Go-global, kemunculan supermodel Halima Aden serikan runway Buttonscarves sempena Istanbul Modest Fashion Week 2024 bukti jenama ini mendunia!
Turut menjadi Official Exclusive Partner untuk Istanbul Modest Fashion Week (IMFW), acara yang berlangsung pada 25-27 April 2024 di Fişekhane-Gallery, Istanbul lalu dihadiri oleh pelbagai jenama fesyen terkemuka.
Paling membanggakan, melihat kemunculan ikon global dan supermodel hijab Halima Aden yang menggayakan busana Buttonscarves di IMFW 2024.
Menutup kempen #ButtonscarvesGoesGlobal di Istanbul, jenama ini kembali menghadirkan instalasi ikonik raksasa mereka, The Giant Britney Bag di lokasi strategik yang memperlihatkan keindahan kota Istanbul dan Selat Bosphorus.
Menghiasi landmark kota Istanbul dengan kemegahannya, instalasi ini berwarna Magenta terang, bagi mencerminkan semangat Buttonscarves untuk menjadi global brand.
TIP KEKAL RELEVAN DALAM INDUSTRI
Ads
Walaupun pasaran fesyen di Indonesia adalah yang terbesar, percambahan jenama tudung menjadikan persaingan antara mereka semakin sengit. Berikut tip yang diamalkan untuk kekal relevan.
(1) Tarikan Media Sosial
Salah satu perubahan ialah sekarang orang lebih menitik beratkan visual. Bagaimana produk itu dilihat menimbulkan keinginan untuk membeli. Salah satu cara ialah dengan mengemukakan visual yang cantik supaya pelanggan lebih berminat untuk membeli. Fesyen bagaikan air yang mengalir dan memaksa pengusaha agar menghasilkan visual dengan cara baharu, setiap hari.
(2) Menawarkan Ekstra
Sentiasa gunakan cara baharu untuk menarik pasaran. Jika kita ingin membuat sesuatu yang besar, kita tidak sepatutnya mengikut arus. Jika kita menggunakan resipi yang sama, kita akan masuk ke arus yang bertentangan. Untuk itu kita perlu menambah sesuatu yang berbeza atau ekstra.
Perkahwinan Datin Seri Heliza Helmi bersama Datuk Seri Mahadi menjadi tumpuan dek kerana kedua-dua pasangan ini terkenal dengan keperibadian yang mulia.
Sangat bersyukur apabila Heliza akhirnya dipertemukan dengan lelaki yang terbaik untuknya, Ustazah Asma’ Harun berkongsi kisah menarik di Facebook mengenai pertemuannya dengan Heliza. Jelasnya, Heliza sering meminta beliau mendoakannya agar dikurniakan jodoh yang soleh lalu mengaminkan doa tersebut dengan bersungguh-sungguh.
Panjang.. jemput baca sampai habis ya ☺️🤲
Beberapa kali Allah izinkan kami bertemu, setiap kali itu dia suka minta doa, dengan gaya comel dan ceria, lalu saya doakan semoga dia dikurniakan seorang suami soleh yang memahami dan menyokong perjuangannya, dia aminkan bersungguh-sungguh. SubhanAllah, jodoh yang Allah tetapkan tidak cepat atau lewat, ia tepat pada waktunya.
SubhanaAllah, adinda Heliza Helmi yang mulia dan dihormati telah sah menjadi seorang isteri, entah kenapa tiap kali melintas gambar dan video pernikahannya mudah menitis air mata. Iya, bahagia dan sungguh bahagia melihatnya.
Benar, ramai yang kagum dengan sosok wanita bernama Heliza Helmi, dia macam kalis penat, kecaman dan sindiran, dia terus sahaja melangkah tanpa mengutip batu yang dilontarkan, walau masih bujang, langkahnya panjang. Namun, siapakah di sebalik beliau..?
MasyaAllah, Allah izinkan saya bertemu beberapa kali beliau bersama Ibunya, kali pertama ketika itu dalam tahun 2012, saya masih sebagai penjawat awam, pagawai hal ehwal Islam yang diberi amanah menguruskan daripada awal hingga akhir persembahan artis jemputan untuk satu program peringkat Negeri, beliau salah seorang.
Dalam bilik menunggu, dengan beberapa orang artis di dalam ruang tersebut, saya perlu menitipkan beberapa pesan, terutama bab etika persembahan dan pemakaian, supaya sesuai dengan acara. Beliau sungguh ceria dan memberikan kerjasama yang sangat baik, namun yang lebih menarik perhatian saya adalah ibunya yang sentiasa menemani, melayani dan menyediakan keperluannya.
