Semalam, kita dikejutkan dengan berita penghijrahan Neelofa yang mengambil keputusan untuk mengenakan niqab pada penampilannya.
Berita itu disambut balk oleh semua pihak yang rata-ratanya terkejut namun gembira dengan tindakannya itu dan mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Warganet juga terharu dengan perubahannya ini dan mengakui Neelofa layak digelar ‘influencer‘ sebenar kerana memberi pengaruh yang baik pada masyarakat.
Mereka yang mempunyai masa lampau yang buruk kadang kala menghasilkan masa depan yang terbaik.
Ads
MasyaAllah, memang ikon sebenar!
Beliau memilih untuk berhijrah ketika sedang berada di puncak karier. Ini bukti yang kita tidak perlu menunggu waktu yang ‘tepat’ untuk berubah kerana setiap saat adalah waktu untuk kita membaiki diri.
Ads
Perubahan tidak berlaku dalam satu malam. Ia memerlukan masa dan proses yang sewajarnya.
Keberanian itu adalah apabila anda melakukan sesuatu yang anda rasa betul biarpun apa jua risikonya. Beliau mungkin akan kehilangan beberapa tawaran menjadi model namun beliau juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan pintar. Tabik padanya!
kredit: twitter
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penghijrahan selebriti jelita, Diana Amir memang benar-benar memberi inspirasi kepada semua. Kini tampil berniqab, niat ibu kepada tiga orang cahaya mata ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mendapatkan keredaan Allah sahaja.
Mengambil keputusan berhijab membuatkan Diana memahami bahawa kematian sangat hampir dengan dirinya, apatah lagi mengenakan niqab adalah satu perkara yang tidak terlintas di kotak fikiran selama ini.
Menurut Diana, dia tidak berniat untuk membuat penampilan di kaca TV, malah nekad ucapkan selamat tinggal dunia seni. Jelasnya dia mahu lebih fokus dengan dirinya sahaja.
“Saya nak berhenti daripada muncul di khalayak ramai. Saya nak fokus pada diri saya, nak fokus pada betul-betul ikhlaskan diri saya mencari agama kerana Allah.
“Saya rasa ini satu fasa untuk saya, untuk diri saya nak dekatkan diri pada Allah SWT. Jadi saya cuma mengharapkan semua orang doakanlah. Maksudnya, saya mahu berada dalam kalangan muslimat sahaja.
“Bagaimanapun yang pentingnya saya tidak melanggar syarak dan yang paling penting sekali hati saya melakukan apa-apa sahaja bukan hanya berniqab tapi ibadah yang lain ikhlas lillahi ta’ala dan semoga mendapat rahmat Allah,” ujar pelakon Strawberi Cinta itu.
Mati itu pasti, saat itu yang menjadi rahsia agar kita sentiasa bersedia menghadap Ilahi. Menginsafi bahawa masa muda akan meninggalkan kita, selebriti ini akui kita juga akan dijemput bila-bila masa sahaja.
“Agaknya sebelum ini saya fikir hidup lama lagi. Saya fikir kematian itu lama lagi. Saya muda lagi. Yang penting saya buat baik. Namun sebenarnya mati itu yang paling dekat dengan kita.
“Bila saya faham hakikat yang kita ini akan mati juga satu hari nanti dan betapa sayangnya Rasulullah SAW pada kita semua, sebab itulah hati saya yang rasa amat memberontak dahulu boleh berubah sekelip mata.
“Saya terus rasa nak pakai tudung, tak nak buka lagi. Saya terus nak baiki diri,” tegasnya.
Ditanya mengenai perjalanan untuk istiqamah, Diana menjelaskan bahawa kita haruslah mencari hikmah dalam setiap tindakan yang dilakukan agar segalanya terasa dipermudahkan olehNya.
“Perjalanan untuk istiqamah itu saya rasa paling penting untuk semua orang adalah dia. Kalau niat dia kerana Allah, insyaAllah pastinya kita berjalan kepada Allah, Allah akan ‘berlari’ nak membantu kita. Nak dekatkan diri kita kepada Allah SWT.
“Jadi, saya rasa kita sebagai hamba Allah yang banyak kekurangan ini haruslah bersangka baik dengan Allah. Jadi apa saja yang kita buat, kita kena cari apa kebaikan di sebaliknya.
