Hari ini sudah masuk Syawal kelima kita menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang. Dan nampaknya minggu ini pasti jadual penuh untuk menghadiri jemputan rumah terbuka. Untuk memastikan persiapan menghadiri rumah terbuka berjalan lancar, jom kongsi beberapa tip oleh ikon fesyen Vivy Yusof. Walaupun sekadar undangan rumah terbuka, tetapi jika tertinggal salah satu ini, boleh menyebabkan anda hilang mood.
1. Rancang #OOTD
Seelok-eloknya anda sudah terlebih dahulu merancang baju apa yang hendak digayakan pada hari raya mengikut acara atau majlis. Seperti dirinya yang bukan sahaja pergi beraya ke rumah saudara tetapi saya perlu menghadiri majlis rumah terbuka dan sebagainya. Jadi Vivy sudah rancang baju apa yang sesuai sedondon dengan suami dan anak-anak.
Baju raya yang dipakai hendaklah selesa. Sebagai ibu yang sudah mempunyai dua anak, baju yang selesa amat penting untuk menjaga mood saya pada hari itu. Elak memakai baju yang terlalu ketat kerana kita bakal memakai baju itu hampir seharian.
Jangan lupa intuí menyerikan sedikit wajah anda metida menghadiri rumah terbuka. Produk Duck ada mengeluarkan alat solek dalam set palet yang sesuai untuk travel. Jadi anda boleh bersolek mengikut citarasa anda asalkan ia tidak berlebihan.
Pakai kasut yang bersarung atau mudah untuk anda pergi beraya keluar masuk rumah orang. Jangan memakai kasut yang bertali dan sebagainya kerana ia membuatkan anda tidak selesa sepanjang berada di sana. Kecuali jira majlis dilakukan di luar yang tidak memerlukan ada buck dan pakai kasut berkenaan. Juga jangat abaikan pemakaian aksesori supaya penyerikan lagi penampilan anda.
JIka mahu hadiri majlis rumah terbuka yang memerlukan anda menginap di hotel atar rumah saudara, jangan lupa membuat packing list. Bukannya apa bimbang kika Sudan sampai tempot dituju ada barang yang tertinggal seperti baju, tudung atauun aksesori. Jika berlaku boleh spoil mood untuk beraya dan selfie bersama teman-teman.
Berdekah gelak bila netizen puji, “Uyaina pakai tudung saji pun lawa”, rupanya ilmu yang Uyaina Arshad kongsi berkenaan trik styling untuk hijabi bercermin mata tuai pujian!
Kalau orangnya dah cantik, pakai tudung apa pun tetap lawa dan terletak elok. Itulah antara komen-komen netizen yang membanjiri hantaran video terbaharu Uyaina Arshad.
Berkongsi trik styling untuk hijabi bercermin mata, bekas juara Pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 itu tampil manis dalam busana vest dan celana putih lengkap hijab bunga-bunga kecil daripada Galeri Ariani.
“Fun fact, I pernah rabun dulu. Tapi lepas buat lasik, macam dapat mata baru. Semua benda jadi jelas.
Anyway, pakai spek ke tak pakai spek ke, you guys still cantik je pakai tudung cemana pun,” tulisnya untuk membalas komen peminat.
Sebenarnya dengan penggayaan yang betul, styling hijab pasti lebih menonjol dan menepati fesyen mutakhir. Antara tip yang boleh diguna pakai adalah memakai cermin mata sebelum memakai hijab. Namun bagaimana cara terbaik mengelakkan hijab nampak kembang di tepi?
(1) Kenali Bentuk Wajah
Sebelum anda memilih cermin mata, kenali bentuk wajah anda terlebih dahulu. Sebaiknya, pilih bingkai yang bertentangan dengan bentuk wajah. Contohnya, jika anda memiliki bentuk wajah yang bulat, bingkai berbentuk petak lebih sesuai dengan anda. Sekiranya anda berwajah petak, pilih bingkai berbentuk bulat.
(2) Pilih Lebar Bingkai Yang Betul
Pastikan kelebaran bingkai tersebut tepat-tepat atau terlebih sedikit daripada muka anda. Sekiranya anda memilih bingkai kaca mata yang lebih lebar daripada muka anda, tentunya tudung anda akan nampak kembang.