Hinggalah saat saya seperti hari ini, dan Allah izinkan saya bertemu beliau dan bekerjasama dalam beberapa program, ibunya masih lagi setia bersama. Pernah satu hari saya berkata kepada dia dan ibunya, Heliza sentiasa dilihat tenang, kuat dan semangat kerana dia ada seorang Ibu yang sangat hebat, yang selalu mendokong dan mendoakannya. Begitu juga peranan ayahnya, yang benarkan si isteri selalu menemani anak, sudah tentu ada bahagian pengorbanan besar si ayah. Mereka mainkan peranan sebagai wali si anak dengan sebaik mungkin.
Kuasa dorongan Ibu dan Ayah adalah satu anugerah buat anak yang terpilih. Namun jika kita tidak memilikinya, Allah sentiasa ada untuk kita, pasti ada sesuatu yang akan mendorong kita jua.
Saya belajar sesuatu, saya ingin jadi ibu seperti itu, seperti ibu saya juga, yang berterusan mendidik saya hingga ke saat ini. Tidak ada istilah mengongkong, ia adalah satu sentuhan kasih tulus hati seorang ibu. Kerana itu di usia yang membimbangkan bagi wanita, Heliza tetap tenang dan ceria, “ustazah, saya tak bebankan fikiran saya tentang jodoh, sebab ia urusan Allah, saya fokus apa yang saya nak dan perlu buat setiap hari” ✊😊
Dan kini, beliau berpindah dalam jagaan dan kawalan seorang suami Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, seorang pejuang di medan jihad ekonomi, semoga ia adalah satu gabungan yang memberi barakah dan kebaikan buat Ummah. Pasangan ini sunguh dilihat sangat harmoni.
Allahu Akbar.
Sahabat semua, sedarkah ada banyak perkara yang menarik pada dirinya dan pernikahannya.
Pengantin yang bernama Heliza Helmi tidak berinai, atau sangat sedikit hingga tidak nampak inainya. Pada hari ni dimana para pengantin wanita mula berinai hingga pergelangan tangan, dilukis dengan ukiran bunga dan lain-lain. Beliau memilih sesuatu yang minimalis namun sangat manis.
Solekan wajah yang sangat semulajadi hingga seperti tidak bersolek, pakaian, majlis dan pembawakan juga sederhana walaupun pasangan seorang jutawan. Tiada babak romantik yang ditonjolkan, sifat malu itu telah mengindahkan semuanya. Tahniah buat keduanya. MasyaAllah.
SubhanAllah, saya sebutkan begini bukan ingin merendahkan sesiapa, hanya untuk menyingkap kebaikan yang berada di hadapan mata sebagai satu renungan bersama.
Semua ni buatkan saya senyum sendirian. Bukan nak buat perbandingan atau persamaan, teringat 17 tahun lepas saat saya menjadi pengantin, emak ayah tak bagi pakai inai, larangan yang sama kepada kakak yang 3 bulan awal nikah daripada saya, larangan itu kekal hingga 6 adik beradik perempuan yang telah nikah, tinggal seorang lagi adik perempuan yang belum nikah.
Kenapa?, itu juga soalan saya pada emak, bukan selalu, hanya untuk sekali seumur hidup, hanya untuk hari nikah, cuba memujuk. Emak Ayah tetap tidak membenarkan dengan pelbagai sebab.
“Asma’, memang khas untuk nikah, tapi inai tu makan masa untuk hilang, mungkin sebulan, sepanjang masa tu nak pakai sarung tangan ke, bila keluar, bukan semua orang tahu Asma’ tu pengantin baru, apa orang fikir, berpakaian labuh menutup tapi tetap menarik, jari perempuan ni jika diletak inai memang nampak menarik, sebab tu ada pelbagai pewarna kuku, ia dah jadi satu solekan yang menarik, daripada hukumnya harus, bimbang jadi tabarruj, jagalah diri, selagi boleh elak maka elaklah..”
Panjang lebar emak menjelaskan.
Akhirnya kami semua terima dengan terbuka, ketika kecil setiap kali Hari Raya Eidulfitri memang rutin akan pakai inai daun yang ditumbuk campur dengan nasi putih. Emak kata, waktu kecilkan dah selalu berinai, cukuplah tu. Dah besar, sesuaikanlah.
