“PERMOHONAN DALAM PROSES” , Pemohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah mengemukakan permohonan secara atas talian pastinya tertanya-tanya maksud status ini.
Sebaik sahaja anda membuat permohonan baharu dan status permohonan adalah “PERMOHONAN DALAM PROSES” bermaksud permohonan anda telah diterima di dalam sistem oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan sedang diproses mengikut turutan giliran.
Ini bermakna anda telah berjaya membuat permohonan dan tidak perlu lagi membuat penghantaran permohonan. Menurut sumber, bayaran untuk permohonan baru akan keluar pada 15 Mei.
Bagi yang membuat rayuan permohonan juga akan menerima status yang sama sebaik sahaja membuat rayuan. Status permohonan akan bertukar dari masa ke semasa bergantung kepada proses yang telah dilaksanakan oleh pihak urusetia.
Muat Turun SOP Pembukaan Semula Ekonomi
Fahami maksud ‘STATUS DALAM PROSES BPN’
Jika permohonan anda sedang diproses dan disemak pada laman portal Bantuan Prihatin Nasional(BPN), maka status ini akan dipaparkan. Bermakna permohonan anda sedang dalam proses semakan kelayakan oleh LHDN sama ada LULUS atau GAGAL.
Anda perlukan surat CONTOH SURAT KEBENARAN BEKERJA SEKTOR AWAM DAN SWASTA SEMASA PKP?
Ads
CONTOH SITUASI
Ahmad melayari laman portal Bantuan Prihatin Nasional(BPN) pada 1 April 2020. Dia telah menyemak status kelulusan Bantuan Prihatin Nasional(BPN) namun tiada rekod dipaparkan. Maka beliau telah mendaftar permohonan baru dengan mengisi maklumat yang diperlukan dan permohonan tersebut diterima oleh LHDN selepas beberapa hari. Pihak LHDN pula menerimapermohonan tadi dan memberi paparan permohonan diterima. Selepas beberapa hari Ahmad mendapati status telah bertukar kepada ‘DALAM PROSES ‘. Ahmad hanya perlu bertenang dan menunggu makluman tentang semakan kelulusan permohonan baru BPN dan jika lulus permohonan,maka Ahmad akan mendapat BPN pada bulan Mei 2020.
SEMAKAN KELULUSAN PERMOHONAN BARU BANTUAN PRIHATIN NASIONAL(BPN)
Bagi kategori permohonan baru yang berstatus permohonan diterima, anda boleh menyemak status kelulusan permohonan Bantuan Prihatin Nasional(BPN) pada bulan MEI 2020.
SILA SEMAKAN BPN FASA 2
PERMOHONAN BARU/RAYUAN BPN
Ads
Jika anda layak menerima BPN tetapi masih belum membuat permohonan baru.Anda boleh membuat permohonan baru / rayuan boleh dibuat di portal rasmi BPN bermula 1 April 2020 hingga 30 April 2020.
Berdasarkan siaran media Kementerian Kewangan, pemohon perlu mengemukakan maklumat yang berkaitan ketika proses permohonan baru / rayuan dibuat. Kesemua maklumat dan data akan disemak berdasarkan data agensi ditetapkan iaitu data BSH dan data percukaian LHDNM.
MAKLUMAT DAN PERTANYAAN LANJUT
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Kementerian Kewangan atau LHDNM di talian berikut:
Jagung rebus memang sedap dimakan terutama pada musim hujan. Seperti juga sumber makanan yang lain, jagung juga mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Jagung kaya dengan serat makanan dan pelbagai jenis vitamin.
Jagung juga turut dikenali sebagai sumber karbohidrat yang tinggi, jadi ia boleh digunakan sebagai pengganti nasi. Serat dalam jagung membantu anda kekal kenyang lebih lama. Serat yang terkandung di dalam jagung juga bermanfaat untuk penghadaman.
