Ada hari kita terlupa untuk membuang sampah yang sudah beberapa hari di dalam tong sampah rumah. Tiba-tiba, di ruang tamu tampak kelihatan sesuatu yang sedang bergerak di atas lantai–rupanya ULAT SAMPAH!
MasyaAllah! Tak tahu nak bayangkan bertapa gelinya sewaktu itu apabila melihat ulat sampah merayap keluar dari tong sampah. Anda pula dah mula membayangkan bertapa banyaknya ulat sampah yang ada di sekitar tong sampah itu.
Tolong, jangan merayap lagi di rumah saya!
Meski pun hanya beberapa hari sahaja kita terlupa untuk membuang sampah. Cepat sahaja makhluk perosak ini membiak dan membuatkan kita rasa geli dengan rumah kesayangan ini.
Jadi adakah sebab tidak membuang sampah yang membuatkan ulat sampah ini terus membiak dan ‘merayap’ keliling rumah kita? Atau adakah mempunyai faktor lain yang mempengaruhi?
Kalau anda nak tahu sebenarnya seekor ulat sampah boleh membesar dan bertukar jadi lalat dewasa hanya mengambil masa 24 jam sahaja! Jadi untuk elakkan ia berlaku dan membuatkan rumah kita kelihatan sangat kotor, ayuh kita pelajari cari untuk mengelakkan dan juga membunuh ulat sampah.
Geli untuk sementara waktu, belajar cara untuk tangani ulat sampah
Ada beberapa cara yang telah banyak di kongsikan di mana-mana sosial media dan juga portal yang sedia ada. Jadi kami di Hijabista akan rangkumkan secara ringkas cara yang senang untuk anda pratikkan di rumah.
IKLAN
1. Air panas yang mendidih
Penggunaan air panas adalah satu kaedah yang sangat mudah untuk permulaan anda bagi membasmi dan menyelesaikan masalah ini. Caranya mudah sahaja dengan mendidihkan air panas lalu anda hanya jiruskan sahaja ke kawasan yang tercemar dengan ulat sampah. Meski pun niat anda hanya untuk membunuh ulat sampah, anda juga sekali gus dapat membasmi kuman yang ada di kawasan tersebut.
2. Gunakan garam dan kapur makanan
Kawasan yang tercemar dengan ulat sampah sudah tentunya berpotensi memberikan ia satu habitat yang bagus untuk ia membiak. Jadi apa yang anda boleh lakukan adalah dengan mencampurkan kedua bahan ini–garam dan kapur sirih–ia dapat membantu untuk membunuh ulat sampah mati kekeringan. Bunyi agak kejamkan? Tetapi ia terbaik untuk menjaga kebersihan dan kesihatan kita. Caranya mudah sahaja, anda campurkan garam dan kapur sirih dengan nisbah 1:1 di dalam bekas di isi air dan kemudia siramkan ke kawasan ulat sampah terkumpul.
IKLAN
3. Cuka
Cuka juga menjadi satu bahan yang sesuai dalam pembasmian ulat sampah. Ia juga sering di gunakan dalam pembasmian kuman dan mengelakkan dari kesan kotoran dan sebagainya. Caranya adalah dengan melarutkan secawan air cuka ke dalam secawan air. Sebatian itu akan di panaskan di atas api selama beberapa minit. Setelah siap air rebusan itu, siramkan pada bahagian luar tong sampah bagi membunuh ulat sampah.
4. Peluntur kain
Sekarang ia bukan sekadar peluntur kain malah satu bahan yang bagus untuk membasmi kuman! Oeluntur kain sangat bagus dalam memutihkan pakaian, ia juga di jadikan sebagai satu bahan untuk membasmi kuman yang bagus. Kegunaan untuk membunuh ulat sampah adalah dengan mencampurkan secawan peluntur kain ke dalam bekas yang berisi air. Tuangkan campuran tersebut ke kawasan yang kelihatan banyak pembiakan ulat sampah.
IKLAN
5. Bunga cengkih
Seperti peluntur kain yang sering di gunakan untuk tujuan membasuh baju, kini bunga cengkih bukan sekadar bahan untuk memasak. Bunga cengkih sangat berkesan dalam membunuh ulat sampah. Cara yang untuk di gunakan membunuh ulat sampah adalah dengan menumbuk kasar bunga cengkih secukupnya. Kemudian, anda boleh taburkan serbuk bunga cengkih itu pada kawasan ulat sampah membiak di tong sampah atau di atas tanah.
Selepas ini, anda perlu pastikan untuk kerap membuang sampah supaya tidak ulat sampah yang dapat membiak. Pastikan juga tiada sebarang sisa makanan yang terdedah supaya dapat di elakkan pembiakan ulat sampah.
Makanan Korea kini bukanlah sesuatu yang asing lagi buat masyarakat di Malaysia. Fenomena muzik K-pop, pengaruh drama Korea(K-Drama) yang mula ditayangkan di pelbagai saluran televisyen dan platform media membuatkan orang ramai tertarik dan ingin mencuba pelbagai makanan Korea. Bahkan, pelbagai restoran makanan Korea yang dah ada di Malaysia seperti Kyochon, Sopoong, Dubuyo, Mr. Dakgalbi, dan banyak lagi!
Sebut je pasal makanan Korea, perkara pertama yang terlintas di benak fikiran pastinya makanan seperti Kimchi, Tteokbokki, Bimbimbap, dan macam-macam lagi. Tapi sebenarnya, ada banyak lagi makanan Korea yang hijabi patut tahu. Contohnya seperti pencuci mulut dan kudapan Korea!
Apa itu Hotteok?
Kalau hijabi biasa layan K-Drama, mesti anda pernah melihat babak pelakon sedang menikmati satu pencuci mulut seperti ‘mini pancake’, iaitu Hotteok. Ia adalah makanan ringan dari Korea dan juga merupakan makanan jalanan (street food) yang popular di Korea Selatan. Katanya, ia sedap dimakan ketika panas!
Hotteok atau ‘Sweet Korean Pancake’ ialah sejenis lempeng Korea yang mempunyai isi di dalamnya. Hotteok ini diperbuat dari adunan tepung gandum, air, susu, gula dan yis. Intinya selalu dipenuhi dengan gula merah, madu, kacang dan serbuk kayu manis. Ia menjadi diantara pencuci mulut kegemaran masyarakat di Korea. Bukan itu sahaja, bintang global Korea; BTS juga sangat menggemari Hotteok ni tau!
Kini, ada banyak variasi hotteok yang dijual, seperti hotteok teh hijau, hotteok jagung dan sebagainya. Namun, isi tradisionalnya iaitu kayu manis bersama kacang masih menjadi kegemaran ramai. Buat hijabi yang ingin mencuba resepi Hotteok ini, bolehlah ikuti resepi yang dikongsikan orang seorang pengguna di laman Facebook.
Resepi Hotteok Atau ‘Sweet Korean Pancake’
Bahan-Bahan
1 cawan air suam
1 sudu kecil garam
1 1/2 sudu besar gula
2 sudu kecil serbuk yis
1 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan tepung pulut (diayak)
Bahan Inti
1 sudu kecil serbuk kayu manis
2 hingga 3 sudu besar gula perang
1 hingga 2 sudu besar kacang yang dicincang (boleh guna apa sahaja jenis kacang yang anda suka)
Cara Penyediaan
Masukkan air suam, garam, gula, dan yis ke dalam mangkuk besar.
Masukkan tepung gandum dan tepung pulut ke dalam mangkuk tadi dan gaul rata menggunakan senduk. Adunan memang lembik, jangan tambah tepung. Tutup mangkuk menggunakan plastic wrap atau apa sahaja, dan biarkan selama sejam. Tutup dengan penutup periuk pun boleh.
