Dewasa ini ramai yang begitu prihatin menjaga kuku dan pancaindera yang satu ini memang diberi perhatian khusus hingga sanggup merapikan kuku setiap minggu. Tidak salah untuk memanjakan tangan, tetapi bukanlah caranya dengan menyimpan kuku panjang. Memang nampak cantik setelah merapikannya, tetapi hukum yang diberi ustaz ini juga menakutkan.
Jika ada yang menyimpan niat, sila abaikan kerana kuku pendek itu lebih terjamin kebersihannya.
Ads
Ini jawapan Ustaz Azhar Idrus bagi lelaki atau perempuan yang menyimpan kuku panjang menyerupai orang kafir.
Ads
Menurutnya, sunat bagi kita memotong kuku lebih rendah daripada jari. Hukumnya jadi harus pula jika kita menyimpan sama tinggi dengan jari.
Dan jika kuku panjang lebih dari jari, hukumnya tidak berdosa tetapi jatuh makruh. Walau bagaimanapun, jika kuku itu panjang menyerupai orang kafir, hukumnya terus jatuh haram.
Ada pula yang berkata dosa menyimpan kuku panjang ini umpama membela sekandang babi. Menurut beliau, ia tidak betul. Tetapi tetap menekankan hukum membela kuku panjang menyerupai orang kafir adalah HARAM.
Wallahualam.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semalam menyaksikan pasangan selebriti Datuk Fazley Yaacob dan isterinya Datin Azrene Soraya Abdul Aziz bersanding buat kali kedua setelah hampir 13 tahun berumah tangga. Pasangan ini diraikan dalam satu majlis bertemakan taman penuh meriah dengan dihadiri sanak saudara serta sahabat handai dalam kalangan media. Kedua-duanya diibarat merpati dua sejoli tika bersanding di atas pelamin nan indah dengan padanan busana moden yang sungguh menawan.
Pada malam itu, Datin Azrene kelihatan begitu cantik menggayakan dress moden rona putih rekaan Fiziwoo dengan hijab yang turut dililit ala turban juga dari rona berpadanan.
Ditambah solekan ringkas dari jurusolek Mazmiera yang turut menyerlahkan kejelitaan wajah comel wanitaa kecil molek ini.
Sementara itu pasangannya Datuk Fazley pula begitu segak menggayakan persalinan moden rona hitam yang menyerlahkan lagi ketampanan susuk tinggi lampai ini.
Netizen turut memuji kebahagiaan pasangan ini dan turut mendoakan mereka bahagia hingga ke jannah.
adila.entr Happy anniversary!! Semoga Allah murahkan lagi rezeki sekeluarga serta dikurniakan kebahagiaan berpanjangan hingga ke jannah.
irza85 Congratulation dato n datin…semoga bahagia hingga ke jannah.
Dalam majlis tersebut juga , beliau turut menayangkan video ucapan arwah ayahnya ketika majlis ucapannya 13 tahun lalu hingga mengundang sedih di kalangan tetamu yang hadir.
Majlis penuh bersejarah ini turut dihadiri oleh empat cahaya mata pasangan ini, Fariedz, Fieradz, Fierudz dan Alayna Selma.
Kulit kita perlu dibelai dengan penjagaan yang lebih daripada kebiasaannya. Oleh itu, inilah masanya untuk anda memberikan belaian kasih sayang dengan produk yang bebas daripada paraben dan wangian demi kebaikan kulit anda.
La Roche-Posay telah disarankan oleh lebih 90,000 pakar dermatologi seluruh dunia, kami mempunyai misi untuk memberikan yang lebih baik buat anda yang mempunyai kulit sensitif. Dirumus khas oleh seorang ahli farmasi pada tahun 1975, jenama ini kini telah berada di lebih 60 buah negara.
La Roche-Posay menawarkan rangkaian produk kecantikan yang menarik untuk digunakan pada setiap hari. Selain itu, produk kami dicipta khas untuk merawat masalah kulit yang berlainan yang dialami oleh pelanggan.
Jenama ini juga membangunkan formula daripada air ‘selenium-rich’, yang turut digunakan di Thermal Center, iaitu pusat dermatologi pertama di Eropah. Air istimewa ini diketahui umum sebagai bahan yang mempunyai ciri antioxidant dan juga agen penyembuhan.
Di samping itu, rangkaian produk La Roche-Posay telah dihasilkan mengikut formulasi yang teliti dan ketat di tahap konsentrasi yang optimum bagi menghasilkan yang terbaik. Tambahan pula, produk-produk ini juga telah melalui saringan ujian klinikal yang ketat supaya ia berkesan dan selamat digunakan walaupun pada kulit sensitif.
La Roche-Posay merupakan jenama dermo-kosmetik pertama di dunia. Antara rangkaian produk kami yang menjadi pilihan semua ialah Lipikar (untuk kulit kering), Anthélios (untuk proteksifoto), Effaclar (untuk kulit berjerawat), Tolériane (untuk kulit sensitif) dan Cicaplast (untuk membaiki kulit).
Bagi memberikan sentuhan berbeza untuk kulit anda, cubalah produk La Roche-Posay dan jangan lupa untuk mendapatkan tawaran istimewa dari ‘La Roche-Posay x Shopee Super Brand’ pada 27 – 28 Mei akan datang. https://bit.ly/2WyQk3X
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon popular Fazura sekali lagi menghangatkan ruang laman sosial dengan ‘posting’ terbarunya di laman Instagram miliknya. Baru-baru ini, selebriti ini memuat naik gambar terbarunya di laman Instaragam miliknya, @missfazura.
Ia menjadi bualan ramai kerana wajah ayunya bertudung sambil ‘posing’ bersahaja bersama-sama ‘caption’ tentang vaksin, cukup menyerlahkan lagi sisi keanggunan selebriti ini.
Sejak kebelakangan ini, Fazura seringkali memuat naik gambar mahupun videonya memakai tudung. Ramai netizen yang mendoakan supaya Fazura kekal memakai hijab dan ramai juga memberikan komen-komen yang positif dalam ruangan komennya.
Isteri kepada pelakon lelaki popular, Fattah Amin dan juga ibu kepada Nur Fatima Aisya ini kelihatan sibuk dengan perniagaan @tudungfazura nya yang sememangnya menjadi pilihan ramai para hijabi di luar sana. Apa-apapun, kami sentiasa mendoakan semua yang terbaik untuk Fazura! Semoga Allah S.W.T memberi kebaikan yang sebaiknya kepada selebriti kesayangan ramai ini.
Oil gritting viral dikatakan mampu menghilangkan blackhead dengan mudah. Namun, pakar dermatologi menjelaskan risiko dan alternatif yang lebih selamat.