Serat ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk dihadam dan boleh menjadikan saluran penghadaman lebih aktif. Hal ini kerana ia mengandungi serat. Jagung boleh dimakan untuk melegakan dan mengelakkan sembelit.
Jagung enak dimakan panas-panas, jadi lebih elok kita masak sendiri sahaja di rumah. Namun selalunya jagung yang dimasak menjadi kecut. Secara tidak langsung ia membuatkan jagung nampak tidak menarik untuk dinikmati. Boleh cuba cara Shahira Amira masak jagung. Selamat mencuba!
1.Ketika membuang kulit jagung, jangan buang sampai habis. Biar ada sehelai, dua yang tinggal.
2.Masak air biar betul-betul mendidih. Selepas itu masukkan jagung dan garam.
3.Masak selama lebih kurang 8 hingga 10 minit. Tutup api.
4.Jangan terus angkat jagung daripada periuk. Bila hendak makan baru ambil. Hasilnya jagung kelihatan ‘cantik’ sebiji-sebiji dan tidak mengecut.
5.Inilah hasil jagung yang telah siap direbus. Memang mengundang selera!
Viral baru-baru ini di mana dua orang lelaki melakukan kekejaman terhadap seekor kucing yang sedang bunting dalam mesin pengering layan diri di Taman Gombak Ria. Kejadian tidak berperi kemanusiaan ini mendapat perhatian ramai terutama bagi mereka yang pencinta kucing. Salah satunya adalah pasangan Adam Corrie dan isterinya Fazema Mohd Fuad. Dalam postingnya di laman instagram, Adam Corrie memberitahu isterinya itu alami trauma setelah menonton video yang tular di media sosial.
Menurutnya isteri tersayang yang dipanggil bidadari itu tidak boleh tidur malam, menangis serta trauma apabila melihat video kucing bunting berkenaan dibunuh kejam dengan meletakkannya dalam mesin pengering di sebuah kedai dobi.
Kata Adam lagi, emosi isterinya itu juga sangat tergangggu melihat kejadian yang sangat menyayat hati berkenaan.
Menurutnya di dunia ini bukan kita manusia sahaja yang tinggal tetapi ada makhluk lain yang juga hidup bersama-sama kita.
Dan pesannya juga kita semua perlu tanamkan sifat kasih sayang sesama manusia, bintang, tumbuh-tumbuhan mahupun yang bukan bernyawa seperti harta benda.
Netizen juga turut memberikan komen yang sama. Rata-rata mengutuk tindakan dilakukan dua lelaki tempatan berkenaan.
syikin.amir82 sy tak sanggup tgk video tu. sy baca berita berkenaannya pun rasa hati bagai disiat2. pilu sgt dgn manusia yg xde kesian belas.
elisshahana Moga allah membalas atas perbuatan mereka….. saya pun sungguh sedih melihat video tu……
cik_puannafisyah Saya sma mcm bidadari @adamcorrielee …xblh tngok jdi trauma…baca ni sya dah teringat muka badan kucing tu…Tu bru tngok pic klu video xtau lah mcm mna…
aazieahmad77 Samala saya pun.. sakit hati betul tgk kezaliman manusia terhadap makhluk kesygan nabi ni.. bukan setakat kucing saja, malah semua haiwan berhak hidup dgn aman atas muka bumi ni… semoga pelaku akan ditangkap dn diberi hukuman seberat2nya.. amin
mommy_aazura sama lah.. sebak sedih pilu… terbayang2 kucing tu minta tlg… YA Allah.. dasat sungguh penderitaan haiwan tu. Semoga Allah balas setimpal dgn perbuatan kejam org yg meganaiya
razmunazakimarykay kesian sngt pd kucing bunting yg terseksa oleh perbuatan manusia topengkan syaiton. Sekeras-kerasnya saya mengecam perbuatan kejam tersebut. Ya Allah berilah hukuman setimpal keatas kekejaman perilaku manusia durjana
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Proses menurunkan berat badan pastinya berbeza-beza bagi setiap individu. Ada yang mengamalkan diet jenis A, ada pula yang mengamalkan diet jenis B. Namun, sepanjang proses itu, pastinya mengambil tempoh yang lama dan menguji kesabaran diri. Ada kalanya kecundang, dan ada kalanya konsisten bersemangat untuk mencapai tubuh badan yang diidamkan.
