.
Selain isu bawah dagu, perlu tahu cara pemakaian hijab mengikut syariat. Di sini juga disertakan 10 panduan untuk diikuti sebagai seorang wanita Muslim.
Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa. Itulah bait mutiara kata yang sering dituturkan dari zaman ke zaman. Kasih seorang ayah, sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya. Sebagai seorang anak pula, kita pasti mahu membalas jasa kedua orang tua kita.
Kisah yang dikongsikan oleh hijabi yang bernama Sri Hajarul Kharyani Hamidan ini membuatkan ramai sebak kerana dia tidak sempat untuk membalas jasa arwah ayahnya, yang menderita akibat kanser pada Januari 2019.
Ujar Sri kepada Mstar, dia merupakan anak perempuan bongsu jadi dia memang cukup rapat dan manja dengan bapanya itu. Sejak berpisah dengan ibunya 12tahun lalu, bapanya lah menjadi kekuatan dan pembakar semangatnya setiap kali dia mahu berputus asa. Disebabkan itu jua, dia berasa sangat kesal kerana tidak sempat menabur bakti.
“Kalau ayah ada sekarang, saya akan balas jasa dia dengan tunaikan keinginan dia pergi jalan-jalan setiap bulan. Tapi niat paling utama pastinya nak bawa mereka tunaikan haji. Tapi lepas ayah tak ada, saya cuma boleh upah badal haji saja atas nama dia”
Terdahulu, ketika hayat ayahnya masih ada, dia masih belum habis belajar dan belum mampu untuk membalas jasa. Selain itu, dia juga mengakui mengambil masa yang lama untuk menerima berita kehilangan ayahnya itu.
“Saya berada dalam fasa in denial lepas ayah tak ada. Bukan sebab tak terima takdir atau reda tapi terkejut kerana terlalu cepat.
“Apabila ayah dah tak ada ni sejak hampir tiga tahun lalu, rutin kehidupan sudah berubah. Saya akan melawat kubur dia setiap minggu untuk lepaskan rindu.” ujarnya lagi.
Setelah berpisah dengan ibunya 12tahun lalu, arwah tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi. Ayahnya telah membesarkan anak-anak seorang diri. Perkara tersebut yang telah membuat Sri kagum dengan ayahnya. Malahan, ayahnya juga tidak kekok untuk menunjukkan rasa sayang kepada anak-anaknya.
“Ayah tak pernah terfikir pun nak kahwin lain. Sri sangat kagum dekat arwah sebab sejujurnya tak semua lelaki boleh besarkan anak-anak kecil sendiri dan uruskan rumah bertahun-tahun.
“Dia seorang yang penyayang dan tak pernah pukul anak-anaknya. Walaupun saya sudah besar, dia masih peluk dan cium depan orang ramai. Dia selalu cakap yang dia sayangkan anak-anak.” ujar Sri.
Bagi mengubat rasa rindu, hijabi itu telah berkongsi satu video throwback yang memaparkan momen terindahnya bersama arwah ayah.
“Ayah is a single father for 12 years until his last breath. He done a great job for raising us without any complaints ALONE. He the one do laundry, cooking and EVERYTHING. I made a promise to him utk “ganti” semua sbb banyak dia spend money for me especially for my studies. Tapi Allah lebih sayang ayah, he passed away before “rasa” my first income..kita jumpa nanti ya ayah” tulisnya.
Menurutnya, dia memuat naik video tersebut kerana takut rakaman yang jelas kedengaran suara ayahnya itu hilang dalam simpanan. Video yang diambil ketika menyambut hari raya pada tahun 2019 membuatkannya terkesan kerana dia sudah berjanji dengan arwah ayah untuk membalas jasanya namun tidak kesampaian.
Ramai netizen turut sebak dengan hantaran yang telah dimuat turun melalui laman Tiktok tersebut. Ada yang turut mendoakan dan memberi kata-kata semangat. Hantarannya kini telah mendapat lebih 4K kesukaan.
Benarlah kata orang, kasih ayah tiada ganti. Ayah juga merupakan ‘cinta pertama’ anak perempuannya. Team Hijabista turut mendoakan agar Sri terus kuat dan semoga Sri bertemu dgn Ayah satu hari disana suatu hari nanti.
Sumber info dan gambar: Mstar dan TikTok Sri.Hajarul
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ustazah Asma’ Harun menasihati bakal pengantin agar tidak meninggalkan solat hanya kerana solekan atau kesibukan majlis perkahwinan demi keberkatan rumah tangga.