Memang sudah menjadi trend masa kini, ramai di kalangan pasangan berkahwin muda. Seawal usia 20 an sudah bertemu Imam yang sesuai dan terus mendirikan rumah tangga. Sebenarnya memang elok dapat berkahwin di usia yang muda. Terdapat banyak perkara menyeronokkan berkahwin seawal usia 20-an. Orang kata kalau sudah jodoh jangan tunggu lama-lama. Selain tak mahu dia dikebas orang, ia juga boleh elak daripada melakukan kemaksiatan.
Admin senaraikan apa keseronokan bakal dihadapi jika berkahwin di awal usia yang masih muda.
1. Sudah jumpa seseorang yang kenal dan menyayangi anda di saat anda sedang belajar tentang hidup dan proses menjadi matang.
2. Ada perasaan lain yang hadir setiap kali berdating. Anda berdua tahu yang anda berdua bersama bukan sahaja untuk getaran cina, tetapi sama-sama menggalas tanggungjawab yang datang bersama. Oleh kerana anda saling mencintai, jadi semua benda akan terasa lebih seronok dan mudah.
3. Oleh kerana usia masih muda jadi akan lebih menjadi seorang yang yang manja dan sensitif. Tetapi oleh kerana dia ada di sisi, jadi akan ada orang yang pandai pujuk dengan panggilan romantik. Ada bahu untuk kita tumpang menangis.
Ads
4. Sudah pastinya tiada desakan dari keluarga untuk berkahwin dan mencarikan anda jodoh. Ini kerana sudah ada si dia yang menjadi Imam kita ketika susah dan senang.
5. Anda berdua akan lebih banyak belajar tentang kehidupan. Walaupun masih muda, tetapi sama-sama berfikir cara untuk mengatasi cabaran dan rintangan dalam berumahtangga.
6. Lebih menyeronokkan balik dari kerja sahaja sudah ada si dia yang menunggu di rumah. Atau jika keluar rumah pun tak risau kerana keselamatan terjamin dengan adanya si dia.
Ads
7. Tatkala rakan lain sibuk bercerita mengenai hubungan mereka dengan kekasih atau orang yang baru nak kenal, anda bersyukur kerana anda dan pasangan sudah melepasi tahap itu.
8. Ada seseorang yang selalu mengingatkan anda yang anda disayangi dan dicintai sepenuh hati. Keikhlasan itu penting bagi memastikan hubungan kekal hingga ke jannah.
9. Walaupun perkara kecil tetapi sekarang anda boleh membuat aktiviti bersama-sama. Kenikmatan lebih terasa dengan adanya teman dan bersemangat hendak melakukan kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah, beli barang dapur dan segalanya.
10. Jika tiada bajet bulan itu, tak payah sudah keluar. Duduk sahaja menonton tv betsama si dia. Silaturrahim lebih terjalin kerana suasana di rumah ibarat dalam syurga.
11. Anda boleh jadi diri sendiri sepanang masa. Tidak payah berlakon. Misalnya apabila geram, sakit perut, rasa gembira, malas atau tidak mahu mandi lagi. Semuanya adalah diri anda dan dia tahu apa yang anda rasakan ketika itu.
12. Mungkin ada yang cakap ‘mudanya kahwin, sayangnya’. Tetapi anda sendiri lebih suka dan selesa begini. Dan memang tidak ada perasan sesal sedikitpun dalam hati.
13. Anda dan dia adalah ‘partner in crime’. Jadi pastikan dialah insan yang kita akan hidup bersama hingga ke akhir hayat.
SUMBER: BAITULJANNAH.COM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Puasa bukan sahaja boleh dilakukan pada bulan Ramadan, malah Nabi Muhammad (s.a.w) akan mengamalkan puasa secara berkala sepanjang tahun. Puasa dipercayai bukan sahaja mempunyai faedah fizikal, seperti, mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan pembakaran lemak, tetapi ia juga menggalakkan disiplin rohani dan fokus dalam beribadat.