Selepas sejam dan doh dah naik 2 kali ganda, gaul rata sekali lagi sambil buang angin dia. Kemudian tutup dan tunggu sepuluh minit lagi.
Sambil itu, boleh sediakan inti. Campurkan sahaja semua bahan inti. Saya ada juga letak nutella sebagai inti. Sedap!
Tabur tepung gandum di atas dulang/ pinggan yang anda akan guna selepas bahagikan doh. Bahagikan doh kepada 8 bahagian. Jangan lupa untuk salut tangan anda dengan tepung gandum sebelum anda pegang doh, supaya doh tak melekat pada tangan. Masukkan inti ke dalam setiap bahagian doh.
Goreng doh atas kuali leper yang sudah panas dan diletak minyak. Tak perlu goreng deep-fry tapi minyak kena letak sikit-sikit setiap kali doh diterbalikkan. Tekan-tekan doh bagi leper dan terbalikkan 2-3 kali supaya masak sekata.
Dah boleh makan macam tu je atau makan dengan aiskrim vanilla dan drizzle madu/ mapple syrup. Sedap! Selamat mencuba!
Ha…buat peminat K-Drama atau peminat makanan Korea, anda harus cuba resepi ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup tau. Yang paling penting, jangan lupa nikmati ketika ianya masih lagi panas, baru terasa kemanisan inti di dalamnya!
Ujian Allah itu datang tanpa kita ketahui. Kalau sebelum ini seseorang itu sentiasa sihat dan aktif, tetapi tiba-tiba jatuh sakit hingga tidak mampu berjalan. Seperti perkongsian gadis ini yang ada pengalaman menjalani pembedanan membuat cyst di ovary kanan pada tahun lalu. Cyst yang dibawa selama ini bukan kecil tetapi seberat 5 kg dengan sebesar 28 cm dan Amalina Hasin diibaratkan seperti wanita yang mengandung tujuh bulan.
Walaupun diduga sebegitu oleh Tuhan, tetapi gadis ini bersyukur kerana segala urusannya dipermudahkan Tuhan.
Ikuti pengalamannya yang tahu mengalami cyst ketika ia sudah membesar tetapi tiada sebarang komplikasi berlaku sepanjang pembedahan.
Dalam perkongsiannya Amalina menasihati jika ada tanda-tanda tidak normal berlaku pada seseorang, cepat-cepat mendapatkan rawatan doktor. Ini kerana cyst ini boleh datang tanpa kita sedari dan boleh muncul kembali walaupun telah membuangkanya.
Setiap wanita kena tahu cyst atau kanser. Dapat tahu derita cyst besarnya kira-kira 28cm dan seperti wanita mengandung
CYST ATAU KANSER ?
WANITA JANGAN AMBIL RINGAN.
PENYAKIT INI DATANG TANPA KITA SEDARI DAN BOLEH MUNCUL KEMBALI.
Alhamdulillah. Harini genap 7 hari lepas major operation untuk buang cyst di ovari kanan. Syukur Ya Allah, pembedahan berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi. Lepas pembedahan pun tak ada komplikasi lain, tak bleeding, tak perlu transfer darah. Alhamdulillah, Allah datangkan ujian tapi Dia permudahkan.
Gambar kat bawah ni lah saiz cyst yang dah dikeluarkan. Seberat 5kg, sebesar 28cm. MashaAllah, waktu pertama kali dapat berita, demam seminggu. Emosi sebenarnya okay je, tapi mungkin badan dah semakin lemah. Tak sangka selama ni bawak makhluk sebesar ni dalam perut
Doctor kata umpama orang mengandung 7 bulan. Syukur, walaupun lambat dapat tanda2 sakit, lambat bertindak pergi check up, walaupun terpaksa jugak operate, semuanya berjalan lancar. (saya jenis terlalu positif, dan takut doktor, dah banyak kali family ajak pergi klinik, tapi selalu berdegil, jadi lepasni kita kena letak sikit rasa negatif dalam diri terutama bab kesihatan, yang mana boleh elak kita elak awal awal) – JANGAN TAKUT DOKTOR
Rupanya sudah lama cyst ini ‘hidup’ lama dalam tubuh badan. Sekitar dua hingga tiga tahun di sebelah ovari kanan. Buang ovari berkenaan dan hanya tinggal ovari sebelah kiri sahaja. Masih dalam keadaan baik dan ada peluang untuk hamil.
