Pasti ramai yang runsing untuk membuat simpanan duit tidak kiralah yang bergaji besar atau kecil. Kebanyakan orang pasti rasa tidak cukup kerana banyak komitmen yang perlu dilangsaikan dan akhirnya tinggal sedikit bakinya.

Menerusi perkongsian Nur Aliah Mohd Nor di Facebook, dia telah berkongsikan 3 cara mudah untuk uruskan gaji bagi yang bergaji kecil.

3 Cara Paling Mudah Untuk Uruskan Gaji Bagi Yang Bergaji Kecil

Hampir 70% orang tersilap langkah untuk buat pecahan gaji ni lepas dah dapat gaji! 
.
Hati Lia dah gelisah sangat bila ramai orang inbox minta nasihat tentang nak uruskan kewangan dengan baik.
.
Sini Lia kongsikan pecahan gaji yang perlu diutamakan dahulu bila dah terima #duit gaji.
.
Pecahkan terus kepada 3 iaitu :
+ Komitmen = 60%
+ Belanja = 30%
+ Simpanan = 10%
.
Katakan gaji RM1,500. Anda perlu pecahkan RM1,500 ini kepada 3 bahagian iaitu:
.
Komitmen = RM900 (60%)
Belanja = RM450 (30%)
Simpanan = RM150 (10%)
.
#No1 KOMITMEN 60%
===

IKLAN


.
Komitmen tetap bulanan dan perbelanjaan asas atau apa saja perbelanjaan yang jika tak dibayar akan memberi kesan buruk, lebih-lebih lagi di mata bank. 
.
Contoh komitmen :
+ PTPTN
+ MARA
+ ASBFinancing
+ Hire Purchase
+ Housing Loan
+ Personal Loan
+ Utilities Bills
+ Makan Minum
+ Barang Dapur
+ Minyak, Tol & Parking
.
Jadi bila dapat je gaji apa perlu buat?
.
1. Wajib bankin duit pada mak ayah di kampung.
.
2. Segerakan pembayaran untuk rekod CCRIS bagi nampak cantik di mata bank.
.
3. Letakkan sedekah sebagai komitmen juga, ingat ni je lagi banyak kita memberi lagi banyak kita dapat!
.
#No2 BELANJA 30%
===
.
Belanja atau perbelanjaan yang berubah-ubah dan kurang penting.
.
Contoh belanja:
+ Keperluan diri
+ pakaian
+ Hiburan (karoke, bowling, wayang)
+ Melancong
+ Internet
+ Beli barang-barang idaman
+ Reward untuk diri sendiri
.
#No3 SIMPANAN 10%
===
.
Wajib asingkan 10% terus untuk simpanan, pelaburan dan perlindungan takaful.
.
Dapat gaji, cepat-cepat asingkan duit simpanan ke akaun khas siap-siap. Simpanan ni ikut kreativiti masing-masing. 
.
Contohnya:
+ Tabung Haji
+ ASB Financing
+ Tabung Mingguan 
+ Emas
+ Unit Trust 
+ Medikal kad
.
Cara paling mudah dengan lakukan ‘Force Saving’ iaitu dengan menggunakan ASBFinancing. 
.
Cuba buat kira-kira setiap bulan komitmen berapa kena bayar. Katakan dari kiraan itu, ada duit lebihan RM160 je, terus buat ASBF RM30,000. Kalau ada cara lain pon boleh guna juga.
.
Lia yakin dan percaya, selepas anda bahagikan pecahan gaji ini kepada 3 perkara penting di atas, sekurang-kurangkan anda boleh kawal duit bocor. 
.
Sebab duit ni mudah bocor tanpa kita kawalnya dengan baik. Silap-silap kalau kira balik, boleh cecah belasan ribu sebulan tanpa sedar! 
.
Psst.. Kalau rasa simpanan 10% tu sikitkan, kenalah kurangkan belanja jadi 20% dan simpanan naikkan jadi 20%. Semuanya berbalik pada diri kita sendiri. Tanggungjawab diri sendiri.
.
Dapat sesuatu?

IKLAN


.
Silakan LIKE, #SHARE dan TAG orang yang anda sayang.
.

IKLAN

kredit : facebook Nur Aliah Mohd Nor