Hana Tajima telah memberi inspirasi gaya buat Aufa di mana dia perlu menggabungkan pakaiannya dengan elemen dan fesyen Muslimah yang sedang menjadi trending di Tokyo ketika itu.
Aufa akhirnya berjaya buktikan, seorang Muslimah boleh menjalani kehidupan normal dan bergaya tanpa perlu berasa asing walaupun golongan Muslim adalah minoriti di Jepun.
Penampilan Aufa kian menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi gaya tudungnya yang ala Jepun dan digunakan setiap hari. Ia turut menjadi inspirasi di kalangan hijabi.
Bella Attamimi seorang gadis cantik berasal dari Bandung. Berusia 27 tahun, Bella Attamimi terkenal sebagai seorang selebriti yang sangat suka melancong.
Bella Attamimi turut dikenali sebagai seorang selebriti. Dia sering memuat naik kandungan fesyen melalui Instagramnya. Kini, dia mempunyai kira-kira 181 ribu pengikut.
Bella Attamimi juga sering kelihatan ‘cool’ di Instagramnya. Tak hairanlah dia sering dijadikan inspirasi fesyen buat hijabi.
Selebriti jelita ini rupa-rupanya sedang giat mengisi blog peribadinya iaitu thegirlwitharabstrapss.blogspot.com. Kebanyakan penulisannya ialah mengenai fesyen dan kecantikan.
Teka teka siapakah calon terakhir yang akan ke final Dewi Remaja terjawab apabila nama Syamira Izzati,22, telah diumumkan secara rasmi sebagai finalis di siaran langsung rancangan MeleTOP tadi.
Berebut tempat bersama seorang lagi peserta iaitu Dian Fernandez,19, kemaraan Syamira ini juga mencipta sejarah baru dalam Dewi Remaja kerana dia merupakan gadis berhijab pertama yang mara ke pusingan akhir.
Sedikit info mengenai dirinya, dia merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Keusahawanan) di UiTM Selangor kampus Puncak Alam.
Selain itu, Syamira juga mempunyai minat yang mendalam untuk menjadi seorang pengacara dan berhasrat untuk menonjolkan diri dengan lebih lagi selepas ini.
“Minat saya sangat mendalam di dalam bidang pengacaraan. Oleh kerana latar belakang pendidikan dan keluarga saya bukanlah di dalam bidang seni, mungkin agak sedikit sukar untuk saya tonjolkan diri.
“Saya sedar Dewi Remaja ini merupakan satu platform terbaik untuk saya mengetengahkan dan mengasah potensi dan kebolehan yang ada di dalam diri. Saya juga berharap semoga platfom Dewi Remaja ini membolehkan saya untuk belajar perkara-perkara baru,”ujar Syamira.
Ditanya tentang cita-cita selepas tamat pengajian, akui gadis manis ini jika tidak menyertai Dewi Remaja, dia akan menyambung pengajian ke peringkat sarjana sejurus menamatkan ijazah dan memohon pekerjaan sebagai seorang pensyarah.
“Minat saya untuk bercakap di hadapan audience dan berkongsi sedikit ilmu yang saya ada. Seterusnya menyambung pengajian ke peringkat tertinggi iaitu PhD kerana untuk mendapat gelaran seorang doktor falsafah merupakan impian saya sejak di bangku sekolah lagi.
Mengimbau detik lalu, Syamira tidak menyangka dia akan terpilih sebagai TOP 20 Dewi Remaja. Bagi Syamira, saingan begitu hebat.
“Ketika saya tengok yang mendapat kad “Tahniah” dari juri rata-ratanya mempunyai latar belakang dan pengalaman seni yang hebat. Di situ jujur saya merasakan peluang saya agak tipis tapi benar Allah Maha Kaya, Dia berikan saya rezeki terpilih sebagai top 20.
“Dari situ saya tahu, ada sesuatu dalam diri saya yang dipandang oleh juri. Alhamdulillah saya diberi peluang untuk berkenalan dan berdiri sebaris dengan dewi-dewi lain yang juga sama hebat sebagai Top 20,”jelas Syamira.
Syamira akan berentap bersama empat orang lagi finalis iaitu Shatirah Amanda, Adriana, Nynaa Harizal dan juga Shaza bagi merebut gelaran Dewi Remaja pada hari Sabtu ini.