Teringat keluarga kami, pengantin wanita memang tak dibenarkan langsung keluar daripada rumah, dan hanya pengantin lelaki sahaja boleh keluar. Sesiapa yang nak jumpa pengantin perempuan perlu masuk ke dalam rumah, dan hanya tetamu perempuan sahaja dibenarkan masuk.
Emak juga tak bagi saya letakkan sedikitpun solekan, gincu sangat sedikit, saya nakal letaklah sikit gincu pada pipi dan ratakan, nak nampak pipi kemerahan, terus emak perasan diminta saya lapkan, hanya boleh pakai bedak dan sedikit celak 😊. Sedangkan hanya perempuan sahaja yang boleh tengok.
Tapi, seri pengantin tetap ada, nama pun pengantin kan. Bila ditanya kenapa, “nak bersolek ke apa depan suami sahaja, tak usah nak raih pujian orang ramai”. Deep sungguh ayat emak.
Jika difikirkan, pada hari biasa, saya juga bebas keluar, semua anak perempuan belajar jauh, kebanyakan ke luar negara. Namun kerana faham, ini hari istimewa, jadikan ia betul-betul istimewa, hanya untuk yang istimewa. Kerana hakikatnya keredhaan Allah lebih utama daripada segala yang lain.
Bersalam dan sarung cincin pun dalam bilik disaksikan emak ayah dan adik baradik. Yang lain seperti cium dahi memang larangan keras. Pelamin semua tidak ada, bukan tidak mampu, tapi emak ayah tak mahu. Jika mahu juga, emak ayah benarkan dibuat dalam bilik sahaja. Perkataan yang selalu disebut emak ayah, berkat Allah paling utama.
SubhanAllah, begitu sekali emak dan ayah kami. Mungkin ada yang rasa emak ayah kami seperti ketinggalan zaman 😁, tidak sebenarnya. Emak seorang guru sains mengajar subjek Fizik, ayah seorang usahawan yang berjaya. Namun mereka, sedaya upaya mendidik kami supaya tidak mengikuti arus perubahan zaman dan menjadi contoh tauladan untuk kami. Ketegasan prinsip mereka itulah menjadikan kami masih seperti hari ni.
Hingga sekarang, kadang bermain dalam fikiran saya, bila tiba saat anak perempuan kami pula yang akan nikah nanti, bagaimanakah prosesnya, jika dibuat di dewan, mungkin kami akan hias indah satu bilik yang tertutup. Pelamin memang hanya untuk keluarga yang mahram sahaja. Begitulah yang saya bayangkan. Nampak sukar, tapi tidak mustahil. Moga Allah izinkan. Wallahu a’alam.
SubhanAllah, harap sahabat tidak salah faham. Ini bukan mengatakan bahawa perbuatan berinai dan yang lain-lain itu menunjukkan suatu yang kurang baik, tidak sekali. Saya hanya berkongsi satu sudut nilai pandang yang berbeza, yang mungkin tidak biasa, tapi ia masih diterima. Inai dan solekan, romantik juga bukanlah satu kewajipan hingga dikatakan pengantin tiada seri tanpanya.
Baiklah, dibawah saya kongsikan doa yang diajarkan oleh Nabi SAW, bila dapat berita dan melihat pasangan baru nikah terus doakan ini ya, janganlah kita mencemarkan dengan komen yang tidak manis walaupun ada yang kurang sedap pada mata kita.
Jika mendoakan kepada seseorang ketika ia menikah, maka beliau bersabda “Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan keberkahan atas pernikahan kamu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan”.
Maksudnya: Abdurrahman datang kepada kami, lalu Nabi SAW mempersaudarakan antara dia dengan Sa’d bin Ar Rabi’. Lalu Nabi SAW bersabda, “Adakanlah walimah walau dengan seekor kambing biri-biri.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
🌹 CARA PERNIKAHAN NABI SAW BERSAMA ZAINAB BINTI JAHSY
Maksudnya : Nabi SAW tidak pernah mengadakan walimah terhadap seorang pun dari isteri-isterinya sebagaimana walimah yang beliau adakan atas pernikahannya dengan Zainab. Saat itu, beliau mengadakan walimah dengan seekor kambing.
Kehilangan orang yang kita sayang memang memeritkan. Sejak Chef Adam dijemput Illahi, anak-anak buah yang rapat dengannya iaitu Omar Mukhtar, Fatimah dan Ali sering meluahkan rasa rindunya terhadap bapa saudara yang disayangi.
Berkongsi kisah di Instagram, ibu mereka yang dikenali sebagai Mrs Mom meluahkan rasa terharu apabila dia dapat belajar sesuatu yang berharga daripada anaknya, Fatimah.
Saya akhirnya pelajari makna kasih sayang sebenar daripada anak perempuan saya yang berusia 6 tahun, Fatimah.
Sebaik sahaja dia mengetahui yang pahala kita akan digandakan Allah dalam bulan Ramadhan ini, tasbih digital terus menjadi sahabat baiknya sejak bermulanya Ramadhan. Mereka tidak boleh dipisahkan.
Kami juga mendapat tahu dia tertidur dengan tasbih di tangannya beberapa kali. Sejak bermula Ramadhan hingga sekarang, Fatimah telah berzikir sebanyak 7400 kali dan nombor itu meningkat! Sangat membanggakan untuk seorang kanak-kanak yang berusia enam tahun, tetapi sebenarnya ada sebab disebalik semua kerja kerasnya ini…
Suatu hari, saya terdengar Fatimah berdoa : “Ya Allah, terimalah zikirku dan perbuatan baikku, kirimkannya sebagai hadiah kepada Mamajee (Chef Adam).” Saya tak sangka ia datang dari seorang kanak-kanak berusia enam tahun. Kemudiannya saya bertanya, “Awak dah meminta Allah untuk memberikan seluruh zikir dan perbuatan baik awak pada Mamajee, jadi bagaimana dengan kamu? Apa yang kamu minta daripada Allah untuk kamu?”
Dia kemudian menjawab, ‘TIADA’. Itu sahaja. Satu perkataan sahaja keluar dari mulutnya. Dia tidak meminta apa-apa, tak mahukan apa-apa dan tidak mengharapkan apa-apa untuk dirinya. Inilah kasih sayang. Kasih sayang sebenar.
Begitu besar makna tindakan daripada Fatimah ini. Begitu bagus sekali didikan ibu bapanya terhadap mereka adik beradik. Moga Chef Adam ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-fatihah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sedar atau tidak, kesibukan dunia hari ini sering membuatkan kita LALAI dengan kewajipan yang patut dilakukan. Salah satunya adalah dengan kewujudan teknologi canggih. Tetapi, adakah patut kita menyalahkan teknologi terkini atau jari telunjuk itu patut dituding kepada diri sendiri.
Dalam satu rancangan TAZKIRAH dalam siaran radio IKIM, Ustaz Pahrol Mat Juoi berkongsi antara punca serta penyebab kenapa kita LALAI.
1. Kurang membaca Al Quran.
2. Kurang berzikir.
3. Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah; tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat Jemaah.
4. Banyak membuang masa; untuk hiburan, sukan dan di meja makan serta menonton TV.
5. Kurang atau malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal sahaja.
6. Sentiasa sibuk dengan urusan dunia; mudah stress.
7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.
8. Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah dan haram.
9. Tangguh untuk bertaubat.
10. Malu untuk belajar agama.
11. Bangun fikir nak makan apa dan apa aku nak buat hari ini.
Ada juga Pandangan Ustaz menyebut; Jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat ‘jarak’ kita dengan Al Quran. Petua sentiasa dekat dengan Al Quran: Pesannya, belilah Al Quran mengguna duitkan duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Pesan dengan Al Quran, kita nak bersahabat dengan dia.
1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca quran.
2. ‘Bunuh’ kebaikan yang kita buat; kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama.
3. Hilang fokus dalam hidup.
4. Mudah lesu dan buntu, sentiasa rasa esok masih ada dan suka tangguh beribadah dan amalan soleh.
1. Mengulangi dosa kecil sehingga menjadi kelaziman.
2. Berkawan dengan orang-orang yang lalai.
3. Berada dalam persekitaran ‘rosak’ (contoh: pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah.
4. Tidak berzikir.
5. Terjerat dalam perancangan-perancangan licik musuh Islam (Contoh: berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem dan rancangan sukan).
1. Cari sahabat yang baik dan soleh.
2. Hadiri majlis ilmu.
3. Bangun malam untuk solat tahajud.
4. Banyakkan berzikir dan taubat.
5. Rajin baca Al-Quran.
6. Bersangka baik pada orang lain.
7. Pemaaf.
8. Ingat mati.
9. Kurangkan makan.
10. Amalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
11. Bersabar bersyukur dan bertawakkal.
SUMBER: Radio IKIM* (Tazkirah)
*Ustaz Pahrol Mat Juoi dan Terima Kasih: Noor Rizal Effendi .
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.