Semalam, segala penantian dan debaran para pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 telah berakhir apabila masing-masing menerima keputusan hasil penat lelah menuntut ilmu selama dua tahun.
Keputusan peperiksaan SPM yang diumumkan semalam, menyaksikan seramai 10,109 daripada 373,974 orang calon memperoleh keputusan cemerlang dengan meraih semua A dalam peperiksaan SPM tahun lalu.
Namun, kisah hijabi muda yang seorang ini berjaya menarik perhatian Hijabista apabila gadis ini berjaya mengekalkan momentum kecemerlangan meski menerima ujian berat dari Allah, kerana bapanya telah kembali ke rahmatullah sebulan sebelum beliau menduduki peperiksaan penting berkenaan.
Perkara berkenaan menjadi tular di laman sosial sebaik sahaja abang kepada hijabi berkenaan yang digelar sebagai Achik memuatnaik ciapan di laman Twitter, menzahirkan ucapan tahniah buat adiknya itu kerana berjaya memperoleh semua A (Straight A’s) dalam peperiksaan.
Malah, apa yang lebih menggembirakan apabila Achik turut dinobatkan sebagai pelajar cemerlang SPM 2022 di sekolahnya.
Alhamdulillah, Achik berjaya meraih Straight A (7A+ 2A) dalam keputusan SPM 2022 dan mendapat anugerah pelajar terbaik SMSAH.
Abah meninggal sebulan sebelum Achik jawab SPM. Dia terpaksa menempuh ujian besar ini dalam kedukaan.
“Alhamdulillah, Achik berjaya meraih keseluruhan A dalam keputusan SPM 2022 dan mendapat anugerah pelajar terbaik Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH).
“Abah meninggal sebulan sebelum Achik jawab SPM. Dia terpaksa menempuh ujian besar ini dalam kedukaan.
“Bagaimanapun, pada hari ini Achik membuktikan bahawa dia mampu meraih kejayaan. Dan dia menang. Abah pasti akan bangga dengannya,” tulisnya dalam satu ciapan ringkas di Twitter.
Setakar artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah dibaca seramai 39.5 ribu orang dengan 995 tanda suka dan diulang ciap sebanyak 99 kali.
Semoga kejayaan Achik menjadi inspirasi dan pembakar semangat buat Hijabista di luar sana yang bakan mengambil peperiksaan SPM pada tahun ini.
Ads
Hijabista mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Hijabi yang mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan SPM 2022! Teruskan kecemerlangan anda dan menjadi inspirasi kepada Hijabi lain.
Sebagai seorang wanita, anda tentu mementingkan penjagaan kulit agar kulit sentiasa sihat, bersih dan segar. 5 produk innisfree yang wajib anda cuba. Sangat berkesan dan memang berbaloi untuk menjaga kulit wajah anda.
Sebaiknya, baca review dahulu sebelum membeli sesuatu produk kerana ia tidak semestinya berkesan pada kulit anda. Mungkin produk tersebut tidak sesuai dengan kulit anda tetapi berkesan pada orang lain.
Jika anda sudah mencuba pelbagai produk tetapi masih tidak berkesan, apa kata anda cuba pula koleksi Green Tea keluaran innisfree. Berasal dari Korea, koleksi Green Tea kini telah diperbaharui dan dikatakan lebih berkesan serta baik untuk kulit wajah.
Dikenali sebagai koleksi Beauty Green Tea, ia dihasilkan selepas penyelidikan khusus terhadap 2,401 jenis daun teh hijau dilakukan. Hasilnya, spesis daun teh terbaik yang boleh digunakan untuk memelihara kondisi kulit wajah telah ditemui.
Buat para peminat green tea, inilah produk yang boleh anda cuba. Hijabista kongsikan 5 item yang wajib ada di dalam almari anda.
Pencuci muka ini membantu menghidrat kulit serta membersihkan pori-pori anda. Hasilnya, kulit akan jadi lebih bersih dan lembap.