Kali ini, penulis mengambil kesempatan untuk berkongsi kisah perjalanan diri sendiri yang mungkin bukan sebesar mana kisahnya, namun cukuplah untuk memberi nafas inspirasi kepada anda yang sedang membaca. Berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30 kg dalam masa 2 tahun bukannya sebuah proses yang senang. Ada naik turunnya, dan ada susah senangnya. Namun, penulis jadikan ia sebagai sebuah perjalanan yang begitu manis untuk disimpan dalam diari diri.
Ramai yang bertanyakan kepada penulis tentang titik permulaan diri apabila ingin menurunkan berat badan. Sebenarnya, semuanya terjadi saat penulis bekerja di sebuah akhbar kesihatan dan ditugaskan untuk menemu-bual 20 orang pesakit obesiti yang berjaya menurunkan berat badan. Ada diantara mereka yang pernah memiliki berat badan sebanyak 110kg dan berjaya menurunkan berat sehingga 70 kg dalam tempoh 2 tahun! Ada juga yang hampir melakukan proses pembedahan usus (Bariatrik) namun menolak saranan doktor dan terus menukar corak diet ke arah yang lebih sihat. Akhirnya, dari 200 kg menjadi 80 kg, hasil titik peluh sendiri. Menarik, bukan? Benar kata orang, tak kenal maka tak cinta. Mendengar kisah perjalanan mereka, pahit manis mereka menurunkan berat badan menjadi inspirasi kepada penulis untuk mula mengubah cara hidup ke arah yang lebih sihat dan aktif.
Untuk menukar corak pemikiran dengan sesuatu yang baru pastinya mengambil masa. Ada kalanya culas untuk melakukan sebuah perubahan. Mujur, diri cepat sedar. 88 kg bukanlah sebuah angka untuk mendiamkan diri tanda selesa. Malah, harus bermula dengan sebuah langkah yang sihat.
Hanya mengambil oat sebagai menu makanan sepanjang 4 bulan terawal merupakan proses yang menyakitkan! Sarapan, makan tengah hari, makan petang dan juga makan malam, semuanya dengan oat.Ada juga yang bertanyakan, Mengapa tak campur oat tu dengan buah-buahan ataupun madu?. Saya lebih selesa untuk makan kosong sahaja. Walaupun rasanya tawar dah ada kalanya hampir termuntah, namun, Alhamdulillah ianya memberi kesan yang cepat! Malah, 4 bulan terawal ini juga saya mula berlari di atas treadmill dan ia amat-amat membantu menurunkan berat badan saya. Dari 88 kg sudah mula menjadi 80 kg! Diri semakin bersemangat untuk terus konsisten apabila perubahan mula jelas kelihatan dari masa ke semasa!
Selepas berakhirnya 4 bulan, diet saya mula berubah dalam bentuk ‘suku-suku separuh’. Untung ketika itu, banyak yang saya pelajari dari pakar nutrisi dan juga jurulatih senaman yang saya menemu-bual untuk akhbar kesihatan itu. Kadang-kala, sempat saya tanyakan beberapa soalan untuk diri saya sendiri. Sedikit-sebanyak, ia memberi informasi berguna yang dapat dipraktikkan dalam proses penurunan berat badan.
Konsep ‘suku-suku separuh’ ini saya amalkan setiap kali waktu makan tengah hari. Selalunya saya akan ambil kuantiti suku untuk nasi, suku untuk sumber protein dan separuh lagi adalah sayur-sayuran.Dalam konteks ini, saya hanya ‘buat acah-acah tahu’! Andai kata tubuh mula berasa tidak selesa, saya akan makan buah-buahan atapun ulam-ulaman untuk mengisi perut yang sedang berkeroncong! Pernah juga ada ketikanya tubuh menggigil, mungkin kerana tidak cukup makan. Bahaya tau! Jadi saya ambil buah-buahan seperti buah pisang ataupun epal sebagai sumber makanan untuk memberi tenaga.
