Orangnya kecil molek, namun suara anak Sabah ini begitu merdu tatkala mengalunkan taranum. Itulah kelebihan Johan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2022, Sofizah Mousin yang turut merupakan seorang Guru Geografi, isteri dan ibu dalam satu masa.
Kemenangan itu jelas mengubah kehidupan Ustazah Sofizah. Mengintai khabar terbarunya, ibu dua anak dan isteri kepada Ahmad Asrol Saidi itu tidak menafikan tanggungjawab yang tergalas semakin besar.
Berusia 35 tahun, Ustazah Sofizah juga pernah dinobatkan Nona Outstanding Achievement Award sempena Nona Superwoman Award 2022 yang lalu. Beliau kini masih bertugas sebagai Guru Geografi di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya.
Bukan calang-calang wanita, beliau sendiri mengakui tiada seorang pun dari ahli keluarganya yang pernah menyertai tilawah apatah lagi dari latar belakang sekolah agama.
Berkat minat dan kesungguhan berlatih di dalam kereta, beliau berjaya mengharumkan nama Malaysia dalam pertandingan tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa.
Ads
“Kerja hakiki saya sebagai seorang guru Geografi. Selepas tamat bekerja, barulah saya boleh menghadiri jemputan program seperti di televisyen dan lain-lain.
Selain perlu membahagikan masa dengan keluarga, pada masa sama, saya turut menjadi pempengaruh di media sosial dalam menarik ramai lagi mendalami ilmu al-Quran,” katanya ketika ditemu bual oleh Sinar Plus di Shah Alam.
Sebagai seorang penjawat awam, Ustazah Sofizah perlu bijak membahagikan masa untuk kerjaya baharunya. Tahun lalu, beliau pernah diundang sebagai mentor Akademi Qurra’ TV AlHijrah bagi menggilap bakat-bakat tilmiz dan tilmizah muda dalam bacaan Al-Quran.
Ads
Menariknya, cita rasa fesyen yang dikenakan boleh dicontohi. Hijabi ini sering mengenakan jubah dan abaya longgar dengan tudung dilabuhkan. Nampak sopan dan patuh syariat, namun tetap manis dipandang. So pretty!
Kecintaan wanita berasal dari Kota Kinabalu, Sabah terhadap taranum al-Quran mula mekar sejak usianya 11 tahun dan semakin subur selepas berguru dengan Ustaz Anwar Ghazali serta Ustaz Yahya Daud di Kelantan.
Sesungguhnya, tempoh 24 tahun bukanlah satu perjalanan mudah dan singkat. Banyak pengorbanan perlu dibayar untuk mengecapi kejayaan pada hari ini.
Ads
Beliau kehilangan insan yang banyak memberi inpirasi iaitu bapanya, Mousin Sadiki ketika dirinya sedang sarat mengandung anak kedua, lebih tiga tahun lalu.
“Saat itu, saya berjuang untuk Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor. Saya juga pernah diuji sakit tekak selama hampir lima bulan, di samping masalah kesihatan lain.
Semua itu berlaku sebelum saya bertanding pada Majlis Tilawah Antarabangsa. Ia menjadi cabaran untuk saya berlatih.”
Tekad mahu melahirkan lebih ramai pelapis dan mendidik anak-anak muda supaya mendalami ilmu Al-Quran, pesona hijabi anggun ini seharusnya menjadi inspirasi sis!
Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon serta pengacara jelita, Amyra Rosli? Bukan hanya memiliki senyuman yang manis malah setiap apa yang digayakan olehnya, pasti menjadi igauan pada mata yang memandang.
Menerusi laman Instagramnya, Amyra Rosli atau nama sebenar Nur Amira Izzati Rosli, setiap hantaran yang dimuatnaik pastinya berjaya memukau para peminat. Ini kerana, kejelitaannya amat terserlah hingga menjadi sorotan warganet!
Kapsyen yang dimuat naik juga turut menjadi perhatian netizen kerana ramai menganggap ia amat sesuai dengan peribadi Amyra yang sentiasa disenangi ramai.
Meskipun sibuk berkerja sebagai seorang pelakon juga pengacara, ia tidak menghalang Amyra untuk sentiasa tampil jelita dan berseri setiap masa!
Malah, ada juga yang bergurau dengannya menerusi ruangan komen dengan mengatakan bidadari milik pelakon Amar Baharin ini kelihatan amat cantik!
“Sebenarnya selepas balik dari Makkah, Myra belum bersedia untuk bertudung tapi Myra dengar banyak cerita-cerita orang selepas kau balik dari Makkah kau kena bertudung selama 44 hari, saya tidak tahu ini betul atau tidak
“Myra kena hadiri program Meletop selepas balik dari Makkah, alamak aku nak pakai tudung ke tak? Sebab Myra perlu menghormati benda yang Myra perlu buat selepas balik dari Makkah.”
Myra berkongsi dia berasa pelik jika keluar rumah dengan tidak memakai tudung, dalam masa yang sama, dia tidak berasa yakin kerana tidak tahu untuk berfesyen jika mengenakan hijab.
Isteri kepada Amar Baharin itu berkata, bila berhijab dijalan yang betul dan percaya dengan rezeki di tangan Allah, rezeki yang diberi akan lebih berlipat ganda.
“Jangan pandang belakang, jangan rasa kita tidak boleh mencari rezeki sebabnya hanya kerana berhijab, tidak sama sekali.”
“Bila berhijab ini, kita kena istiqomah dan mempunyai support system yang sangat kuat, iaitu dari suami dan keluarga sendiri.” katanya lagi.
Sekadar info, Amyra berkahwin dengan pelakon gandingannya dalam drama Tersuka Tanpa Sengaja, Amar Baharin pada 11 November 2016 dan mempunyai dua orang cahaya mata.
Melalui fasa kesakitan melahirkan, kebanyakan wanita akan mengalami ketidakstabilan emosi. Bukan kerana mereka ini manja atau pun tidak kuat iman, tetapi kerana mereka baru sahaja melalui fasa berjuang dengan kematian.
Emosi wanita yang baru melahirkan jika tidak dijaga boleh menyebabkan kemurungan. Jangan kata mereka ini tidak cuba melawan hasutan syaitan dan terikut dengan rasa, sedangkan hakikatnya mereka sahaja yang tahu.
Sebab itulah, mereka memerlukan sokongan daripada ahli keluarga terdekat dan yang paling penting adalah daripada si suami. Gangguan emosi wanita yang baru melahirkan berlaku akibat daripada perubahan hormon.
Daripada segi peratusan, 85% wanita dalam pantang mengalami gangguan perasaan pada tahap ringan dan tidak membahayakan dan mereka ini tidak memerlukan rawatan kerana berlaku dalam masa yang singkat, tidak pula bagi mereka yang mempunyai kengkangan tuntutan tanggungjawab semasa.
MDC ASIA LINK BERHAD (MALB) sekali lagi dengan konsep “Beyond Healthcare” bakal memperkenalkan konsep terbarunya iaitu Pusat Berpantang (The Sanctuary Pusrawi) dan Pusat Fisioterapi (The Physio Pusrawi) yang mematuhi syariah. Pusat berpantang ini juga menjaminkan fizikan dan emosi ibu berpantang terjaga dengan adanya pusat khimat fisioterapi di dalam Hospital Pusrawi, Kota Damansara.
Penasihat syariah Dr Zaharuddin Abd Rahman merasmikan acara pembukaan pusat rawatan wanita ini menekankan ibu-ibu yang lepas bersaling mudah menghadapi depresasi sekiranya tidak dikawal. Bagi menyesuaikan masa dan keadaan boleh jadi emosi boleh terganggu apatah lagi untuk wanita yang tidak berpengalaman.
Selain pemilik kepada hampir 26 rangkaian klinik pergigian My Dental Care di sekitar Lembah Klang, serta aplikasi mudah alih Hi-Doktor, syarikat itu juga sedang berusaha untuk disenaraikan di Bursa menjelang 2024/2025 kelak.
“Dengan berkonsepkan “Servis 5 Bintang dengan harga mampu milik”, ia bakal menarik perhatian ramai ibu-ibu diluar sana yang inginkan kelainan dan merasai sendiri pengalaman berpantang dan rawatan fisioterapi di Hospital Pusrawi, Kota Damansara.
Menariknya lagi pusat berpantang ini menjaga segala kebajikan si ibu dan bayi. Sessi urutan dengan pakar terapi terlatih malah bayi dalam pantauan jururawat yang professional. Tambanya lagi pusat rawatan menawarkan harga mampu milik dan bayaran ansuran bagi memudahkan ibu bersalin merancang bajet dalam fasa ini.
Usah malu untuk berkongsi pengalaman, apatah tidak mempunyai pengalaman. The Sanctuary Pusrawi mengadakan sesi perkongsian atau ‘ grup coaching’, di mana ibu-ibu boleh berkongsi pengalaman dan masalah sepanjang berpantang dengan ibu-ibu yang berpengalaman. Dengan ada sessi ini anda akan lagi teredah dan terbuka memahami proses menguruskan anak-anak.
Bersalin ini memang bukan sahaja bermain dengan emosi malah fizikal kita akan berubah. Dengan adanya Pusat pisio di Hospital Pusrawi, anda akan lebih memahami perubahan fizikal yang berlaku. Sitimulasi hormon di dalam memerlukan beberapa pemulihan semula untuk anda tampak seperti remaja dan berkeyakinan menjalani hidup seperti biasa tanpa tekanan.
Pusat pantang yang dikendali 100% oleh wanita malah pemakanan ibu bersalin dijamin juga halal. MDC Asia Link Berhad mempunyai visi kearah menjadi “A Leading Shariah-Compliance Healthcare Solution Provider In Southeast Asia” iaitu sebagai peneraju Halal didalam perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan, maklum Dr Hj Aslan Bacho selaku Ketua Pegawai Eksekutif ketika ditemubual.
“Dengan pelancaran ini, ia selangkah lagi ke arah menjadi sebuah Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara yang diterajui oleh anak watan negara ini. Selain itu, dengan perkenalan Contact Centre oleh golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) oleh Malaysia Blind Association (MAB) yang diturut menjadi rakan strategik MALB di sini juga mampu menjadi teras kepada perubahan dinamik ekonomi pada golongan ini disamping membantu mereka membina kerjaya bersama MALB.
Ia adalah batu loncatan ke arah pembukaan lebih banyak cawangan hospital berkonsepkan Hospital Ibu & Anak yang mematuhi piawaian syariah di seluruh negara pada masa akan datang” ujar beliau lagi.
Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara, cawangan ini merupakan flagship kepada cawangan-cawangan yang lain dari segi pengurusan, operasi dan reka bentuk dalaman & luaran. Dengan memastikan penjagaan dari segi holistik merupakakan fokus utama hospital ini disamping menyempurnakan kelahiran “Little Caliphs Born Here” ke dunia ini. Ini dapat dilakukan dengan memberi sokongan sepenuhnya dari segi fizikal, emosi & spiritual kepada ibu, sebelum, semasa & selepas proses kelahiran.
Di samping itu juga, fokus MALB adalah untuk memberi satu pengalaman yang bermakna kepada seluruh ahli keluarga yang akan turut bersama-sama menyaksikan kelahiran Little Caliphs ke dunia ini disamping dijaga rapi apabila berada di Pusat Berpantang The Sanctuary Pusrawi kelak.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ibu bapa adalah insan paling utama untuk kita muliakan. Walaupun yang sudah berkahwin terutama bagi lelaki, kedua ibu bapa yang wajib ditaati. Tangan ibulah yang mengendong kita sejak kecil hinggalah tahu untuk bertatih, berjalan, berlari dan kemudian menjadi manusia berguna.
Jadi tiada salahnya selepas diberi didikan secukupnya, membalas jasa mereka dengan sewajarnya. Tidak habis duit jika memberikan mereka wang setiap bulan kerana ia sungguh berkat.
Perkongsian lelaki ini, Zakuan Faiz di laman sosial, memberi kesedaran kepada kita betapa insan ini jangan sesekali dilukai, apatah lagi dilupakan. Betapa besar jasa dan pengorbanan mereka. Jangan jadikan ibu bapa sebagai HAMBA, sebaliknya muliakan dengan seadanya. Doa mereka paling mujarab terutama insan yang kita panggil IBU.
Ayuh, ikuti luahannya ini.
Aku tidak dapati, doa yang lebih mujarab daripada doa kedua orang tuamu. Khususnya ibu.
Aku dapati begitu ramai orang hebat, khasnya para ulama yang mulia, melainkan mereka didoakan ibu mereka secara khusus.
Ramai yang tak menyedari anugerah yang begitu hebat ini yang mana mereka adalah pintu-pintu syurga, doa mereka umpama doa nabi-nabi, tapi pada kita, mereka hanyalah tempat untuk kita serahkan baby untuk dijaga.
Mereka jaga kita dengan penuh kasih sejak kecil, bila kita sudah besar, kita suruh pula mereka jaga anak-anak kita. Betapa celakanya manusia, inilah tanda kiamat yang nabi telah maklumkan bahawa ibu akan melahirkan tuannya.
Alasan mereka, hidup susah, banyak hutang, semua kena kerja, anak takda siapa jaga.
Sebenarnya barakah yang sudah hilang. Hinggakan para wanita terpaksa bekerja, keluar dari rumah, melanggar fitrah mereka, bergaul dengan lelaki ajnabi secara bebas, suami mereka menjadi dayus. Ada juga yang bukan terpaksa tapi kerana suka-suka. Sebab nak ada duit supaya boleh shopping baju kasut beg tangan penuh satu rumah.
Lelaki menjadi lemah, tidak lagi seperti “Rijal” pada zaman Rasulullah. Cukup seorang untuk beri nafkah, kerana mereka Qana’ah dan Allah limpahkan barakah.
Akhirnya ibu dan bapa yang patut kita jaga sebagai pintu syurga, akhirnya menjadi hamba kepada kita.
Bila kita dah mula kaya, anak-anak dah besar, baru terfikir nak balas jasa ibubapa. Tapi waktu itu sudah terlambat, tak ada nikmat dunia lagi yang dapat gembirakan mereka. Bawa melancong, kaki mereka sakit. Bawa makan, mereka perlu berpantang. Bawa ke taman, tak larat berjalan.
Yang mereka mahukan ketika itu hanyalah anak mereka sebagai teman.
Tapi demi Allah mereka tak mampu berikan sebab hanya sibuk mengejar kekayaan.
Akhirnya syurga mereka pun pergi. Satu-satunya peluang mereka ke syurga secara jalan pintas telah pun tertutup.
Waktu itu tiada lagi guna untuk menyesal. Anak-anak yang membesar “dengan orang lain” juga kurang mesra dengan kita, kerana tak pernah diberi perhatian dan kasih sayang selayaknya.
Akhirnya anak-anak muda menjadi sampah raver, hipster dan entah apa kejadah lagi. Yang perempuan hilang dara seawal darjah tiga, yang lelaki melayari web lucah seawal tadika. Ibu bapa tak pernah ajar agama.
Anak-anak membesar menjadi penderhaka. Memaksa ibubapa derhaka tadi menitiskan air mata.
Semuanya dah terlambat.
Sejak awal lagi kau salah kira. Sejak awal lagi kau terlibat riba. Sejak awal lagi kau sibuk kejar dunia. Sejak awal lagi kau makan semua benda. Sejak awal lagi kau tidak menjadi hamba.
Kepada yang masih ada ibu dan bapa. Khidmatlah kepada mereka sekarang, selagi mereka masih hidup. Bawalah mereka ke mana mereka mahu pergi. Korban kan dunia mu.. sudah-sudah lah kejar dunia yang tak berkesudahan…. Tak kan kau nak biar mak bapak kau mati membawa hati yang kecewa…
Sekurang-kurangnya balas lah jasa mereka, buatlah mereka tersenyum, belanja lah mereka makan, bawak mereka berjalan, khidmat mereka walau terpaksa ambil cuti, mintak doa mereka pada setiap perkara, hubungi mereka walaupun tak ada benda nak kata, cukup mereka dengar suara kita dan kita dengar suara mereka. Jangan sia-siakan syurga itu.
Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita. Waktu khidmat, niatlah untuk sukakan Allah. Saya berani gerenti dengan nama Allah , Allah akan mudahkan semua urusan dunia akhirat kita. Allah akan murahkan rezeki kita. Saya dah alaminya.
Ramai orang kedekut dengan ibubapa sendiri. Tak pernah bawa ibubapa ke restoran mahal walau sekali. Bukan nak tunggu kaya, bukan nak bajet kaya, tapi ia akan buat ibubapa sangat gembira kerana dihargai sangat-sangat. Bawak awek luar nikah ke restoran mahal dia tak rasa apa. Bawak ibubapa, dia kata bazir.
Pengalaman saya sendiri, kalau saya ada masalah kewangan, saya akan belanja mak ayah saya makan tempat mahal, atau saya keluarkan sejumlah wang besar dan terus hadiahkan pada ibu ayah. Kalau ikut logik, harta akan semakin berkurang, dah la tengah gawat.
Tapi tak… Orang munafik yang tak ada iman je akan fikir macam tu. Orang beriman pulak diajar oleh Rasulullah, lagi banyak harta kita keluar untuk Allah, apatah lagi untuk gembirakan ibu bapa, harta kita akan melimpah-limpah digandakan.
Jadi korang rasa, korang sempit kewangan sebab apa?
Sebab korang kedekut. Wallahi korang kedekut. Akui ia. Dan bertaubat kepada Allah. Walaupun korang memang ada keluar sedekah. Tapi akuilah korang memang kedekut. Keluar sedekah sikit pun berkira-kira. Kalau betul korang tak kedekut, pernah tak korang bagi seluruh gaji korang pada mak bapak korang untuk satu bulan? Ekstrim kan?
Mestilah tak pernah! Gila! Nanti nak makan apa!
Ok, kita turun sikit….
Pernah tak masukkan not biru RM 50 dalam tabung masjid?
Not biru memang selalu…. Tapi bukan RM50…
RM1 je….
Tengok tu… Kedekut kan?
Lepas tu mengadu kat Allah, kenapalah aku hidup sempit, ini tak cukup, itu tak cukup . Ni semua mesti salah Najib!
Orang yang berkira-kira dengan Allah , Allah pun akan berkira-kira dengan dia. Ingat ni sampai bila-bila. Kalau nak hidup sempit, berkira-kira lah dengan ibubapa kita . Try it, experience it. Hidup kau konfem akan sempit walaupun laki bini kerja hebat, gaji puluh ribu sebulan tak termasuk OT.
Gembirakanlah ibu bapa mu. Insyaallah Allah pasti akan betulkan segalanya dalam hidupmu. Jangan perhambakan ibubapa mu, diorang dah jaga kau dari kecik, kau jagalah anak kau sendiri. Sampai bila nak hidup menyusahkan mak bapak. Patutnya mudahkan mereka, layan mereka macam raja, permaisuri. Bukan jadikan mereka sebagai bibik.
Yang wanita, jadilah surirumah, didik anakmu sendiri seperti semua srikandi Islam. Tokoh-tokoh agung dunia dalam sejarah Islam semuanya lahir daripada madrasah rumah yang diketuai oleh IBU mereka.
Sekarang rumah hanya jadi panggung wayang, untuk tengok cerita Korea dan raja lawak. Hanya jadi restoran, beli meja mahal dan makan sedap-sedap. Jadi pusat karaoke hari-hari layan lagu dari program realiti.
Maka yang terhasil dari rumah-rumah zaman sekarang hanyalah sampah masyarakat. Pastu bajet Soleh, bajet solehah, tak boleh ditegur, melenting bagai nak rak.
Di luar sana, memang ramai orang “kaya”. Tapi majoritinya kaya palsu.
Rumah besar, kereta mewah , tapi semuanya hutang. Hutang riba pulak tu. Harta mereka hanya kertas dan nombor dalam skrin, yang tiada nilai aset.
Dan kehidupan itulah yang kau kejar. Yang penuh tipu daya. Bajet diva, tapi penuh riba.
Aku sikit pun tak heran pada mana-mana orang kaya zaman sekarang sebab tahu mereka semua posers, fakers, palsu, cetak rompak.
Kehidupan itu yang kau carik?
Hingga tanggungjawab kau abai? Mak bapak kau hambakan? Anak-anak tidak diberi agama?
Allahu…
Inilah SYURGA DAJJAL YANG NABI DAH PERINGATKAN KEPADA KITA 1400 TAHUN DAHULU….
“Jangan kau terjun ke dalamnya, kerana syurganya dajjal itu hakikatnya adalah neraka.”
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.