Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) semalam telah menyaksikan Ernie Zakri memenangi anugerah vokal terbaik menerusi lagu Gundah yang dicipta sendiri bersama Sharon Paul.
Tampil cemerlang menyanyikan lagu tersebut, netizen menganggap kemenangan ini menepati ramalan mereka sekaligus telah menebus kekecewaan apabila Ernie pulang dengan tangan kosong pada tahun lalu.
Bukan hanya vokalnya yang mencuri tumpuan, busana yang dipakainya turut mendapat perhatian ramai kerana gayanya yang lain daripada yang lain. Menerusi Instagram, anak saudara penyanyi, Ziana Zain ini telah memberikan penjelasan dan makna disebalik pakaiannya itu.
Syukur alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT.
MasyaAllah, malam semalam adalah malam yang tidak saya jangkakan. Namun, rezeki Allah SWT itu tiba semalam. Alhamdulillah.
Ramai yang bertanya tentang baju ini. Banyak yang sebut sebut, banyak juga kata kata mencuit hati saya. Ya, baju ini saya “pay homage” to Allahyarhamah Rokayah binti Abdullah, nenek saya. Berasal dari Melaka, gemar memakai kebaya, bercinta dengan atok awal tahun 50-an. Tentu ada sebab dan kisah disebalik baju baju yang saya peragakan. Banyak cerita yang saya sampaikan pada @amaze_official_ , dan sekali lagi mereka berjaya menyampaikan “jiwa” lagu ini. Nak baca kisah indah, tengok IG Amazè ya 😬 Make up saya semestinya dari @sahirsabri dan my hijab stylist @nazlivingastyle . THANK YOU BEAUTY TEAM 🖤
Ads
Terima kasih @tv3malaysia , my sister @sharonpaul_msia , @rocketfuelent team yang sentiasa berada bersama saya, my manager @aqilahmaria_ , keluarga saya yang memberi kekuatan, dan @syamel_official yang memberi dorongan untuk saya mempersembahkan apa yang anda lihat semalam. @aubrey_suwito dan semua para musicians, terima kasih tidak terhingga.
Sejujurnya, saya masih harus banyak belajar. Terlalu banyak. Kemenangan rakan rakan menjadi inspirasi saya untuk menjadi lebih baik. Terima kasih buat doa doa semua. Doa anda lah sumber kekuatan saya. Maaf jika ada kekurangan, terima kasih atas segala pujian. Tahniah buat semua finalis! Anda memang HEBAT! #AJL35
Menerusi laman instagram Amaze selaku pereka busana Ernie, mereka telah menjelaskan bahawa tembikar telah menjadi inspirasi mereka bagi menghasilkan busana tersebut.
Ads
Usai sudah tirai AJL35 malam tadi, dengan kemenangan kembali pada yang empunya lantunan suara, bagai sirih pulang ke gagang. Tahniah buat kakanda @erniezakri atas kemenangan Vokal Terbaik. Berbaloi bukan, penantian selama setahun lamanya.
Kembali pada gaya AJL kali ke-35 ni. Gaya puteri kisah dongeng sudah, sang rerama keluar dari kepompong pun sudah. Apa lagi yang mahu ditampilkan?
Batu nisan, Russian doll, pinggul pengasas kosmetik – sebahagian dari nama timangan kreatif netizen Malaya buat gaya kali ini.
Paling tepat, gaya kali ini diinspirasikan dari budaya Peranakan; menceduk siluet dari seni tembikar kaum Baba Nyonya ini. Kenapa Peranakan? Kerana kami juga mahu ‘pay homage’ pada arwah nenda Ernie, yang berketurunan Peranakan.
Ads
Juga ada bayangan siluet kebaya ramping dengan ‘wasp waist’ juga pinggul lebar serta potongan skirt tirus yang popular di era 50-an, juga era di mana bibit pertemuan datuk dan nenek bertaut.
Pada asalnya, kami bermula dengan rona merah cili, cuma pada saat-saat akhir, kami menukarkan kepada hitam rona monokromatik; agar mood berkabung itu lebih bangkit.
Tiada perincian sarat mewah kali ini, hanya mengharapkan kerdipan batuan Swarovski juga fabrik broked metalik. Cukup sekadar mengangkat siluet tembikar bujur semata-mata.
Tidak suka, tidak mengapa. Tidak hidup dek puji, tidak mati dek keji. Yang penting, Ernie tampil ‘statuesque’; tak ubah seperti tugu peringatan lambang cinta abadi. Lagipun, sampai bila nak bergaya potongan duyung tak sudah bukan?
Oh, itu rupanya simbolik pakaian Ernie pada malam tadi! Tak disangka kisah mengenai percintaan datuk dan neneknya memberi impak yang sungguh besar dalam hidupnya. Apa-apa pun persembahan Ernie malam tadi memang memukau semua penonton. Emosi yang dibawakan memang sampai ke hati. Tak puas mendengarnya!
Sebagai info, lagu Gila nyanyian Kaka, Loca B dan Noki telah menjadi juara AJL35 manakala Sumpah oleh Aina Abdul menjadi naib juara dan Belenggu Rindu (Jamal Abdillah dan Wany Hasrita) di tempat ketiga. Kategori persembahan terbaik pula dimenangi oleh Zizi Kirana menerusi lagu Eh.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Public figure Indonesia, Indah Nada Puspita adalah bukti seorang wanita yang boleh mempunyai banyak impian. Sebelum ini dia dikenali sebagai blogger fesyen, model dan penyanyi. Kini, wanita cantik ini merupakan usahawan fesyen dan memiliki jenamanya sendiri iaitu ‘Nada Puspita’ berkonsepkan modest fashion.
Menurut blogger dan usahawan fesyen yang dilahirkan di Medan, Indonesia ini sejak kecil dia banyak diberi sokongan oleh ibu bapanya tentang dunia seni seperti melukis, dan bermain piano. Daripada situlah bercambahnya minat wanita ini terhadap seni sekaligus bergelar usahawan fesyen berjaya.
Bermula Sebagai Blogger “Sejak kecil saya mempunyai minat yang agak besar dalam seni. Dulu, saya selalu menyertai pertandingan melukis,” kongsinya.
Sehinggalah Nada berjinak-jinak dengan dunia blogging yang menjadi titik tolak kepada popularitinya. Nada mula menulis blog tentang fesyen ketika bergelar pelajar sekolah menengah pada 2019.
Nama-nama besar dalam dunia blogger seperti Raditya Dika dan Diana Rikasari menjadi bualan hangat golongan muda ketika itu.
Nada menyertai komuniti hijab bernama Hijabers Community. Dia mengenali ramai orang dalam industri fesyen dan dijemput ke acara modest fashion antarabangsa seperti di Istanbul dan Qatar.
Ketika itu Nada tiada perancangan serius untuk membangunkan jenamanya itu.
Sehinggalah wabak Covid-19 muncul. Detik ini digunakan oleh Nada untuk muhasabah diri. Nada juga mula memikirkan masa depan perniagaannya itu.
Lantas, Nada terkenangkan pesan arwah ayahnya.
“Jangan tinggalkan Nada Puspita ini, bagus untuk kamu. Sebagai wanita kamu boleh mencurahkan kreativiti melalui Nada Puspita.“ Mesej inilah juga yang memberi inspirasi kepada Nada untuk mula serius membangunkan jenama Nada Puspita. Akhirnya Nada berjaya kejar impian seperti diimpikan.
“Jika saya ingin serius menjalankan perniagaan, saya perlu menjadi seorang yang business minded. Saya mesti mempunyai rakan kongsi dan pasukan yang mempunyai pandangan perniagaan yang sama.
“Jadi pada saat Covid saya mula mencari rakan kongsi untuk membangunkan Nada Puspita bersama-sama,” sambung Nada.
Kegigihan Nada membangunkan Nada Puspita kini membuahkan hasil. Dari mula menjual pashmina dan tudung, Nada Puspita telah mengeluarkan koleksi lengkap dari kepala hingga ke kaki.
Nada Puspita turut melancarkan koleksi hari raya “Sofia” yang diilhamkan oleh Hagia Sophia di Türkiye. Koleksi ini datang dalam palet warna bumi. Bukan sahaja koleksi pakaian wanita, terdapat juga koleksi pakaian lelaki dan kanak-kanak.
Kunci Kejayaan Nada
Bagi Nada, ibu bapa adalah tokoh penting di sebalik kejayaannya. Doa mereka adalah kunci kejayaan Nada sehingga kini.
“Saya rasa nombor satu adalah doa ibu. Saya sangat bersyukur kerana ibu tinggal bersama saya. Ahamdulillah, banyak momen bersama ibu antaranya pergi melancong bersama. Saya anggap ia hiburan untuk ibu” kata Nada.
Selain itu menurut Nada, amat penting bagi wanita moden hari ini untuk memiliki kemahiran selain berperanan sebagai isteri dan ibu, yang mungkin suatu hari nanti boleh dimanfaatkan.
“Wanita moden hari ini mempunyai banyak peluang untuk melakukan lebih banyak kerja. Adalah sangat penting, wanita mempunyai kemahiran di luar peranan sebagai ibu yang mungkin suatu hari nanti diperlukan dan boleh digunakan,” katanya.
Nada juga berharap semua wanita dapat merealisasikan apa sahaja yang diimpikan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setiap tahun pasti menjadi detik penantian bagi pengikut jenama ini, jenama yang telah bernaung sejak dari 2014. Namun apa yang istimewa koleksi raya tahun ini pasti mengamit memori hijabi.
DUCk Group melancarkan koleksi Raya terbesar mereka hari ini yang bertemakan “The Rattan dUCk” dan ia adalah salah satu yang tidak boleh dilupakan. Mengambil inspirasi dari gaya rotan kerusi rotan dan bougainvillea yang mekar di halaman kampung semasa Raya, cetakan yang dipaparkan adalah gaya moden kuno.
Mengamit Memori
dUCK Khatijah – RM300
Siap yang tidak rindu dengan kampung halaman, apatah lagi berhadapan dengan pandemic covid-19 kenkangan pulang ke kampong halaman, sudah tentu mengamit memori hijabi bersama insan tersayang.
Tetap bergaya sambil mematuhi SOP dengan The Rattan dUCk Face Mask – RM100
Koleksi ini mendapat inspirasi dari nenek-nenek tercinta yang selalu dilihat sebagai tunggak semasa perayaan dan berusaha tanpa lelah untuk memastikan bahawa perayaan itu sempurna untuk seisi keluarga. Tahun ini, dUCk mahu pelanggan mengingati akar umbi mereka, mengingati kenangan Raya yang lalu sambil mencipta yang baru bersama keluarga melalui koleksi nostalgia ini.
Rangkaian produk untuk seisi keluarga
The Rattan dUCk Telekung (dewasa) keistimewaan mempunyai poket tepi untuk menyimpan baran-barang peribadi- RM430 terdapat juga saiz kanak-kanak.
“Raya yang paling bermakna bagi kami di sini di dUCk. Walaupun merupakan cabaran untuk mencipta keseluruhan set, ia sangat bernilai! Ini adalah koleksi terbesar kami sehingga kini, merangkumi pelbagai kategori, dan saya dan pasukan banyak belajar dengan pengalaman ini.
Padankan tudung dengan set baju sedia pakai berharga RM600-650 tersedia dalam saiz XS-XL hanya boleh dibeli di KL East Mall Kuala Lumpur
Impian yang tinggi DUCk Group untuk menghasilkan koleksi ini memerlukan masa lebih dari setahun untuk menyelesaikannya. Dengan mempelajari teknik bagaimana rotan dibuat, proses reka bentuk yang rumit yang termasuk mendapatkan bahan rotan terbaik untuk menghasilkan beg.
The Rattan dUCk Dayang Bag-RM320
The Rattan dUCk Salma Bag – RM330
The Rattan dUCk Yasmin Bag – RM400
Bermula dari hari ini, anda boleh membeli rangkaian produk termasuk tudung, pakaian solat, beg, aksesori, topeng muka dan pakaian siap pakai (RTW). Buat pertama kalinya, koleksi ini merangkumi lapan (8) kepingan pakaian RTW yang indah. Pakaian RTW hanya akan tersedia di kedai dUCk KLCC dan dUCK KL East Mall sementara koleksi selebihnya akan tersedia dalam talian di https://www.fashionvalet.com/duck dan di kedai FashionValet atau.
Sumbangan Dengan Setiap Pembelian
Tahun ini, yang lebih istimewa ialah dUCk telah berkomitmen untuk menyumbang RM 100,000 ke rumah orang tua di seluruh Malaysia, dengan harapan kita dapat menambahkan sedikit kegembiraan dalam hidup mereka. Sumbangan ini hanya mungkin kerana sokongan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi dari dUCkies kami, ”kata Vivy Yusof, Pengasas Bersama FashionValet dan The dUCk Group.
