Wanita tidak lari daripada soal kesihatan dan kecantikan. Mesti anda nak nampak cantik selalu. Kita sering mencari jalan untuk tampak cantik selalu. Tidak kira lah kena habiskan wang sebanyak mana atau yang suka menggunakan barangan daripada dapur sahaja. Selamat dah poket korang tu!
Seorang pengguna laman Twitter, iaitu Jiun Er berkongsi pada Twitternya tentang bahan masakan yang sudah lama dia amalkan dari turun temurun neneknya. Jadi apakah bahan tersebut? Jawapannya adalah Halia. Seperti yang anda ketahui, halia ni memang selalu digunakan dalam masakan dan selain itu halia juga bagus untuk kesihatan dalaman anda.
Jiun Er telah menggunakan halia untuk tip kecantikannya. Dia turut berkongsi tentang manfaat dan khasiat halia untuk kesihatan dalamannya. Jiun Er hanya menggunakan air rebusan halia dapat membantu dirinya menjaga kecantikan dalaman dan luaran. Seperti yang semua tahu, halia merupakan sejenis tumbuhan yang dijadikan perisa tambahan kerana rasa yang pedas sikit dan mampun memberi aroma wangi dalam masakan.
Artikel Berkaitan: Wajah Licin Awet Muda, Wanita 40an Ini Cadangkan Guna Halia Dan Dua Bahan Dapur Ini
Khasiat yang terdapat di dalam halia
Halia mampu memberikan khasiat kepada tubuh badan kita. Jadi mari kita lihat apakah khasiat yang halia boleh beri kebaikan pada tubuh badan anda. Ini adalah khasiat yang terdapat di dalam halia yang dikongsikan oleh Jiun Er:
- Halia dapat bantu menghapuskan sel kanser. Ini merupakan kajian yang pernah dilakukan ternyata halia mampu menghapuskan sel kanser dan dapat memberhentikan ia dari merebak terutama sekali kanser ovari.
2. Mampu menaikkan seri wajah. Selalu muka kusam kan? Jadi buatlah air minuman dan rendamkan halia supaya bantu membuatkan wajah berseri dan tubuh anda segar.
3. Halia boleh membantu dalam menurunkan berat badan. Selain itu dapat melancarkan metabolisma di mana ia dapat mengawalnya.
4. Bagi mereka yang mempunyai masalah bau badan, halia ini dapat menghapuskan bau badan yang kuat. Jadi tak perlu susah-susah untuk anda.
5. Bagi kaum wanita yang selalu senggugut, halia juga antara dapat membantu melegakan sistem pencernaan dan mengurangkan senggugut. Anda boleh minum air halia yang panas atau suam supaya lebih cepat lega dan sangat membantu!
6. Halia seperti yang anda ketahui dapat membuang angin di dalam badan anda. Sesuai sangat buat mereka yang cepat berangin satu badan.
7. Halia juga dapat membantu dalam anti penuaan. Jadi nak awet muda kan? Amalkan la minum air halia.
8. Buat mereka yang dalam keadaan stress bekerja, anda boleh mengambil halia untuk menenangkan minda anda. Halia juga dapat mengurangkan tekanan emosi selain menenangkan minda. Tak perlu nak susah-susah kan.
Artikel Berkaitan: Miliki Kulit Bersih & Bersinar Seperti Lakukan ‘Facial’ Bernilai RM250, Hanya Dengan Halia & Cuka
Akhir kata, sebenarnya banyak je bahan masakan, tumbuhan dapat membantu anda dalam memberi banyak khasiat. Dalam pada masa yang sama, dari segi kewangan juga tak perlu anda habiskan berates-ratus. Cara tradisional kan ada. Jom ramai-ramai cuba kalau nak cantik dalaman dan luaran!
Sumber: Jiun Er
https://www.youtube.com/watch?v=vRIPIc3Wgcw&ab_channel=HijabistaMagazine
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI