Tahun dulu pasangan ini pernah jadi viral gara-gara Hafiz Mahamat yang telah meraikan sambutan hari jadi teman istimewanya, Syafiqah Aina dengan begitu mewah dengan menyewa sebuah limosin dan makan malam di Restoran Berputar di Menara Kuala Lumpur. Walaupun hampir setahun kejadian itu berlalu, tetapi momen itu masih jadi bualan. Malah sejak itu populariti kedua-duanya meningkat mendadak dan penampilan mereka di khalayak umpama seorang selebriti.
Sejak detik itu, ramai yang tidak sabar menanti hari perkahwinan kerana ingin tahu bagaimana ‘sweet’ majlis kahwin mereka nanti. Apa tidaknya sepanjang hubungan mereka ini, Hafiz memang sering memanjakan Syafiqah Aina dengan pelbagai kemewahan lain seperti menghadiahkan kereta, belayar di atas kapal serta pemberian Iphone 7 sempena hari lahir kekasih hatinya itu.
Namun oleh kerana ketika itu, Syafiqah Aina yang juga seorang model dan instagrammer popular belum tamat pengajian, jadi majlis perkahwinan ditangguhkan dulu.
Walau bagaimanapun itu bukan alasan untuk pasangannya, Hafiz berubah hati, sebaliknya tetap setia menanti bidadari pujaannya tamat belajar sebelum keduanya disatukan dalam majlis penuh gemilang.
Dan tanggal 24 November lalu, pasangan merpati dua sejoli ini selamat diijab kabulkan dalam satu majlis penuh meriah dengan kehadiran sanak saudara dan juga sahabat handai. Walaupun keduanya bukan selebriti tetapi kemeriahan majlis mereka umpama artis popular dan cukup meriah dengan pelbagai tajaan.
Sebagaimana gempak sambutan hari jadi lalu, majlis pernikahan dan perkahwinan pasangan viral ini juga tidak kurang hebatnya. Malah majlis mereka ini turut mendapat kritikan para netizen.
Untuk majlis resepsi, Hafiz dan Syafiqah Aina sekali lagi telah mendapat tajaan menaiki limosin mewah warna putih untuk menuju ke singgah sana yang dihias indah.
Walaupun terusk dikritik tetapi follower setia mereka juga turut mengucapkan tahniah di atas perkahwinan itu dan mendoakan keduanya berbahagia hingga ke jannah.
Ads
@juliab4t Congrats pretty! ❤ perfect couple ever
@thejiyaazmy tahniahhhh. semoga bahagia hingga ke jannah.
@mommaqiestina Alhamdulillah so happy for both of you..jaga ikatan pernikahan ini sebaiknya, keep loving each other.Romantik itu sunnah 🙂
Admin belanja momen ‘sweet’ pasangan viral ini yang tak puas mata memandang. Terutama penampilan Syafiqah Aina yang seperti ‘Barbie Doll’.
Melaram pada hari lebaran menjadi satu kemestian buat hijabi, semuanya perlu nampak sempurna di mata. Pilihan hijab, baju mahupun aksesori padanan yang pastinya boleh buat anda pening kepala. Usah gusar dengan adanya panduan dari guru imej ini, pasti raya tahun ini paling legit apatah lagi lebaran tertangguh selama 2 tahun lepas.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Cara pilih warna pakaian terutama tudung ini ada beberapa pilihan:
Setiap orang sudah pasti mempunyai warna kegemaran yang menjadi pilihan di hari lebaran, jika anda mempunyai seleksi warna, pastikan spesifikasikan warna yang tepat. Contohnya “saya suka warna biru yang agak pekat dan gelap seperti navy blue dan suka juga biru lembut seperti light blue”.
Kelebihan pilih warna pakaian ikut warna yang anda suka ialah anda seronok memakainya. Apabila rasa seronok, ekspresi muka nampak bahagia, nampaklah lebih menyerlah dan cantik!
Anda tidak perlu runsing, warna neutral dan warna universal ini kategori warna yang telah ditentukan oleh pakar warna dan ia sesuai untuk mana-mana jenis tona kulit. Bermakna padanan warna ini sesuai denga pelbagai warna kulit. Warna neutral ini juga dikategorikan sebagai warna yang mudah dipilih dan perolehi, perlu ada pilihan pilih corak, potongan atau rekaan yang berkenan di hati sahaja.
