Masih ingat lagi kes seorang ibu yang membunuh bayinya sendiri satu ketika dahulu? Memang begitu tragis. Mana taknya, bayi perempuan yang berusia 2 bulan itu telah dikelar dileher oleh ibunya sendiri. Ramai yang menuding jari menyalahkan si ibu kenapa sanggup bertindak kejam memperlakukan sedemikian rupa kepada anak ketiganya itu. Bukan itu sahaja, banyak lagi peristiwa-peristiwa seperti ini yang berlaku di sekeliling kita.
Namun sebenarnya kita tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi pada ibu berkenaan. Mungkin dia pernah mengalami peristiwa kehilangan hingga kejadian itu mengganggu emosinya. Dalam keadaan kecelaruan minda itu pasti ada suara jahat yang menyuruhnya melakukan sesuatu di luar kotak pemikirannya.
Wanita yang pernah kehilangan tidak boleh dibiarkan keseorangan hingga boleh mencetus kemurungan. Keluarga terutama suami perlu saling membantu dan kalau boleh jauhkan mereka dari duduk keseorangan. Jika boleh sentiasa berada dekat dengannya dan berbual apa sahaja tetapi elakkan bercerita soal kehilangan berkenaan.
Ada beberapa cara boleh dilakukan oleh suami agar tidak berlaku perkara yang boleh menyebabkan situasi bertambah buruk bila isteri dalam keadaan tertekan.
Ads
Bawa isterinya berjumpa pakar sakit jiwa atau ahli psikologi untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Paling penting, tolonglah jangan sesekali tinggalkan isteri berseorangan. Setiap wanita memang tidak dilatih untuk menghadapi perkara kesedihan seperti ini tanpa bantuan.
Wanita memerlukan seorang lelaki yang bergelar suami kerana mereka amat perlukan pendamping kala dilanda kesedihan, diberi dorongan dan ketahanan serta kekuatan hati, emosi dan juga mental untuk mencari jalan penyelesaian.
APA YANG KAUM ISTERI PERLU BUAT?
1. Jangan ambil masa yang lama
Mengikut kajian psikologi, apa sahaja kesedihan emosi akan berlalu dan mampu dilupakan dalam masa 21 hari. Seorang isteri perlu melupakan atau menerima hakikat kejadian tentang apa yang telah berlaku.
2. Tak boleh terlampau berfikir
Kehidupan harian isteri itu hendaklah dalam keadaan yang positif serta didampingi oleh orang-orang yang disayangi dan dicintai. Tidak boleh terlampau memikirkan masalah serta tidak boleh berkurung di dalam kawasan selesa diri.
Ads
3. Buat sesuatu jika ada masa terluang
Keadaan persekitaran bilik haruslah memiliki cahaya serta berudara yang positif. Isteri juga perlu mengisikan masa beliau dengan kerja-kerja yang bermanfaat atau melakukan sesuatu perkara yang baru.
Ads
4. Belajar memaaafkan
Memaafkan kesilapan seseorang itu akan membuatkan seseorang isteri berasa lebih yakin dengan dirinya dan mampu melupakan kesakitan hati dan kesedihannya.
5. Sentiasa dekatkan diri dengan Tuhan
Kalau boleh jangan sesekali lupakan Tuhan walaupun dalam keadaan bersedih. Jika terlintas perkara buruk dalam minda, cepat-cepat beristighfar dan berselawat ke atas Nabi. Atau terus sahaja melakukan solat (jika sampai waktunya) ataupun solat sunat yang boleh meredakan dan menenangkan jiwa.
6. Elakkan bersendirian
Kalau boleh jangan duduk bersendiri, sebaliknya bercampur gaul dengan teman-teman seperti sebelumnya. Jika anda tidak berbual pun sekurang-kurangnya kehadiran teman-teman boleh menceriakan semula suasana.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ramai yang mengucapkan tahniah dengan kelahiran puteri sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa yang selamat dilahirkan Isnin, sempena 1 Rejab lalu. Dalam banyak-banyak ucapan itu, ucapan tahniah dari negarawan terulung negara, Tun Dr Mahathir Mohamad begitu menyentuh hati.
