Wanita dan juga usahawan ini tidak pernah ketandusan idea dalam menghasilkan rekaan tudung terbaru. Baru-baru ini sempena drama bersiri yang di tayangkan di saluran Astro Ria HD, Red Velvet, Neelofar telah menperkenalkan koleksi terbaru sempena wataknya sebagai Helena dalam drama berkenaan.
Koleksi terbaru ini telah mengangkat tema ‘bakery dan kek’ iaitu Sweet Helena, Sweet Helena-Swarovski, Fluffy Helena, Milky Helena, Creamy Helena, dan Silky Helena. Rekaan ‘square satin’ merupakan idea peribadi Neelofa yang menginginkan mainan warna bagi mengambarkan karektor beliau dalam drama tersebut..
Ads
Umum ketahui Lady Boss Naelofar Hijab apabila menggayakan hijabnya nampak terletak cantik sepanjang drama berkenaan. Begitu juga jika penampilannya di luar set. HIjab diperaga memang sangat kena dengan figuranya yang aktif, lasak dan ceria.
Ads
Ads
Rupa-rupanya ada rahsia yang ingin di kongsikan bersama para peminat tegar hijab Neelofa mahupun hijabi yang bertudung. Admin kongsi tiga gaya tudung ini bagi hijabista di luar sana yang mahu tampak stailo sepanjang masa.
Rahsia tudung Neelofa ‘maintain’ cantik 24 jam.
2. Pengayaan Tudung Helena oleh penata gaya tudung, DD.
3. Gaya ini yang sering dan menjadi kegemaran Neelofa ketika menghadiri majlis-majlis tertentu.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap amalan yang dilakukan pastinya berpandukan kepada ke ikhlasan seseorang insan itu dalam membuatnya. Juga amalan-amalan wajib serta sunnah harus diambil berat supaya akur pada perintah Allah SWT.
Ada juga ura-ura yang mengatakan satu amalan yang tidak akan ditolak adalah selawat ke atas Rasulullah SAW. Namun, ia ada dijelaskan dengan lebih lanjut bahawa tiada hadis sahih yang menguatkan kenyataan ini.
Pasti ada yang pernah dengar hujahan serta andaian mengenai amalan berselawat ke atas Rasulullah SAW adalah satu-satunya yang tidak akan ditolak. Malah, ianya menjadi perbincangan sehingga kini mengenainya.
Di jelaskan pada Laman Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menyatakan tiada pun hadis sahih yang menyatakan selawat kepada Rasulullah SAW akan diterima secara mutlak. Tidak juga bermaksudh kepada seseorang itu berselawat akan diberi pahala dalam sesetengah keadaan–berselawat dalam keadaan riyak misalnya.
Ada beberapa hadis yang bersandarkan kepada Rasulullah SAW menyebut tentang selawat kepada Baginda merupakan satu-satunya amalan yang akan diterima Allah SWT:
Maksudnya: Dibentangkan kepadaku amalan umatku, dan aku mendapati ada antaranya yang diterima dan ditolak, melainkan selawat kepadaku.
Kata al-Hafiz al-Suyuti: Aku tidak menjumpai sanad baginya (لم أقف له على سند).[2]
Jelas bahawa hadis-hadis ini dan seumpamanya bermasalah dari sudut sanad. Namun terdapat kata-kata yang dinukilkan daripada para sahabat dan ulama, antaranya daripada Abu al-Darda’ R.A, katanya:
Maksudnya: Apabila kamu semua ingin meminta kepada Allah sesuatu hajat maka mulakanlah dengan berselawat ke atas Nabi sallahu ‘alaihi wasallam kerana sesungguhnya Allah itu lebih Maha Pemurah daripada hanya mengurniakan salah satu hajat sahaja dan menolak yang lain apabila diminta dua hajat (daripada-Nya).
Ada juga kata-kata dari Abu Sulaiman al-Darani yang menyebut:
الصَّلاةُ على النَّبِيِّ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّم مقبولَةٌ
Maksudnya: Selawat ke atas Nabi SAW itu diterima.
Tetapi, menurut al-Hafiz al-Sakhawi, Imam al-Ghazali merupakan sandaran kata-kata kepada Rasulullah SAW (marfu’), namun al-Sakhawi tidak menjelaskan sanad baginya, dan beliau juga memaklumkan bahawa kata-kata al-Darani ini sebenarnya bersumberkan Riwayat Abu al-Darda’ di atas.
Imam Ibn ‘Abidin al-Hanafi ketika menghuraikan riwayat ini menjelaskan maksud dan konteks sebenar riwayat itu tentang selawat sebagai satu bentuk doa agar Allah SWT mengurniakan rahmat dan kemuliaan kepada Rasulullah SAW akan diterima sepenuhnya dan tidak akan ditolak. Melalui firman Allah SWT menyatakan selawat keatas Baginda, melalui firman-Nya:
Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW);
Surah al-Ahzab (56)
Jelas disini tiada hadis sahih yang menyebut berkenaan amalan berselawat keatas Baginda adalah satu-satunya yang diterima mutlak. Namun terdapat banyak kata-kata daripada para sahabat dan salafussoleh menyatakan demikian. Akan tetapi, tidak dijanjikan pula pahala jika berselawat dalam keadaan riyak.