Doktor kata, kemungkinan benda ni dah hidup around 2-3 tahun dah dalam badan. Duduknya di sebelah kanan ovari. Tube dan ovari kanan dah dibuang sepenuhnya. Syukur, masih ada rahim dan ovari kiri berfungsi dengan baik. Alhamdulillah, masih ada cahaya dan berita baik untuk diri ni. Doktor jugak terpaksa buang appendik dan sedikit lapisan lemak sbb berisiko utk ada jangkitan pada ovari sebelah kiri pula. Syukur, saya masih sempat elak dari merebak ke kiri walaupun saiznya dah membesar.
Emak ada tanya punca, tapi doktor pun tajk dapat pastikan kerana masih dalam kajian. Kemungkinan ia bukan cyst biasa tapi kanser.
Umi tanya doktor pakar sendiri masa hari terakhir dekat wad ‘Doktor, apa punca cyst ni boleh datang’ Lepastu doktor kata ‘Kalau saya tahu saya dah share, tapi saya pun taktahu, sebab actually penyakit ni masih dalam kajian’. Oleh sebab tu, kita pun main google je lah. Sebab nak bagi peringatan jugak pada org sekeliling tentang bahayanya penyakit ni. Sebab ada possibility benda ni bukannya cyst biasa, tapi kanser.
Mulanya doktor kata 50-50 ke arah kanser. Tetap kekal positif sehinggalah akan dapat keputusan dari makmal nanti.
Macam kes saya ni, dah run blood test before operation. Doktor kata 50-50 ke arah kanser. Tapi selepas operation baru dapat tahu, sbb cyst ni akan hantar ke makmal untuk diorang pastikan memang kanser atau bukan. Hari terakhir jumpa doktor, doktor kata sekarang dia letak saya dalam 3 possibility :
Normal cyst
Ovarian kanser
Borderline
Tapi ikut pemerhatian doktor, dia tengok cyst ni mcm bukan kanser. Syukur, saya positif je. Sebabnya tanda-tanda kanser pun kurang pada diri saya. Kita anggap dia takde je lah ya Positif positif dan positif. Keputusan keluar pada 23/4 ni atau 4/5 nanti. InshaAllah mudah mudahan result baik baik je.
*Kepada semua kawan2 yang terbaca yang ada mak, kakak, adik, saudara mara, kekasih, rajin rajin lah ajak mereka buat check up, kita bersedia sebelum dia semakin membesar jadi mcm kes saya. Buat ultrasound je dah dapat tahu dia ada ke tak kat situ.
Macam mana saya dapat tahu?
Saya memang bawa motor pergi kerja hari2, jalan pulak tgh buat construction, mmg lubang banyak, terhentak hentak atas motor, terus rasa ngilu, senak dan sakit di bahagian bawah perut kiri dan kanan. Selepas tu saya terus buat check up di klinik swasta. Dah dpt keputusan baru refer ke hospital sbb taknak tunggu lama kalau terus ke hospital, mmg akan ambil masa yg lama. Yg ni bersyukur tunggu 3 minggu je tunggu dari tarikh mula2 refer hospital, dah dpt tarikh operate, sebab cyst dah besar sgt dan boleh pecah.
Cara bagaimana nak kesan.
