Memiliki kulit yang mulus dan bersih sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Siapa yang tidak mahu kulit yang cantik kan? Tentunya akan rasa lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai apabila memiliki kulit yang ‘flawless’.
Sebagai seorang wanita, pasti anda sudah melakukan pelbagai cara dan rawatan untuk mendapatkan kulit idaman ini.
Hijabista yakin anda pasti belum melakukan lagi cara untuk memiliki kulit yang mulus dan glowing yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna Facebook, Norafiza Mahmud ini.
Menurutnya dengan mengamalkan hydrating mask ini boleh memberi kelembapan pada kulit wajah.
Malah, hasilnya kulit akan kelihatan seperti anda melakukan rawatan spa bernilai RM500. Wow, sungguh menakjubkan kesannya. Jom kita ikuti perkongsiannya.
Ads
Amalkan hydrating mask ni untuk kelembapan kulit muka agar mulus dan glow, mengecilkan pori-pori, serta sapu sekitar kaki dan tumit kaki yang kering atau merekah.
Amalkan selalu, in shaa Allah kulit seperti rawatan spa bernilai RM500.
HYDRATING MASK SCRUB
1 sudu madu
1 biji tomato
2 sudu beras ( blend halus)
1 sudu yogurt asli
Rahsia dan cara-cara aku kongsikan di setiap gambar.
Ads
Tomato di korek-korek isinya. Sebiji sahaja ok. Boleh cover 3 kali penggunaan.Kemudian, masukkan beras hancur dalam 2 sudu.Tambahkan satu sudu yogurt asli.Tambahkan satu sudu madu asli.Campurkan semuanya dan kacau hingga sebati.Wrap dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit atau 1 jam. Untuk memastikan beras hancur tadi kembang dan sebati dengan bahan-bahan lain. Dan seeloknya hydrating mask ini di gunakan secara sejuk.Sangat elok hydrating mask di gunakan dalam suhu yang sejuk. Mengembalikan keremajaan kulit secara semula jadi. Proses ini akan menjadikan pori-pori mengecil. Kulit akan kelihatan mulus dan halus. lebih segar. Fuhhhhhh! Diamkan selama 15 minit atau 20 minit. Kalau nak 30 minit pun boleh. Kemudian skrub sehingga kalian berpuas hati.Selepas 30minit. Buang semua black head dan white head. Kemudian cuci menggunakan hydrating mask kembali dan bilas.Last, tonyoh ais pada wajah. Proses ini akan menambah kesegaran kulit dan mengecilkan pori-pori dengan lebih baik. Selamat mencuba semua.
Diamkan selama 15 minit hingga 20 minit. Kot nak lembab sangat buh la 30minit. Haha
Takda rahsia langsung kenapa jerawat dan minyak segan nak timbul. Sebiji jerawat pun malu nak tumbuh time period.
Semua amalan ini perlu melalui prosess detox body dahulu dan BRIGHTENING MASK yang cik oya kongsikan sebelum ini. Baru kesan dapat dicapai secara maksimum!
Seefirst cik oya untuk resepi JAMU KOCOK MADURA INDONESIA pula ok. Ini untuk kesihatan dan kekuatan dalaman wanita.
Norafiza Mahmud Cantik tidak bisa di bawa mati, Tapi bisa membahagiakan.
Setahun yang lalu pelakon kecil molek ini telah diduga Tuhan dengan ujian yang cukup hebat. Hampir 3 minggu terlantar di hospital menyebabkan segala pergerakannya terbatas. Tiada tanda sakit sebelum ini dan ujian yang datang padanya cukup menginsafkan. Saat itu terasa bagai nyawa di hujung tanduk apabila dia tidak boleh bernafas seperti biasa. Emma Maeombong menceritakan semula saat dirinya bertarung menahan kesakitan jangkitan virus dan hanya Allah yang tahu. Dan kini walaupun sudah sihat sepenuhnya, dia tetap ambil sikap berhati-hati terutama tentang penjagaan kesihatan.
“Sebenarnya sehingga hari ini Emma tidak tahu apa nama khusus bagi penyakit Emma ini. Tetapi menurut doktor hati Emma ada masalah. Doktor menjumpai nanah dalam hati Emma. Namun sehingga hari ini tidak tahu apa punca sebenarnya menyebabkan hati Emma dijangkiti nanah.