Pada dasarnya kulit ada dua kategori utama – cool dan warm. Terdapat banyak pilhan warna yang wujud dalam kategori cool, begitu juga dalam kategori warm. Untuk tentukan tona warna kulit anda adalah cool atau warm, anda boleh lakukan sendiri dengan mengetahui ciri-ciri kulit dengan tona cool atau warm. Anda juga boleh dapatkan khidmat perunding imej untuk bantu lakukan analisis tona warna kulit. Kelebihan cara ini ialah mana-mana warna yang anda pilih nampak menyerlah apabila dipakai kerana keharmonian warna itu dengan tona kulit anda sendiri. Jika anda tidak mahu asyik pakai warna yang sama, cara ini juga membantu anda mendapatkan kepelbagaian warna tanpa risau ia tidak sesuai dengan warna kulit.
Tona permukaan kulit ialah yang selalu kita gambarkan sebagai cerah, sederhana dan gelap. Tona kulit yang cerah biasanya sesuai memakai hampir semua jenis warna kecuali warna yang kusam atau terlalu terang. Tona kulit yang sederhana biasanya sesuai memakai warna yang sederhana kepekatannya tapi perlu elakkan warna yang terlampau cerah atau lembut. Tona kulit yang gelap pula sesuai memakai warna yang sederhana kepekatannya dan ada unsur terang.
Semua jenis warna ini ada mesej warna yang khusus. Sebagai contoh, jika mahu nampak lembut dan friendly, warna yang lembut juga menjadi pilihan. Jika mahu menjadi tumpuan atau dilihat menyerlah, warna-warna yang terang menjadi pilihan. Kelebihan cara ini ialah anda rasa selesa dan selamat dengan warna yang sesuai dengan personaliti atau mesej yang mahu anda sampaikan melalui penampilan anda.
SUMBER: PN Mary Guru Imej Gambar: Zalora Raya 2022
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Peranti yang bijak dalam mengatur semua perihal hanya di hujung jari, menjadi idaman hijabi. Apatah lagi yang mempunyai spesifikasi yang diidamkan. Ya! anda pasti tidak salah alamat untuk memilikinya, bergaya dan nampak premium.
Galaxy S22 Ultra membayangkan semula pengalaman mudah alih dengan menggabungkan ciri terbaik pada siri Note dan S kamera, prestasi dan ketersambungan terbaik yang tersedia pada telefon pintar Galaxy. Peranti yang menggabungkan legasi daripada dua siri peranti pintar Samsung iaitu siri Note dan siri S dimana hasilnya bakal mentakrifkan semula maksud peranti mudah alih yang berprestasi premium. Menampilkan ciri-ciri seperti S Pen terbina, keupayaan Nightography dan video termaju serta hayat bateri yang panjang dan mampu bertahan lebih dari sehari, Galaxy S22 Ultra adalah peranti rekaan Samsung yang betul-betul Ultra.
Galaxy S22 Ultra, telah menyepadukan fungsi terbaik Galaxy Note, seperti stylus S Pen, dengan ciri-ciri siri S yang digemari ramai. Anda pasti tidak mahu melepaskan suatu pengalaman peranti mudah alih yang sesuai dengan pelbagai mod penggunaan, dari keupayaan mencipta kandungan sehingga ke keperluan prestasi pemprosesan tinggi. Pengalaman pengguna yang ditawarkan menerusi peranti ini bukan sahaja unik malah menetapkan piawaian baharu bagi rekabentuk telefon pintar yang terkini. Wow bukan!
Buat pertama kalinya, S Pen yang digemari pengguna Note akan hadir bersama peranti siri S. Berkat S Pen yang meneruskan legasi produktiviti dan keterciptaan yang dipelopori siri Galaxy Note, Galaxy S22 Ultra ternyata melangkaui batasan kemampuan segala peranti mudah alih yang sebelumnya. Lebih-lebih lagi, S Pen telah ditambahbaik, menjadikannya lebih pantas dan lebih responsif. Dengan masa pendam 70% lebih rendah berbanding model sebelumnya, anda kini boleh meneroka kreativiti anda dengan sepenuhnya pada keseluruhan paparan S22 Ultra anda.
Rekabentuk luaran Galaxy S22 Ultra juga menjunjung penampilan telefon ini ke aras peranti Samsung yang paling mewah. Kontur bentuk yang sekian lama dikaitkan dengan keanggunan binaan Galaxy Note kini hadir pada S22 Ultra, dilengkapkan lagi dengan kemasan ‘haze finishing’ dan kanta kamera yang bersepadu dengan bingkai logam telefon. Menariknya Galaxy S22 Ultra hadir dalam empat pilihan warna yang berilhamkan alam semula jadi, termasuk Phantom Black, Phantom White, Green dan, yang terkini untuk S22 Ultra, Burgundy.
