Di waktu terluang begini membuatkan ramai rakyat Malaysia menjadi semakin rajin memasak dan mencuba pelbagai resepi baharu di dapur. Memandangkan susah untuk mendapat makanan yang diinginkan, lebih baik kita buat sahaja sendiri di rumahkan?
Terbaharu, seorang ibu berkongsikan resepinya menghasilkan roti seperti di kedai Paparoti. Wah, sedap sangat ni! Jomlah kita cuba buat!
Time cuti PKP ni anak2 teringin nak makan paparoti… Gigih la mama try buat 😆
Resepi paparoti
Ads
Bahan Tepung gandum 250gm Gula 50gm Susu segar 150gm Telur kuning sebiji Mauripan 1 sudu Mentega 30gm (Semua bahan ni masukkn dlm besen kecuali mentega) Pukul semua hingga rata..Masukkan mentega … pukul lagi ..pastu uli pakai tangan sampai xmelekat..tutup ngn tuala lembab dlm 40 mnt. Lepas 40 minit.. buh sepotong mentega dalam doh (salted).. bulat2 kan..susun dlm tray. Tutup ngn kain lembab dlm 10 mnt.
Pukul mentega dgn gula sampai creamy..Masukkan telur…aduk lagi.. Masukkan air bancuhan nescaffe tadi.. aduk lagi..last sekali Masukkan tepung… Aduk rata… Siap Masukkan dlm piping beg..pipingkan dr tgh secara melengkar atas roti tadi.. bakar 170′ dlm 20 minit.. api atas bawah.. tambah 10 minit api atas utk dpt efek roti yg rangup.🤗 Siap
Kredit: juju minhad
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bila kita bersahur sudah pasti kita ingin pulun minum air dengan kandungan yang banyak. Sehingga rasa nak termuntah gara-gara untuk dijadikan bekalan bagi puasa pada hari berikutnya.
Tapi mengapa kita sering alami masalah kerap buang air kecil? Adakah lebih banyak minum air, lebih banyak yang keluar? Mungkin itu akan diperjelaskan melalui topik hari ini.
Menerusi satu hantaran oleh seorang Dr. Abud Bakri (@AbudBakri), beliau menjelaskan kebanyakan orang yang mengambil kuantiti minuman yang banyak ketika sahur akan membuatkan mereka kerap membuang air kecil beberapa jam kemudian.
Hal itu berlaku disebabkan berlakunya ‘Pengangkutan Garam-Glukosa’ atau ‘Sodium-Glucose Transporter’. Di mana usus kita mempunyai fungsi istimewa yakni membawa kandungan garam dan glukosa dan menyerap air pada masa yang sama.
Introducing Sodium-Glucose transporter
We have a special transporter in our gut that absorbs sodium and glucose together
Ada cara yang boleh memberikan anda keberkesanan untuk kekal hidrasi sepanjang berpuasa. Boleh ikuti seperti dibawah:-
Menjaga kesihatan perlulah mengikut aturan yang betul dan kita perlu bijak menguruskannya. Ingat, apa-apa yang anda lakukan perlu diperiksa terlebih dahulu!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon yang sedang popular dengan filem M4M4, Eyra Hazali mengumumkan dirinya kini hamil selepas tiga bulan menjadi isteri kepada penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Haziq Nadzli.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Eyra di saluran YouTube miliknya, dia melakukan kejutan dengan memberikan Haziq sebuah kotak yang mengandungi kit ujian kehamilan di dalamnya.
Haziq kelihatan begitu terkejut dan terharu apabila membukanya dan dia tidak henti-henti meluahkan rasa syukur di atas kehamilan ini.
Sementara itu, melalui IG Story, Eyra memohon maaf kerana terpaksa menolak tawaran berlakon dan undangan ke majlis tertentu berikutan keadaan dirinya yang kurang sihat.
“Eyra alami alahan yang sangat teruk. Bagi menjaga kesihatan, Eyra terpaksa menolak beberapa undangan. Maklumlah, ini kandungan pertama.
“Sebelum ini, Eyra tidak beritahu kerana terlalu awal selain mahu kandungan kuat. Alhamdulillah, rezeki tidak putus.
“Namun, Eyra kena beritahu perkara sebenar agar pihak produksi dan pihak lain yang berurusan dengan Eyra faham keadaan diri ini,”jelasnya.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kan? Ibu dan anak sama-sama cantik! Masing-masing punya pesonanya yang tersendiri.
Itulah kelebihan yang dimiliki Abby Abadi dan dua anak daranya Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim. Terserlah keakraban mereka setiap kali meluangkan masa bersama.
Baru-baru ini, pelakon Gerak Khas ini memuat naik satu video pendek di Instagram peribadinya.
Video tersebut memaparkan keakraban Abby bersama dua puteri cantiknya itu ketika makan bersama di sebuah restoran.
Hampir mencecah usia 19 tahun, kecantikan Dania sering meraih pujian warga maya. Biarpun bertudung labuh dan berpakaian longgar, Dania sentiasa tampil bergaya sesuai dengan usianya yang masih muda.
Bergelar anak kedua dalam keluarga, Dania memiliki perwatakan yang lembut dengan senyuman yang menawan.
Biarpun pernah terpalit dengan kontroversi tahun lalu, Dania selesa mengambil langkah ‘berdiam diri’ dan meneruskan kehidupan seperti sediakala.
Sementara adiknya Danisha, dilihat lebih low profile namun memiliki raut wajah yang ayu dan manis. Danisha merupakan anak ketiga (bongsu) dalam keluarga.
Pernah berkongsi di Instagramnya, Abby memberitahu Danisha yang digelar Baby Danisha mempunyai karakter berbeza daripada kakaknya Dania.
Kata Abby, Danisha seorang yang tidak suka bergambar. Apa pun, Dania dan Danisha dianggap bertuah kerana mewarisi kecantikan ibu mereka.
Apatah lagi, ibu kesayangan mereka itu tidak pernah membezakan kasih sayang antara anak-anak yang dianggap kesayangan dunia akhirat.
Untuk rekod, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan merupakan bekas ahli kumpulan Elite.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.