Perasaan itu tetap ada walaupun figura ini telah membuat pelbagai persembahan, namun penyanyi Aina Abdul gementar menantikan konsert solo pertamanya di pentas berprestij, Istana Budaya yang bakal berlangsung pada 25 dan 26 Jun ini.
Aina berkata, dia juga tidak menyangka apabila konsert yang bakal diketuai Pengarah Muzik, Mac Chew dan Jenny Chin itu bakal dihadiri selebriti-selebriti terkenal tanah air.
“Alhamdulillah kurang dua minggu lagi saya bakal membuat persembahan di pentas yang cukup saya impikan selama ini. Ibarat mimpi jadi kenyataan apabila berpeluang mengadakan konsert solo di Istana Budaya.
Dapat sokongan dari barisan penyanyi hebat
Bukan mudah untuk melihat barisan hebat ini hadir ke konsert yang bakal berlansung, Aina mempunyai pengikut dari kalangan Penyanyi terhebat Negara yang bakal menyaksikan persembahannya.
“Namun apa yang membuatkan saya lebih teruja dan gementar adalah selain peminat yang sudah mendapatkan tiket menyaksikan konsert ini, pengurus saya memaklumkan ramai selebriti terkenal dan berpengalaman bakal menghadiri konsert ini.
Ads
“Antaranya ialah Ziana Zain, Anuar Zain, Ella, Datuk Nora, Nabil Ahmad,Datuk Hattan dan Hael Husaini serta ramai lagi sudah mengesahkan kehadiran mereka sekali gus memberi satu tekanan kepada saya yang masih baru mengadakan konsert ini untuk membuat persembahan di hadapan mereka,”katanya.
Momen manis bersama peminat
Menurut Aina, dia tidak putus berdoa agar segala persiapan menuju konsert A Night With Aina Abdul 2.0 berjalan seperti yang dirancang.
“Saya ingin mencipta momen manis bersama peminat di konsert ini. Saya mahu penonton yang hadir merasai dan terhibur dengan setiap lagu yang dipersembahkan.
Ads
“Konsert ini adalah untuk kita semua menghargai diri sendiri dan saya akan menghadiahkan segala anugerah yang Tuhan berikan .
Ads
“Alhamdulillah persiapan menuju konsert berjalan dengan baik. Saya sudah melakukan beberapa sesi latihan bersama Mac Chew dan pasukannya.
“Insha-Allah minggu depan saya akan mengadakan sesi latihan di Istana Budaya untuk mendapatkan ‘mood’ sebelum tarikh konsert,”katanya.
Dalam pada itu, Aina memaklumkan tiket konsert A Night With Aina Abdul 2.0 masih boleh didapati di laman web www.ticket2u.com.my manakala bagi mana-mana pihak korporat dan syarikat yang mahu membeli dalam kuantiti yang banyak, hubungi Azrul di talian 017-3006531 untuk harga istimewa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak sampai seminggu lagi kita akan menyambut Syawal dan rasanya semua sedang sibuk membuat persiapan. Rata-rata jika lihat pelbagai jenama pakaian membuat jualan murah di sana-sini. Ada yang dijual pada harga berpatutan dan ada juga yang menjualnya dengan harga cukup tinggi. Baru-baru ini pengacara Diana Amir ada menyuarakan pendapatnya mengenai persoalan ini.
@iema_mss Alhamdulillah… Terima kasih atas peringatan… Semoga kite same ingat mengingati tegur menegur untuk kebaikan yg lebih berkat.. In sha Allah, semoga dipermudahkan semua urusan @dianaamir dan semoga diberkati
@nabila_heejab Salam sis diana.saya setuju. Saya jual baju cantik patuh syariah. InsyaAllah berpatutan. Boleh lawat ig saya untuk lihat2. Tudung patuh syariah pun ada.
@syaza_miraa akhirnyaaaa, ada yg bersuara. tq kak @dianaamir . nak cari baju punya susah, dah jumpa cantik warna pun ikut tema. tapi baju dia pendek pulak tak labuh dr punggung. pastu baju yg brand ni ada yg ikut badan. kenapa baju mahal2 tu tak menepati sebagai pakaian muslimah, dan org yg buat tu pun kan muslimah. Stress cari baju raya pun
Bismillah.. dah start cari baju raya??
Ada 1 persoalan yang timbul dalam fikiran bila susah nak mencari baju raya yang memenuhi kriteria ni..
Cantik, banyak sangat yang cantik, and harga pun cantik, RM400 ke atas tu dah macam biasa utk diletakkan pada baju.. Ada yang kita faham kenapa diletak harga macam tu sebab kualiti, hasil tangan, branding… tp, ada yang macam ??? Harga baju ikut trend ke ikut kualiti? .. camano den nak belanja baju cantik2 kat kaum kerabat ni.. cantik sikit ja harga terus ke langit.. (ok, x semua jangan marah )
and.. baju raya ditujukan saya rasa untuk muslimah.. wanita muslim, untuk dipakai pada hari raya, iaitu hari kemenangan umat islam selepas berjaya berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan dan menzahirkan ketaqwaan .. kan?
Tapi fesyen yang dihasilkan tak melambangkan pakaian utk wanita muslim.. tak melambangkan pakaian utk hari kemenangan umat Islam.. die cam.. Ramadhan alhamdulillah berpuasa, bertarawikh.. then tiba2 masuk bulan seterusnya ramai yang akan pakai fesyen2 itu.. Kesian kat mangsa fesyen, kita faham nak orang nampak kita yang terpaling cantik.. tapi bagaimana pandangan Dia pada kita?
Kalaulah fashion designer yang hebat2 hasilkan karya benar2 mengikut maksud perayaan, alangkah indahnya busana itu . Rasanya tak susah pun baju yang menutup aurat ni.. labuhkan sikit depan dan belakang, panjangkan bahagian lengan.. dah terjaga aurat saudara muslimah kita
anyways sekarang ni pun Diana tengah berbadan dua, dengan baju yang terbuka di depan, atau terpendek di belakang, lagilah susah pencarian baju raya ini .. hahahhaa…
mesti ada butik2 yang best tapi Diana je yg taktau, bolehlah tag diana cadangan butik2 yang cantik dan menutup aurat. bolehla sisters yg len tengok2 jugak
“Alamak! Saya ada hutang kad kredit sebanyak RM 9 ribu ringgit! Semuanya gara-gara nafsu membeli-belah yang sangat teruk!”
Bagi anda pencinta fesyen, kad kredit ataupun kad debit bukanlah rakan baik anda malah ia dikira sebagai ‘kawan makan kawan’! Menjanjikan pelbagai tawaran menarik saat menggunakannya, namun bila sudah mencapai satu tahap, ia seolah-olah menjadi musuh yang tidak disangka-sangka! Awas ya!
Tidak salah untuk anda berbelanja, terutamanya kepada mereka yang benar-benar mencintai dunia fesyen. Namun biarlah berpada-pada. Jangan membeli kerana kehendak, namun membelilah kerana keperluan. Jangan memakai sehingga tidak berwang, malah pakailah sekiranya memiliki wang.
Kali ini, team Hijabista akan kongsikan beberapa langkah bijak untuk anda berjimat-cermat sambil mampu membeli-belah dengan puasnya!
1. Akaun berbeza
Wang simpanan anda bukan hanya boleh disimpan dalam satu akaun sahaja. Malah, ia boleh disimpan dalam akaun yang berbeza! Risikonya apabila anda menyimpan wang anda dalam satu akaun, kebarangkalian untuk anda menggunakan wang itu sangatlah tinggi!
Seperti contoh, buka akaun bank dan simpan sebahagian daripada wang gaji setiap bulan semata-mata untuk membeli busana idaman. Jadi, secara tidak langsung, anda dapat menyimpan wang anda untuk digunakan apabila kecemasan!
2. Katakan “TIDAK” kepada kad kredit
Ingat ya, kad kredit bukan kawan malah musuh terdekat anda! Hati-hati dengan penggunaan kad kredit kerana ia mungkin akan memakan diri sendiri. Sebenarnya kad kredit mendorong anda untuk menjadi pengguna yang rakus dan tidak berhati-hati dalam menguruskan kewangan.
Oleh kerana itu, cuba untuk elakkan dari menggunakan kad kredit kerana ia boleh menyebabkan anda terbeban dengan hutang yang banyak. Lebih baik sekiranya anda menyimpan duit dan berjimat untuk mendapatkan apa yang anda impikan.
3. Menjual barangan sendiri
Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan! Ha! Jika anda mahukan sesuatu benda, pasti anda harus melakukan sesuatu untuk memilikinya! Jadi, apa kata anda menjual barangan anda yang sudah tidak digunakan supaya kewangan anda cukup untuk membeli barangan yang ingin dibeli.
Gunakan konsep ‘opportunity cost’ dalam kaedah ini. Anda jual barangan yang anda sayang, untuk memiliki barangan yang anda suka!Asingkan aksesori dan pakaian yang tidak muat atau tidak lagi sesuai untuk anda, dan cuba jualkannya di bazar fesyen atau e-Bay. Ia membantu anda untuk menambah koleksi baru pakaian anda!
Ramai yang hampir lupa tentang kaedah perbelanjaan ini. Biarpun ia melibatkan kos keluar, namun anda harus bijak mengutamakan barangan kehendak ataupun kemahuan. Tumpukan dahulu pada barangan kemahuan daripada kehendak!
Kurangkan perbelanjaan makan tengah hari di restoran mewah atau keinginan ke Starbucks setiap hari. Merokok juga patut dielakkan. Wang yang digunakan untuk perkara tidak penting ini boleh disimpan dan membantu anda mendapatkan beg tangan baru di pasaran.
5. Jadi kreatif, beli di bundle!
Jika anda seorang yang celik fesyen, apa kata anda cuba untuk membeli barangan di bundle yang lebih murah harganya dan amalkan konsep suai padan yang kreatif! Jika tidak mampu untuk mendapatkan kesemua koleksi baru, apa kata jadi lebih kreatif dengan memadankan koleksi yang anda ada dan cipta stail tersendiri.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Buat pertama kalinya Datuk Seri Siti Nurhaliza hadir ketika majlis pelancaran cawangan butik CreacionBySiti Nurhaliza di Melawati Mall semalam. Nyata penampilannya lebih cantik, menawan dan langsing dari sebelumnya. Rupanya Siti sudah hilang hampir 22 kilogram berbanding berat sebelumnya, iaitu 92 kilogram. Mengamalkan diet secara konsisten sepanjang berpantang punca utama penurunan berat badan yang cukup ketara. Malah beliau juga tidak kisah menjadi ‘zombie’ gara-gara berjaga malam bagi memastikan Siti Aafiyah mendapat susu badan sepenuhnya.
Menurut Siti, beliau memang betul-betul mengamalkan cara pantang sebaik sahaja melahirkan anak pertamanya, Siti Aafiyah 1 Rejab lalu.
“Siti memang mengutamakan soal diet dengan mengambil pemakanan secara sihat. Siti tak ambil makanan bergoreng, sebaliknya gantikan dengan rebus dan bakar sahaja. Nasi pula Siti ambil beras perang dan kuantiti juga tidak banyak.
“Selain itu, seperti ibu-ibu yang melahirkan anak, Siti turut amalkan proses bertungku, sauna dan juga urut. Dan Siti juga turut memanjangkan tempoh berpantang dari 44 hari kepada 74 hari,” ungkap Siti ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen busana Creacion & Simplysiti by Siti Nurhaliza 2018 serta pelancaran pembukaan cawangan butik Creacion By Siti Nurhaliza yang ke lapan di Melawati Mall.
Menurut penyanyi tersohor negara ini juga berkata beliau berpuas hati dengan perkhidmatan ibu berpantang dari Natalis yang disediakan sepanjang menjalani tempoh berkenaan.
“Saya memang puas hati dengan perkhidmatan Pakej Penjagaan Berpantang dari Natalismothercare . Hasilnya dari hari pertama hingga kini, Siti dan berjaya turunkan berat badan sebanyak 22 kilogram. Daripada 92 kilogram dan kini berat Siti hanya 70 kilogram.
“Insya-Allah Siti kalau boleh nak turunkan lagi hingga mencecah 59 kilogram. Walaupun tahu sukar untuk mendapatkan berat seperti itu, tetapi Siti akan berusaha. Maklum sahaja kerjaya sebagai penyanyi memerlukan kita tampil menarik ketika di atas pentas membuat persembahan,” tambahnya yang mengakui gembira dan bersyukur dengan perubahan dirinya setelah bergelar ibu.
Siti turut berkongsi pengalamannya menjadi ‘zombie’ kerana terpaksa berjaga malam disebabkan baby Siti Aafiyah.
