Tidak dapat dinafikan lagi, setiap wanita mengimpikan kulit wajah yang bersih, licin, mulus dan berseri. Pelbagai produk dan petua telah dicuba namun tiada satu pun yang menjadi. Mungkin produk dan petua tersebut tidak sesuai dengan kulit wajah anda.

Jika semua petua tidak menjadi, apa kata cuba lakukan petua yang dikongsi oleh seorang wanita bernama Che Mira Kimora. Menerusi perkongsian di laman Facebooknya itu, wanita ini telah berkongsi tip untuk memiliki kulit wajah yang bersih dan bersinar seperti melakukan rawatan facial bernilai RM250.

Rupa-rupanya itulah rahsia wanita ini memiliki kulit wajah yang flawless dan sentiasa nampak awet muda. Hanya gunakan halia dan cuka pada wajah. Jom kita baca perkongsiannya dan diharapkan ia memberi manfaat kepada anda di luar sana. Mungkin hasilnya berbeza mengikut jenis kulit seseorang individu.

Foto: Facebook Che Mira Kimora

Amalkan cara yang paling mudah ini untuk kulit nampak bersinar, bersih dan berseri-seri. Kulit muka flawless dan menghilangkan flek-flek hitam pada wajah.

IKLAN

KHASIAT HALIA & CUKA PADA WAJAH

  • 1 cawan cuka
  • 2 ketul halia (bersih dikupas)
  • Sediakan 1 bekas kaca
  • 1 mangkuk kecil ais cube
Foto: Facebook Che Mira Kimora

Rahsia saya dan cara-cara untuk menjaga kulit sentiasa nampak flawless dan awet muda.

Hiris halia nipis. Agak-agak korang nak nipis macam mana.
Simpan dalam peti ais. Ada masa tenyeh jer kat muka jeragat mmg seram nak naik.
Selepas kejadian tenyeh kat muka. 2 keping pun dah cukup. Jimat gila kan.
Kulit muka bak cahaya bulan bersinar2. Kulit baru lepas apply halia yang di rendam dengan air cuka. Lepas 2 ambik ais cube gosok satu muka. Ini lah hasilnya.

Gosok kepingan halia yang sudah diperap dengan air cuka selama 10 minit secara perlahan-lahan di permukaan kulit. Selepas itu, bilas dengan air dan ambik ais cube. Gosok di seluruh bahagian muka.

IKLAN

Halia dan cuka yang telah diperap simpan di dalam peti ais supaya tahan lama. Tahan sehingga 3 minggu!

IKLAN

Manfaat cuka:

  1. Mengecutkan jerawat
  2. Zat anti-aging
  3. Mengurangkan bintik-bintik penuaan
  4. Menghilangkan racun dari wajah anda

Kulit muka yang bersih mulus tanpa sedikit pun flek hitam timbul. Jeragat pun seram nak membiak. Paling penting menaikkan seri wajah.

Semua amalan ini saya memang amalkan setiap minggu 2-3 kali seminggu. Senang dan ringkas untuk saya yang mempunyai anak ramai. Nak pergi spa memang tak sempat. Konsisten amalkan akan dapat kesan yang sangat-sangat mulus.

Sumber: Facebook Che Mira Kimora

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI