Setelah menanti sekian lama akhirnya pasangan instafamous popular yang sering jadi bahan viral, Syafiqah Aina dan suaminya Hafiz Mahamad selamat menimang cahayamata pertama. Perkara ini diumumkan melalui Instagram Syafiqah Aina yang mengucap syukur pada Allah atas dikurniakan rezeki ini di bulan penuh mulia, bulan Syawal.
Dalam kapsyennya juga, Syafiqah Aina turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang sentiasa menemani dirinya sepanjang dia bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka di bilik bersalin.
Alhamdulillah, syukur sangat sangat ya Allah atas rezeki ini . Thankyou Daddy, teman and relakan diri kena cengkam kena macam macam sambil Mommy belanja drama dalam Labour Room tadi
Sebaik dimuat turun di laman sosial Instafamous yang mempunyai lebih 800K pengikut ini turut dibanjiri ucapan tahniah termasuk rakan influencer lain.
mawarashid Syukur Alhamdulillah. Hello little princess
Sementara itu dalam Instagram suaminya, Hafiz memberitahu nama puteri sulung mereka ini, Raisya Narisa yang dilahirkan dengan berat 3.39KG. Malah dia juga sudah membuat akaun Instagram si comel ini dan sudah mempunyai lebih 19K pengikut.
Astro mengumumkan pemeteraian kerjasama jangka masa panjang dengan SR One Sdn. Bhd. yang disaksikan oleh Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario dan Pengarah SR One Sdn. Bhd serta penulis novel tersohor, Siti Rosmizah Semail.
Kolaborasi ini menunjukkan keazaman Astro dalam mengukuhkan lagi kedudukan syarikat penyiaran tersebut sebagai hab utama negara untuk pembikin-pembikin drama mahupun kandungan yang berprestij dengan mengunci empat buah novel hasil nukilan penulis prolifik tersebut.
Jangan Menangis Cinta, Andai Itu Takdirnya 1&2 serta Takdir Itu Milik Aku bakal menemui peminat-peminat drama di Astro bermula bulan Mac ini sehingga 2023. Penjualan novel- novel tersebut telah mencecah lebih daripada setengah juta naskah dan merupakan antara novel-novelnya yang terlaris.
Garapan naratif Siti Rosmizah yang berpaksikan pergolakan emosi merupakan kekuatan novelis tersebut yang mampu menarik minat penonton-penonton untuk mengikuti drama- drama beliau. Watak-watak yang dihasilkannya adalah ikonik dan seringkali menjadi topik perbualan di laman jaringan sosial sehinggakan trending.
Adaptasi hasil-hasil nukilan Siti Rosmizah di platform Astro bukanlah sesuatu yang asing lagi di kalangan peminat-peminat drama tempatan. Kejayaan drama-drama adaptasi beliau yang lalu menunjukkan pencapaian rating tinggi yang konsisten.
Ini termasuk Lafazkan Kalimah Cintamu yang telah menjadi Drama Top Rated untuk tahun 2018 dan Curi-Curi Cinta pula menjadi drama yang mencapai rating tertinggi untuk 2019. Manakala Rindu Awak Separuh Nyawa menjadi drama yang memperoleh rating tertinggi untuk 2021.
SINOPSIS ‘JANGAN MENANGIS CINTA’
Riyana (Amyra Rosli) seorang gadis dari keluarga sederhana. Pertemuan tanpa diduga dengan pelajar lelaki bernama Zafran Zahim (Remy Ishak) telah mengundang masalah pada dirinya. Namun takdir Tuhan tiada siapa dapat halang. Selepas tamat belajar, Hariz (Halim Radzi), abang Zafran telah menghantar rombongan meminang setelah jatuh cinta pandang pertama pada Riyana.
Namun bahagia hanya seketika, Hariz berubah secara tiba- tiba dan memutuskan pertunangan mereka tanpa alasan. Begitu juga Zafran, Dina (Rita Nadira) memutuskan pertunangan mereka untuk mengahwini Hariz. Riyana redha menerima. Dia menganggap mereka tiada jodoh. Tapi Zafran mengamuk. Dia bergaduh dengan abangnya yang dituduh merampas tunangnya. Zafran berdendam dengan abangnya.
