Ada di antara kita yang bersolek untuk memberi fokus kepada bahagian yang cantik pada wajah tetapi ada di antara kita yang bersolek kerana terpaksa; untuk menutup cela pada wajah.
Pasti terasa segan apabila wajah kita dipenuhi dengan parut jerawat atau jeragat hitam. Penyelesaian yang segera adalah dengan menutupnya dengan produk solekan. Ia tidak salah sama sekali namun sampai bila kita mahu bergantung kepada alat solek?
Apa kata cuba beberapa cara ini untuk mendapatkan kulit yang baik tanpa cela:
1. Gunakan pelembap ‘tinted’ yang mengandungi SPF
Gunakan pelembap ‘tinted’ ini berbanding ‘foundation’. Anda bukan sahaja melindungi kulit wajah malah ia memberi sedikit sentuhan rona serta melembapkan wajah anda.
Ads
2. Minum secawan Vitamin C panas
Minum secawan air panas bersama hirisan lemon segar. Ia mampu membuang radikal bebas dari tubuh badan anda, membuatkan kulit anda kekal sihat dan semakin baik.
3. ‘Toner’ tanpa alcohol
Ads
‘Toner’ tanpa alkohol yang baik selepas mencuci wajah adalah baik untuk menyamaratakan tona kulit wajah serta membuang lebihan produk solekan pada wajah ketika waktu pagi.
4. Lakukan pengelupasan dua kali seminggu
Ads
Gunakan sama ada produk pengelupasan atau campurkan sahaja satu sudu teh ‘baking soda’ dengan satu sudu teh air. Sapu perlahan-lahan pada wajah selama satu minit sebelum bilas dengan air sejuk dan keringkan.
5. Jangan sentuh wajah!
Berhenti menyentuh wajah anda sepanjang hari. Jangan picit atau mengopek jerawat anda dan tidak perlulah menarik atau memicit-micit wajah anda.
Cara di atas mampu memberi peluang kepada wajah anda untuk pulih dan bernafas dengan selesa. Ini hanya akan memberi kompleksi yang baik kepada wajah anda jesteru anda tidak perlu menempek produk solekan terlalu tebal. Selamat mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tampil dengan memakai niqab pada majlis ilmu tempoh hari, pelakon Aprena Manrose terima pujian dari orang ramai. Namun, Aprena cuba untuk menjelaskan bahawa penampilannya belum sampai ke tahap itu bagi menjawab dakwaan orang ramai.
Meski pun begitu, Aprena akui dia masih dalam proses untuk mempelajari agama ini sebaik-baiknya. Ramai jua yang mendoakan atas percubaannya untuk menutup aurat dan semoga dia kekal istiqamah.
Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 29, terima banyak pujian apabila dia muncul ke majlis agama baru-baru ini dengan berniqab. Ramai yang terkejut dan mendakwa Aprena sudah mula berniqab meski pun dia belum lagi membuat keputusan tersebut.
Namun, pelakon yang berasal dari Kelantan itu mengucapkan terima kasih atas semua yang sudi menitipkan doa buatnya untuk mencuba dengan penampilan tersebut. Dia tidak menafikan bahawa masih dalam proses untuk belajar dalam mendidik diri menjadi muslimah sebenar juga mendalami agama dengan sebetulnya.
Menerusi temubual bersama Kosmo! Online, Aprena menjelaskan lagi perkara ini khuatir ada yang salah anggap. Tambahan pula, dia sempat mengucapkan rasa terharu oleh kerana ramai yang memuji dan mengeluarkan kata-kata semangat dari mengeji penampilannya.
“Terima kasih atas doa yang di beri tetapi saya masih lagi belum berniqab sepenuhnya. Berpakaian begitu kerana belajar ilmu agama,
“Masih belajar dan hanya cuba-cuba sahaja, teruskan doa yang baik-baik,” katanya.
Perbualan mengenai perubahan imejnya yang mula berniqab terjadi apabila ada berlaku salah faham oleh kerana kemunculannya di sebuah majlis agama.
“Foto tersebut di ambil ketika saya ke sebuah majlis agama. Mungkin ada yang salah faham tetapi doakanlah saya berubah ke arah itu.
“Bagusnya ialah ramai mendoakan dan ada menyuarakan hasrat untuk mengikuti kelas agama yang saya pergi.
“Saya sangat terharu dengan respons ramai dan berharap mereka terus doakan saya kekal istiqamah melakukan benda baik insya-Allah,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, telah tular foto dan videonya yang menggayakan pakaian sopan bertutup dan berniqab dalam persalinan berwarna hitam melalui aplikasi TikTok. Perkara tersebut meraih ramai pujian warganet dan juga mendoakan yang baik-baik buatnya.
Apabila melihat reaksi warganet di sosial media, ramai yang memuji tentang keterampilan yang menggayakan niqab itu. Walaupun dia menidakkan imejnya yang di dakwa memakai niqab sepenuhnya dan hanya sekadar untuk pergi ke majlis ilmu, titipan doa tetap di berikan oleh semua.