Dengan suara perlahan, beliau mengucapkan tahniah kepada pasangan ini yang menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga mereka. Video berdurasi 1 minit ini di muat turun di laman instagram Tun Dr Mahathir sendiri.
Walaupun akaun Tun baru sahaja dibuka tetapi beliau sudah mempunyai pengikut 72.4K. dan video berkenaan adalah status ketiga yang dimuat turun beliau.
Dalam ucapannya itu, Tun Mahathir memberitahu, beliau gembira mendengar berita kelahiran cahayamata sulung Siti dan mendoakan keduanya berada dalam keadaan sihat. Menurut Tun, berita itu pastinya mengembirakan seluruh Malaysia dan ia merupakan nikmat tidak terhingga dengan kelahiran bayi pertama ini.
Status dimuat turut juga turut mendapat like hampir 60 ribu dan rata-rata netizen memberi komen yang agak turut menyentuh hati. Malah tuan empunya diri Siti dengan akaun @CTDK juga turut menekan butang like pada video berkenaan.
Rata-rata netizen terharu dan respek dengan idola kesayangan ramai ini. Selain itu ramai juga yang mendoakan kesihatan Tun agar sentiasa kuat dan tahan lasak. Juga turut mendoakan beliau berada dalam lindungan Allah.
Usah pandang sebelah mata kuasa wanita. Tangan insan yang menghayun buaian inilah yang boleh menggoncang dunia. Biarpun hanya berada di belakang seorang lelaki tetapi kehebatan wanita jangan diperlekehkan. Malah pengaruh dan aura mereka cukup kuat dalam mencorakkan kehidupan berkeluarga. Tuah mereka juga boleh menjadi insan paling berpengaruh di dunia dan pastinya cabaran besar perlu dipikul.
Namun tahukah anda bahawa wanita-wanita beragama Islam dan memiliki aset bernilai lebih ratusan billion ringgit. Bukan hanya cantik, wanita-wanita Muslim ini juga punyai pengaruh dan miliki harta kekayaan yang bukan calang-calang.
Ada antara mereka mewarisi harta kekayaan daripada keluarga, ada yang bertuah bersuamikan seseorang yang berketurunan kaya raya dan ada juga yang kaya hasil usaha sendirinya. Kisah mereka ini moga dapat memberi inspirasi kepada wanita di luar sana. Bukan sahaja mampu mengoncang dunia tetapi juga turut berdiri di tapak kaki sendiri.
Puteri Arab Saudi, Ameera Al Taweel merupakan isteri kepada Putera Al Waleed Bin Talal, salah seorang keluarga diraja Arab Saudi. Suaminya Al Waleed, ahli perniagaan atau pengusaha berusia 58 tahun, ia dinobatkan sebagai lelaki ke-26 terkaya dunia oleh majalah Forbes dengan nilai harta bersih lebih dari $20-25 bilion.
Permaisuri Jordan, Rania Al Abdullah wanita Muslim ini telah bernikah dengan Putera Abdullah II. Suaminya telah diisbatkan sebagai Raja Hashmite Kingdom of Jordan pada tahun 1999. Walaupun Raja Abdullah tidak pernah menghebahkan kekayaannya, namun informasi mengatakan ia telah menghabiskan lebih dari 1 bilion dalam pembinaan Taman Tema Star Trek sahaja. Majalah The Harpers dan Queen Magazine pernah menobatkan Permaisuri Rania sebagai permaisuri tercantik pada tahun 2011.
Sultan Hasanal Bolkiah memiliki sebuah kereta Rolls-Royce yang disalut dengan emas 24 karat. Sultan Brunei membelanjakan sebanyak $20 juta pada perkahwinan anak perempuannya ini. Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah wanita Muslim yang telah menikah dengan YAM Pengiran Anak Haji Mohammad Ruzaini.
Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, Perdana Menteri serta Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan juga salah seorang raja kaya raya Dubai. Sheikha wanita Muslim juga merupakan seorang atlet Tekwando dan pernah memenangi pingat Perak pada kejuaraan Asia 2006 di Qatar. Kekayaan keluarganya diperkirakan lebih dari $40 bilion.
Sheikha Mozah merupakan isteri kedua dari tiga isteri Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani. Nilai bersih kekayaan Sheikh Hamad diperkirakan lebih daripada £7 bilion. Negara yang mempunyai ladang minyak dan gas asli terluas, Qatar juga merupakan negara dengan pendapatan per kapita tertinggi di dunia.
Seorang wanita Muslim pegawai bank, pelabur dan usahawan yang kaya raya, Sheikha Hanadi adalah salah seorang ahli perniagaan yang paling sukses dalam sejarah ekonomi Qatar. Selain menjadi penasihat khusus di Standard Chartered Bank, ia juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi projek Al Waab City. Kekayaan keluarga Thani diperkirakan hampir $15 bilion.
Sultanah Nur Zahirah binti Adil Bakeri atau nama sebenar baginda ialah Siti Rozita binti Adil Bakeri merupakan isteri kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin. Keluarga baginda tidak pernah mendedahkan jumlah aset yang dimilikinya namun terdapat sumber yang menyatakan anggaran jumlah kekayaan yang dimiliki baginda adalah lebih RM70 juta.
Isteri kepada Sheikh Avdi Al Muhammad ini dilahirkan dalam antara keluarga paling kaya di dunia. Permaisuri Arab Saudi ini dikatakan jarang sekali mendedahkan wajahnya kepada umum. Kecantikan dan pesona Puteri Fathima ini begitu tersembunyi. Namun kini wajah cantik Ratu Fathima sudah terungkap di media. sebagai negara OPEC terkaya, Arab Saudi menguasai 39% cadangan minyak OPEC. Jadi boleh kita bayangkan betapa gemilangnya hidup Fathima.
Yang Mulia Puteri Lalla Salma adalah isteri dari Raja Mohammed VI. Puteri Lalla Salma lahir pada 10 Mei 1978. Ayah beliau adalah seorang guru sekolah. Umum mengetahui beliau kali pertama sebagai Permaisuri Maroko yang juga merupakan ibu kepada dua anak. Walaupun begitu, Puteri Lalla Salma tetap kelihatan ramah walaupun menjadi first lady atau permaisuri Maroko. Raja Mohammed memiliki anggaran mencapai USD960 ribu menurut Forbes. Disebut kekayaannya mencapai USD2.5 milion.
Yang Mulia Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah adalah putri kedua sekaligus anak keempat dari Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah yang terlahir pada 16 Mac 1976. Berkahwin dengan Khairul Khalil, seorang Director yang juga merupakan ‘Assistant Executive’ di pejabat Perdana Menteri pada Julai 2007. Ayah Majeedah, Bolkiah adalah orang terkaya di dunia pada tahun 1997 terkenal dengan kegemarannya pada logam emas yang berharga.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tanggal 24 Mac ini nanti genap setahun komposer arwah Johan Nawawi meninggalkan isteri tersayang, penyanyi Nora Ariffin dan empat orang anak-anaknya. Kerinduan yang tak terbedung menyebabkan Nora sering memuat turun status kenangan bersama arwah suaminya. Ramai yang menganggap status Nora dikatakan sengaja mahu meraih simpati, tetapi hakikatnya status Nora itu jugalah telah dijadikan insprasi buat wanita di luar sana yang senasib dengannya.
Bukan senang untuk kita menerima hakikat kehilangan orang yang tersayang. Lebih-lebih lagi jika sudah bertahun-tahun kongsi hidup bersama. Namun takdir Tuhan telah memisahkan dan siapalah kita untuk menolak ketentuan-Nya. Walaupun pedih tetapi perlu terima hakikat kerana hidup ini perlu diteruskan. Begitu juga perasaan dialami oleh penyanyi Nora yang kehilangan suami tercinta setahun yang lalu.
Bertemu Nora ketika Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Kumpulan Media Karangkraf dan Hud Hud Media, baru-baru ini sempat bertanya isu berkenaan padanya.
Biarpun status dimuat turun itu disalah anggap sesetengah pihak, namun penyanyi besuara lunak ini hanya tersenyum setelah hampir setahun tahun kehilangan insan tersayang di sisi. Sukar untuk menebak hatinya kerana terlihat air mata bertakung di kelopak mata saat di tanyakan soalan itu.
“Bayangkan 24 tahun kami hidup bersama dan dia juga adalah tulang belakang saya. Ibaratnya kalau dulu jatuh ada orang sambut, tetapi sekarang kalau jatuh sakitnya hanya kita yang tahu. Saya kena kuat dan kena tanam semangat. Kadang-kadang saya ada luah perasaan di sosial media tetapi bukan untuk raih simpati atau meroyan. “Tetapi ia sekadar luahan hati. Saya ingat dugaan saya paling berat tetapi rupanya ramai wanita di luar sana lagi teruk ujian yang dihadapi. Ada yang beritahu, mereka lihat saya sebagai inspirasi dalam menghadapi ujian lebih besar. Secara tidak langsung, menjadi tanggungjawa saya untuk mendidik wanta di luar sana yang kehilangan (tidak kira suami, anak, atau isteri) bahawa mereka ini bukan keseorangan. “Kami berkongsi masalah dan apabila baca rupanya ada dugaan lebih berat seperti masalah rumah tangga atau hampir bercerai. Apabila mereka follow cerita saya dan saya selalu tekankan wanita di luar sana agar hargai setiap masa bersama suami anda. “Saya juga sebenarnya tak terfikir bahawa suami saya akan pergi dalam usia 50 lebih dan masa tengah sihat. Oleh sebab itu, selagi mereka ada hargai walaupun ada masanya kita bergaduh kerana tidak semua manusia itu perfect. Kita tidak tahu bila mereka akan pergi tinggalkan kita,” ungkap pelantun lagu Persimpangan Dilema ini sambil tersenyum.
Menurut Nora walaupun sudah hampir setahun kehilangan Johan, tetapi dia memang tak dapat lupakan lelaki yang lama bertakhta di hatinya itu. Malah Nora sentiasa dapat rasakan dia sentiasa ada bersamanya sepanjang masa. “Saya masih dapat rasa dia ada di belakang saya dan melihat apa yang saya buat. Selepas habis tempoh iddah, memang saya meneruskan apa yang telah dirancang selama ini. Memang agak sukar untuk saya bergerak sendirian kerana sebelum ini semuanya Johan yang lakukan. “Tetapi kini saya perlu hidup berdikari sebagai ibu tunggal demi membesarkan dan menyara anak-anak. Ini adalah perkara mengejut tetapi melihat zuriat peninggalan arwah, saya bangun meneruskan kehidupan,” ujar Nora lag. Jika diikutkan dirinya hanya seorang perempuan dan kalau terikut-ikut perasaan sedih memang dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerja. “Pada awalnya memang saya jadi down. Saya tidak boleh fikir apa dan hanya mahu duduk rumah sahaja. Tetapi saya tahu saya tidak boleh berkelakuan begitu kerana banyak tanggungjawab di atas bahu ini. Kalau masa Johan ada, kami akan bahagikan kerja di mana soal anak-anak saya uruskan. “Tetapi kini semua tu terletak di atas bahu saya seorang. Dari sebesar-besar masalah hingga yang sekecik-keciknya perlu saya hadapinya. Sebelum ini kalau soal bisnes dia yang uruskan. Dan kini saya perlu tahu semua urusan dari awal hingga ke akhir proses berkenaan,” ceritanya lagi.
Namun perkara ini sebenarnya memberi hikmah padanya apabila dia dapat belajar segala-galanya. Nyata kehidupan dia bertukar 360 darjah sebagai seorang ibu dan juga bapa hingga perlu memandu sendiri kereta untuk ke pejabat.
