Selain mekap dan pakaian bersesuaian, salah satu perkara wajib bagi menyempurnakan penampilan seorang hijabi adalah pemakaian kasut. Namun jika salah memilih kasut menyebabkan kita tidak rasa selesa untuk melangkah gara-gara beberapa masalah yang dihadapi. Lebih-lebih lagi jika menggayakan kasut baru yang pastinya mendatangkan masalah pertama kali memakainya.
Jika berhadapan situasi begini, janganlah risau atau rasa rugi membelinya kerana ada beberapa penyelesaian yang boleh kita kongsikan di sini. Hanya gunakan beberapa bahan semula jadi segala solusi akan diatasi segera.
#1. BALUT KASUT GETAH DENGAN FABRIK
Sentiasa melecet di celahan jari dan permukaan kaki akibat geseran getah selipar? Balutkan getah sandal leper anda dengan fabrik. Selain dapat mengelakkan melecet, ini juga dapat mengubah sandal leper anda menjadi lebih stailo.
Ads
#2. ISIKAN BEDAK BAYI
Letakkan bedak bayi ke dalam kasut anda untuk mengelakkan bunyi berdecit. Solusi terbaik dan cukup pantas!
Ads
Bedak bayi untuk elak bunyi berdecit.
#3. PANASKAN DENGAN PENGERING RAMBUT
Kasut kain anda sering basah dan lambat untuk kering. Mudah sahaja! Hanya sapukan ‘wax’ lebah ke seluruh bahagian fabrik kasut anda dan panaskan menggunakan pengering rambut.
Pengering rambut juga ada gunanya.
#4. SAPU GEL DEODORAN
Usah gundah lagi gulana! Kini anda dapat mengelakkan melecet di belakang tumit dengan hanya sapuan gel deodoran.
Ads
Sapu deodoran untuk elak melecet.
#5. LETAKKAN UNCANG TEH
Hapuskan bau kasut yang kurang menyenangkan dengan meletakkan uncang teh yang belum digunakan ke dalam kasut anda dan ia akan menyerap bau kurang menyenangkan itu.
Uncang teh atasi masalah bau hapak.
#6. KERTAS PASIR
Gunakan kertas pasir ke tapak kasut untuk lebih daya tarik. Ini dapat mengelakkan anda terjatuh akibat tapak kasut yang licin.
Wanita perlu bijak merancang kewangan untuk masa depan. Selain membuat tabungan setiap bulan, anda juga boleh membuat pelaburan dengan cara menyimpan emas. Ya wanita sememangnya ‘cintakan’ emas! Namun ia bukan sekadar hobi dan untuk melaram semata-mata tetapi ia boleh dijadikan sebagai pelaburan untuk masa depan.
MENGAPA WANITA PERLU SIMPAN EMAS?
Dari bencana kewangan. Jika kita masih bujang, ia bantu kita sebagai simpanan dan pelaburan. Jika kita dah berumah tangga, jika suami tiada Hibah Takaful atau perlindungan pendapatan. Bila jadi apa apa bencana. Mereka ada emas untuk teruskan hidup di masa depan. Jika suami jatuh hati lagi dan tinggalkan pergi maka emas menjadi talian hayat pelindungan yang abadi.
Wanita rasa lebih yakin dan jelita bila ada barang kemas ditubuh badan mereka. Rasa percaya diri tinggi. Orang Kelantan sebut Pemanis Tubuh.
Sejak zaman mak ayah kita muda, mereka menyimpan emas sebagai simpanan dan pelaburan yang paling mudah. Selagi ada lebihan duit mereka beli emas untuk simpan.
Semakin banyak duit dalam tangan mereka nak belanja saja. Pantang nampak bag tangan online rasa nak cuba. Bila menyimpan emas perasaan berharta dan kaya itu ada. Jika tidak asyik hendak berbelanja sahaja.
Jika kita hendak kekalkan nilai duit yang mereka ada sebaiknya simpan emas dalam tempoh jangka panjang.
Jika wanita memiliki emas, mereka dapat 3 Dalam 1 dalam satu masa. Ia mudah dibawa dan dicairkan, wanita tahu tempat selamat untuk menyimpan. Lelaki selalu lupa.
Berbanding lelaki hanya boleh simpan dinar, syiling, bar atau jongkong. Wanita boleh menyimpan semua itu dan barang kemas juga. Mereka ada lebih banyak pilihan.
Dari beli bag tangan yang akhirnya susut nilai dan dimakan zaman, lebih baik beli emas untuk masa depan. Wanita dan emas sukar dipisahkan. Jika susah menyimpan, belajarlah menabung emas sepanjang zaman.
HABIB sekali lagi tampil kreatif dengan mengolah rekaan klasik sempoa juga lebih dikenali sebagai ‘abacus’ menjadi satu barangan kemas yang bakal menjadi trend pada perayaan Tahun Baru Cina tahun ini. ‘Abacus’ merupakan satu peralatan zaman dulu sebagai satu
alat untuk mengira dan berkait rapat dengan wang dan kesejahteraann serta membawa lebih kekayaan dan kejayaan mengikut kepercayaan masyarakat Cina.
Rekaan ‘Abacus’ ini dihasilkan dengan hasil tangan yang cukup teliti menggunakan teknologi terkini dari Itali. Teknologi yang digunakan ini akan menghasilkan pelbagai jenis kemasan seperti potongan seakan berlian, ‘high-polish’ dan ‘matte’ yang boleh dilihat pada manik yang boleh digerakkan.
HABIB turut melancarkan wafer emas 999 edisi terhad bermotifkan Lembu (0.2g) sempena menyambut ketibaan Tahun Lembu berunsur logam. Barangan kemas Abacus dari Koleksi HABIB Oro Italia 916® boleh didapati dalam pelbagai bentuk untuk mereka yang berbeza pilihan gaya dan personaliti.
HIJABISTA: Sebarang bentuk perniagaan atau pelaburan termasuk pelaburan emas yang ingin dilakukan perlu dilengkapi dengan pengetahuan dan maklumat untuk mengelak pelabur tertipu dan rugi. Oleh itu dapatkan info yang lengkap sebelum membuat sebarang pelaburan.
Trend tudung terbaru sentiasa menghangatkan industri fesyen hijab tempatan. Walaupun mungkin tak lama, tapi ia cukup membuatkan kebanyakan hijabi teruja untuk mengikutinya ataupun mencubanya sekali.
Terkini, trend hijab terbaru adalah dengan menggunakan klip rambut di tudung. Gaya ini sebenarnya pernah menjadi tular tidak lama dahulu dan kini ianya kembali popular. Klip rambut yang biasa kita gunakan bagi merapikan rambut kini disepit di tudung pula. On tak on sis?
Sebagai manusia normal, tekanan adalah perkara biasa. Hanya manusia kurang normal yang mungkin tidak merasai tekanan. Namun begitu, bagaimanakah cara kita menghadapi tekanan?
Setiap orang pasti mempunyai cara tersendiri menghadapi tekanan di tempat kerja, sekolah, dengan pasangan dan sebagainya. Perkara ini penting untuk membuatkan minda kita melupakan seketika segala kesukaran yang dihadapi, membantu kita bertenang dan memberi semula kekuatan untuk menghadapi tekanan (stres) itu.
.
Panduan Menghilangkan Stres
Oleh kerana kita hidup di dunia terbuka, kita meluah masalah di media sosial. Apabila media datang untuk temu ramah, habis segala masalah rumah tangga kita londehkan.
Kita meluahkan segalanya kepada kawan yang ternyata tidak mampu menyelesaikan masalah kita, sebaliknya memanaskan lagi keadaan.
Walhal, Islam mengajar agar kita merujuk kes kepada ahli keluarga dan minta ahli keluarga yang bincangkan secara penuh kasih dan santun.
.
Percayalah, ketika kita beremosi, elakkan diri daripada bercakap. Kerana percakapan kita tidak berpandukan akal. Kita lebih berpandukan emosi dan perasaan yang kacau bilau.
Bersabarlah, berzikirlah, kerjakan solat. Percayalah, dengan mengadu kepada Allah Taala, akan ada jalan penyelesaian yang lebih konstruktif.
Dan percayalah, media sosial akan lebih merosakkan.
BERIKUT DIKONGSIKAN CARA MENGURUS STRES SEPERTI YANG DIKONGSIKAN OLEH IMAM MUDA HASSAN ADLI YAHYA
1. Bersukan
Jika terlalu banyak ‘beban’ dalam kepala pada satu masa, saya mengambil masa untuk bermain badminton bersama teman. Dengan bersukan, ia membantu mengurangkan tekanan dengan banyak cara.
Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi saya ruang untuk berfikir dan mencari ilham. Malah saya seperti ‘terlupa’ sebentar perkara yang membebankan kepala ketika itu.
Selalunya saya meninggalkan rumah dengan kepala yang serabut, tetapi pulang semula ke rumah dengan penyelesaian kepada masalah sebelum itu. Oleh itu amalkan bersukan, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
2. Rehat dan tidur
Tidur yang cukup dan pada waktu yang ideal memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi dalam kehidupan seharian kita.
Tidur yang cukup umpama mengecas tenaga kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi. Malah boleh menjadikan kita seorang yang optimis selain membuatkan kita segar selepas mendapat tidur yang cukup.
Saya mencadangkan anda supaya mengamalkan tidur seketika pada waktu siang iaitu sebelum masuk waktu Zuhur. Malah ia adalah sunah yang diamalkan Baginda SAW. Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15 hingga 30 minit sahaja.
Mengikut kajian, satu minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita pada waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.
Namun, jika di pejabat dan waktu rehat kita adalah jam 1 hingga 2 petang, jangan pula tidur dengan alasan mahu mengamalkan sunah. Sebaliknya, ambil masa selepas makan tengah hari dengan bersandar di kerusi dan melelapkan mata sebentar.
Tetapi harus diingat, tidur berlebihan akan memberi impak yang kurang baik kepada anda dan mungkin menjadi lebih stres selepas itu.
3. Luangkan masa dengan keluarga dan sahabat
Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan ‘mencairkan’ masalah. Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban sebesar gunung yang kita tanggung apabila hanya duduk di meja dan bersandar merenung siling.
Ketawa, bercerita dan berkongsi tekanan yang kita hadapi ketika itu akan membuatkan kita lebih baik dan masalah akan lebih terkawal.
Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, lawatlah mereka. Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar. Insya-Allah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan keserabutan di kepala melainkan suara mereka yang tercinta.
4. Bersolat dan berdoa
Solat adalah antara perkara mudah yang sering dirasakan susah oleh sesetengah orang. Ia adalah cara paling mudah dan efisien untuk mengadu terus segala masalah kita yang sebesar gunung kepada Sang Pencipta.
Apabila kita bersolat, kita berhubung secara terus dengan Allah dan Allah mendengar segala perkara yang kita keluhkan. Pada ketika bersujud berdoalah bersungguh-sungguh kerana pada ketika sujudlah Allah paling hampir dengan kita.
.
Selesai solat, tarik nafas dan pejamkan mata. Kemudian berselawatlah dan beristighfar. Insya-Allah diberikan ketenangan.
5. Membaca al-Quran
Mulakan hari kita dengan membaca al-Quran. Sebaik-baiknya selepas solat Subuh, pada waktu pagi sebelum memulakan kerja.
Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar, insya-Allah dengan membacanya pasti mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya. Kita juga boleh mendengar bacaan ayat al-Quran di tempat kerja.
Dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan. Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya.
.
Mendengar bacaan al-Quran dengan baik, dapat menghiburkan perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras serta mendatangkan petunjuk. Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengarkan bacaan al-Quran dengan baik.
6. Bersedekah
Bersedekah adalah antara cara terbaik untuk kita bermuhasabah. Bersedekah mengajar kita untuk melihat kembali orang di bawah kita.
Ketika kita sering mengeluh tertekan dengan kerja dan sering membanding-bandingkan dengan orang lain di atas kita, bersedekah ‘memaksa’ kita untuk tunduk dan melihat orang lain.
.
Ketika kita tertekan, kita masih mempunyai wang untuk makan dan menguruskan diri. Bagaimana pula dengan mereka yang terpaksa meminta-minta hanya kerana untuk meneruskan kelangsungan hidup?
7. Berjalan-jalan melihat alam
Melangkahlah keluar rumah, hirup udara sedalamnya dan lihatlah langit. Nikmatilah bagaimana waktu matahari tenggelam. Anda pasti terpaku dan kagum dengam keindahan lukisan Allah.
Insya-Allah perkara ini akan lebih membuatkan kita mengingati Allah, kagum terhadap kekuasaan-Nya dan kita akan berasa bersyukur terhadap segala nikmat yang telah dilimpahkan.
Lama-kelamaan, rasa bersyukur dan takjub terhadap nikmat Allah ini akan membawa pergi rasa tekanan secara perlahan-lahan, jauh daripada kepala kita.
Sumber kredit: Mohd Dzul Khairi Mohd Noor dan Imam Muda Mohd Hassan Adli Yahya via Harian Metro
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.