Update : Sebab ramai tanya apa tanda2 dan punca. Ini saya share berdasarkan pengalaman saya dan jugak apa yg doktor pakar cakap ya. Sbb cyst ni ada banyak jenis, yg aktif, yg tidak, yg biasa, yg kanser, yg satu ketul, yang lebih dari satu ketul, yg fibroid, yg ada semasa preggy. Jadi mungkin tanda2 dia berbeza pada semua org. Untuk saya tanda2 nya :
1. Senggugut yang teruk setiap kali dtg bulan
(Terpaksa mc, makan ubat, bertungku, tak makan sehari atau dua, muntah, demam)
2. Mudah kejang pada kaki
3. Mudah lesu dan letih walaupun tak buat kerja berat
4. Benjolan pada sekitar perut (mcm saya dah terlalu besar, dah penuh satu abdomen, benjolan dah dpt rasa sikit je dari bawah dada, dah ada benjolnya)
5. Sakit pada sekitar bahagian bawah perut, kiri atau kanan (saya sakit kedua dua belah sbb cyst terlalu besar walaupun kedudukannya di ovari kanan)
6. Benjolan pada payudara (saya tak ada, tapi doktor check jugak, sbb cyst boleh timbul jugak di payudara)
Ini pula adalah punca-puncanya. Salah satu ambil suplemen kurus dan putih sepanjang 2 tahun.
Punca2 : (doktor pakar pun kata masih dalam kajian, tapi menurut soalan2 yg di tanya pada saya, kemungkinan ini lah beberapa puncanya)
1. Supplement (saya ada ambil supplement kurus dan putih sepanjang 2 tahun masa study)
2. Pemakanan (ayam, cheese, soya, ikan keli, ikan haruan, daging) – sebenarnya makanan favourite saya rupanya.
3. Keturunan (jika kanser) – mcm saya arwah maklong ada kanser
4. Period yang tidak teratur atau sakit (saya hanya senggugut teruk, tapi period sgt teratur setiap bulan, lain org lain tandanya, jadi kena periksa kalau ada masalah period)
5. Ubat perancang kehamilan (saya tak ambil sebab belum kawin) -ni saya dengar doktor marah patient dekat wad saya duduk tu, dia ada cyst, dia ambil ubat perancang kehamilan, doktor mmg bising sangat2 – ubat utk elak mengandung atau nak mengandung, dua dua bahaya.
Gadis ini juga ingatkan kaum wanita untuk buat ujian ultrasound di mana-mana klinik berhampiran.
Punca dia mmg tak banyak. Sbb tu doktor pun kata masih dalam kajian. Jadi baik kita buat ujian ultrasound je dekat mana2 klinik atau hospital swasta. Saya buat di klinik panel office saya, Poliklinik Desilva, hanya RM50 sahaja kos. Kebetulan doktor yang merawat mmg doktor pakar sakit puan. Kos untuk klinik lain saya tak pasti. Saya belum berkahwin, jadi buat ultrasound je. Utk yg dah berkahwin selalu doktor suggest buat ujian pap smear lebih efektif. Tp ultrasound pun dah memadai utk peringkat awal check up.
Hanya buat di hospital kerajaan kerana kos lebih murah berbanding swasta. Doktornya juga baik-baik & layanan sangat memuaskan walau wad kelas ketiga.
Ada yang bertanya, berapa kos pembedahan saya. Alhamdulillah, saya hanya pergi hospital kerajaan Ampang. Sebab kes ni terlalu emergency, doktor takut cyst pecah, saya tunggu seminggu je untuk operate. Bil saya hanya RM60 sahaja termasuk operation, warded dan ubat2. Kos sebenar RM 1,660. Subsidi, sebab tu murah. Kalau swasta saya dengar pengalaman org lain dan melalui banyak pembacaan, kos anggaran bermula 5k-30k. Bergantung pada kes. Alhamdulillah syukur sekali lagi. Hospital Ampang adalah salah satu hospital terbaik untuk pakar bahagian sakit puan. Syukur hospital sebelah rumah saya je. Doktor yg rawat saya mmg ramai. Ternyata pakar disini memang ramai dan sangat2 baik. Thanks doktor dan nurse. Walaupun wad kelas ketiga, tapi layanan sangat sangat baik.