Anda boleh menyaksikannya secara langsung pada jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mesti anda pernah kan tiba-tiba terlupa nak bawa dompet, benda-benda penting atau tertinggal pelitup muka walaupun dah banyak kali ingatkan diri supaya tidak terlupa. Sampai kadang-kadang jadi geram dengan diri sendiri!
Sakit pelupa merupakan satu habit yang normal bagi semua manusia. Siapa sahaja yang tidak pernah lupa. Terdapat banyak faktor yang boleh menjadi punca cepat lupa. Antaranya ialah seperti faktor usia, kurang tidur ataupun kesan pengambilan ubat-ubatan tertentu.
Namun, sekiranya tabiat pelupa ini berterusan, ia dikhuatiri akan menimbulkan masalah meskipun faktor genetik, usia serta gaya hidup. Bagi anda yang cepat lupa dan susah nak fokus ketika melakukan sesuatu perkara, anda boleh cuba amalkan senarai makanan di bawah ini.
5 jenis makanan yang membantu kurangkan masalah pelupa
1.Dark chocolate
Terdapat banyak jenis coklat yang biasa dimakan. Salah satunya ialah dark chocolate atau biasa dikenali sebagai coklat gelap. Biasanya, coklat gelap dijadikan kek dan adunan roti. Coklat jenis ini mempunyai warna yang dalam dan rasa yang pahit, menjadikannya sesuai sebagai penyedap rasa, aroma atau penambah warna.
Diperbuat daripada biji koko, coklat gelap juga mempunyai pelbagai manfaat, salah satunya adalah antioksidan. Antioksidan ini sangat baik untuk kesihatan otak, melawan penyakit pelupa serta berperanan merangsang pertumbuhan dan perkembangan saluran darah serta neuron pada bahagian otak yang bertanggungjawab untuk memori dan pembelajaran.
2. Buah Beri
Sama seperti dark chocolate, buah beri turut mengandungi antioksidan. Antioksidan dalam buah beri termasuklah anthocyanin, asid kafeik, katekin, dan kuersetin. Kajian pada tahun 2014 menyatakan bahawa, sebatian antioksidan dalam buah beri mempunyai banyak kesan positif kepada otak diantaranya:
Meningkatkan komunikasi antara sel-sel otak
Mengurangkan keradangan di seluruh badan
Meningkatkan keplastikan, yang membantu sel-sel otak membentuk sambungan baru
Meningkatkan proses pembelajaran dan ingatan
Mengurangkan atau melambatkan penyakit neurodegeneratif yang berkaitan dengan usia dan penurunan kognitif
Mesti anda tak biasa dengar mengenai ikan berlemak ini kan? Ikan berlemak merupakan ikan yang mengandungi kandungan minyak atau omega-3 yang tinggi seperti salmon, kod, tenggiri, kembung, tuna dan ikan selayang.
Omega-3 dalam ikan jenis ini membantu membina membran di sekitar setiap sel dalam tubuh, termasuklah sel otak. Hasilnya, ia memperbaiki struktur sel otak yang disebut sebagai neuron.
4. Kekacang dan bijian
Kekacang dan bijian mempunyai sifat dan faedah yang serupa. Kedua-duanya adalah makanan ruji di banyak tempat di dunia. Makanan ini agak mudah ditanam dan pada masa yang sama, terutamanya untuk kekacang, ia memperkayakan tanah yang menjamin penanaman barunya.
Makanan jenis ini baik untuk otak kerana mengandungi asid lemak omega-3 dan juga antioksidan. Menurut satu kajian pada tahun 2014, pengambilan kacang yang lebih tinggi secara keseluruhannya dikaitkan dengan fungsi otak yang lebih baik pada usia yang lebih tua.
Kacang dan bijian juga merupakan sumber yang kaya dengan vitamin E dan berperanan melindungi sel daripada tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas.
5. Kopi
Ramai yang sering mengatakan minum kopi mendatangkan kesan buruk pada kesihatan. Namun siapa sangka, kopi sebenarnya membantu menguatkan ingatan anda dan melawan penyakit pelupa.
Untuk pengetahuan anda, kafein dalam kopi diketahui boleh menyekat bahan dalam otak yang dipanggil adenosin, yang bertanggungjawab membuatkan seseorang berasa mengantuk.
Bukan hanya itu, menurut laman Hello Doktor, satu kajian telah mengaitkan penggunaan kopi sepanjang hayat mampu mengurangkan risiko lain seperti kemerosotan kognitif, strok, penyakit parkinson dan juga penyakit alzheimer.