Sememangnya seorang isteri itu merupakan kurniaan terindah dari Tuhan untuk seseorang yang bergelar lelaki. Namun, amatlah malang buat lelaki tersebut jika dia memilih untuk mengabaikan sang isteri yang terus setia di sisi demi mencari pengganti yang tidak pasti.
Ads
Isteri gelisah memikir hidup mati
Suami gelisah memikir pengganti
.
Isteri bersabar demi kandungan
Suami berdebar mengikat hubungan
.
Isteri menangis terkenangkan anak
Suami menangis terbayang yang enak
.
Isteri bukan lagi vitamin
Suami sudah meniti pelamin
.
Isteri gundah membayangkan hospital
Suami semakin diserang gatal
.
Isteri tersentak tatkala dicerai
Suami tersenyum ikatan terlerai
.
Isteri melangkah hati kecewa
Suami menikah gelak ketawa
.
Isteri pendam si air mata
Suami bahagia membilang permata
.
.
Kepada yang ikuti paparan saya sejak dua tahun lalu, memang banyak kes wanita teraniaya. Termasuklah kes isteri dicerai ketika hamil, menjadi ibu tunggal, menjadi ibu tinggal… Malah saya juga menulis kisah mereka dalam lagu Sampai Bila.
“padamu aku hanya kaca yang tak berharga, pudar seri, kosong, kelam… tak bermakna”.
.
#fedtriyahya #menikamdenganpuitis #ibrah #kritiksosial #satira #puisi #sastera
Dek kerana mahu kelihatan cantik berseri dan awet muda, wanita sanggup melakukan apa sahaja termasuk rawatan yang mengubah wajah. Fitrah seorang wanita yang sukakan kecantikan sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi untuk kelihatan cantik.
Sebenarnya ada cara lain yang boleh dilakukan. Salah satunya adalah amalan doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.
Bagi sesiapa yang ingin wajahnya sentiasa nampak cantik dan berseri boleh baca doa berikut:
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
Maksud Surah Yusuf Ayat 4
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang, matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Setelah membaca Surah Yusuf, lanjutkan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
“Dan Aku telah melimpahkan padamu kasih sayang yang datang dariku. Supaya kamu diasuh/dipelihara di bawah pengawasanku.”
CARA AMALAN:
*Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
*Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Ketika membaca ayat ini, jangan membacanya tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan Surah Thaha ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah Nabi Yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon utama filem Wawa Semput, Yana Samsudin menerusi satu hantaran video Instagram miliknya, pernah meluahkan rasa tidak puas hati dan bengang terhadap segelintir pihak yang cuba mengaut untung ‘atas angin’ menggunakan gambar serta namanya bagi mempromosikan produk kurus di laman sosial.
Justeru, enggan perkara ini berlarutan hingga memperdaya lebih ramai mangsa, Yana tampil memberi amaran keras kepada peniaga produk, agar memadam posting berkenaan serta merta bersama satu permohonan maaf.
“Ini semua tidak benar dan saya tidak pernah pegang produk ini, saya tidak pernah makan produk ini. Gambar ini telah diedit.”
“Boleh saman orang ini sebenarnya, jadi sebelum saya buat tindakan seterusnya, padam dan buat permohonan maaf! Jangan sampai Kak Yong datang.”
Video amaran berkenaan telah dikongsikan yana di kedua-dua laman sosial rasmi miliknya iaitu di Instagram dan juga Facebook. Jelas Yana lagi, pihak berkenaan membuat satu ‘fake account’ menggunakan nama dan gambarnya untuk tujuan penjualan produk pelangsing berat badan itu sehingga menimbulkan kekeliruan kepada umum.
Yana berkata, modus operandi yang digunakan oleh produk berkenaan adalah mensasarkan pembeli dikalangan para peminat selebriti tanah air seperti dirinya, maka para peminat yang terkeliru akan membeli produk berkenaan seolah-olah dia yang menjualnya.
Meninjau ke laman Facebook, Hijabista mendapati bahawa bukan gambar Yana seorang sahaja yang telah dimanipulasi, terdapat juga beberapa artis popular tanah air lain yang menjadi mangsa produk sama, antaranya Dato’ Siti Nurhaliza, Neelofa dan Mira Filzah.
Lebih membimbangkan apabila produk berkenaan tidak dapat dipastikan keselamatannya, samada ia mengandungi bahan terlarang seperti racun berjadual yang boleh memudaratkan pengguna.
“Sudahlah tipu orang menggunakan gambar selebriti, produk itu pun kita tidak tahu halal ke tidak. Tidak ada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Entah-entah ada produk racun berjadual atau tidak. Entah ada babi,” ujar Yana.
Tak baik cari rezeki dengan cara menganiaya orang macam ni kan? Hijabista doakan agar peniaga tersebut sedar bahawa banyak lagi cara yang lebih baik untuk melariskan produk jualannya daripada menggunakan ‘taktik kotor’.
Tambah Yana lagi, dia tidak akan menerima untuk menjadi duta kepada sesebuah produk secara ‘tangkap muat’ atau sambil lewa sahaja, kerana ia turut bersangkut paut dengan ‘saham akhirat’ sebagai seorang muslimah.
“Bila bercakap mengenai jadi duta, ia bukan kerja yang mudah sebab kita memegang kepercayaan klien, kita adalah ‘muka depan’ kepada sesebuah produk itu. Jadi saya cuba untuk membawa kepercayaan orang dengan sempurna dan sebaik mungkin.
“Untuk saya, kita sebagai duta perlu faham pahit jerih berniaga ni bukan senang. Pastinya bila klien lakukan pelaburan pada kita, kita pun salah seorang pekerja mereka. Jadi kita kena percaya bahawa kita juga sebahagian daripada kaedah pemasaran dan perlu bersama-sama dengan mereka.
“Jujurnya saya pula saya kalau nak bawa sesebuah produk, saya fikir dan pegang saham akhirat itu. Saya akan pilih produk, kalau ia membawa manfaat pada agama, saya akan ambil.
“Malah biarlah sesebuah produk itu tidak memudaratkan orang lain. Misalnya ini Baju Kurung yang menutup aurat, persalinan Muslimah. Malah orang Islam yang jalankan perniagaan ini, kenapa kita tak sama sama menyokong. Jadi itulah, atas rasa ikhlas dan mereka pun jujur dalam berniaga,” katanya.
Terdahulu, Yana berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media di Glass House, Seputeh, Kuala Lumpur.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA & Media Hiburan
Solat adalah ibadat yang menduduki tempat tertinggi. Seandainya seseorang Muslim itu taat mendirikan solat fardu sebanyak lima kali dalam sehari bermakna dia seolah-olah menegakkan agamanya.
Apabila meninggalkan solat, ia umpama seseorang itu tidak mahu berusaha membina agamanya dengan sempurna. Terdapat tidak kurang 100 ayat dalam al-Quran membicarakan mengenai solat.
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Mukminun, ayat 1-2 yang bermaksud: “Benar-benar sangat beruntung orang-orang beriman. Yakni mereka yang khusyuk dalam mengerjakan sembahyang.”
Dalam satu lagi ayat, Allah SWT menegaskan yang bermaksud: “Benar-benar sangat beruntung orang-orang yang membersihkan diri dengan beriman dan sentiasa berzikir menyebut nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang.” (Surah Al-A’la, ayat 14-15)
Dalam pada itu, Yatt Hamzah dalam posting di Instagramnya menyeru agar tidak meninggalkan solat. Berikut perkongsiannya.
Jangan Tinggalkan Solatmu!
ALLAH LAKNAT ORANG YANG TAK SOLAT
Amirul Mukminin, Umar Bin Al Khoththob RA pernah berkata: “Sesungguhnya di antara perkara terpenting bagi kalian adalah solat. Barangsiapa menjaga solat, berarti dia telah menjaga agama.
Barangsiapa yang mensia-siakannya, maka untuk amalan lainnya akan lebih disia-siakan lagi. Tidak ada bahagian dalam Islam, bagi orang yang meninggalkan solat.” Imam Ahmad RA juga mengatakan perkataan yang sama: “Setiap orang yang meremehkan perkara solat, bererti telah meremehkan agama. Seseorang memiliki bahagian dalam Islam sebanding dengan penjagaannya terhadap solat lima waktu.
Seseorang yang dikatakan semangat dalam Islam adalah orang yang betul-betul memelihara solat lima waktu.
Kenalilah dirimu, wahai hamba Allah. Waspadalah! Janganlah engkau menemui Allah, sedangkan engkau tidak memiliki bahagian dalam Islam. Kadar Islam dalam hatimu, sesuai dengan kadar solat dalam hatimu.”
Sumber kredit: Instagram Yatt Hamzah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.