Tapi untuk permulaan saya nasihatkan jangan terus ke hospital kalau taknak tunggu lama. Buat dulu pemeriksaan di klinik swasta atau klinik pakar sakit puan. Dah dapat keputusan ultrasound, minta copy daripada doktor, doktor akan bagi. Bawak keputusan tu ke hospital berdekatan. InshaAllah, lebih cepat mereka akan refer kita ke bahagian pakar sakit puan.
Pesannya juga tolong sayangi diri dan jangan biar berlarutan. kita perempuan mudah terdedah bermacam jenis penyakit terutama kanser.
Terlalu ramai yg pm saya komen bagitahu saya dan kongsi punya pengalaman atau masalah yg sama. TOLONG, TOLONG, TOLONG sayang diri kita, kalau ada tanda2 kalau ada masalah perempuan, jangan biarkan berlarutan, cepat2 buat check up. Kita perempuan mudah terdedah dengan mcm mcm jenis penyakit terutama kanser. Allah, minta dijauhkan dari kita semua.
Semoga perkongsian saya dapat beri manfaat kepada ramai lagi org kat luar sana. Bagi yang alami masalah yg sama, ada juga yang lebih kritikal berbanding saya, saya doakan awak semua diberi kesihatan yang baik, cepat sembuh dari sakit yg ada. Mudah mudahan ? Terima kasih jugak pada yg mendoakan kesihatan saya. Maaf kalau terlepas pandang, tak balas. Semoga doa kalian mendapat balasan baik dariNya dan mengiringi diri saya. Thanks !
Hijabista sempat menghubungi Amalina untuk bertanyakan perkembangan terkini. Dia sekarang sedang berehat setelah menjalani pembedahan. Amalina juga berharap dengan perkongsian kisah ini akan memberi panduan dan manfaat kepada hijabi di luar sana.
“Alhamdulillah kak share lah. Moga moga perkongsian saya ni dapat beri panduan dan manfaat pada yang lain”.
Dalam perkembangan terbaru Amalina, dia telah muat turut posting terbaru memberitahu cyst yang dialami bukanlah kanser. Dia juga turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya selama ini.
Dia juga turut memberitahu, sejak dimuat turut pengalamannya itu di laman sosial facebook, Amalina berkata tidak putus menerima mesej bertanyakan lebih lanjut mengenai pengalamannya itu.
Tidak kira bagaimana anda mengirisnya, roti adalah makanan utama Barat. Dari roti bakar semasa sarapan hingga sandwic pada makan tengah hari hingga ke pada waktu makan malam, tidak sukar untuk memakan ramuan siap sedia ini setiap hari bahkan pada setiap waktu makan.
Selama bertahun-tahun, malah diet rendah karbohidrat dan bebas gluten semakin popular dan menjadi pengaruh orang asia berdiet. Tetapi adakah betul makan roti setiap hari?Itu semua bergantung terutamanya pada roti yang anda pilih dan berapa banyak yang anda makan.
Anda mungkin pernah mendengar bahawa biji-bijian seperti roti gandum lebih baik untuk anda daripada putih. Garis panduan pemakanan orang barat mendorong mereka untuk membuat separuh biji-bijian dalam ruji makanan harian. Roti gandum utuh dibuat dengan inti gandum utuh, yang bermaksud ia menyimpan semua serat dan nutrien pentingnya seperti zat besi, zink, dan vitamin B. Sebaliknya roti putih dibuat dengan menanggalkan biji gandum dari kuman dan dedaknya yang kaya dengan nutrien. Ini mungkin menghasilkan produk yang lebih enak dan stabil, tetapi mengurangkan nilai pemakanan.
Walaupun makan roti gandum setiap hari mungkin membawa banyak faedah, yang sama tidak semestinya. Berikut adalah kemungkinan kesan kesihatan memakan roti setiap hari.