Dia akhirnya memutuskan untuk berkahwin dengan Riyana. Di awal perkahwinan mereka begitu hambar. Zafran masih dingin dengannya. Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga layanan keluarga Zafran padanya. Namun atas kesabaran Riyana akhirnya Zafran mula jatuh cinta padanya.
Bahagia hanya seketika, Riyana diduga. Anak yang dilahirkan cacat. Cinta Aryana lahir tanpa sebelah kaki. Zafran tidak dapat menerima. Dia malu dengan kecacatan anaknya yang mendorongnya untuk menceraikan Riyana dengan talak satu. Mampukah ketulusan hati Cinta Aryana menyatukan semula kedua orang tuanya? Nantikan kisahnya dalam drama hebat ini.
Pasangan selebriti, Intan Ladyana dan Harris Alif telah selamat diijab kabulkan sebagai suami isteri di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada jam 10 pagi tadi.
Di pagi Jumaat yang indah ini, Harris telah menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian buat isteri tercinta.
Pihak pengantin perempuan telah memberikan sembilan dulang hantaran dan berbalas tujuh dulang daripada pihak pengantin lelaki.
Kelihatan sangat berseri, Intan tampil cantik berhijab dalam busana berwarna putih rekaan Hatta Dolmat.
Diberi tanggungjawab untuk menata hijab, Bella Hud telah memilih gaya loose buat pelakon filem Adnan Sempit itu bagi mengikut trend terkini selain merasakan ia sangat sesuai dengan bentuk wajah Intan.
Moga Intan dan Harris dapat melayari alam perkahwinan dengan penuh rasa kebahagiaan dan juga kasih sayang. Didoakan agar hubungan ini kekal selamanya hingga ke syurga. Amin…
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu laporan kaji selidik, ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) didapati enggan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Ia juga turut membabitkan pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.
Pengurangan jumlah pelajar melanjutkan pengajian dalam jurusan sains amat ketara. Pengaruh rakan sebaya yang mampu menjana pendapatan lumayan melalui platform media sosial, walaupun ketika di bangku sekolah dikenal pasti antara faktor masalah ini berlaku.
Di samping itu ‘influencer’ yang dilihat menjana pendapatan jauh lebih besar daripada seseorang memiliki kelulusan universiti atau bekerja dalam sektor awam menyebabkan
universiti dilihat tidak lagi relevan untuk dijadikan sasaran cita-cita untuk menuntut ilmu.
Berikut perkongsian padu Mohd Nizam menyentuh tentang golongan anak muda yang enggan melanjutkan pelajaran ke menara gading.
“Apa guna belajar penat-penat sampai ke universiti? Lepas tu, kerja pun starting gaji RM2,000. Lebih baik jadi content creator kat Tik Tok!”
Dik, meh sini, Abang nasihat sikit:
1. Masuk universiti atau mana-mana institut pengajian, bukan untuk dapatkan kertas sijil semata-mata. Apa yang penting adalah untuk dapatkan Ilmu dan bentuk pemikiran adik supaya jadi orang terpelajar. Money and success? Both will follow you, dik, secara berperingkat.
2. Kalau tujuan adik untuk dapatkan kertas sijil tu sahaja, betul, usahkan masuk universiti, SPM pun, semoleknya adik jangan ambil. Lepas Darjah 6, lepas tahu menulis, membaca dan mengira, adik teruslah ceburkan diri buat jadi Bintang media sosial.
Photo by moaid-mefleh from Pexels.
3. Tik Tok, bilangan pengguna dia, lebih 1 billion. Bilangan pengguna aktif, 500 juta. Di Malaysia, anggaran bilangan pengguna, 4 juta.
4. Dalam bilangan pengguna Tik Tok tu, berapa orang je yang betul-betul buat duit? Ada tak sampai 1,000 orang yang adik tahu?
5. Katakanlah 1,000 orang di Malaysia betul-betul buat duit dan lestari, kita bahagikan dengan 4 juta. Itu adalah 0.025% dari keseluruhan pengguna Tik Tok di Malaysia. Itu baru statistic mudah berdasarkan Tik Tok, belum lagi yang lain.
Photo by cottonbro from Pexels.
6. Jangka hayat popular di media sosial, berapa kerat je yang bertahan lebih dari 3 tahun? Lepas tu, what’s next?
7. Jadinya, mulalah ramai yang buat content bangang. Tarik tudung lah, live marah orang kat 7-11 lah, semuanya sebab nak tarik traffic. Katanya, “Negative marketing is still a Marketing” – kata abang, simple je, “Dik, adik ingat Mak adik kandungkan adik 9 bulan, pastu perit jerih lahirkan kemudian besarkan adik, untuk adik hidup tanpa maruah?”
8. Kita ni, hidup perlu ada maruah. Once an act is posted on social media, it is permanent. Kalau adik delete di akaun adik sekalipun, orang lain dah download atau screenshot dah. Sebab itulah, education itu penting.
Photo by cottonbro from Pexels.
9. Cuba tengok content creator yang educated. Contoh? Khairul Aming. Ijazah dia, dari US, dik. Dalam Engineering. Lepas tengok video-video dia, adik rasa tak macam jadi lebih cerdik dan semangat dalam sesuatu subjek iaitu “masakan”?
10. Contoh lain? Richard Ker. Dia punya Twit pasal business dan isu semasa, sangat on point. Dia dari corporate sector – sebelum dia buat full time content creator, dia adalah Chief Marketing Officer untuk Aerodyne Group (syarikat drone Malaysia yang antara top di Dunia), pernah kerja dengan a number of multinational corporations – graduate pun, dari Universiti Surrey, UK.
11. Mudah cerita, persamaan Khairul Aming dan Richard Ker, mereka educated.
Photo by pavel-danilyuk- from Pexels.
12. Orang educated, strategi mereka tersusun. Khairul Aming dia guna social media untuk marketing sahaja, sumber kewangan lestari adalah dari dia jual sambal. Richard Ker pula, buat marketing agency sendiri, fokus kepada syarikat-syarikat Korporat sebagai klien.
13. Sekarang, cuba bandingkan depa berdua dengan Kak Long 7-Eleven. Dapat tengok tak beza dia dari segi kelestarian kewangan dan jaga maruah?
Photo by ekrulila from Pexels.
Kesimpulannya, Pendidikan itu penting. Duit pun, penting. Untuk jana duit yang sustainable, adik perlukan strategi. Untuk establish strategi, adik perlu ada kepintaran. Untuk ada kepintaran, adik perlukan Pendidikan.
Bawak Grab pendapatan lebih tinggi dari gaji kerja pejabat? Dik, untuk dapat pendapatan sebanyak gaji kerja steady, berapa jam adik perlu bawak Grab? What about your quality of life?
Pastu, adik nak bawak Grab sampai ke tua? Katakanlah dah bawak Grab 5 tahun dan sangat bergantung kepada Grab, kemudian the company sebagai kapitalis naikkan dia punya fee. Pastu macam mana adik nak survive?
Jadinya, simple, jangan terpengaruh sangat dengan ceritera dongeng instant famous and rich di media sosial ni – banyak yang kelentong. Dapatkan Pendidikan – dalam masa itu, cubalah discover diri dan passion adik yang sebenarnya.
***************
Gambar: ini gambar Khairul Aming terima Ijazah – menamatkan Pendidikan di peringkat universiti.
Cuba adik Google, ada tak jumpa gambar Setopa iKon permotoran terima Ijazah atau diploma atau mungkin slip keputusan SPM? Pastu cuba bandingkan antara depa berdua.
Sumber kredit: Mohd Nizam Top image: Photo by pixabay from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bak kata pepatah, "Mata adalah tingkap kepada dunia." Tanpa, mata bagaimana kita mampu melihat dunia? Oleh itu, kesihatan mata haruslah dijaga supaya penglihatan kita juga dapat diperlihara.