Sebagaimana sabda Nabi: “Jika seseorang tidak menjauhi perkataan dusta dan perbuatan dusta ketika berpuasa, maka Allah tidak peduli jika dia menahan makan dan minum.” (Bukhari, 1241)
Beberapa dekad yang lalu, kita telah melihat pelbagai usaha dijalankan untuk menghubungkaitkan teknologi dengan kepercayaan agama. Bagi umat Islam, ini juga berdasarkan bagaimana Islam diamalkan di zaman moden dengan menjadikan teknologi dan Iman menjadi lebih serasi dan harmoni.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Semak hari Sunnah untuk berpuasa sepanjang tahun untuk ditandakan dalam kalender anda:
Aishah (r.a.) meriwayatkan bahawa Nabi (s.a.w) pernah berpuasa pada hari Isnin dan Khamis (at-Tirmidzi, 745). Dengan berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis, kita akan dapat menunjukkan cinta dan konsisten dalam beribadah kepada Allah (s.w.t). Ini akan dapat mengajar kita untuk istiqomah dalam beramal ibadah dalam mencari keredhaan Allah SWT.
Puasa dua kali seminggu bukan sahaja sunnah Rasulullah, malah dikatakan sebagai rutin yang menyihatkan tubuh badan anda. Kajian menunjukkan bahawa puasa berselang-seli membolehkan badan menyahtoksik dan meningkatkan kadar metabolisme seseorang, membolehkan pembakaran lebih banyak kalori.
Hari Putih atau dikenali sebagai ‘Al-Ayyam al-Bid’ dalam bahasa Arab, ialah tiga hari berturut-turut yang jatuh pada setiap 13, 14 dan 15 hari dalam bulan Islam. Ia dipanggil Hari Putih kerana bulan purnama bersinar terang pada hari tersebut. Umat Islam digalakkan berpuasa selama tiga hari ini pada setiap bulan Islam kecuali pada 13 Zulhijjah, kerana umat Islam dilarang berpuasa pada tiga hari berturut-turut selepas Hari Raya Haji, yang dikenali sebagai hari Tashriq.
Walaupun mungkin sukar untuk terus berpuasa setelah melakukannya pada bulan Ramadan, umat Islam dianjurkan untuk berpuasa enam hari di bulan Syawal, bulan yang mengikuti sejurus selepas Ramadan, untuk mencapai fadhilat dan ganjaran yang besar.
Diriwayatkan pula oleh Ibn Khuzaimah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Puasa bulan Ramadhan mendapat pahala sepuluh sepertinya, dan puasa enam hari mendapat pahala dua bulan, dan itulah puasa sepanjang tahun. .” Maka barangsiapa yang berpuasa enam hari dan bulan Ramadhan akan mencatat pahala puasa sepanjang tahun.
Terdapat beberapa cara untuk melakukan puasa ini, asalkan hari pertama dalam bulan itu tidak disertakan. Nabi melarang umatnya berpuasa pada hari raya Aidilfitri (Hari Raya Puasa) dan Aidiladha (Hari Raya Haji), kerana hari-hari tersebut adalah hari-hari untuk makan, minum, berkongsi dan meraikan nikmat yang dikurniakan Allah. Sesetengah orang mungkin memilih untuk berpuasa enam hari berturut-turut serta-merta selepas hari pertama, atau berpuasa lewat dalam bulan itu, sama ada sehari selepas hari lain atau pada hari rawak pada bulan tersebut.
Sya’ban (Syaaban) adalah bulan di mana beberapa mukjizat yang paling banyak berlaku, seperti terbelahnya bulan dan perubahan kiblat. Pada bulan ini, kita harus berusaha untuk melakukan sebanyak mungkin amalan yang boleh. Salah satu kelebihan berpuasa di bulan Sya’ban ialah ia dapat dijadikan sebagai tarbiah Ramadhan, baik rohani mahupun jasmani.
Ramai ulama Islam yang menjadikan malam Nisfu Sya’ban sebagai malam keampunan dan keberkatan. Umat Islam akan bermalam dengan solat sunat dan zikir sebagai cara memohon keampunan atas dosa-dosa lampau. Keesokan harinya pada 15 Sya’ban, umat Islam sering berpuasa.
