Tekanan darah rendah, juga dipanggil hipotensi, adalah keadaan di mana tekanan darah dalam badan jatuh di bawah normal. Hipotensi adalah keadaan di mana tekanan darah berada di bawah 90/60 mmHg.
Tekanan darah rendah jangan dipandang remeh tau. Jika tekanan darah rendah diabaikan, ia boleh menyebabkan gejala seperti penglihatan kabur, sukar menumpukan perhatian, keletihan, dan loya dan muntah.
Rasa ubi bit tidak manis dan tidak segar di mulut. Namun, buah lembayung ini boleh digunakan sebagai penambah darah. 100 gram bit mengandungi 36 mg natrium dan 330 mg kalium.Anda boleh memproses bit dalam jus dengan penambahan lemon atau buah-buahan manis lain.
Lemon
Ads
Lemon mengandungi banyak air, yang boleh mengatasi dehidrasi, yang merupakan punca hipotensi. Lemon boleh membantu mengawal peredaran darah dan mengembalikan tekanan darah kepada normal berkat antioksidan yang terkandung di dalamnya. Untuk ubat antihipertensi, minum segelas jus lemon yang dicampur dengan gula dan secubit garam untuk mengekalkan kelembapan badan.
Lobak Merah
Lobak merah mengandungi 70 mg natrium setiap 100 gram dan 87% air. Kerana orang yang mempunyai tekanan darah rendah memerlukan natrium dan banyak air, lobak merah boleh menjadi ruji sayur-sayuran. Anda boleh membuat sup dengan lobak merah, anda tahu?
Ads
Daging
Makanan terakhir yang baik yang dimakan oleh orang yang mempunyai tekanan darah rendah adalah daging. Pilih daging putih seperti ayam atau ikan tanpa lemak. Makan daging yang sihat boleh membantu anda mencapai tahap tekanan darah yang optimum.
Makanan seterusnya untuk penghidap darah tinggi ialah telur. Satu telur mengandungi sejumlah besar asid folik dan vitamin B12. Seperti vitamin B12, asid folik memberi sumbangan penting untuk menggalakkan tekanan darah rendah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sepanjang hari ini cukup hangat perbincangan di laman sosial kisah pelakon, pengacara dan usahawan, Neelofa yang dikecam netizen gara-gara melancarkan koleksi baru Naelofar Hijab di sebuah kelab malam. Isu ini menyaksikan pelbagai golongan cendikiawan seperti Profesor, Ustaz/Ustazah ataupun Imam Muda yang memberikan teguran. Masing-masing memberikan pandangan mereka tersendiri. Namun paling dinantikan adalah penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berhubung hal ini.
Sejak posting di laman facebook menunjukkan Datuk Zulkfli sedang menulis surat terbuka kepada Neelofa, ramai tidak sabar untuk mengetahui isi kandungan surat terbuka berkenaan.
Dallas posting yang dimwit turut tiga sejam lalu, inilah rupanya isi kandungan surat terbuka kepada pelakon yang bergelar Hajjah dalam usia muda ini. Posting ini juga telah mendapat hampir 6 ribu butang share dari netizen.
Jika orang lain menegur pelakon in dengan cara yang amat kasar dan sedikit menyentuh jiwa. Tetapi teguran dilemparkan Mufti Wilayah Persekutuan, ini lebih beradab, sangat halus dan begitu diplomatik.
Beliau tidak menyalahkan Neelofa 100 peratus, sebaliknya teguran berkenaan lebih kepada seperti mendidik dari seorang ayah kepada anaknya.
Ada 10 point yang ditulis dalam surat terbukan berkenaan buat perhatian Neelofa.
Semoga Hajjah Neelofa dalam keaadan sihat sejahtera hendaknya.
Alhamdulillah kami merafa’kan setinggi kesyukuran ke atasnya, selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, para sahabat yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat. Kami telah menerima berita yang hangat melalui Facebook, Instagram dan media sosial lain berkaitan isu pelancaran produk Naelofar Hijab di Zouk, Kuala Lumpur. Kami mendapat pelbagai pandangan sama ada yang mengecam dan tidak kurang juga yang menyokong tindakan tersebut. Justeru kami terpangil untuk menulis surat terbuka kepada Hajjah Neelofa berkenaan hal ini.
1. Tudung adalah lambang kehormatan wanita. Tudung adalah simbol kepatuhan seorang hamba kepada perintah Tuhannya. Tudung juga adalah salah satu bentuk kesempurnaan dalam beragama. Sebenarnya, tudung adalah simbol sifat malu seorang wanita, simbol akhlak Muslimah yang perlu dipelihara dan simbol kemegahan Islam yang wajar dibanggakan.
2. Pemakai tudung tidak semestinya sempurna, namun sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Indahnya pemakai tudung bukan hanya kerana memelihara auratnya, tetapi lebih daripada itu, mereka sebenarnya memelihara agama-Nya dan mematuhi Allah dan Rasul-Nya.