(3) Tukar Gaya Tudung
Seeloknya tukar gaya tudung anda kepada gaya loose. Gaya ini akan dapat menyembunyikan wajah anda yang tembam sekali gus mencipta ilusi wajah yang lebih tirus.
(4) Pakai Cermin Mata Di Luar
Cara ini amat membantu untuk mengelakkan wajah anda daripada nampak berisi dan dalam masa yang sama dapat mengelakkan sindrom tudung kembang.
(5) Pilih ‘Temple’ Yang Halus
‘Temple’ yang halus dapat membantu anda mengurangkan sindrom tudung yang kembang. Selain itu, ia juga selesa dipakai dalam jangka masa yang lama apabila diselitkan pada anak tudung.
Semakin ramai kita melihat selebriti yang tampil berhijab. Terbaru adalah pelakon Ardell yang sebelum ini terkenal dengan watak tomboy. Hidayah Allah itu hadir tanpa mengira siapa dan memang beruntung bagi yang mendapatnya. Seperti juga penyanyi Farihah Mohamed Arshad ataupun popular dengan nama Farra yang cukup terkenal dengan lagu ‘Bagaikan Puteri’. Dia bukan setakat berhijrah dari zaman kejahilannya tetapi juga turut mengambil keputusan untuk berniqab. Sudah hampir 20 tahun beliau berhijrah menjadi Muslimah yang diredai Allah dan masih terus kekal istiqomah.
Dalam artikel yang disirkan di Sinar Harian Online, Farra berkata cabaran ketika berhijrah tidaklah seserius ketika beliau mengambil keputusan untuk berniqab.
“Semasa saya berkeputusan untuk berniqab. Saya melalui cabaran getir kerana ramai yang tidak menggemarinya. Namun, bila saya baca beberapa buku dan mengikuti kelas, saya berasakan tujuan pemakaian niqab, sama ada wajib atau harus, sebenarnya adalah untuk mengelakkan fitnah.
“Kalau dalam hukum wajib, niqab ini dipakai kerana perempuan itu menjadi sumber ujian kepada lelaki dan untuk memuliakan serta menjaga perempuan itu sendiri. Kalau hukum harus pula, niqab dipakai kerana mengelakkan fitnah kepada diri dan orang sekeliling.
“Contohnya kalau dia terlalu cantik, maka dia perlu memakai purdah agar kurang sedikit perhatian orang kepadanya. Ditakuti, perhatian orang itu akan menimbulkan fitnah.” katanya.
Jelas Farra, sebab itulah beliau berasakan masyarakat perlu lebih peka dan memahami mengapa seseorang itu berniqab dan jangan terus menghukum dan melabelkan mereka memakai sekadar untuk menunjuk-nunjuk.
Menurutnya, beliau berharap agar dirinya dan juga Muslim yang lain terus diberikan petunjuk daripada ALLAH untuk terus mempelajari ilmu dan memahami al-Quran dan Sunnah Rasulullahlah.
Jika dilihat dalam laman instagram Farra, beliau juga turut berdakwah kepada followernya secara aktif. Ada sahaja perkongsian kata-kata berunsur nasihat kepada pengikutnya.
Dalam pada Itu, Farra kini giat menggali dan menuntut Ilmu serta aktif dengan kerja-kerja dakwah. Buat masa ini dia begitu aktif dengan Pertubuhan Quran Daily Malaysia (PQDM) dan pembabitannya adalah secara tanpa sengaja.
“Sekitar tahun 2014, semasa mengikuti sesi daurah tafsir al-Quran, saya dijemput oleh pengasas PQDM, Puan Rahana Ab Rahim bersama suaminya, Hj Mustapa Omar untuk bersama menjayakan misi PQDM iaitu menjadikan al-Quran untuk dibaca, faham dan amal.
“PQDM bermula dengan mewujudkan Quran Daily (QD) pada Mei 2014. Aktiviti QD diperlengkapkan lagi dengan aktiviti amal melalui Projek Infak Quran Daily (PIQD) dan aktiviti ilmu melalui Biro Ilmu Quran Daily (BIQD). Saya bermula sebagai admin grup, setelah berjaya khatam al-Quran. Saya menjadi mentor dan dalam masa yang sama turut mengendalikan BIQD, kursus jenazah dan kursus solat,” cerita ibu tiga anak ini.
