Kunyit telah dianggap sebagai salah satu rempah yang paling berkuasa dan paling sihat sejak zaman dahulu dan dengan itu, telah menjadi sebahagian daripada setiap isi rumah India. Kerana manfaat kesihatannya yang mengagumkan, ia juga telah menjadi komponen penting dalam ubat-ubatan Cina dan Ayurveda.
Kunyit juga boleh membantu anda menghilangkan masalah kulit. Jika anda mempunyai lingkaran hitam di sekeliling mata dan anda telah mencuba segala cara yang mungkin untuk menghilangkannya, tetapi tidak mendapat hasil yang diingini, maka hasil pes kunyit ini pasti akan memukau anda.
Campurkan semua bahan bersama untuk membentuk pes halus.
Sapukan di bawah mata anda dan biarkan selama 15-20 minit.
Bilas dengan air suam dan sapukan pelembap yang melembapkan.
Jika anda mempunyai kulit sensitif, jangan tambah jus lemon. Sapukan pes ini dengan kerap selama seminggu dan anda akan melihat hasilnya. Semua bahan yang terdapat dalam topeng ini mempunyai sifat penyembuhan. Pes meremajakan dan mencerahkan kulit anda dan meningkatkan peredaran.
Ads
Beberapa Manfaat Kesihatan Lain Kunyit
Rempah yang menakjubkan ini boleh melawan radikal bebas dalam badan. Ia menyekat enzim yang menggalakkan pertumbuhan sel kanser.
Kunyit juga boleh meningkatkan kesihatan keseluruhan otak, dengan itu membantu dalam mencegah penyakit Alzheimer.
Ia sangat berkesan dalam mengawal paras gula dalam darah dan mengawal diabetes.
Ia mempunyai ciri anti-radang dan antioksidan yang kuat yang membantu dalam rawatan beberapa penyakit, termasuk arthritis dan sendi yang menyakitkan.
Kunyit merangsang pundi hempedu dan sangat berguna dalam merawat keradangan usus. Oleh itu, ia meningkatkan penghadaman.
Ia sangat berkesan dalam proses pembersihan arteri, sekali gus membantu dalam mengekalkan kesihatan jantung.
Jika anda ingin mendapatkan manfaat kesihatan kunyit, cuba masukkan rempah ini dalam hidangan harian anda dan gunakannya dalam setiap cara yang mungkin. Anda juga boleh minum susu kunyit setiap hari.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Terpukau melihat kejelitaan wanita yang sentiasa melemparkan senyuman manis saat bersua muka. Memiliki wajah yang jelita dan lembut membuatkan Bella Dally sentiasa mencuri pandangan.
Malah, wanita asal kelahiran negeri di bawah bayu Sabah ini, punyai peronaliti yang sungguh ayu, sopan santun dan lemah-lembut saat mengatur bicara lantas menyerlah keperibadian seorang wanita Melayu yang beradab tutursusila.
Sepanjang bergelar selebriti wanita ini sentiasa tampil dengan imej yang bersih. Pernah suatu ketika dahulu bertanyakan Bella Dally tentang persoalan ini. “Saya seorang yang tak mencari masalah. Saya memang tak kacau orang.
“Selepas saya berhijab dahulu secara tak langsung cara saya berubah. Jadi tiada isu tiba-tiba nak jaga diri. Malah, ketika saya tidak berhijab dahulu saya bukan seorang gadis yang ‘nakal’ juga. Saya memang seorang ‘family girl‘ yang jaga nama baik keluarga dan tak kacau oarang pun. Mungkin sebab itu saya kurang kontroversi,” tutur Bella Dally.
Selain itu, percubaan HIJABISTA untuk mengcungkil rahsia bagaimana wanita ini menjaga penampilan khususnya kulit wajahnya yang bersih dan cantik itu, nyata berjaya.
Menurut Bella dia amat menitikberatkan penjagaan kulit wajah terutamanya penggunaan produk yang memfokuskan tentang penghidratan kulit, tambahnya lagi, ketika waktu senggang
“Saya suka pakai produk hidrasi. Sebab sebelum ini kulit saya bermasalah juga tapi selepas selalu pakai hydration mask serum kulit menjadi lebih baik.
“Sebelum ini saya suka pakai tiga benda ini sahaja pembersih, penyegar dan pelembap. Tapi bagi saya itu tidak cukup kena pakai topeng wajah dan serum baru nampak perubahan.
“Ketika photo shoot saya memang kena banyak mekap dan saya pastikan kulit benar-benar besih daripada sebarang solekan. Saya hanya pergi facial hanya bila perlu sahaja. Saya jaga makan dan bersenam. Siang saya makan nasi dan tak pernah sekat pengambilan makanan.
“Tapi saya kurangkan makanan segera serta makanan berminyak dan gula. Tubuh saya memang sensitif dengan gula. Jika terlebih gula memnag boleh rasa badan saya cepat naik,” ujar Bella Dally yang kini aktif dengan sukan berbasikal.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Tahun baharu 2023, merupakan permulaan yang baik bagi pelakon jelita, Intan Najuwa apabila dia sekeluarga dijemput Allah menunaikan ibadah Umrah di tanah suci Mekah.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Intan sendiri menerusi hantaran InstaStory miliknya pagi tadi, sebaik sahaja dia dan keluarga selamat menjejakkan kaki di bumi anbiya’ Madinah Al-Munawarrah.
Dalam hantaran tersebut dapat dilihat beberapa keping foto memaparkan suasana masjid Nabawi yang begitu indah pada dini hari. Intan turut meletakkan emoji bergenang air mata, mungkin juga Intan berasa sebak sewaktu menyaksikan sendiri panorama indah kota kelahiran Nabi Muhammad S.A.W itu.
Selain itu, Intan turut menyertakan sekeping foto dirinya berada di tengah-tengah Masjid Nabawi lengkap bertelekung, mungkin usai menunaikan solat subuh secara berjemaah di masjid berkenaan.
Pada hantaran terdahulu, Intan mengakui disebalik rasa teruja untuk menjadi tetamu di rumah Allah, dia juga merasa berdebar apabila kali pertama mahu menunaikan ibadah Umrah dan menjejakkan kaki ke tanah suci itu.
“Saya dan keluarga akan berangkat mengerjakan umrah esok (semalam), Minta doakan semoga semua dipermudahkan. Disini kami ingn memohon ampun dan maaf seikhlas hati atas semua salah silap dan halalkan makan minum kami.
“Esok (semalam) adalah harinya, Ya Allah berdebarnya. Setiap kali nak kesana, dia punya berdebar tak tahu nak cakap macam mana. Semoga Allah permudahkan segalanya.
Malah, pelakon yang berusia 26 tahun itu lagi, meluahkan rasa teruja, berdebar dan tidak sabar untuk menunaikan umrah di Tanah Suci, memandangkan ia satu permulaan yang baik bagi tahun baharu, 2023.
“Saya tak sabar untuk berada di sana. Ia adalah permulaan yang baik untuk tahun 2023. Semoga Allah lindungi kita semua, ampuni kita dengan segala yang kita lakukan sama ada sengaja atau tidak. Semoga kita diberi hidayahnya,” katanya.
“Tak minta banyak, nak minta hati selalu tenang, sentiasa bahagia dengan orang tersayang sampai bila-bila. Orang yang sentiasa hargai kita. Tak nak minta banyak, minta untuk sentiasa dihargai tanoa balasan wang ringgit,” jelasnya.
Pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibuat secara berperingkat mulai Isnin ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata, ia membabitkan 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang yang sudah diluluskan dengan jumlah keseluruhan RM5.63 bilion.
“Sukacita saya memaklumkan bagi fasa pertama BPN Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) akan dibuat secara berperingkat mulai 6 April (Isnin).
“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak terbabit terutama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam membolehkan bayaran BPN dipercepatkan demi membantu rakyat Malaysia memerlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tengku Zafrul berkata, sejumlah RM3.24 bilion diperuntukkan bagi pembayaran fasa pertama kepada golongan B40 iaitu isi rumah pendapatan di bawah RM4,000 manakala RM1.81 bilion kepada bujang berpendapatan di bawah RM2,000.
Selain itu, katanya, kerajaan memperuntukkan RM440 juta untuk golongan M40 isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM8,000 dan RM140 juta kepada bujang (pendapatan RM2,001 hingga RM4,000).