3. Sangat sukar sebenarnya untuk konsisten bertudung dengan memelihara perilaku dan adab kesopanan. Sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit. Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai redha Ilahi. Jika bukan redha-Nya yang kita impikan, apa lagi yang hendak kita cari di dunia ini?
4. Tidak salah untuk kita mencari kelainan. Malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan Tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan. Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam “Matlamat tidak menghalalkan cara”. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.
5. Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung. Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat.
6.Kepada para ikhwah dan akhawat, masyarakat Muslim Malaysia yang memberi teguran dan saranan, kami merasakan banyak manfaat dan istifadah yang dapat dikutip. Dalam keadaan seperti ini, alangkah baiknya kita mempunyai nada yang sama, penuh rahmah dan hikmah dalam memperbaiki diri sesama kita. InsyaAllah itulah yang terbaik. Memalukan, mengaibkan dan memberi tohmahan dan fitnah kepada beliau, bukanlah akhlak seorang Muslim. Semoga amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dijalankan dengan kaedah dakwah yang baik akan membekas dalam sanubari kita.
7. Kami mengenali Hajjah Neelofa sebagai simbol Muslimah yang berjaya. Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai “wanita besi” dan “gergasi” dalam perniagaan dan kerjaya. Tetapi anda sudah membuktikannya, malah membanggakan Malaysia dan dunia Islam. Akhir kalam, kami berpesan kepada Hajjah Neelofa untuk sama-sama menghayati syariat Islam yang sebenarnya. Kami noktahnya disini 3 perkara: (i) Tanyalah ulama’ sebelum bertindak (ii) Sentiasa memelihara imej wanita bertudung (iii) Carilah rezeki yang diberkati Allah SWT.
Kami berdoa semoga Hajjah Neelofa terus maju di dalam kehidupan dan kerjaya serta sentiasa memperoleh taufiq, hidayah dan rahmat-Nya.
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan
Umum sedia maklum, sejak bergelar isteri, penyanyi Zizi Kirana sememangnya manja dan mengambil tahu perihal suaminya, Yusuf Bahrin. Malah, sekiranya lapang Zizi kerap dilihat menemani suami di set penggambaran.
Terbaharu, pemilik nama Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil itu, mengejutkan wargamaya apabila memuat naik sebuah ciapan di laman Tweeter miliknya sekaligus menimbulkan persoalan dan tanda tanya dikalangan netizen.
Menerusi ciapan itu, Zizi berkata dalam ceramah seorang ustaz memaklumkan bahawa wanita sering menggunakan perasaan mereka, oleh itu, mood wanita sering berubah-ubah hingga mendatangkan ketidakstabilan emosi.
Manakala, kaum lelaki pula lebih banyak menggunakan akal fikiran untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan seringkali ‘panjang akal’ terutamanya ketika berbohong.
Pada ciapan lain, pelontar suara lagu Eh itu juga membuat penegasan bahawa mereka yang sudah terbiasa menipu, akan selamanya menjadi penipu, kemudian mempersoalkan mengapa kehidupan menjadi tidak tenang.
Dua ciapan yang dibuat zizi kirana ini menimbulkan persoalan hingga menjadi perdebatan hangat yang dibualkan netizen. Siapakah lelaki yang dimaksudkan oleh Zizi itu? Adakah ‘tweet’ itu bertujuan untuk memerli seseorang?
Sedar ciapan berkenaan menimbulkan pelbagai spekulasi negatif terhadap rumahtangga dan suaminya, Zizi tampil memberi penjelasan bahawa ‘tweet’ berkenaan hanyalah kerana dia terlalu terbawa emosi ketika menyaksikan sinetron dan kerana mengikuti perkembangan kes Brigadir Joshua.
Penyanyi berusia 37 tahun itu juga meminta maaf, sekiranya hantaran yang dilakukan dilaman Twitter itu telah menimbulkan salah faham sehngga tercetusnya spekulasi dan tanggapan liar orang ramai terhadap perkahwinannya.
Terdahulu, timbul ura-ura yang menyifatkan Zizi sebagai seorang yang cemburu, ini keraba dia kerana kerap dilihat menemani suaminya, Yusuf Bahrin bekerja.
Bagaimanapun, Zizi telah tampil dan menolak dakwaan berkenaan dan menjelaskan bahawa dia hanya menemani suaminya jika jadual harianya senggang dan ketika mempunyai kelapangan.
Untuk rekod, Zizi telah mendirikan rumah tangga bersama Yusuf Bahrin pada 19 September tahun lalu, selepas satu bulan bernikah secara sah.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Janji Manismu iaitu Aishah tampil dengan idea menarik bagi membendung penularan wabak covid-19 ini dengan menghasilkan sendiri topeng muka.
Biarpun nampak lucu, namun usahanya itu tidak sia-sia malah patut dipuji kerana dia telah tampil dengan idea yang kreatif di saat dunia sedang berhadapan degan krisis kekurangan topeng muka.
Benarkah gelas tembaga mampu mencantikkan kulit dan meningkatkan kesihatan? Ketahui fakta saintifik, manfaat sebenar, risiko serta cara penggunaan yang betul.