Perlu anda tahu bahawa serum ini telah menerima pengesahan sijil Halal! Jadi, tidak perlu ragu-ragu lagi untuk menggunakan serum ini. Menariknya, serum yang telah diperbaharui ini akan memberi kelembapan yang berpanjangan pada kulit wajah anda. Malah, kulit juga akan jadi lebih anjal. Gunakan ia sebaik sahaja anda mencuci muka.
Jika anda mempunyai masalah lingkaran gelap pada bahagian bawah mata anda, gunakan rollerball ini kerana ia mudah menyerap dan membuat kulit anda jadi lebih lembap. Ia mudah digunakan dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja!
Ibarat masker wajah, skin pack ini akan melembapkan kulit wajah anda serta-merta. Caranya mudah sahaja, hanya letakkan ia pada sebarang tempat yang anda mahukan dan biarkan selama 3 minit. Siap!
Buat anda yang mahukan kulit sentiasa lembap, gunakan face mist ini. Senang sahaja, hanya semburkan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal tidak mahu bersikap berlebih-lebih atau keterlaluan di kaca TV biarpun menjadi penaja program realiti Big Stage musim kelima. Kongsi cara kekal muda dan cantik macam Wawa, tak perlu cipta kontroversi. Pakai jer Produk Baharu ni!
Menjadi selebriti pertama yang menaja rancangan hiburan, kemunculan usahawan wanita berjaya ini menjadi bualan ramai. Di dalam temubual bersama HIJABISTA Wawa akui keputusan ini dibuat bukan sehari dua malah berbulan- bulan.
Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, tujuannya menaja program itu kerana ia sebahagian daripada strategi pemasaran dan bukan untuk mencipta kontroversi.
“Matlamat kami menaja program ini jelas iaitu untuk memperkenalkan lagi Wawa Cosmetics. Alhamdulillah, sebelum menaja pun jenama kami sudah dikenali ramai dan kekal bertahan hingga kini.
“Kalau ada yang cakap kenapa saya tak ‘kecoh’ macam penaja lain, prinsip saya mudah iaitu lain orang lain caranya. Saya fikir, nama saya dan Wawa Cosmetics sudah cukup kuat untuk orang tahu. Lagi pula, saya jenis yang memang tak pandai nak buat ‘hal’ yang bukan-bukan.
Kemunculan yang sentiasa menarik perhatian di setiap minggu, bukan sahaja paras rupa, malah gaya pasangan ini sentiasa menarik perhatian penonton yang menonton rancangan ini.
Diberi ruang untuk promosikan produk, kelihatan Wawa tidak kekok untuk memasarkan setiap produk yang dihasilkan, ringkas dan padat tidak juga berlebih-lebihan! Manakala Aeril hanya membantu dan lebih senang memberi tugasan itu pada Wawa.
“Kalau tengok sepanjang Big Stage pun, suami saya, Aeril yang banyak bercakap. Sesekali saja saya muncul di pentas. Itu pun atas tanggungjawab nak mempromosikan produk. Nak menari pun saya segan, apatah lagi nak buat perkara yang bukan-bukan depan orang ramai,” katanya.
Menariknya, pentas Big Stage juga menjadi platform untuk Wawa dan Aeril melancarkan produk terbaharu. Complete Rejuvanating Beauty Essence produk terbaharu untuk kekal lawa bersama Wawa Cosmetics.
Wawa tidak sembrono mengeluarkan produk tanpa RND yang ketat. Pastinya dia menggunakan produk ini berkali-kali untuk sampai tahap ini. Bukan sahaja produk baharu malah semua produk jenama Wawa Cosmetics.
“Saya macam tikus makmal, semuanya bermula dengan saya dulu. Seperti biasa, sebelum dilancarkan memang saya gunakan dulu. Selepas melalui proses kajian dan penyelidikan (R&D), produk ini dikeluarkan juga.