Penggambaran foto atau video di bawah pelbagai keadaan pencahayaan tidak lagi menjadi masalah dengan ciri penggambaran revolusioner ‘Nightography’ yang turut hadir pada kesemua peranti siri Galaxy S22. S22 Ultra dilengkapi dengan sensor kamera berukuran 2.4um; sensor ini bukan sahaja merupakan yang terbesar pernah terbina dalam peranti Samsung malah khusus direka untuk memudahkan penggambaran dalam suasana pencahayaan malap. Dipadankan dengan lensa Super Clear Glass S22 Ultra, kandungan rakaman anda dijamin lebih cerah, tanpa silauan, bermaya dan kaya dengan butiran halus. Tambahan lagi, ciri Auto Framing juga hadir untuk memudahkan rakaman video secara berkumpulan sehingga ke 10 orang.
Kamera Galaxy S22 Ultra ini juga terbina dengan kecerdasan AI yang membolehkan hasil penggambaran yang setara dengan tangkapan gambar menerusi kamera DSLR. Selain daripada kemampuan zum Space Zoom sehingga 100x kali ganda, Galaxy S22 Ultra bukan sahaja memberi anda pilihan untuk merakam gambar dalam format RAW sehingga ke 16bit, malah menawarkan akses eksklusif kepada aplikasi Expert RAW yang penuh dengan pelbagai alatan penyunting. Bagi pengguna yang berkecenderungan melakukan penggambaran secara profesional, Galaxy S22 Ultra turut menawarkan pelbagai kawalan kamera seperti tetapan ISO, kelajuan pengatup, imbangan putih dan juga kemampuan fokus secara manual – persis seperti sebuah kamera DSLR.
Galaxy S22 Ultra didukung pemproses 4nm yang julung kali terbina dalam telefon pintar Galaxy. Pemproses ini khas meyokong teknologi AI dan ML terkini untuk mengoptimumkan segala keperluan seharian anda, tidak kira sama ada anda sedang bekerja, beriadah, menstrim rancangan kegemaran ataupun ketiga-tiganya sekali! Peranti ini juga menampilkan Wi-Fi 6E yang mempunyai kecekapan dua kali ganda berbanding sambungan Wi-Fi 6. Lakukan apa sahaja dengan cekap kerana bateri Galaxy SS2 Ultra yang lasak mampu bertahan lebih daripada sehari dengan hanya sekali cas. Galaxy S22 Ultra juga menawarkan pengecasan super-pantas 45W di mana dengan hanya berbekalkan cas 10 minit, anda dapat kuasa yang cukup untuk merakam video sepanjang 50 minit.
Paparan 6.8-inci, Dynamic AMOLED 2X Galaxy S22 Ultra juga optimal bagi mereka yang lazim menikmati mahupun mencipta kandungan. Dengan penampilan skrin yang mencapai kecerahan puncak 1,750nits, sebarang kandungan yang terpapar dijamin jelas dan penuh bermaya. Lebih-lebih lagi, teknologi Vision Booster yang melaraskan kecerahan skrin mengikut kesesuaian pencahayaan akan memastikan anda kekal menerima paparan terbaik walaupun di bawah terik matahari.
Selaras dengan jaminan kami untuk memberikan pengalaman pengguna yang terunggul, keseluruhan siri Galaxy S22 turut akan disokong kemaskini OS Android sehingga ke empat generasi peranti. Dengan ini, jutaan pengguna peranti Galaxy di seluruh negara akan dilindungi oleh ciri keselamatan terkini, disamping menikmati prestasi produktiviti dan ciri peranti terkini untuk tempoh masa yang lebih lama. Samsung berazam akan mengembangkan usaha ini ke seluruh barisan produk kami untuk memanfaatkan pengguna merentas ekosistem Galaxy.
Siri Galaxy S22 dilindungi oleh platform keselamatan Knox Vault yang berfungsi mengasingkan data sensitive, seperti kata laluan, biometrik atau kekunci Blockchain daripada sistem pengendalian telefon utama dengan menggunakan pemproses dan memori khusus. Sistem keselamatan yang menyeluruh ini membolehkan pengguna mengawal segala aplikasi yang mengakses data ataupun kamera anda hanya dengan merujuk kepada antaramuka privasi One UI. Selain itu, siri Galaxy S22 juga terbina dengan ciri-ciri keselamatan baru, termasuk ARM microarchitecture yang berfungsi mencegah serangan atas talian ke atas sistem pengendalian dan memori peranti anda.