“Kalau kita dapat yang buruk-buruk, kita akan rasa susah. Kita akan rasa banyak cabarannya. Tapi kalau kita nak istiqamah, cari apa hikmahnya yang kita akan dapat. Itu akan mudahkannya. InsyaAllah,” kata Diana.
Solat malam atau solat tahajjud merupakan satu peluang bagi umat Islam untuk mengeratkan hubungan dengan Allah. Secara zahirnya, tidak ramai individu yang mampu bangun malam dan menunaikan solat tahajjud.
Mungkin ia satu kesulitan bagi individu yang jarang melakukannya tetapi satu kenikmatan bagi mereka yang selalu menunaikan solat tahajjud.
Waktu paling mustajab untuk melakukan solat tahajjud adalah pada 1/3 malam. Ketika ini, malaikat akan turun ke bumi dan Allah akan mengabulkan doa hambaNya.
Terdapat pelbagai manfaat bagi individu yang menunaikan solat Tahajud. Antaranya:
Ibadah mampu mendekatkan diri manusia kepada penciptaNya dan solat tahajjud merupakan medium untuk menghapus dosa. Malah, individu tersebut akan dikuatkan iman dan menjauhkan diri daripada melakukan dosa besar mahupun kecil.
Orang yang selalu bangun menunaikan solat tahajjud akan kelihatan bersinar pada wajahnya. Ini merupakan tanda ketakwaan seseorang hamba kepada Allah Taala.
Kebiasaannya, solat tahajjud akan dilakukan pada jam 3.00 pagi. Pada ketika itu, udara masih segar dan akan dihirup oleh paru-pau. Tubuh kita akan menggerakkan seluruh otot yang akan membuatkan badan segar dan seluruh aliran darah terasa lancar. Oksigen segar akan hilang ketika matahari terbit. Hanya orang yang berjaga malam mampu merasakannya.
Manfaat gerakan dalam solat ternyata mampu memberi efek positif terhadap kesihatan manusia. Gerakan takbiratul ihram sebenarnya membuka rongga paru-paru lebih lebar dan melancarkan pengaliran udara menuju paru-paru. Paru-paru akan menjadi lebih lapang daripada sebelumnya.
Rasulullah pernah mengatakan bahawa sesiapa yang melaksanakan solat tahajjud akan mendapat jaminan syurga. Hal initelah diriwayatkan dalam salah satu hadis, sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“Wahai manusia, sebarkanlah salam, beri makanlah, sambung tali kasih, salam malamlah saat orang pada terlelap, maka masuklah syurga dengan selamat.” (HR. Al-Hakim, Ibnu Majah, At-Tirmizy)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda bahawa orang yang selalu melaksanakan solat Tahajud akan memperoleh cinta Allah S.W.T. Baginda pernah bersabda pada Abu Darda’ r.a tentang keutamaan solat tahajjud ini. Mereka yang memilih bangun di tengah malam dan meninggalkan kenyamanan tidur, nescaya akan mendapat cinta Allah S.W.T.
Setiap kali datang bulan, pasti tuala wanita menjadi teman setia untuk mengelak kebocoran. Tidak kira apa jenama asalkan ia selesa untuk dipakai. Namun begitu, dalam satu ceramah kuliah Pendakwah Bebas, Ustaz Azhar Idrus, beliau ditanya apakah hukumnya bakal suami membasuh tuala wanita kelak oleh bakal isteri.
Apakah ia boleh dibuang begitu sahaja ataupun dibungkus rapi sebelum membuangnya. Bagaimana pula dengan darah yang ada pada tuala wanita berkenaan.
Persoalan yang membelenggu kaum wanita ini telah dijawab dengan sejelasnya oleh Ustaz Azhar Idrus.
Menurut beliau, hukumnya sunat jika ditanam, tetapi jika dibuang dalam tong sampah hukumnya jatuh harus. Tetapi diingatkan supaya jangan dibuang merata-rata. Islam tidak ajar buang begitu sahaja.
Beliau juga menambah harus bagi kita kita membuang tuala wanita tanpa membasuhnya terlebih dahulu tetapi perlu dibungkus dalam plastik sebelum dibuang dalam tong sampah.
Wallahualam.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.