“Masa I preggy duka tengok muka you kadang-kadang ulang tengok story ke video dekat TikTok! Sampai anak I pun ikut dagu terbelah macam you,
“Alhamdulillah muslimah sejati insya-Allah,
“Terima kasih kerana menjadikan perjalanan hijrah saya lebih bermakna,
“Tak minta banyak cuma nak perempuan zaman sekarang macam ini sahaja.” begitulah komen-komen yang di berikan oleh warganet terhadap penampilan Aprena.
Apa-apa pun kami dari Hijabista turut merasakan imej Aprena menjadi inspirasi buat mereka di luar sana supaya istiqamah dalam permulaan penghijrahan. Semoga kita kekal mengenali dan ingin mempelajari lebih banyak tentang ilmu agama.
Terbang ke Amerika Syarikat untuk menjadi salah seorang penceramah pada Persidangan IMSA-MISG 2022 yang diadakan di Boston, Amerika Syarikat dari 23 hingga 27 Disember 2022 lalu.
Kakak kepada Ria Ricis ini memuat naik beberapa aktiviti sepanjang kongres tersebut. Baginya, menghadiri kongres di AS meninggalkan kesan istimewa.
Sudah menjadi kebiasaan apabila memiliki akaun media sosial, pastinya ingin berkongsi sesuatu yang indah bersama pengikut, malah ramai selebriti berbuat demikian begitu juga orang ramai. Setiap perjalanan pasti menuntut pengalaman yang berlainan, pendakwah bebas dari Indonesia ini mempunyai misi melawat Amerika Syarikat yang pastinya setiap pengikutnya mendambakan cerita terkini darinya.
“Ke luar negara sebenarnya bukan sekadar mengunjungi tempat-tempat pelancongan dan mengambil foto di tempat-tempat ikonik ini,” tulis Oki Setiana Dewi di akaun Instagram. Malah Keluar dari negara sendiri sebenarnya memahami kebesaran Tuhan kerana mencipta bumi yang begitu luas dan manusia yang pelbagai,” sambung isteri Ory Vitrio.
MISG ialah kumpulan pengajian Islam Malaysia yang diasaskan di Illinois pada 1976 manakala IMSA adalah singkatan bagi Persatuan Pelajar Muslim Insonnesia aka Persatuan Pelajar Muslim Indonesia yang ditubuhkan pada 1998, di Missouri, Amerika Syarikat, pada konvensyen tahunan MISG.
Misi IMSA adalah membantu masyarakat Islam Indonesia di Amerika dalam memajukan kapasiti intelektual dan spiritual bagi masyarakat baik di AS mahupun ketika pulang ke Indonesia nanti.
Membawa keluarga dan anak-anak, Oki juga diduga kesihatan anak yang tidak berapa sihat dan dengan izinNya segalanya dipermudahkan. Oki juga meluangkan masa lawatan wajib selain tempat ikonik, jika berkesempatan mengunjungi masjid, kampus, masyarakat Indonesia.
Berkesempatan bertemu dengan para ilmuan di sana Oki juga berbesar hati memberi ceramah untuk komuniti Indonesia yang bermastautin di luar negara. Perjalanan yang melelahkan namun membahagiakan, perkongsian perjalanannya di luar negara ramai yang titipkan semoga pendakwah ini terus sihat dan dilindungiNya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Nama semakin naik di dalam industri seni Malaysia, pelakon Qasrina Karim menjadi perhatian orang sekeliling dengan wajah yang manis dan ayu. Ramai yang mengidolakan gadis ini kerana keterampilannya sebagai wanita hijabi yang sopan dan cantik.
Sudah tentu ramai yang ingin ketahui rutin kecantikan Qarina meski pun sedang sibuk membuatkan rakaman drama terbaru, jadi apakah rahsianya?
Ditemu bual bersama Hijabista, Qasrina Abdul Karim menjelaskan dia harus lakukanrutin kecantikannya walaupun sibuk. Katanya, itu merupakan satu investment yang di buat untuk kekalkan kecantikan dirinya.
“Kecantikan ini satu investment jadi saya amat pentingkan penjagaan kulit wajah,
“Walau sibuk macam mana pun, skincareis a must kerana itu satu kepentingan dalam menjaga kecantikan diri.” ujarnya.
Apabila disoal mengenai tip atau bahan alami yang digunakan, Qasrina akui dia mengambil suplemen vit C sahaja untuk kekal bertenaga. Malah, dia juga gemar mengambil buah-buahan sebagai bahan semula jadi untuk tubuh badannya.
“Suplemen yang saya ambil adalah Vit C, tak perlu tambahan yang lain kerana ia cukup berikan kecergasan buat badan sebab sering rasa penat bile shooting,
“Saya juga suka makan buah-buahan seperti blueberry, strawberi dan juga salad. Ia menjadikan diet seimbang untuk tubuh badan dan kulit wajah!” katanya lagi.
Qasrina ditemui pada majlis Alhumaira dalam memperkenalkan koleksi ekslusif ‘Sally & Remy’. Pelbagai koleksi tudung yang banyak di inspirasikan dari hasil karya seni Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma.
Masih mengekalkan warna-warna pastel yang menjadi identiti Alhumaira namun di sulam bersama motif batik flora sebagai penyeri dalam koleksi itu. Qasrina juga masih menjadi penyeri bagi jenama Alhumaira. Majlis itu bertempat di The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.