“Produk ini diperkaya dengan bahan utama seperti Whitening Probiotics dan salicylic Acid mampu membantu menyelesaikan masalah seperti kulit kusam tak bermaya, kulit kering, hyperpigmentasi dan juga masalah jerawat.
“Seawal tujuh hari, insya-Allah, keyakinan diri lebih tinggi dan muka tak kusam lagi. Paling penting kena dapatkan yang asli di pasaran. Scan kod QR pada produk dan terus ke website pembelian,” katanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kebanyakan orang hanya memerlukan tiga perkara untuk memastikan penghalang kulit mereka utuh, sebenarnya Perlukah Vitamin C, retinol, biotin?
Sebagai organ terbesar badan, masuk akal bahawa kulit harus sentiasa sihat dan bersih. Selain itu, kesombongan adalah pendorong yang kuat-manusia mungkin telah berkembang untuk menganalisis kulit orang lain untuk menentukan kesihatan dan daya tarikan mereka.
Dengan senarai produk penjagaan kulit yang semakin meningkat yang menawarkan pelbagai bahan yang menarik, mungkin sukar untuk menyelesaikan perkara yang sebenarnya kita perlukan untuk menjaga kulit kita. Pakar menerangkan cara kulit kita melindungi kita, cara mengekalkannya, dan perkara yang bagus tetapi tidak perlu untuk ditambahkan pada rutin anda.
“Penghalang kulit” terdiri daripada sel-sel kulit dan sistem protein dan lipid yang berpaut yang mengelilingi dan menyambungkannya. Dinding ini berfungsi sebagai barisan pertahanan pertama terhadap ancaman luar, sama ada ia adalah perengsa seperti bahan kimia toksik atau agen berjangkit seperti bakteria.
Batu bata adalah sel kulit dan mortar adalah penghalang kulit yang diperbuat daripada protein dan lipid. Penghalang kulit melakukan lebih daripada sekadar menghalang perkara yang tidak diingini, ia juga penting untuk memastikan bahan penting tertentu, seperti air, masuk.
Jika penghalang kulit tidak mempunyai air yang mencukupi, ia mengering, merosakkan pautan lipid yang menyambungkan sel kulit. Ini boleh membenarkan bahan yang tidak diingini masuk dan menyebabkan keadaan kulit seperti dermatitis dan psoriasis.
Kita mengacaukan penghalang kulit kita setiap hari, melalui rutin seperti mandi lama yang boleh mengeringkan kulit dan bercukur yang boleh melecetkan penghalang. Sekiranya anda menambah diet atau pengambilan air untuk kulit yang sihat?
Suplemen seperti biotin dipasarkan untuk membantu melindungi kulit anda, tetapi pakar berkata kebanyakan orang tidak memerlukannya, pemakanan lengkap yang menyokong kesihatan mental dan fizikal anda akan menyokong kesihatan kulit anda juga.
Anda tidak perlu meneguk air sepanjang hari, sama ada-anda hanya perlu cukup untuk tidak mengalami dehidrasi. Anda perlu terlalu dehidrasi untuk ia benar-benar menjejaskan kulit.”
Satu-satunya perkara yang perlu dilakukan oleh orang biasa tanpa sebarang masalah kulit adalah untuk memastikan penghalang kulit tetap utuh. Ini biasanya boleh dicapai melalui penggunaan tiga produk: pembersih, pelembap, dan pelindung matahari.
Anda mempunyai mekanisme dalam kulit yang melembapkan diri dan mengelupas dan melindungi diri. Tetapi anda masih perlu menjaganya. Ia bukan sesuatu yang akan berlaku dengan sendirinya. Anda perlu membuat usaha proaktif untuk mengekalkan mekanisme semula jadi dalam kulit yang sudah wujud.
Pakar mengesyorkan pembersihan bukan sabun yang lembut, yang menghilangkan perengsa seperti kotoran tanpa kekerasan sabun biasa. Seperti yang dijelaskannya, sabun mempunyai pH tinggi yang boleh melemahkan penghalang kulit, membenarkan perengsa masuk dan menyebabkan keradangan. Pembersih bukan sabun sering dilabelkan dengan perkara seperti “bukan sabun”, “bebas sabun”, “bebas sulfat” atau “netral pH”.