Bukan itu sahaja penyanyi yang pernah bersama-sama dengan ratu Rock Ella ini juga turut terbabit dengan kumpulan Pengurusan Jenazah Muslimah (PJM) aktif mengadakan kursus jenazah yang juga dikendalikan di bawah PQDM.
Selain terbabit dengan kerja-kerja dakwah ini, Farra juga turut aktif dalam menjalankan perniagaan, Farra Apparel menerusi dalam talian. Objektif Farra Apparel adalah untuk menawarkan rangkaian busana Muslimah yang aktif, selesa dan bergaya, serta menepati syariat.
Pembelian melalui online memang memudahkan, tanpa beratur panjang, tanpa memikirkan memakir kereta dan tak perlu meredah kesesakan lalu lintas. Namun sekiranya tidak berhati-hati mahunya terjadi kes “Tipah tertipu lagi”.
Sebaik-baiknya pilih laman online seller yang tidak diragui dan dikenali umum seperti shoppee, lazada, zalora, fashionvalet dan sebagainya.
Jangan terus bersetuju dengan maklumat yang telah dipaparkan dan yang dipromosikan. Sekiranya anda ada kemusykilan ada lebih baik bertanya berkali-kali secara terperinci.
Kebanyakkan ‘online seller’ menggunakan gambar yang sama yang digunakan oleh ejen atau pengedar besar barangan. Apa yang anda perlu lakukan menyemak sekiranya ada peniaga lain menggunakan gambar yang sama, minta gambaran sebenar barang yang dijual. Fahami ukuran yang diberi, sebaiknya minta ukuran sebenar.
Dapatkan maklumat tentang tempoh jaminan, syarat jaminan, dan cara untuk menuntut jaminan. Penjual yang jujur akan sentiasa memberikan jaminan yang berpatutan kerana mereka mempunyai keyakinan terhadap produk yang dijual. Bandingkan juga jaminan ini dengan beberapa penjual lain, atau ‘authorized’ dealer. Jika jaminan melebihi jaminan pengilang sendiri, mungkin itu hanyalah gimik pemasaran dan satu hebahan promosi.
Bagi melariskan jualan, ramai peniaga online kini memaparkan bersama testimoni atau perakuan daripada pembeli terdahulu. Baca dan kaji keikhlasan testimoni yang ditulis. Terdapat peniaga tidak jujur yang mendapatkan testimoni bagus dengan cara membayar. Kita juga boleh merujuk kepada media sosial tentang apa-apa rungutan dari pembeli yang bernah berurusan dengan penjual tersebut. Semak juga akaun testimoni ada juga mereka membuat akaun palsu.
Sentiasa bandingkan harga diantara penjual-penjual di atas talian. Mungkin ada harganya yang mahal sedikit tapi menawarkan hadiah percuma atau penghantaran percuma. Mungkin ada yang harganya lebih murah, tapi pembeli perlu menanggung kos penghantaran. Teknik ini digunakan terlampau meluas di e-bay. Ada penjual yang meletakkan harga terlampau rendah, tetapi harga sebenar telah dialihkan kedalam kos penghantaran. Berhati-hati sekiranya harga terlampau murah.
Sebagai bakal pembeli kita boleh cuba menghubungi penjual melaui kaedah yang diiklankan. Cuba bertanya sesuatu tentang pekara produk yang hendak dijual. Kita juga boleh bertanya tentang kaedah penghantaran yang disediakan. Lihat bagaimana respon yang diberikan dari segi kecepatan dan ketepatan komunikasi balas penjual tersebut. Hindari penjual yang tidak mahu berkomunikasi, atau terlampau memaksa membeli, kerana mereka mungkin ada agenda tersembunyi.
Cara pembayaran paling selamat ialah melalui platform yang menyediakan “buyer protection programme“. Dengan kaedah ini, pihak ketiga menyimpan dahulu pembayaran sehingga pembeli mengesahkan penerimaan barangan. Kaedah lain yang lebih selamat ialah COD atau cash on delivery. Pembayaran dibuat semasa barangan diterima. Jika kaedah yang ada hanyalah bank-in, kita perlu terlebih dahulu memeriksa nama pemegang akaun dan sebarang aduan tentang akaun penjual tersebut.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fabrik polyester mudah berbau walaupun sudah dicuci? Ketahui punca sebenar menurut penyelidik UiTM serta cara berkesan menghilangkan bau hapak pada pakaian sukan.