“Maklumlah sebelum diserang sakit itu, Emma sebenarnya tidak ada sakit apa-apa. Malah Emma sihat dan tidak ada ambik apa-apa yang terlarang atau yang boleh merosakkan hati. Malah apabila doktor periksa keseluruhan termasuk ujian darah, semuanya sempurna dan baik sahaja,” ujar Emma memulakan perbualan.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Menurutnya lagi, doktor hanya memberi andaian kemungkinan besar ketika dia berada di tempat penggambaran, kawasan berkenaan tidak bersih dan kotor. Dan mungkin disebabkan tangan tidak bersih dan menyentuh pula makanan serta masuk dalam mulut.
“Situasi ini yang menyebabkan datangnya kuman hingga membuatkan hati jadi bernanah. Waktu kena serang itu, memang Emma rasa macam nak mati. Banyak yang Emma fikirkan ketika ditahan di wad selama hampir 3 minggu. Apatah lagi bila kita sedang berada dalam keseorangan dan dengar pula bunyi denyutan bip bip hingga menyebabkan Emma fikir macam-macam.
“Emma menangis dan merayu pada doktor untuk keluar dari hospital. Tetapi tidak dibenarkan. Ini kerana ada tiub yang bersambung pada badan untuk mengeluarkan nanah yang disedut keluar. Bayangkan tiga minggu berada di hospital dan Emma sedikit tertekan.
“Sampaikan, Emma terpaksa pegang bekas nanah dan tiub itu untuk jalan-jalan keluar sekeliling hospital. Waktu itu kita rasa badan sudah tak sakit dan sihat. Tetapi nanah masih lagi keluar, oleh sebab itu doktor tak benarkan Emma keluar wad lagi,” ceritanya lagi.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Sebelum itu, Emma mengalami simpton seperti menggigil satu badan, sekejap rasa sejuk dan sekejap pula rasa panas. Pada mulanya dia menyangka denggi, tetapi apabila diambil darah keputusanya negatif.
“Darah diambil tidak tunjukkan kita kena denggi. Tetapi apabila Emma bernafas, ada benda seperti menyucuk di bahagian hati. Keadaan ini membuatkan Emma tak boleh nak bernafas sempurna. Kalau nafas Emma akan rasa sakit dan kalau tak nafas pula Emma yang akan mati.
“Emma hanya mampu bernafas tersekat-sekat dan pendek-pendek. Waktu itu muka Emma juga sudah pucat dan Emma terus suruh PA Emma panggil emak dan ayah. Siapa sangka Emma sihat sebelumnya dan dalam sekelip mata penyakit ini menyerang.
“Tiada tanda-tanda kecuali demam yang biasa dan badan terasa lemah. Emma masa itu ingat demam biasa dan hanya makan ubat demam sahaja. Tetapi apabila nafas kita pun jadi tersekat-sekat dan tak boleh nafas seperti biasa terus dimasukkan ke wad kecemasan,” jelas Emma yang kini sudah kembali aktif berlakon.
Empat hari berada dalam hospital doktor masih tidak tahu punca hinggalah dilakukan rawatan x-ray. Ketika itu doktor mengenal pasti ada nanah dalam hati.
“Emma terpaksa menjalani prosedur membuang nanah berkenaan dan apabila sedar ada tiub bagi membuangnya. Selepas itu, Emma terus rasa tubuh sudah sihat seperti biasa. Tetapi Emma terus kena tahan di wad hinggalah pulih sepenuhnya.
“Sebaik boleh keluar dari hospital, Emma terus mengambil kesempatan bercuti dan meneruskan aktiviti seni seperti biasa hinggalah hari ini. Namun sejak kejadian itu sebenarnya membuatkan Emma lebih berhati-hati terutama membabitkan soal kesihatan,” tambahnya lagi.
Menurutnya dulu dia tidak hiraukan apabila ada yang berpesan padanya jangan kerja kuat sangat nanti tumbang. Tetapi waktu itu Emmma tidak percaya kerana merasakan dia masih muda dan tidak pernah mengalami sakit.
“Iyalah waktu itu umur baru 24 dan masih muda dan kuat. Bagi Emma orang tua sahaja yang perlu ambil suplemen, duduk rumah dan jaga kesihatan. Dan apabila tiba-tiba kita tumbang, kita sebenarnya tak tahu bila ajal maut seseorang. Sakit yang datang itu tidak mengikut pada usia tetapi ikut kesihatan badan.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
“Ibaratnya luar nampak muda tetapi dalamnya sudah tua. Kita tak tahu bila sakit akan datang. Kita pula jenis tak cukup rehat dan tidur. Bermula saat itu jugalah Emma setiap hari ambil air masak dan jarang minum air manis. Saya juga tak ambil suplemen lain kecuali vitamin C dan vitamin B serta ambil pemakanan yang sihat,” pesannya pada hijabi di luar sana agar sentiasa menjaga kesihatan diri sebelum akhiri perbualan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kita mesti selalu mendengar pantang larang daripada orang tua dahulu melarang duduk di atas bantul takut kena bisul di punggung. Benarkah kepercayaan itu atau sekadar kata-kata? Pasti anda musykil kan? Anda pasti boleh elakkan bisul dipunggung berlaku.
Bisul merupakan benjolan nanah berisi yang berlaku pada kulit anda. Ianya berlaku kerana folikel rambut dan tisu di sekelilingnya dijangkiti. ia ada saiz kecil, besar, tunggal atau berkelompok. Benjolan bisul ini sangat tidak selesa, menyakitkan dan mengakibatkan komplikasi yang serius jika tidak dirawat. Merawat bisul merupakan proses yang mudah akan tetapi lebih baik untuk anda menyerahkan ia pada doktor. Lebih-lebih lagi apabila ia besar, dalam dan menyakitkan.
Simptom bisul di punggung adalah anda dapat mengetahui kehadiran benjolan atau benjolan merah, lembut dan sakit di bahagian kulit. Bisul selalunya akan bersaiz kecil atau sebesar kacang pis. Ia lama-lama akan menjadi keras. Selalunya benjolan tersebut akan membesar dan isi dengan nanah.
Selain itu, pada saat akhir dia akan muncul di bahagian hujung atau putih dan untuk anda mengeluarkan nanah. Ada juga bisul yang tidak pecah dan berakhir dengan kerak yang terbentuk atas benjol tersebut. Ada juga jenis bisul yang mengeluarkan cecair jernih. Jadi jangan terkejut jika ia membesar menjadi besar bola golf.
Ternyata duduk di atas lantai itu bukan punca bisul yang jadi pada punggung. Punca utama bisul adalah dari salah bentuk bakteria paling biasa pada tubuh yang bernama Staphylococcus aureus atau Staph. Bisul juga terjadi apabila kulit diselaputi oleh virus baik dan jahat.
Calar, luka, kemunculan jerawat atau gigitan pijat juga boleh membuatkan bakteria masuk dalam folikel. Ini akan membuatkan jangkitan dan bisul mula berkembang nanah terbentuk. Faktor lain yang menyebabkan bisul di punggung adalah kerana seseorang itu mempunyai sistem imun yang lemah oleh kerana mempunyai masalah kesihatan lain seperti meghidap diabetes atau kanser. Selain itu adalah ekzema, asma alahan atau konjuktivitis juga merupakan faktor lain.
Pasti sukar buat mereka yang mengalami bisul di punggung. Lebih-lebih lagi apabila aktiviti utama kita seharian adalah duduk. Menurut Hello Doktor, terdapat cara untuk anda merawat bisul di punggung. Apa yang anda perlu buat adalah tekapkan kain lap panas dan basahkan keatasnya selama 20 hingga 30 minit. Buat 4 kali sehari.
Jika anda buat ini dapat membantu liang pori anda terbuka dan dapat melembutkan kulit di kawasan bisul. Selain itu ia boleh membuatkan nanah di dalam mengalir keluar. Pastikan anda tidak memotong, memicit bisul tersebut. Jika ianya tidak berkesan, pergi jumpa doktor dengan cepat. Doktor dapat membantu untuk membuat hirisan kecil mengeluarkan bisul tersebut. Anda juga akan diberikan antibiotik untuk mengurangkan risiko jangkitan.
Kembali dengan membawakan koleksi ARIANI LAYAR RAYA 2023 bersama rekaan hijab dan busana yang lebih segar dengan paduan warna- warna menarik untuk digayakan dimusim lebaran ini.
Pertunjukan koleksi ARIANI dipersembahkan dengan cara yang unik dengan menampilkan artis profesional sebagai penyanyi pengiring ketika fashion runway dipersembahkan.
Rupa-rupanya disebalik pentas peragaan yang gah Majlis yang berlangsung di The Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur itu dihadiri lebih 800 tetamu, tersimpan satu impian anak gadis yang dipendam selama 4 tahun lalu.
Meletakkan keselesaan dan eksklusif sebagai elemen utama dalam penghasilan tudung, ARIANI mengilhamkan rekaan hijab dan busana terkini dengan pelbagai pilihan dan gaya yang cukup menawan.
Sebanyak lebih 101 rekaan hijab terbaru diperkenalkan dengan kombinasi warna, material dan cetakan yang lebih unik, moden dan elegan dalam setiap helaian hijab. Pertunjukan fesyen Layar Raya juga turut menampilkan barisan duta terkemuka untuk tahun ini seperti Datin Lisa Surihani yang juga merupakan duta Ariani yang baharu, pengacara Uyaina Arshad dan pelakon Bella Dally.
“4 tahun lalu, saya dijemput datang ke Fashion Show Ariani. Duduknya saya di belakang dewan sebelah kanan. Dalam hati terdetik, ‘Suatu hari nanti, aku juga akan berada di atas pentas itu,” kongsi Uyaina.
Menariknya 4 tahun kemudian, impian itu menjadi kenyataan. Walaupun ini adalah tahun ketiga Uyaina bersama Galeri Ariani, tetapi ini adalah tahun pertama berjalan di atas pentas megah Fashion Show Ariani yang cukup ikonik.
“Risau pun ada juga takut terpeleot atas stage tu Sempat saya berseloroh dengan Bella & Kak Lisa, “I’d rather talk than walk on stage, katanya”
Berkongsi rasanya di sidang akhbar, Uyaina juga berbangga, terharu, teruja, malah bersyukur walaupun ada perasaan gementar dan bermacam-macam perasaan lagi bercampur-baur. “Rasa macam hosting lagi tak nervous daripada catwalk. Bunyi macam aneh, tapi itulah Uyaina!”
Alhamdullilah! Impian saya pada umur 26 tahun, akhirnya menjadi kenyataan. Berjalan pula seiringan dengan wanita- hebat yang cukup saya kagumi, sayangi & hormati, ujarnya lagi.
ARIANI berpaksikan dengan identiti jenama ini yang sentiasa menghasilkan koleksi selendang dan hijab pada harga terbaik dan berpatutan seiring dengan kualiti tudung yang dihasilkan, baik untuk pasaran butik fizikal juga untuk pasaran online. Kesemua koleksi tudung ARIANI LAYAR RAYA 2023 ini disasarkan untuk semua wanita pelbagai peringkat usia.
Pada tahun ini juga ARIANI tampil kelainan apabila buat pertama kalinya melancarkan sub- brand baru khas kepada kaum adam, iaitu ARYAN. Bermula dari kanak-kanak sehingga golongan dewasa, ARYAN adalah pilihan tepat untuk mereka yang inginkan kelainan untuk bergaya di musim lebaran nanti.
Koleksi ARYAN juga amat rapat dengan perwatakan lelaki di luar sana yang sukakan imej ringkas dan selesa. Pertunjukkan fesyen pada petang itu memperlihatkan seleksi pakaian ARYAN seperti baju melayu sedondon & kurta ditampilkan buat pertama kalinya kepada para jemputan dan akan dijual secara eksklusif di House of Ariani.
Majlis pada petang itu dimulakan dengan persembahan pembukaan daripada petikan gitar professional daripada Man Kidal Bersama penyanyi Amir Masdi medendangkan lagu sejati, sebagai simbolik kepada peminat setia ARIANI yang terus menyokong selama jenama ini berada di pasaran.
Pertunjukan fesyen bagi segmen ini diserikan lagi dengan kehebatan paduan vokal pasangan Erni Zakri dan Syamel. Penggunaan material berkualiti tinggi dengan pelbagai rekaan potongan yang dilengkapi dengan aksesori bertatahkan swarovski antara keistimewaan koleksi The Premium Series ini.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di