Untuk berasa bersih, individu mungkin cenderung untuk menggosok setiap inci badan mereka semasa mandi, tetapi itu boleh mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan. Membiarkan aliran air adalah mencukupi, anda tidak perlu mengelupas. Pengelupasan berlaku dengan sendirinya, ia tidak perlu dibantu.
Pelembapan juga merupakan bahagian penting dalam mengekalkan penghalang kulit utuh, kerana ia mengehadkan kehilangan air. Kulit mempunyai cara untuk mengekalkan kelembapan secara semula jadi, tetapi apabila anda mengeringkannya dengan mandi air panas atau terdedah kepada cuaca sejuk dan kering, anda perlu membantunya dengan menyapu pelembap pada kulit yang basah untuk menguatkan keberkesanannya.
Anda juga harus menggunakan pelindung matahari, kerana pendedahan tanpa perlindungan kepada cahaya UV boleh mengeringkan kulit dan meningkatkan risiko kanser kulit. Dengan menggunakan pelindung matahari, anda akan meminimumkan banyak kerosakan dalam banyak cara pada kulit anda.
Pakar dermatologi mengakui bahawa bukan kulit semua orang dicipta sama, dan sesetengah orang mungkin mengalami masalah penghalang kulit seperti jerawat, ekzema atau rosacea. Selalunya orang yang menderita akan memerlukan terapi atau produk tambahan untuk membantu mereka dengan itu.
Sesetengah rawatan topikal, seperti yang mengandungi benzoyl peroksida yang disasarkan untuk jerawat, boleh merengsakan kulit lagi yang memerlukan pelembap yang lebih berat untuk memulihkan dan menguatkan penghalang.
Setelah penghalang kulit utuh dan dilindungi, kebimbangan sekunder seperti anti-penuaan boleh ditangani. Asid hyaluronik, sebagai contoh, adalah bahan yang berharga tetapi tidak penting untuk diperhatikan. Ia membantu menahan air dan menjadikan kulit kelihatan lebih gebu. Ia hanya sejenis bahan yang bagus untuk dimiliki!
Individu sering mencari produk anti-penuaan apabila kulit mereka menunjukkan kedutan atau bintik-bintik gelap. Tetapi amalan anti-penuaan yang paling berkesan bermula sebelum kerosakan berlaku, terutamanya dengan perlindungan daripada matahari.
Di luar pelindung matahari dan perlindungan matahari yang lain, retinol (vitamin A) dan retinoid (terbitan vitamin yang sama) juga merupakan tambahan yang berguna untuk perubahan warna atau kedutan. Ia telah berada di barisan hadapan zeitgeist penjagaan kulit untuk masa yang lama kerana mereka sangat berkesan dan sangat dikaji. Tetapi ia sama sekali tidak perlu!
Bagi mereka yang ingin mengurangkan kesan kerosakan matahari, saranan pakar guna serum vitamin C pada waktu pagi dan retinol pada waktu malam. Produk ini berfungsi untuk membantu mencerahkan kulit, mencerahkan bintik-bintik gelap dan meningkatkan pengeluaran kolagen.
Walaupun bermanfaat, bahan-bahan ini juga boleh menyebabkan kerosakan jika tidak digunakan dengan sewajarnya. Minta nasihat pakar dermatologi untuk melihat sama ada produk itu sesuai untuk anda.
Anda tidak mahu keluar membeli sesuatu kerana ia baru atau heboh atau kerana rakan anda menyukainya atau anda mendengarnya di media sosial, nasihat pakar, anda harus sentiasa membuat inventori kulit dan perkara yang anda lakukan untuknya, dan perubahan serta pilihan yang anda buat harus berdasarkan hasil yang anda cuba capai.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!