Siri Galaxy S22 juga membawa Samsung Wallet, suatu kemudahan dompet atas talian bersepadu yang boleh digunakan untuk menyimpan kad pengenalan, tiket perjalanan, pelbagai lesen, dan kunci digital milik pengguna.
Selain daripada siri peranti Galaxy S22, Samsung juga akan memperkenalkan siri tablet serba baharu bersama-sama dengan ciri teknologi Galaxy Watch4 yang telah dikemaskini. Siri Galaxy Tab S8– termasuk Tab S8, Tab S8+ dan Tab S8 Ultra – adalah siri tablet Samsung yang paling berkeupayaan serba boleh dan direka khas untuk mendukung gaya hidup kini yang selalu berhubung.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bukan senang untuk senang. Sememangnya banyak onak dan duri yang perlu ditempuhi sebelum hendak berjaya. Seperti Fuzana Mokhtaza, beliau yang tidak menyangka dapat mengorak langkah menjadi seorang pereka busana perkahwinan walaupun pada awalnya cita-cita ialah menjadi seorang arkitek.
Memulakan langkah pada tahun 2011 dengan pakaian ready to wear, tanpa menoleh ke belakang lagi beliau seterusnya terus serius menghasilkan busana pengantin yang membuatkan namanya sentiasa meniti di bibir bakal-bakal mempelai yang sedang mencari pakaian yang sempurna sewaktu menjadi raja sehari.
“Sewaktu zaman belajar saya sebagai pelajar arkitek di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), saya sudah mula menerima banyak tempahan pakaian daripada rakan-rakan dan juga pelajar dari fakulti berbeza walaupun saya tiada staf untuk membantu pada ketika itu dan semuanya saya lakukan sendiri.
Pelanggan semakin bertambah dari hari ke hari selepas saya membuka akaun Facebook khas bagi perniagaan saya itu. Ira Mohd Amin merupakan antara selebriti terawal yang menempah dengan saya pada ketika itu,” jelas isteri kepada Ibrahim Shahruddin ini.
Dek kerana minat yang mendalam dalam rekaan dan jahitan, Fuzana telah mula menimba ilmu sejak dari bangku sekolah lagi dengan memasuki kelas jahitan sewaktu berada di tingkatan empat. Selain itu, beliau juga pernah menuntut ilmu di IFTC dan menghadiri kursus di London dalam bidang couture beading, pattern making dan lain-lain lagi.
Bercerita mengenai pengalaman terindah sepanjang bergelar pereka fesyen, ibu kepada Sophia Layl,2, ini menganggap jemputan daripada kerajaan Qatar untuk dirinya mewakili negara bagi mempersembahkan koleksi busana pengantinnya merupakan antara memori yang tak dapat dilupakan.
“Saya sangat terharu kerana dapat berkongsi pentas bersama dengan pereka antarabangsa lain seperti dari Lebanon, Mexico dan Sepanyol,” ujarnya yang mengagumi Zac Posen, Rizalman dan juga Monique Lhuilier ini.
“Jika berbicara mengenai pengalaman yang tidak seronok, tiada pengalaman yang tidak seronok cuma biasalah apabila bahan material yang saya gunakan itu tidak cukup, ia menjadi cabaran buat saya kerana ada material yang susah didapati di negara kita ini. Tapi saya anggap itu sesuatu yang biasa kerana tiada pekerjaan yang tiada tekanan,” tambahnya yang sering mereka busana sedondon dengan anaknya.
Selain itu, Fuzana juga turut menasihatkan agar sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan agar membuat persiapan daripada segi mental dan juga fizikal kerana menurutnya dalam bidang ini sentiasa ada naik turunnya.
“Itu sesuatu yang normal apabila kita berasa sedih jika sesuatu tidak berjalan seperti yang direncanakan. Namun, kita harus bangkit dan ingat semula niat dan minat kita. Pasti kita akan kembali fokus selepas itu,” jelas wanita berusia 29 tahun ini.
Mengenai harapan dalam dunia fesyen, Fuzana mengharapkan agar perniagaannya ini terus kekal rdan tidak ditelan arus masa. “Saya mahukan jenama Fuzana Mokhtaza ini terus bertahan dalam industri tidak kiralah 20 mahupun 30 tahun akan datang,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.