Namun, puasa pada separuh kedua Sya’ban tidak dibenarkan untuk berpuasa, kecuali bagi orang yang mempunyai kebiasaan berpuasa secara tetap atau yang menyambung setelah berpuasa pada separuh pertama bulan Sya’ban. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh beberapa ulama daripada Abu Hurairah (r.a) bahawa Nabi (s.a.w) bersabda: “Apabila sudah separuh Sya’ban, janganlah kamu berpuasa.” (at-Tirmidzi, 738)
Puasa pada 10 Muharram, yang dikenali sebagai Hari Asyura, menghapuskan dosa setahun yang lalu. Umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa sehari sebelum dan selepas Asyura, pada 9 dan 11 Muharram. Mengapa digalakkan berpuasa pada hari tersebut? Ia adalah untuk memperingati hari Allah (s.w.t) menyelamatkan Nabi Musa (a.s) dan pengikutnya daripada musuh mereka.
Bulan Zulhijjah dikenali sebagai bulan haji. Walaupun tidak semua daripada kita berpeluang untuk menunaikan haji, ada cara yang boleh kita mengabdikan diri dengan cara yang sama. Ibadah haji tidak akan lengkap tanpa perjalanan yang diberkati ke Gunung Arafah. Bertaubat pada hari Arafah adalah cara memperbaharui janji anda kepada Allah (s.w.t) dan memulakan semula, menjadikannya sunnah untuk berpuasa pada hari ini.
Jejaki sejarah puasa anda sepanjang tahun dengan ciri penjejak puasa dengan pelbagai cara seperti aplikasi-aplikasi yang sedia ada seperti aplikasi Muslim Pro. Aplikasi ini juga membolehkan pengguna untuk menyemak doa harian dan membaca Al-Quran dimana jua mereka berada dan ia untuk membantu umat Islam di seluruh dunia untuk terus beribadah.
Seperti yang diriwayatkan oleh Aisyah: Nabi ditanya, “Amalan apakah yang paling dicintai oleh Allah? “Baginda bersabda, “Amalan yang paling tetap walaupun sedikit.” Beliau menambah, “Janganlah kamu memikul dirimu, kecuali amal yang menurut kemampuanmu.” (Bukhari, 6465)
Ingatlah, amalan yang paling dicintai Allah ialah amalan yang konsisten walaupun kecil.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tersebar sebuah video dan gambar yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial yang bertujuan untuk membandingkan wajah selebriti dulu dan kini. Beberapa selebriti tanah air menjadi mangsa termasuk Zara Zya.
Namun, Zara Zya tidak kisah apabila di persoalkan mengenai keadaan itu. Dia tampil dengan tenang dan akui bila ada duit, sesiapa sahaja boleh buat apa yang terbaik untuk penampilan mereka.
Pelakon terkenal tanah air, Zara Zya tidak kisah atas apa-apa andaian yang di buat oleh warganet mengenai video yang membandingkan perubahan wajah seseorang selebriti. Dia juga turut muncul dalam video tersebut tidak nafikan ramai artis yang berusaha untuk menjaga penampilan diri.
Zainurul Razia Mohd Zainuddin atau sering di kenali sebagai Zara Zya akui tidak menjadi satu masalah untuk sesiapa menjaga penampilan mereka. Tambahan pula, rawatan dan penjagaan wajah bukan satu benda yang salah.
Di temubual oleh Harian Metro, mungkin perubahan yang sedikit akan jelas ternampak melalui wajah seseorang apabila mereka sudah mula untuk menjaga penampilan. Itu adalah hakikat yang patut semua hadam sejak dulu lagi.
“Memang betul apabila dah ada duit macam-macam boleh buat. Itu saya setuju. Lagipun zaman dulu tiada ‘filter’, sekarang dah banyak. Mahu mendapatkan ‘filter’ pun kena menggunakan telefon bimbit mahal.