Malah, air kosong juga sudah menjadi ‘sahabat baik’ saya ketika ini. Botol air sebesar 2 liter diisi dengan air yang penuh pastinya akan habis tidak sampai setengah hari. Boleh dikatakan banyak kali tambah dalam masa satu hari. Jadi, berapa liter saya minum air kosong dalam sehari? Saya juga hilang pengiraannya!
Mengenai senaman pula, saya mencuba pelbagai jenis senaman di saat awal saya ingin menurunkan berat badan. Ternyata, saya lebih selesa untuk berlari di atas treadmill. Jadi, berat saya turun dengan senaman berlari sahaja. Setiap pagi dan malam saya akan penuhkan waktu dengan aktiviti berlari di gim mahupun di kawasan rumah. Bukan mengangkat berat ataupun lain-lain. Bermula dengan larian 1 km saat pertama kali saya mencuba peralatan treadmill di gim sehinggalah saya mampu berlari ‘outdoor’ sejauh 20 km! Pepatah slowly but surely sememangnya menjadi pegangan ketika ini.Mungkin saya bertatih saat mula-mula menjinakkan diri dalam aktiviti berlari. Namun, usah bandingkan diri dengan orang lain kerana ia mungkin akan mematahkan semangat untuk terus mencapai misi yang dihajati.
Sehingga hari ini, untuk sentiasa kekal motivasi, saya seringkali setkan dalam pemikiran “Jika tak capai 10km, maksudnya kau lembik!”.Slogan itu yang membuatkan saya sentiasa bersemangat untuk berlari jauh dari hari ke hari sehinggalah saya mampu untuk berlari sejauh 20km. Bukan itu sahaja, malah saya juga sentiasa bercakap dalam hati “Putra, kau kena kurus sampai kau boleh pakai baju putih!”. Bukan apa, selalunya sebelum ini ketika bersaiz besar, baju berona putih membuatkan saya lebih lebar dan malu untuk menyarungkannya. Jadi, saya jadikan itu sebagai salah satu pembakar semangat untuk terus aktif berlari.
Bukan hanya berlari, saya juga berjinak-jinak melakukan senaman yoga setiap pagi dan malam. Bagi saya, senaman yoga memberi kepuasan yang sama dengan berlari, cumanya ia memfokuskan kepada faktor dalaman. Sehingga harini, saya masih lagi aktif berlari, melakukan yoga dan mempunyai hobi yang terbaru, iaitu berbasikal!
Apa yang saya perolehi saat saya menemu-bual 20 orang pesakit obesiti yang berjaya menurunkan berat badan itu ialah mereka menasihati saya, jika mahu kurus, buat untuk kekal sihat, dan bukan untuk kurus semata-mata. Jika saya meletakkan dalam fikiran saya hanya untuk kurus, berkemungkinan jika sudah mencapai berat badan yang diimpikan, saya akan berhenti mengamalkan rutin harian yang sihat. Oleh itu, kepada anda semua yang ingin kurus dan menurunkan berat badan, sentiasalah beringat, langkah yang anda lakukan ini untuk sentiasa kekal sihat, dan bukannya untuk kurus semata-mata!
Mengakhiri warkah penulisan ini, suka untuk saya tekankan kepada anda semua tentang beberapa perkara jika ingin menurunkan berat badan. Antaranya:
Semoga cebisan penulisan ini memberi inspirasi kepada anda yang memerlukan. Maaf anda ada yang terkurang. Salam sihat untuk semua.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui cara pilih gaya tudung ikut bentuk muka supaya penampilan lebih seimbang, manis dan yakin di Hari Raya. Panduan lengkap kenal 5 bentuk muka wanita.