Ads

“Seandainya Kita Tahu Bila Akan Meninggal Dunia…” Pesanan Hazwani Helmi Buat Hati Tersentuh

Dalam kesibukan mengejar impian dan kebahagiaan duniawi, adakalanya kita terlupa untuk mempersiapkan bekalan menuju akhirat demi meraih husnul khatimah.

Penyanyi, Hazwani Helmi menitipkan pesanan penuh makna agar orang ramai tidak terlalu leka dengan kehidupan dunia, sebaliknya memperbanyakkan amal ibadah demi meraih pengakhiran hidup yang baik atau husnul khatimah.

Menerusi perkongsian di Threads, Hazwani atau nama sebenarnya Nur Hazwani Afiqah Helmi meluahkan keinginan untuk mengetahui amalan insan yang dikurniakan kematian husnul khatimah.

“Seandainya Kita Tahu Bila Akan Meninggal Dunia…” Pesanan Hazwani Helmi Buat Hati Tersentuh

Husnul Khatimah: Tahu Amalan Kebaikan, Namun Belum Tentu Mampu Istiqamah

Menurut Hazwani, meskipun amalan tersebut sudah diketahui ramai, namun belum tentu setiap daripada kita mampu melaksanakannya secara istiqamah.

“Kalau kita ada kuasa luar biasa, saya teringin nak tanya kepada mereka yang sudah berada di alam kubur.

“Apakah amalan mereka sehingga mereka mendapat husnul khatimah?

“Tapi, jawapan itu kita semua sudah tahu. Cuma belum tentu kita nak buat,” kongsinya.

Ads

“Seandainya Kita Tahu Bila Akan Meninggal Dunia…” Pesanan Hazwani Helmi Buat Hati Tersentuh

Andai Tahu Bila Akan Dijemput Ilahi

Dalam pada itu, pelantun lagu Mengukir Takdir tersebut turut mengingatkan tentang betapa berharganya masa untuk dimanfaatkan dengan memperbanyakkan amal ibadah.

“Seandainya kita tahu bila kita akan meninggal dunia, mesti kita semua tak sempat bermain media sosial.

Ads

“Semua akan sibuk untuk memperbanyakkan ibadah, membaca al-Quran dan khususnya berinfaq.”

Hazwani turut menitipkan doa agar setiap insan diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dalam melakukan amal kebaikan.

“Semoga Allah menerima amalan kita, memberikan kekuatan untuk terus istiqamah dan semoga kita dikurniakan husnul khatimah. Amin.”

Jangan Tunggu Sempurna Untuk Mendekati Allah

Buat para hijabi, perkongsian ini wajar dijadikan renungan dalam perjalanan memperbaiki diri untuk menjadi Muslimah yang lebih baik.

Tidak perlu menunggu usia tua untuk berubah dan tidak perlu menunggu diri sempurna untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ads

Mulakan dengan menjaga solat, memperbanyakkan istighfar, membaca al-Quran dan bersedekah mengikut kemampuan.

Hakikatnya, kecantikan akan pudar, kemewahan akan ditinggalkan dan kehidupan dunia tidak kekal selamanya.

Semoga setiap langkah kecil kita menuju kebaikan mendapat keredaan Allah SWT serta dikurniakan pengakhiran hidup yang husnul khatimah. Amin.

Sumber:  Threads Hazwani Helmi

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Yang lain

Agih Sejuta Pek Tuala Wanita Percuma, Vera™ Cipta Dua Rekod Malaysia!

Vera Malaysia cipta sejarah dengan mengagihkan sejuta pek produk haid percuma, meraih dua rekod Malaysia serta memperkenalkan inovasi penjagaan wanita.