Pelbagai khasiat diperlukan untuk kekal sihat dan cantik. Namun begitu, vitamin C mempunyai kepentingannya yang tersendiri terutama untuk kesihatan kulit. Pengambilan vitamin C membantu membuatkan kulit wajah tampak lebih cantik dan berseri. Sebenarnya, banyak tau makanan yang kaya dengan vitamin C. 

Vitamin C, juga dikenali sebagai asid L-askorbik, adalah salah satu vitamin larut air penting yang diperlukan untuk pelbagai proses biologi dan fisiologi dalam badan. Ianya sangat penting untuk kesihatan kulit dan adalah antara vitamin yang terbanyak di lapisan epidermis kulit (lapisan kulit luar).

Untuk pengetahuan anda, manusia kekurangan enzim yang menghasilkan vitamin C, jadi kita tidak boleh membuat vitamin C sendiri seperti yang dilakukan oleh sesetengah tumbuhan dan haiwan. Oleh itu, keperluan vitamin C perlu diperolehi daripada pemakanan terutamanya melalui buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengekalkan fungsi dan metabolisme tubuh.

Antara kebaikan vitamin C untuk kulit kita adalah untuk menggalakkan penghasilan kolagen, bertindak sebagai antioksidan, melambatkan penuaan kulit,melindungi kulit daripada sinaran UV, mencegah kulit kering, kedutan kulit, mempercepat penyembuhan luka dan membantu mengurangkan keradangan kulit.

Makanan yang mengandungi vitamin C untuk kulit cantik

Vitamin C sebenarnya boleh didapati dalam pemakanan harian anda. Jika anda ingin mempunyai kulit yang cantik persis artis Korea, berikut adalah beberapa makanan yang sangat berkhasiat dan mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi:

1.Buah Oren

Makanan pertama yang akan muncul di ingatan anda bila sebut mengenai vitamin C, pastinya ialah buah oren. Oren bukan sahaja menjadikan kulit kita cantik dan awet muda, malah ia juga mengandungi bahan-bahan yang menggalakkan penghasilan kolagen. Jadi, oren juga boleh melambatkan proses penuaan. Tambahan itu, asid sitrik dalam buah ini juga boleh membantu melawan kulit berminyak dan jerawat. Sebab itulah ramai yang menggunakan kulit oren sebagai scrub muka. Ramai orang mungkin tidak tahu bahawa kulit oren mengandungi lebih banyak vitamin C daripada oren!

Jadi, jika anda inginkan wajah yang lebih cantik dan berseri, cuba gunakan kulit oren sebagai salah satu bahan dalam scrub muka anda. Tetapi ingat, jangan terlalu menyental muka anda! Seminggu sekali sudah memadai.

IKLAN

Artikel berkaitan: Toner Vitamin C Buat Sendiri, Tak Sangka Kulit Oren Mampu Atasi Masalah Kulit. Lepas Ni Jangan Buang!

2. Minum jus buah tomato

Tomato juga diantara makanan yang kaya dengan vitamin C. Namun tahukah anda, tomato juga mengandungi bahan tambahan lain yang dipanggil lycopene. Bahan ini boleh melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya. Bukan itu sahaja, tomato juga mempunyai kesan anti-radang yang sangat baik untuk mereka yang mempunyai kulit kusam dan merah.

Untuk mendapatkan faedah dan khasiat yang terbanyak daripada tomato, cuba minum jus sekali sehari. Bukan sahaja kulit kita nampak cantik, malah badan kita juga lebih sihat dan bertenaga!

3. Brokoli

Anda cakna atau tidak bahawa sayuran ini mengandungi banyak vitamin C? Bukan itu sahaja, antioksidan dalam brokoli juga membantu melambatkan proses penuaan.

IKLAN

Makan brokoli boleh meningkatkan pengeluaran glucoraphanin. Badan kita menukar glucoraphanin kepada sulforaphane, yang memainkan peranan penting dalam membaiki kulit yang rosak. Sama seperti tomato, brokoli juga boleh melindungi kulit kita daripada sinaran UV yang berbahaya. Jadi jika anda mahukan pelindung matahari semulajadi, makan sahaja salad dengan brokoli dan tomato di dalamnya!

4. Buah kiwi

Siapa dekat sini buah kegemarannya ialah kiwi? Rasanya yang lazat dan manis sangat sesuai untuk pencuci mulut selepas makan. Nyum, sedapnya! Namun, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa buah kiwi mengandungi banyak vitamin C untuk kulit yang cantik. Tambahan itu, buah kiwi juga mengandungi serat yang boleh memperbaiki sistem penghadaman.

Buah kiwi membantu membuang toksin dari badan dan juga membantu kulit agar sihat, cantik dan bebas jerawat!

5. Buah strawberi

IKLAN

Strawberi bukan sahaja kaya dengan vitamin C tetapi juga mengandungi magnesium dan kalium yang boleh memperbaiki tona kulit. Buah ini juga mengandungi asid alfa hidroksi yang penting untuk menanggalkan sel kulit mati. Jadi jika anda mahukan kulit bayi bak artis korea, tambahkan strawberi dalam diet anda.

6. Buah nanas

Buah nanas merupakan salah satu makanan super yang kaya dengan vitamin C dan antioksidan. Segelas jus nanas padat dengan nutrien yang boleh membantu melawan jerawat, melindungi kulit daripada matahari, dan memastikan kulit kelihatan muda. Anda juga boleh tambahkan beberapa keping lemon sebagai vitamin C tambahan untuk kulit yang cantik.

Sebagai kesimpulan,  cara terbaik untuk memastikan anda mendapat vitamin C yang mencukupi adalah dengan mengambil makanan yang seimbang. Anda boleh amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti oren, tomato,brokoli, kiwi,strawberry dan nanas. Tidak salah mengambil suplemen vitamin C, tetapi jangan terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit.

Artikel berkaitan: Pakar Kongsi 4 Mitos Biasa Vitamin C, Menjadi Ke Kalau Guna Dalam  Ritual Kecantikan Harian?

Sumber info dan gambar: HelloDoktor

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI