Giliran Instafamous Syafiqah Aina Selamat Timang Cahaya Mata Sulung. Netizen Tak Sabar Lihat Foto Penuh!

Share

Setelah menanti sekian lama akhirnya pasangan instafamous popular yang sering jadi bahan viral, Syafiqah Aina dan suaminya Hafiz Mahamad selamat menimang cahayamata pertama. Perkara ini diumumkan melalui Instagram Syafiqah Aina yang mengucap syukur pada Allah atas dikurniakan rezeki ini di bulan penuh mulia, bulan Syawal.

Dalam kapsyennya juga, Syafiqah Aina turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang sentiasa menemani dirinya sepanjang dia bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka di bilik bersalin.

Alhamdulillah, syukur sangat sangat ya Allah atas rezeki ini 
.
Thankyou Daddy, teman and relakan diri kena cengkam kena macam macam sambil Mommy belanja drama dalam Labour Room tadi

Sebaik dimuat turun di laman sosial Instafamous yang mempunyai lebih 800K pengikut ini turut dibanjiri ucapan tahniah termasuk rakan influencer lain.

mawarashid Syukur Alhamdulillah. Hello little princess

asyalliee Alhamdullilah welcome to motherhood

adirasalahudi Alhamdulillah congrats aina syg

syifamelvin Alhamdulillah tahniah aina dan hafiz

iera.tajudin Congrats kak aina

Walaupun tidak muat turun wajah foto baby sepenuhnya tetapi ramai membayangkan betapa comel si kecil ini.

babymama_hq Alhamdulillah…. Congrats mommy syg.. @syafiqahaina.. Gebunya bb @raisyanarisa. Welcome bby

wanina04 Aisyah dah keluar  alhamdulillah congrats akk @syafiqahaina mesti cuteeee sangattt nmpk bibir sikit tu pun thu dh

aqlh.h Alhamdulillah, tengok bibir pun dah tahu baby comel

fthnafrina Cangratssssss kak aina idola sy dari dulu lg tk sabar nk tunggu akak tunjuk baby!!!!!

Sementara itu dalam Instagram suaminya, Hafiz memberitahu nama puteri sulung mereka ini, Raisya Narisa yang dilahirkan dengan berat 3.39KG. Malah dia juga sudah membuat akaun Instagram si comel ini dan sudah mempunyai lebih 19K pengikut.

hafizmahamad Assalamualaikum Raisya Narisa @raisyanarisa 3.39KG (50CM)

Hijabista ucapkan tahniah atas kelahiran si comel ini dan semoga kehadirannya memberi lebih kebahagiaan buat mereka sekeluarga.

Syafiqah Aina sebelum ini pernah menjadi penghias kulit bagi majalah Hijabista sekitar tahun 2017.

FOTO KREDIT: INSTAGRAM SYAFIQAH AINA

IKLAN