Boleh juga dapatkan set pin tudung berharga RM100
Keunikan setiap cetakan dilukis dengan tangan, dan jumlah masa yang dihabiskan dan kerja yang dilakukan hanya dapat dilakukan dengan semangat dari pasukan. Saya sangat menyukai kisah di sebalik ini kerana saya mempunyai ikatan istimewa dengan arwah nenek saya, dan ini menjadikan saya lebih merindui mereka. Saya berasa bangga melihat koleksi ini dihidupkan dan dapat membagikannya kepada semua orang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Enggan memiliki tunai di tangan tidak semestinya anda tidak perlu membawa kad ATM ke mana sahaja. Namun mungkin juga anda menghadapi situasi ini, kad tertinggal atau lupa dibawa.
Namun dalam kekalutan itu pasti ada penyelesaian. Adakah anda mengetahui bahawa pengeluaran duit melalui mesin ATM boleh dibuat tanpa menggunakan kad. Jangan risau, langkah ini selamat dan amat berguna ketika kecemasan.
Sebagai contohnya, hijabi yang hendak membeli-belah tetapi wang tunai tidak mencukupi dan kad bank anda tertinggal, kaedah ini boleh menyelamatkan anda. Perkhidmatan ini dikenali sebagai Cardless Withdrawal, jom hijabista kongsi maklumat lanjut tentang perkidmatan ini di Maybank dan cara membuat pengeluaran.
Langkah Selamat Dan Tak Perlu Ragu-ragu
Maybank merupakan salah satu bank yang mempunyai perkhidmatan dimana membolehkan pelanggan Bank untuk melakukan pembayaran pindahan dana secara peribadi dan mudah.
Perkhidmatan Pengeluaran Tanpa Kad ini membolehkan pengguna Maybank2u untuk melakukan pemindahan dana ke mana-mana nombor telefon bimbit Malaysia. Setelah pemindahan selesai, penerima akan menerima kod selamat melalui SMS untuk melakukan transaksi pengeluaran tanpa kad di mana-mana Mesin ATM Maybank di Malaysia tanpa perlu kad ATM.
Perkara ini merupakan salah satu tindakan yang cepat dan mudah untuk mengirimkan dana secara tunai kepada keluarga dan rakan anda ketika mereka sangat memerlukan dan anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menghantar wang tunai kepada diri apabila setiap kali anda tidak mempunyai kad ATM anda.
Adakah ianya selamat untuk digunakan? Jawapannya ia SELAMAT. Mungkin anda masih ragu-ragu dengan perkhidmatan ini. Untuk menggunakan perkhidmatan ini pengguna perlu mengisikan maklumat butiran dan akan mendapat kod keselamatan dan limit transaksi yang ditetapkan hanya RM300 sahaja untuk setiap hari.
Cara Keluarkan Duit Di ATM Maybank Tanpa Guna Kad Bank
Masuk Maybank2u apps
Klik pada simbol “mobile” di bawah hujung
Klik pada “cardless ATM withdrawal”
Masukkan no telefon
Pilih jumlah yang hendak dikeluarkan
Pergi ke mesin ATM, pilih keluarkan duit tanpa kad
Ikut dua langkah penting ni:
Masukkan ID 16 digit
Masukkan kod 6 digit
Dah boleh keluarkan duit
Ikuti gambar langkah demi langkah di bawah ini:
Mula-mula pastikan ada Aplikasi Maybank2u seperti di bawah ini.2. Selepas itu tekan ikon ‘Mobile’ di penjuru kanan bawah.
3. Pilih transaksi ‘Cardless ATM Withdrawal’.
4. Isikan nama dan butiran seperti di bawah:
5. Selesai, boleh pilih berapa jumlah yang ingin dikeluarkan.
6. Anda akan menerima notifikasi seperti ini:
7. Setelah berada di ATM, boleh ikut 2 langkah mudah ini:
Masukkan ID 16 digit
Masukkan kod 6 digit
Wang tunai hanya akan dikeluarkan setelah berjaya mengesahkan ID transaksi dan kod pengeluaran. Manakala slip ATM akan dikeluarkan dengan perincian transaksi.
Catatan: Sekiranya berlaku kegagalan dan pertikaian transaksi. Aduan tersebut mesti datang dari siasatan lanjut Sender for Bank.
Memiliki raut wajah persis 'barbie' bermata bundar serta pandai memasak dengan gaya bersahaja itulah keistimewaan dimiliki oleh pempengaruh dan cef viral dari Lubnan, Abir...