Pelbagai usaha telah dilakukan untuk kuruskan badan tetapi masih tak menjadi? Tentu anda stress kan bila usaha yang dilakukan seakan sia-sia. Nanti dulu, jangan mudah berputus asa. Kurus dengan cara mudah, hanya makan tembikai dalam masa 7 hari. Wow, bukan?
Tembikai merupakan salah satu buah yang berkesan untuk menurunkan berat badan secara semula jadi. Malah, ia mampu memberi anda tenaga dan boleh menyahtoksik badan tanpa rasa lapar. Ia padat dengan nutrien, mempunyai kandungan air yang banyak serta rendah kalori.
Menariknya, pengambilan buah tembikai setiap hari boleh mengurangkan risiko obesiti, penyakit jantung dan diabetes.
Cara Diet Buah Tembikai
Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu makan tembikai setiap hari semasa sarapan pagi dan makan malam. Untuk bulan Ramadan, anda boleh makan semasa waktu sahur. Diet ini amat berkesan untuk menghilangkan toksik berlebihan dalam badan, garam dan kotoran-kotoran lain.
Ads
Berapa Banyak Tembikai Kena Makan?
Sekiranya anda melakukan diet buah tembikai, anda perlu memastikan anda tidak mengambilnya secara berlebihan. Nisbah yang ideal adalah 1:10. sekiranya berat badan anda 60 kg, bermakna anda perlu makan 6 kg buah tembikai.
Jumlah yang ideal untuk sekali makan adalah 150 kkal. Tembikai mengandungi 97 peratus air, jadi ia dapat membantu menambah air di dalam badan. Menurut pakar pemakanan, diet tembikai buat orang ramai lebih tertarik kerana ia lebih realistik dengan matlamat yang dicapai.
Ads
Tetapi perlu anda tahu bahawa diet ini boleh dilakukan selama seminggu atau 5 hari sahaja kerana jika dilakukan secara berlebihan, ia akan memberikan kesan negatif pada kesihatan.
Ads
Selain itu, anda boleh jadikan ia sebagai salad yang telah dicampurkan bersama beberapa biji rami atau benih chia. Tembikai ini juga boleh anda jadikan sebagai jus.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Kalau badan dah naik memang susah nak kembali langsing. Nak-nak lagi tahun ni memang beraya sakan, pergi open house dijamu dengan pelbagai hidangan berlemak dan berminyak. Jadi bila nak kuruskan balik berat badan, terpaksa cuba macam-macam cara yang disyorkan warganet di laman sosial.
Seperti salah satu perkongsian daripada Puan Mastura Rashid ini, diamana dia menyarankan untuk mereka yang berhasrat kurus, dan mendambakan tubuh badan yang langsing dan cantik agar cuba amalkan meminum jus yang dipanggil sebagai ‘Jus Kurus Keding’.
Menurutnya, resipi ini turun temurun ini diperoleh daripada emaknya yang juga turut mengamalkan untuk kekal langsing. Resipinya cukup mudah dan bahan-bahannya juga mudah di cari.
OK, Siapa azam tahun baru dia nak kurus dan cantik jelita? Baik ngaku cepat.
Sayalah tu…
Ok, harini saya minum JUS KURUS KEDING.
(#acahje takdelah sampai keding)
Fresh juice, fresh fruits.
Sangat BERKESAN ok!
Sebelum ni mak saya yang minum, hasilnya memang dia loose weight banyak sangat dan tobat taknak minum dah. Ni hari ke-3 saya minum.
BAHAN (untuk stok 3 hari):
CARA:
Blend semua, takyah tapis sebab dah halus. Dan hampas tu sumber fiber, buat kita kenyang lama sikit. Tambah gula/madu. Gula jangan banyak tau. Nak jadi Cinderella ke Fiona Shrek? Nak jadi Fiona, gula tambah 10 sudu. Madu takpe banyak, tapi guna madu asli je.
ATURAN:
Minum setiap pagi, sebelum sarapan. Kalau ada #gastrik, alas dulu perut dengan makanan ringan seperti roti atau biskut. Lepas minum jus, rehatkan perut, biar proses detox dan pengkurusan berjalan, dan jampi sambil hala lidi kat badan sendiri “Baba thin sheep, kuruslah kau wahai (sebut nama sendiri).” Acah-acah #harrypotter. 14 hari kena jampi, memang kuruslah.
Lebih menarik dan bagusnya perkongsian daripada Puan Mastura ini, ia turut disertakan dengan Q&A bagi pelbagai persoalan yang diutarakan oleh wargamaya mengenai Jus Kurus Keding Ini.
Q&A JUS KURUS KEDING:
1. Pregnant dan BF boleh minum?
Boleh. Bagus sangat untuk baby. Dapat best nutrients dan vitamin buah-buah.
2. Pantang boleh minum?
Yes, boleh. Jangan bubuh green apple. Bisa. Guna carrot, halia dan orange saja. Nak jadi cinderella ke mak lampir? Pilih.
3. Kata boleh minum 3x. Camne tu?
Baik adik, kakak, makcik. Dengan jumlah bahan dan 2 gelas air tu, jus dapat 1 jug kecik. Sehari segelas je minum. Lebihan simpan peti. Jangan letak luar. Nanti rosak. Nak kurus sebab jus ke sebab cirit birit? Pilih.
4. Berapa kg boleh terbakar? Kenapa 14 hari challenge?
First, bergantung pada umur dan tahap metabolisma badan. Makin kita berumur, makin slow proses pembakaran lemak. Halia membantu tingkatkan tahap metabolisma badan. Jadi lemak cepat terbakar. Apple hijau pun boleh pecahkan lemak. 14 hari challenge untuk mudahkan kita yang baru nak start. Just nice untuk kekalkan konsistensi dan motivasi. Boleh monitor juga berapa kg turun, setiap 7 hari.
Boleh tak jangan belasah nasi lemak 2 pinggan macam saya semalam lepas minum jus kurus? Jadi fiona la selamanya.
5. Saya nak jadi cinderella. Boleh ke?
Jadi mak lampir pun boleh. Teknik saja berbeza. Nak jadi mak lampir kena belajar lepas rambut, mengilai, biar gigi karat, panjat pokok. Nak jadi cinderella, kenalah amalkan jus ni, buatlah workout serba sedikit walaupun sekadar stretching, avoid fast food, oily food.
Selamat jadi #cinderella
Selamat tinggal dunia #fionashrek
Cantikkan diri untuk #suami
Tapi jangan esok lusa kurus keding sampai orang ingat #papankatil
Ps: Oh nanti saya share slimming tea dari pure cinnamon (bukan kayu manis tebal dan keras fake kat rumah tu. Itu dipanggil cassia, kandungan kimia tinggi). Tapi ini kayu manis dari hutan. Makan saja pun dah manis.
Pelakon cantik Ardell Aryana kini dikhabarkan sedang menghidap kanser peringkat ketiga. Desas-desus itu timbul selepas rakan baiknya yang juga seorang pelakon, Nadzmi Adhwa memuat naik gambar bersama Ardell beserta kapsyen untuk Ardell supaya tabah dan tidak mengalah apabila melakukan ‘terapi’ nanti.
“Kau lebih kuat daripada apa yang disangkakan. Setiap pertarungan, luka dan parut yang kau lalui itulah telah menjadikan diri kau hari ini. Jadi laluilah segalanya dengan tenang dan yakin. Tuhan takkan membebanimu dengan sesuatu yang kau tak mampu hadapi.”
“Bagaimana kau boleh hilang harapan sedangkan Tuhan yang merencanakan hidup kau? Dia yang memudahkan segala masalah, menghilangkan kesakitan yang kau hadapi dan menyembuhkan kau kembali. Asalkan kau percaya kepada Dia dan segalanya pasti akan selesai.”
‘‘Tiada apa dalam hidupmu ini satu kebetulan. Semuanya telah dirancang dengan indah oleh Tuhan. Setiap kegagalan, pintu yang tertutup, semua kejayaan dan setiap kekecewaan telah menjadikan diri kau yang hari ini. Terima kasih Ya Allah!”
“Semalam kau dalam lindungan Allah. Hari ini Dia menjagamu. Jangan risau mengenai hari esok, Allah sentiasa ada untukmu.”
“Perkara yang tidak adil mungkin terjadi kepada kau dan kau merasakan kesakitan yang sangat pedih. Tetapi ingat, Tuhan sedang menjadikan kau seorang yang lebih kuat.
Jika kau mahu tahu kekuatan jiwa kau, lihatlah betapa sabarnya kau sekarang, macam mana bersedianya kau menerima takdirNya. Jangan jatuh bila kau sedang lemah!