“Lagi satu, macam dulu tidak banyak klinik estetik yang mahu menaja dalam memberikan rawatan muka. Sekarang, ada banyak termasuk rawatan laser dan sebagainya. Jadi, berbanding sekarang semuanya ada dan mudah. Bagi saya selebriti memang perlukan itu, kenapa tidak kan? Tak ada masalah pun,” katanya.
Aktres berusia 37 tahun itu akui tiada masalah baginya jika seseorang mahu bandingkan wajahnya dulu dan sekarang. Perubahan itu sudah pasti ada, cuma ia bukan mengubah ciptaan Allah SWT.
“Secara peribadi saya tak ada masalah jika orang nak tunjuk dan buat perbandingan wajah dulu saya dan sekarang. Dari segi umur memang jauh berbeza. Lagi pun saya tak ada buat muka berlebihan macam buat hidung, sebab hidung saya masih asli.
“Kalau cucuk atau ambil suntikan pun ia untuk kesihatan kulit. Ini kerana selebriti memang bersolek hampir setiap hari, jadi muka akan naik jerawat dan jeragat. Jadi perlukan suntikan vitamin,” ujarnya lagi.
Kenyataan Zara Zya mengenai isu ini sangat dekat dengan isu terkini yang sering kita lihat ramai orang sanggup menghabiskan wang untuk mengubah penampilan dan menjalani pembedahan plastik. Tetapi tidak semua yang mengikut jalan seperti itu untuk menjaga penampilan.
Baru-baru ini kisah keretakkan rumah tangga penyanyi tanah seberang, Virgoun yang popular dengan lagu berjudul ‘Surat Cinta Untuk Starla’ telah mengejutkan wargamaya serta peminatnya di Malaysia.
Kini, meskipun pasangan ini dalam proses untuk menuntut penceraian, industri seni Indonesia dan Malaysia sekali lagi menerima kejutan daripada isteri Virgoun iaitu Inara Rusli yang memutuskan untuk membuka purdah setelah bertahun-tahun memakainya kerana terdesak mahu mencari rezeki untuk anak-anak dan mempersiapkan dirinya untuk menjadi seorang ibu tunggal.
Perkara berkenaan sekali lagi mengejutkan industri seni kedua-dua negara. Hingga tercetusnya perbalahan dikalangan wargamaya yang mengecam tindakan Inara yang memutuskan tidak lagi berpurdah.
Namun, menurut Inara, tindakannya membuka purdah dilakukan demi meneruskan keberlangsungan hidup bersama anak-anak kelak.
“Saya sudah memikirkan keputusan ini sebaik masalah melanda dan bersedia untuk bercerai.
“Ini saya lakukan demi anak-anak dan mahu mereka mampu hidup dengan baik termasuk mendapat pendidikan yang bagus tanpa bantuan ayah mereka.
“Saya perlu tetap berjuang selepas ini,” katanya seperti lapor Kompas.
“Ketika Inara bertemu saya, saya jelaskan purdah itu tidak wajib, ia hanya sunnah. Jadi tidak menjadi satu kesalahan jika seseorang individu itu memutuskan untuk tidak lagi mengenakan purdah.
“Dahulu, Inara berniqab kerana Virgoun datang kepada saya bersama Inara menceritakan bahawa Inara sering digoda lelaki lain kerana terlalu cantik. Akhirnya, sebagai penyelesaianya saya minta Inara memakai purdah beberapa tahun yang lalu,” ujar Ustaz Derry.
Justeru, Ustaz Derry meminta orang ramai dan juga wargamaya untuk tidak mempertikai atau mengecam tindakan Inara yang kini tidak lagi berpurdah. Malah, tegasnya tindakan membuka purdah bukanlah satu bentuk atau perilaki maksiat.
Sekadar info, pada pertemuan sama, Inara mengumumkan dirinya kini telah dilantik sebagai duta bagi sebuah klinik kecantikan. Justeru, dia perlu memaparkan wajahnya untuk tujuan mempromosikan produk berkenaan.
“Saya sangat bersyukur kerana ramai yang memberi sokongan. Ramai orang yang baik,” kata Inara.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.