Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan.
Ada individu yang sukar untuk bangun mengerjakan solat tahajud, walaubagaimanapun ada cara yang membolehkan kita menjadikan solat tahajud ini begitu mudah untuk dikerjakan.Amalkan 9 langkah ini insyallah rasa saying untuk tingglakan walaupun sehari.
1. Tidur Sedikit Pada Waktu Siang
Bagi yang bekerja, digalakkan tidur sekejap sebelum atau selepas zuhur (Qailullah).
Pejamkan mata 15-20 minit ketika waktu rehat tengahari.
Ads
2. Tidur Awal Pada Waktu Malam
Sebaiknya selepas solat isyak atau sebelum pukul 10 malam.
3. Menjaga Pemakanan
Elak makan dan minum dengan banyak kerana apabila kenyang, sukar untuk bangun malam.
4. Amalan Sebelum Tidur
Amalkan baca Mathurat sebelum tidur. Selain menjadi pendinding diri, ia juga membantu memudahkan bangun di tengah malam.
Ads
5. Pasang Niat
Niatkan dalam hati untuk bangun mengerjakan solat malam. Mohon pada Allah supaya tidur menjadi kerehatan buat kita sehingga berdaya bangun untuk menunaikan solat tahajud.
6. Posisi Tidur
Amalkan posisi tidur secara mengiring ke kanan.
Ads
7. Cuba amalkan tidur dalam keadaan berwuduk
Sebelum tidur amalkan berwuduk dan lebih baiknya kerjakan sunat witir.
8. Kuatkan Azam
Tekadkan diri untuk memperoleh pahala dan kelebihan mengerjakan solat malam.
9. Sentiasa Muhasabah Diri
Jauhkan diri daripada melakukan dosa dan maksiat kerana ia boleh jadi penghalang untuk mudah bangun di tengah malam.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Surah Yasin adalah surah ke 36 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri atas 83 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah serta diturunkan sesudah surah Al-Jinn. Dinamai Yasin karana dimulai dengan huruf Yasin.
Ketika seluruh dunia gempar dengan virus yang menular, tiada daya kita untuk menghalang hanya terus berdoa supaya iainya tidak terjadi pada diri sendiri dan serta orang disekeliling.
Barang siapa yang membaca YASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut ‘SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM‘ diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.
سَلَـٰمٌ۬قَوۡلاً۬مِّنرَّبٍّ۬رَّحِيمٍ۬
Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku…..
Ikhlaskanlah hatimu dalam menyampaikan dakwah ini kerana Allah. Dunia adalah pentas, akhirat jua lah tempatnya yang sebenar..
Allahumma ya ALLAH tanamkan di hati kami perasaan senantiasa rindu kepada-Mu, ingatkanlah senantiasa kami tentang dahsyatnya hari akhirat-Mu agar hamba tidak tertipu dengan kesenangan dunia sebentar ini, ya ALLAH, ya Tuhan kami, Penguasa hati kami, tetapkanlah hati kami dalam taqwa dan istiqomah supaya tetaplah dijalan-Mu hingga akhir hayat kelak… Aamiin ya Rabbal’alamin
Semoga semuanya apa yang telah jadi doa dan hajat kita segera dikabulkan Allah, dan selekasnya dapat panggilan Allah untuk bertandang dan menunaikan beribadah haji ke mekkah. Aamiin..
Marilah kita berdoa, bermunajat pada Allah. Semoga Allah mengampuni kita, dan menghapuskan kita dari semuanya dosa yang telah lalu.
Ya Allah, Ampunilah semuanya dosa-dosa kami, baik punya niat maupun tidak, berkahilah kami, ramahtilah kami, berikanlah kami hidayah-Mu supaya kami senantiasa dekat kepada-Mu sampai akhir hayat.
Aamiin ya Rabbal’alamin.
Sumber: islamituindah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
YouTube menghadapi kejayaan besar di Indonesia, menjadi salah satu platform kegemaran sepanjang masa pasaran ini. Oleh kerana ledakan platform di negara ini, jumlah pencipta kandungan juga meningkat dalam aliran menaik. Beribu-ribu pengaruh menemui penonton mereka di YouTube dan pengguna internet suka melihat kandungan mereka.
Salah satu sebab utama orang Indonesia menggunakan YouTube adalah untuk mengumpulkan lebih banyak maklumat sebelum membuat keputusan pembelian. Ciri YouTube ini, bersama-sama dengan nilai influencer, menjadikan pemasaran influencer sebagai strategi terbaik untuk jenama yang memasuki pasaran.
Memilih pengaruh terbaik mungkin menjadi satu cabaran, terutamanya kerana terdapat beribu-ribu untuk dipilih. Apa yang menariknya hijabista ingin kongsikan hijabi dari Indonesia ini?
Ria Ricis juga dikenali sebagai Ratu Media Sosial di Indonesia. Dia bermula sebagai influencer Instagram, tetapi tidak lama kemudian dia juga menjadi bintang YouTube. Hari ini, dia disenaraikan sebagai Top 2 YouTuber dengan ‘follower’ terbanyak di Asia Tenggara.
Kandungannya berbeza-beza, daripada ulasan makanan, lawatan rumah, travel, bahan lucu, kepada cabaran. Pengikutnya suka memerhatikan kandungannya kerana dia sentiasa menawarkan sesuatu yang baharu. Disebabkan kejayaan besarnya, beliau telah bekerjasama dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo, pada 2019 dan telah menarik 7.5 juta tontonan.
Namanya mula meningkat di YouTube Indonesia semenjak tahun 2015. Gadis berusia 23 tahun yang juga merupakan adik kandung pendakwah bebas, Oki Setiana Dewi yang juga popular di kalangan peminat di Malaysia.
Sebagai selebriti internet, beliau terkenal sebagai pencipta video genre lucu di akaun Instagramnya dengan 32 juta pengikut kemudian menjadi popular sebagai YouTuber dan mempunyai lebih daripada 29.9 juta pengikut di akaun TikTok (terbanyak di Indonesia) yang memperkenalkan platform itu hanya dilancarkan di Indonesia.
Ricis mengisi masa lapangnya dengan menjadi seorang penulis buku. Beliau telah mencipta beberapa buah buku, bermula dengan buku “Ricis”, “I Say Goodbye”, “NEXT”, “Not the Marriage Book (BBN)”, dan “Maaf untuk Papa” yang pernah menjadi buku terlaris di beberapa kedai buku di Indonesia. Terdahulu, ratu media sosial Indonesia ini, dilahirkan pada 1 Julai 1995 di Batam, Indonesia. Pernah menuntut di Universiti Pancasila, Jakarta.
Selepas beberapa tahun dia menjadi selebriti internet dan pencipta kandungan, akhirnya menemui jodoh. Ria Ricis secara rasmi bernikah dengan Teuku Rushariandi pada 12 November 2021. Menariknya lagi pasangan ini dikurniakan cahaya mata, bayi perempuan yang di beri nama Cut Raifa Aramoana.
Selasa lalu merupakan hari istimewa buat Teuku Ryan, sama seperti tahun sebelumnya, dia turut menerima kejutan hari lahir daripada isteri tercinta. Kejutan itu diberikan oleh Ria Ricis di set filem Teuku Ryan.
Lelaki kelahiran 1994 itu juga kelihatan begitu gembira dengan kehadiran isteri dan anaknya yang memberi kejutan. Tidak terhenti setakat itu, pelakon sinetron Love Story The Series turut mengadakan majlis makan malam romantic dan mewah dengan pemandangan langit.
Sebelum itu, melalui laman sesawang Liputan, Ria Ricis kembali menjadi tumpuan dan mendapat banyak kritikan melalui Video Ria Ricis tersebar di rancangan televisyen swasta, apabila dia membawa Baby Moana yang berusia dua bulan bermain di atas trampolin. Kelihatan Ria Ricis sedang menggendong bayinya sambil menghayun perlahan di atas trampoline dan menarik perhatian umum.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Masih hangat lagi mengenai perkongsian serta perbincangan mengenai mereka yang dulu berhijab tetapi kini tidak lagi bertudung. Ramai selebriti lain turut melemparkan pandangan dan ada juga yang memberi peringatan dan nasihat di media sosial. Antaranya pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta yang berkongsi nasihat kepada orang ramai yang mash tidak peka terhadap cara menutup aurat dengan sempurna.
Dalam satu posting di Instagram, Che Ta turut berkongsi azab yang bakal dihadapi oleh mereka yang sering memandang ringan berhubung isu menutup aurat daripada Ustaz Hadi Fayyad.
“Balasan wanita yang membuka rambutnya kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya berterusan selama ia tidak menutupnya.
“Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi akan digantung di atas apa neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungannya.
“Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang. pedihnya tidak terkira,” tulisnya di laman media sosialnya itu yang turut mendapat respon baik dari netizen.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.