Risaukan mengenai masa hadapan tidak akan merubah takdirmu. Teruskan hidup. Percaya sepenuh hati pada Yang Maha Kuasa kerana Dia mahukan yang terbaik untukmu. Kalau turut ketidak adilan yang jadi pada diri kita memang sedih tetapi apa yang tertulis itu adalah yang terbaik.”
SubhanaAllah. Kuatnya Ardell ini. Walaupun kita tidak tahu keadaan sebenarnya, namun Hijabista sentiasa mendoakan yang terbaik buat gadis comel ini. Sesungguhnya setiap dari kita menghadapi pertarungan yang berbeza dalam hidup ini.
Sememangnya semangat Ardell menjadi contoh buat insan-insan lain. Kami doakan semoga Ardell terus tabah dalam hidupnya dan sentiasa berada dalam lindungan Tuhan, InsyaAllah.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ARDELL
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kasih seorang guru terhadap anak murid itu ibarat kasihnya ibu bapa kepada anak-anak. Besar harapan mereka untuk melihat pelajar dapat menyerap segala ilmu, mudahan pengetahuan yang peroleh berupaya melahirkan insan yang cemerlang dan terbilang apabila mereka besar kelak.
Namun inisiatif Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang diguna pakai ketika ini untuk sesi persekolahan seluruh negara, pada hakikatnya menyimpan seribu kegusaran buat golongan ini, dalam memastikan pelajaran murid tidak tercicir.
Zurina Shaari, 49, seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Sitiawan, Perak, berkata, sepanjang implementasi PdPR, ia bukan sahaja satu perjalanan yang cukup mencabar buatnya dan guru-guru yang lain apabila terpaksa memahirkan diri dalam penyediaan bahan menggunakan teknologi ICT. Bahkan keadaan pelajar yang terjejas, sering kali mengusik emosi dan naluri keibuannya.
“Anak-anak murid ini ibarat anak sendiri jugalah. Jadi apabila mendapat khabar ada daripada kalangan mereka yang terpaksa makan bubur nasi pada musim PKP/PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan/Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan), terus mengalir air mata kerana memikirkan anak-anak didik terpaksa belajar dalam keadaan perut yang lapar.
“Mereka ini adalah golongan yang terjejas, setelah ibu bapa kehilangan kerja dan punca pendapatan. Kisah sebegini memberi kesan emosi kepada sebagai guru yang mengajar” katanya yang mengajar tiga subjek, Bahasa Melayu, Matematik dan Sains.
Apabila bercakap mengenai PdPR, lazimnya komentar ramai memberikan reaksi bahawa pelaksanaan ini kurang berkesan kepada pelajar. Kegagalan pelajar memberikan tumpuan, menyiapkan tugasan, tiada kemudahan komputer riba dan masalah internet, antara isu berbangkit.
Sehinggakan golongan guru atau pendidik turut terpalit dengan tohmahan ‘makan gaji buta’. Namun kata-kata seperti itu tidak sedikitpun mematahkan semangat golongan pendidik seperti Zurina.
“Saya tak pernah putus asa. Saya cuba sampaikan sesi PdPR secara dua kaedah iaitu dalam talian dan luar talian. Sediakan modul bagi murid yang tidak mampu. Dengan harapan, semua murid berjaya sertai kelas walaupun saya terpaksa sediakan banyak kaedah,”kata Zurina lagi.
Bukan semua guru mempunyai cabaran yang sama, berbeza pula dengan Siti Khadijah Anis, 36, yang merupakan seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah, cabaran sepanjang PdPR adalah dari segi kepuasan mengajar, dimana pengajian secara atas talian dengan mengajar secara bersemuka menuntut pendekatan yang berbeza.
“Saya mengajar Matematik dan mempunyai 3 kelas tingkatan 5. Pada saya bila kita sebagai guru yang mengajar kelas peperiksaan terutamanya bagi murid yang akan menghadapi SPM tekanannya memang lain. Setiap hari kena fikirkan cara yang terbaik untuk murid hantar kerja dengan mudah, kena study dahulu dan kuasai tajuk yang akan disampaikan kepada murid kerana tahun ini merupakan tahun pertama SPM dijalankan dengan format KSSM (format baharu), justeru kena fikir dan sediakan latihan-latihan yang menarik kepada murid supaya mereka tidak bosan dengan kelas yang dijalankan.
“Pada masa sama, sebagai isteri dan ibu saya perlu menguruskan rumahtangga dan pantau PdPR anak yang masih darjah 3, sememangnya perlukan perhatian dan sokongan daripada ibu bapa, kadang kala perlu mengajar anak bila ada waktu terluang antara kelas yang lain. Fizikal dan mental jangan cakaplah memang sangat penat, namun begitu saya perlu menguruskan emosi dan masa dengan baik,” katanya.