“Siti Aafiyah jenis siang hanya tidur dan berjaga pada waktu malam. Biasanya tiga kali dia akan terjaga untuk minum susu. Walaupun memang memenatkan, tetapi bagi Siti bila setiap kali lihat baby Aafiyah terus hilang penat.
“Rasa puas dapat melihat setiap inci perkembangan tumbesaran Siti Aafiyah depan mata. Alhamdulillah Siti juga dapat memberi penyusuan penuh susu ibu kepada baby Siti,” tambahnya lagi.
Oleh kerana sentiasa memberi susu badan menyebabkan beliau sering rasa lapar, dahaga dan mengantuk.
“Itu memang siptom yang biasa ibu-ibu alami sepanjang tempoh penyusuan. Justeru Siti akan sentiasa sediakan makanan. Bagi memperbanyakkan susu pula, Siti akan makan sarang burung, lobak putih, salmon dan beberapa makanan bersesuaian.
“Buat masa ini Siti tidaklah buat stok susu, sebaliknya akan beri jika ada permintaan. Oleh kerana Siti Aaafiyah masih kecil, jadi tidak ada momen lucu sepanjang breastfeed, cuma Siti memang tak puas lihat dia senyum dan gelak dalam dunianya tersendiri,” jelas Siti yang turut berdoa agar bulu mata anaknya panjang dan lebat seperti suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa ketika tempoh mengandung.
“Itu memang saya doa ketika mengandung dan alhamdulillah bulu mata Siti Aafiyah seperti ayahnya. Panjang dan tebal. Ramai yang datang tengok kata Siti Aafiyah ikut muka saya dan ada kata ikut muka suami. Saya tak sabar nak tunggu dia berusia 5 bulan ke atas untuk lihat perkembangannya itu,” cerita Siti yang turut mengambil kira pesanan ibunya dalam menjalani fasa baru ini.
“Apa yang Siti alami inilah apa yang emak Siti lalui dulu. Emak Siti pesan, jadi ibu ini perlukan kesabaran yang cukup tinggi. Setiap kali ada kesusahan, perlu hadapinya dengan tenang. Memang pengorbanan seorang ibu itu sangat besar dan selagi ada ibu kita perlu hargai mereka,” jelasnya lagi yang turut mengamalkan makan jamu untuk kelihatan kekal sihat dan bertenaga. Siti mengamalkan pengambilan jamu di akhir tempoh berpantang.
Penampilan Siti buat kali pertamanya itu semalam di khalayak nyata mendapat sambutan cukup menggalakkan dari peminatnya. Rata-rata ada yang hadir seawal pagi dan ada juga datang dari luar Kuala Lumpur.
Masing-masing tidak sabar menanti kehadiran Siti dan ternyata biarpun sudah bergelar ibu, persembahan Siti petang itu cukup menghiburkan.
Sempena pembukaan cawangan butik ke lapan, ini, tetamu yang hadir juga turut dipersembahkan dengan pertunjukan fesyen koleksi Syawal terbaru Creation by Siti Nurhaliza yang berkonsepkan blossom.
Koleksi kali ini tampil dengan 39 rekaan menarik yang termasuk 8 rekaan premium series dan salah satunya merupakan istimewa ‘Design by Siti Nurhaliza’.
Menurut Siti juga, walaupun ketika rekaan ini dihasilkan beliau dalam tempoh hamil tetapi turut mengambil tahu setiap perkembangan koleksi ini.
“Siti cukup puas hati dengan koleksi yang dihasilkan ini. Sebelum ini tidak lihat semua depan mata, tetapi bila lihat hari ini Siti memang puas hati.
“Kali ini kita memilih tema kuntuman-kutuman bunga yang dihasilkan dari fabrik broked sifon plain serta mainan warna yang cukup menarik. Malah rekaan dihasikan ini juga bertujuan mencipta nostalgia indah dan beri pengalaman istimewa penggayaan busana elegan di pagi Syawal nanti,” terang Siti lagi yang membayangkan akan bekerjasama untuk menghasilkan koleksi kanak-kanak dan juga baju kasual penyusuan untuk kaum ibu.
Beliau juga teruja pembukaan cawangan ini adalah di lokasi cukup strategik dan sesuai menjadi tempat beli belah untuk warga bandar dan penduduk sekitarnya.
Koleksi Syawal Creacion by Siti Nurhaliza ini akan ada di butik secara berperingkat-peringkat dan boleh didapati pada harga serendah RM199 dan ke atas.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.