1. Boleh meningkatkan gula darah anda
Sekiranya anda memeriksa gula dalam darah anda, pengambilan roti putih dalam makanan harian anda tidak digalakkan. Dosis tinggi karbohidrat sederhana dalam biji-bijian halus diserap ke dalam aliran darah lebih cepat daripada karbohidrat komplek dalam gandum utuh, yang menyebabkan kenaikan gula darah yang cepat. Gula darah yang kuat dari memakan makanan yang tinggi glisemik dapat meningkatkan risiko diabetes.
2. Kenaikan berat badan
Apabila sekumpulan baguette tiba di meja anda sebelum makan di restoran, pengambilan makanan adalah penting. Karbohidrat sederhana seperti roti putih terkenal kerana tidak mengisi perut anda. Jadi terlalu mudah untuk menurunkan beberapa keping dan tetap dimakan pada waktu makan penuh selepas itu. Lama kelamaan, pengambilan roti yang berlebihan boleh menyebabkan kenaikan berat badan.
Peningkatan berat badan bukan disebabkan oleh makan roti putih. Sebaliknya, kenaikan berat badan adalah hasil daripada makan lebih banyak kalori daripada yang digunakan oleh badan kita untuk tenaga.
3. Membahayakan mikrobioma anda
Sekiranya roti putih serat rendah secara konsisten mengeluarkan gandum utuh dalam makanan, ia mungkin memberi masalah kepada mikrobioma anda, yang dikenali sebagai koloni bakteria di usus. Penyelidikan menunjukkan bahawa diet rendah bijirin dikaitkan dengan ketidakseimbangan mikrobioma. Ketidakseimbangan ini dikaitkan dengan sindrom iritasi usus dan penyakit radang usus. Di sisi lain, kajian lain menunjukkan bahawa memilih roti gandum, yang kaya dengan serat prebiotik yang memberi makan mikrobioma yang sihat, mempunyai kesan positif pada bakteria usus.
Oleh kerana mikrobioma yang berkembang dapat menyebabkan segalanya dari kesihatan mental yang lebih baik hingga pengurangan risiko penyakit jantung, adalah bijak memilih roti gandum lebih dari putih sekurang-kurangnya separuh masa.
4. Menambahkan vitamin dan mineral dalam makanan anda
Semasa proses penapisan membuang gandum dari nutrien semula jadi, kebanyakan pengeluar roti “memperkaya” nutrien ini kembali ke produk, bahkan mereka kadang-kadang berusaha lebih jauh dengan memperkuat roti dengan mikronutrien tambahan. Nutrien yang sering ditambahkan termasuk asid folik dan zat besi yang keduanya memainkan peranan penting dalam kesihatan.
Mendapatkan cukup asid folik sangat penting bagi wanita hamil. Asid folik mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf pada bayi baru lahir. Makan makanan kaya zat besi menjaga penghantaran oksigen yang optimum ke tisu dan organ anda dan melindungi terhadap anemia kekurangan zat besi.
5. Mengerakkan badan dan otak anda dengan karbohidrat
Walaupun reputasinya meragukan, karbohidrat sebenarnya bukan musuh kesihatan anda. Sebenarnya, makro yang sangat jahat ini adalah sumber tenaga pilihan tubuh yang memberikan bahan bakar kepada trilion sel anda. Sementara itu, otak bergerak terutamanya pada glukosa, bentuk karbohidrat yang paling sederhana. Oleh kerana kepingan roti rata-rata mengandungi sekitar 15 gram karbohidrat, memakannya secara berkala dapat membantu aktiviti harian anda.
Walaupun roti gandum utuh, dengan karbohidrat kompleks yang lebih memuaskan, akan membuat anda kenyang lebih lama, hidangan roti putih sesekali tidak akan merosakkan diet anda. Ada yang anda perlu percaya bahawa semua karbohidrat termasuk roti diciptakan sama, dan sama buruknya. Yang benar adalah tidak. Walaupun roti putih biasa tidak menawarkan nutrisi yang sama dengan 100% biji-bijian, ia masih boleh menjadi sebahagian dari diet yang sihat.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!