Keluhan bukan satu cara untuk terus kental dalam hadapi cabaran seorang guru ketika pandemik covid-19. Untuk kekal positif, kedua-dua guru berjiwa kental ini mengambil keputusan menyertai Program Transformasi Diri Guru anjuran Muhayya Momentum yang diadakan pada 21 Ogos yang lalu.
Zurina dan Siti Khadijah Anis menyertai program yang dikendalikan oleh transformasi speaker terkenal, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad, itu kerana merasakan dalam situasi sekarang ini, golongan pendidik juga memerlukan motivasi, kata-kata semangat serta sistem sokongan, bagi mempersiapkan mental dan fizikal menghadapi sistem pembelajaran yang lebih mencabar.
“Program Transformasi Diri Guru ini bukan sahaja dapat meningkatkan motivasi diri, bahkan melengkapkan nilai kerohanian yang tinggi dalam diri dan berjaya merubah diri ini menjadi insan sentiasa positif dan berjiwa besar. Sentiasa memohon maaf dan memohon dihalalkan ilmu serta waktu pengajaran dengan anak-anak didik,” kata Zurina.
Sementara Siti Khadijah meluahkan kelegaan apabila memutuskan untuk menyertai program ini yang berjaya mengembalikan semangatnya yang sedikit pudar gara-gara tekanan pandemik Covid-19.
“Sememangnya dengan izin Allah, setelah saya sertai program ini sekurang-kurang ianya memberi saya rasa gembira, bersemangat dan yakin apa yang perlu dilakukan. Paling saya ingat, bonda ada sebut kerisauan yang ada ubah kepada doa. Sebab hati murid-murid kita Allah yang pegang.
“Kenapa perlu risau murid kita masuk kelas online ke tidak? Hantar kerja ke tidak? Apa yang bonda katakan semasa program ini antara yang paling memberi kesan dalam hati dan diri saya, doakan murid-murid kita semoga dibukakan pintu hati mereka. Saya akui kadang kita terlupa untuk mendoakan pelajar kita untuk sertai kelas atas talian,” katanya.
Oleh kerana sambutan luar biasa yang diterima pada sesi pertama yang lalu, pihak Muhayya Momentum sekali lagi membuka penyertaan bagi sesi ke-2 program ini.
Program Transformasi Diri Guru 2.0 khabarnya lebih mengujakan dengan kehadiran selebriti terkenal tanahair, Nur Fazura Sharifuddin sebagai tetamu undangan. Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad, ketika dihubungi berkata, Program Transformasi Diri Guru 2.0, adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksana kerana walau apapun juga kondisi negara ketika ini, pendidikan tetap perlu diteruskan demi memastikan golongan belia tidak ketinggalan dalam bidang akademik.
“Sebenarnya kalau kita perhatikan dalam apa juga kerjaya, kita akan melakukan sesuatu pekerjaan dengan diri kita, jadi kita perlu ada dua ilmu. Ilmu melakukan pekerjaan dan ilmu menambah baik meningkatkan keberkesanan orang yang melakukan pekerjaan itu. Jadi cara yang bomda berikan ini bukan untuk mengajar tetapi macam mana pengajar itu hendak meningkatkan taraf dari segi imej diri, sistem nilai, tabiat, tindakan dan In Sha Allah kepada hasil yang dilakukan.
Wang bukan ukuran dalam membantu para guru untuk kekal positif hadapi cabaran mengajar secara maya.
“Secara peribadi bonda sangat percaya bahawa usaha kita membina ummah, melalui gurulah ramai golongan celik ilmu dan cendekiawan dapat dilahirkan.
“Bonda ingin infaqkan diri untuk melakukan transformasi diri guru secara percuma dan diharapkan program ini mendapat sambutan ramai. Ia juga salah satu cara bonda menzahirkn kesyukuran dan penghargaan atas segala jasa baik guru-guru yang pernah mendidik bonda dari darjah satu sehingga tingkatan enam atas di Tun Fatimah Johor Bahru.
“Kemudian melanjutkan pula pengajian di Univeristi Kebangsaan Malaysia dan PhD di London. Banyak yang bonda belajar dan interaksi antara guru bonda ambil sebagai suatu pelajaran,” katanya yang pernah menerima anugerah pengajar terbaik UKM.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.