Pembayaran BPN diawalkan dan akan dibayar secara berperingkat bermula 6 April (Isnin) hingga 12 April bagi penerima B40.
Manakala bagi M40 pembayaran akan dibuat bermula 13 – 15 April 2020.
Jadual pembayaran seperti berikut:
Dalam pada itu, beliau turut menasihati rakyat agar berhati-hati dengan scammer yang semakin berani mengambil peluang menipu orang ramai dengan merujuk kepada sumber rasmi dan tidak memberikan maklumat kepada pihak tidak dikenali.
Terdapat empat kategori penerima iaitu:
1. Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah (B40)
2. Isi rumah berpendatapan RM8,000 ke bawah (M40)
3. Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah
4. Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke atas
Berikut adalah kriteria kelayakan seperti berikut:
Bantuan RM1,600 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah.
RM1,000 akan dibayar pada April baki RM600 akan dibayar Mei 2020.
Dan buat pertama kalinya Bantuan Prihatian Nasional turut diberikan kepada golongan M40 iaitu sebanyak RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan
RM500 akan dibayar pada April, baki RM500 dibayar Mei.
Individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan dibantu RM800 di bawah skim ini.
Individu bujang berpendapatan RM2,000 ke atas turut dapat RM500 iaitu RM250 pada April manakala baki pada bulan Mei.
Selain itu, para pelajar juga akan dapat bantuan RM200 secara one-off yang akan dibayar pada bulan Mei nanti.
SEMAKAN STATUS BPN
Semakan status BPN boleh dibuat di portal rasmi BSH https://bsh.hasil.gov.my
Kemaskini: Portal rasmi BPN kini boleh diakses di https://bpn.hasil.gov.my/
Segala maklumat atau pertanyaan lanjut ada di web BSH.
Pastikan anda tidak mengisi apa-apa borang online bagi mengelakkan sebarang kecurian data.
Untuk panduan menggunakan sistem BPN, anda boleh baca manual di sini.
SIAPA YANG LAYAK?
Berikut dikongsikan kategori penerima yang layak bagi setiap kategori.
Isi rumah B40
*Kahwin; atau
*Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020; dan
*Pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
Bujang B40
*Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan anak pada permohonan BSH 2020; dan
*Pendapatan bujang RM2,000 dan ke bawah
Isi rumah M40
*Kahwin; atau
*Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan data percukaian; dan
*Pendapatan aggregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini
Bujang M40
*Individu berstatus bujang dalam data percukaian; dan
*Had umur 21 tahun ke atas; dan
*Pendapatan bulanan RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan BNCP
KAEDAH PEMBAYARAN
Berdasarkan kenyataan media Kementerian Kewangan, kaedah pembayaran bergantung kepada kategori penerima.
Kaedah pembayaran bagi B40 adalah seperti berikut:
Ada maklumat akaun — bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
Jika status gagal kredit — bayaran adalah secara tunai di BSN
Tiada akaun — bayaran adalah secara tunai di BSN
Kaedah pembayaran M40 pula seperti berikut:
Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini
Bayarana akan dikreditkan ke akaun ketua isi rumah
Jika taksiran bersama telah dipilih, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir
CARA MOHON BPN 2020
Kementerian Kewangan melalui posting rasmi di Facebook mereka memaklumkan permohonan baru boleh dibuat bermula 1 April menerusi laman web rasmi LHDN.
Berdasarkan satu temu bual ekslusif bersama Menteri Kewangan, beliau memaklumkan Kerajaan mempunyai database B40 dan M40 yang layak.
Kerajaan akan kreditkan wang BPN terus ke akaun masing-masing pada tarikh yang ditetapkan nanti.
Notis rasmi telah dikeluarkan di portal rasmi BSH mengatakan kaedah pelaksanaan seperti Permohonan, Pembayaran dan Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional akan dimaklumkan dalam masa terdekat sama ada melalui portal Kementerian Kewangan atau portal rasmi BSH.
Pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Prihatin berjumlah RM250 bilion untuk disalurkan kepada semua sektor awam dan swasta yang terjejas akibat pandemik Covid-19.