“Saya sebenarnya perlu putuskan apa yang terbaik. Saya hendak jalan ke kiri terus meranakan diri atau ke kanan untuk move on. Bagi saya dia pergi ke tempat yang lebih baik dan Allah sayangkannya. Segala perancangan Allah itu juga adalah yang tebaik untuk dia, saya dan anak-anak dan kita tidak tahu perkara itu. “Saya anggap ia sebagai satu yang positif walaupun tahu memang agar sukar untuk melupakannya. Waktu itu saya rasa tiada teman untuk saya kognsi perasaan sedih atau gembira itu. Saya menangis sorang-sorang hinggalah sekarang. Tetapi alhamdulillah saya di kelilingi kawan-kawan dan staf yang baik. Mereka memahami dan dari segi kerja ramai memudahkan urusan saya. “Anak-anak memang menjadi kekuatan saya menghadapi saat ini. Pernah satu masa ketika dalam tempoh iddah 4 bulan hingga ke 6 bulan, saya jadi ‘down’ dan meranakan diri. Tetapi anak-anak datang pada saya berkata ‘mama tak boleh berterusan begini. Kami risau kalau berterusan begini. Papa dah tak ada dan kami tak nak kehilangan mama pula’. “Dari situ saya terus tersedar dan mungkin ketika tu kita hanya pentingkan diri sendiri. Anak-anak sebenarnya mahu melihat saya kuat, steady dan alhamdulillah kini saya juga bekerja 24 jam sehari. Balik malam sorang-sorang dan saya tak pernah terfikir benda ini sebelum ini,” luah Nora lagi yang cukup terkesan dengan kehilangan suaminya 24 Mac tahun lalu.
Dia juga mengakui ketika tempoh iddah adalah waktu cukup sukar baginya. Dia menangis setiap hari setiap malam hingga mata jadi kabur. Nora juga berkata ketika itu tidak mahu bertemu atau bercakap dengan orang. “Bukan itu sahaja, waktu itu, bila anak-anak ajak keluar rumah, pergi cuti atau ajak makan semua saya tak nak. Memang tak ada selera untuk makan apatah lagi memasak. Saya tak sanggup untuk memasak sampai sekarang kerana masih terkenangkan arwah. Biasa dulu kalau saya masak sebab nak sambut hari jadi atau ada keluarga datang dari kampung.
Apabila ditanya pula momen yang paling dirindukan bersama arwah, Nora memberitahu momen itu terlalu banyak.
“Yang paling saya rindukan adalah saat masuk bilik ketika hendak tidur. Hubungan kami terlalu rapat danromantik. Sebe,um tidur tu kami akan selalu beri ‘good night kiss’ dan ‘morning kiss’ apabila bangun tidur. Kadang-kadang apabila balik kerja terpandang kerusi tempat Johan bekerja juga buat saya rasa sedih terasa diri keseorangan. “Tapi saya akan segera ingat Allah itu ada dan saya akan lakukan solat untuk menenangkan diri. Kadang-kadang bila ada masalah atau stress tak tahu nak cakap pada siapa. Ada kalanya saya bercakap seorang diri mengadu masalah yang dihadapi. “Malam-malam pula masa nak tidur, saya selalu berselimutkan dengan jubah arwah dan sampai hari ini tak basuh. Memang sukar untuk mengembalikan semula kekuatan tapi kita sebenarnya perlu reda pada tahap tertinggi. Jangan di mulut saja cakap reda tetapi hakikatnya tidak. “Saya sering berdoa pada Tuhan untuk memberi kekuatan dan permudahkan segala urusan. Secara tak langsung kita boleh lihat Allah itu mudahkan segalanya. Ada sahaja orang yang akan datang tolong. Masalah itu ada tapi dalam keselesaan yang kita boleh hadapinya” tambahnya lagi yang kini sebagai ibu dan ayah kepada anak-anaknya, Mohd Syakir Iman, Mohd Syakir Alif, Putri Nor Dahlia dan Putri Nur Fatihah sebelum mengakhiri perbualan. KREDIT FOTO: INSTAGRAM NORA ARIFFIN
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!