Penyanyi yang memenangi Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 36, Aina Abdul baru sahaja melancarkan muzik video raya terbarunya semalam, Gema Raya.
Muzik video yang diarahkan oleh Mohd Hisham Saleh itu sudahpun mendapat jumlah tontonan melebihi 50 ribu tontonan di Youtube hanya dalam beberapa jam sahaja dilancarkan. Bukan sahaja melodi dan irama lagunya yang mengasyikkan seolah menggamit memori berhari raya, malah rekaan busana yang digayakan oleh Aina Abdul dalam muzik video ini juga turut mendapat perhatian ramai.
Sentiasa hadir dengan rekaan yang serba avant-garde, kali ini menerusi muzik video Gema Raya, busana yang mendapat perhatian ialah rekaan baju kebaya tradisional yang sarat dengan hiasan wang di seluruh permukaan busana ini.
Rekaan dari jenama yang tidak asing lagi dalam industri fesyen tempatan, Wan & Mary ini mendapat perhatian ramai apabila ada yang melabelkan busana itu sebagai ‘ATM Bergerak’.
Menurut Wan, salah seorang pereka Wan & Mary, duit yang digunakan itu bukanlah duit sebenar. Tetapi ia adalah sampul duit bercetak seperti wang ringgit RM 10.
“Kami gunakan lebih dari 200 keping sampul duit raya yang cetakannya seperti RM 10 untuk menghiasi keseluruhan baju kebaya Aina itu,” kongsinya.
Tambahnya lagi, idea asalnya hanyalah untuk menghasilkan rekaan kebaya tradisional yang mempunyai sedikit unsur peplum dalam rekaannya. Namun untuk menjadikannya lebih menarik, mereka menambah hiasan sampul wang RM 10 itu.
“Kami mengambil masa lebih kurang tiga hari sahaja untuk menyiapkan rekaan busana ini. Alhamdulillah, Aina juga amat terbuka dengan idea ini dan menerima baikmengenai rekaan busana kebaya itu,” ujarnya lagi.
Muzik video Gema Rayaarahan Mohd Hisham Saleh boleh ditonton di saluran Youtube bermula dari semalam. Menampilkan Aina sebagai Aina, Lyana Taufek Ariffin sebagai kakak dan Hayati Ibrahim sebagai Mak, pastinya sambutan Syawal kali ini lebih meriah dengan alunan melodi Gema Raya!
“Patutnya bulan puasa ni lagi senang nak turunkan berat badan bukan, tapi hampir seminggu puasa ni rasanya makin naik adalah. Di mana silapnya?”
Di samping memfokuskan pada ibadah puasa, ramai yang memasang niat untuk memanfaatkan bulan Ramadan untuk menurunkan berat badan. Ironinya, ia nampak mudah tetapi ramai yang terkandas dalam misi ini.
Pelbagai juadah berbuka dan sahur yang mungkin mengoda untuk anda menikmatinya, ruang antara dua waktu makan ini mendorong bertambah berat badan. Kemahuan berlebihan itu akan memusnahkan goal kita untuk turunkan berat badan di bulan Ramadan.
Puan Siti Norsafiah Mohd Yusoff, Pegawai Pemakanan (Nutrisi) Bahagian Pemakanan KKM menekankan agar kita faham erti sebalik perkataan PUASA.
P – PILIHAN: Buat pilihan yang sederhana kerana semua pilihan di tangan anda. Pilih makanan yang sederhana yang mempunyai rendah kalori, boleh menurunkan berat badan yang tidak boleh mendatangkan risiko penyakit.
U – UTAMA: Dahulukan makanan atau menu yang sihat, contohnya, seperti makanan yang kukus, panggang, sup dan rebus. Jika boleh, hadkan makanan yang bergoreng dan bersantan serta berminyak.
A – AIR: Minum 8 gelas atau 2 liter air kosong antara waktu berbuka sehingga sahur, supaya anda bertenaga sepanjang hari dan terhidrat. Alternatif lain untuk menggantikan air, gantikan sup atau minuman seperti jus dan sebaik-baiknya tanpa gula.
S – SEIMBANG: Masalah sembelit sering timbul ketika bulan Ramadan, akibat dari pengambilan yang tidak seimbang. Pastikan pngambilan sayur dan buah bagi menjamin kesihatan yang optimum.
A – AMALKAN: Jadikan gaya hidup sihat ini bukan sahaja di bulan Ramadan, sebaiknya teruskan bukan sahaja untuk turunkan berat badan tetapi untuk kekalkan kesihatan di tahap yang baik.
Amalkan pemakanan sihat seperti gaya hidup, untuk mengelakkan anda dari didatangi penyakit-penyakit yang tidak diingini. Kekalkan istiqamah menjaga kesihatan anda untuk memudahkan beribadah.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.