Menu makanan laut seringkali menjadi dambaan mereka yang sukakan rasa kemanisan isi ikan mahupun rasa segar isi ketam. Pun begitu, masih ramai yang tercari-cari restoran yang benar-benar memberi kepuasan dalam menghidangkan menu hidangan makanan laut.
Usah buntu mencari solusi. Ketam Viral, pakar dalam penyediaan sajian hidangan makanan laut yang merangkumi 10 hidangan ketam istimewa bakal memberi kepuasan pada lidah anda!
Terkenal dengan pilihan hidangan laut yang segar dan rasa yang memikat jiwa, Ketam Viral menghidangkan pelbagai jenis resipi dari seluruh Malaysia termasuklah Ketam Masak Iban, Ketam Masak Lomak Nogori (Ketam Masak Lemak Cili Api), Chilli Crab, Ketam Buttermilk Lurpak, Ketam Berlado, Ketam Kam Heong, Ketam Kari 21 Hari, dan juga sesuatu yang unik iaitu Ketam Juseyo (inspirasi masakan Korea), Ketam Manickam (hidangan Ketam Bunga istimewa) dan Ketam Portuguese, serta pelbagai pilihan juadah yang pasti memikat selera.
Ads
Tidak bernokhtah di situ sahaja, Ketam Viral juga turut menghidangkan menu hidangan lain yang memberi kesempurnaan gastronomi kepada anda dalam resipi Siakap Laksa Siam, Chef Rathnor’s Flower Tofu, dan Nasi Lemak Alai yang dibungkus rapi dengan daun pisang. Harga pada kesemua hidangan ini benar-benar berpatutan dan mampu milik!
Bagi penulis sendiri yang sudah merasai kelazatan hidangan Ketam Viral, penulis suka akan rasa pedas dalam menu Ketam Masak Cili, Ketam Buttermilk Lurpak, Ketam Masak Iban, Chef Rathnor’s Flower Tofu, dan Nasi Lemak Alai. Ia bagaikan sebuah hidangan yang sempurna menggabungkan kesinambungan rasa manis, pedas, masam dan masin dalam satu hidangan. Anda sendiri harus mencubanya!
Ads
Setiap masakan yang dihidangkan penuh dengan rasa magis dan kesempurnaan. Jadi tidak hairanlah setiap satu resipinya menjadi pilihan hati pelanggan yang berkunjung tiba. Menggalas tanggungjawab dalam memastikan setiap masakan memiliki rasa yang mewah, Chef Rathnor yang merupakan Naib Presiden Persatuan Chef Kedah serta mendapat pengiktirafan Pingat Kehormatan pada tahun 2019, sentiasa meletakkan mutu kualiti masakannya sebagai aspek utama.
Apa yang menariknya, Ketam Viral juga turut menyediakan khidmat Ketam Valet atau Ketam ‘Bae’ iaitu sebuah bentuk servis istimewa bagi membantu mengupas ketam tanpa merumitkan para pelanggan dan menjadikan santapan lebih mudah dan tidak dapat dilupakan!
Ads
Berlokasi di Sunway Gandaria, Seksyen 9 Bangi, Ketam Viral menawarkan ruang makan yang luas dan menarik untuk menikmati hidangan makanan laut dengan selesa. Hubungi 03-8912 2868 atau 012-580 5113 untuk maklumat lanjut layari www.ketamviral.restaurant untuk menu www.ketamviral.menu. Tempahan boleh dibuat di https://letsumai.com/widget/Ketam_Viral
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya. Begitu juga yang dipraktikkan oleh isteri jutawan kosmetik, Datin Seri Shahida yang menyuruh anak perempuan, Qadejah El Zahra baru berusia 9 tahun untuk mengenakan hijab. Dalam satu posting, Datin Seri Shahidah bersyukur kerana anaknya boleh mengikut kata dan mendengar cakap apabila disuruh bertudung.
Berbeza dengan pengalamannya dulu ketika disuruh memakai hijab oleh ayahnya. Waktu itu menurutnya beliau tidak mendengar kata sehinggalah ayahnya itu memberi arahan jika tak pakai tudung jangan keluar dari rumah.
Menurutnya lagi memang beliau bertudung apabila keluar tetapi lepas sedikit jauh dari rumah, Datin Seri Shahida akan membukanya.
Malah beliau turut berharap agar anak perempuan tunggalnya itu tidak akan mengikut kenakalan perangai ketika di zaman mudanya dalam soal berhijab.
Waktu itu zaman muda dan beliau akui mahu merasai semua pengalaman bergelar remaja yang memang menyeronokkan.
Datin Seri Shahida memberitahu dia mula berhijab seawal usia 14 tahun walaupun sebenarnya beliau teringin untuk ‘free heair’ sehingga usia mencecah 15 hingga 16 tahun.
Tambahnya ketika itu beliau sudah mengikat rambutnya lawa-lawa tetapi tiba-tiba tidak rasa untuk keluar sebab tak memakai tudung. Daripada situ beliau belajar jika sudah biasa berhijab, insya-Allah niat itu akan Allah pelihara.
Isteri ksayangan Datuk Seri Aliff Syukri turut menambah bagi yang tidak berhijab bukan bermaksud mereka tidak baik.
Malah baginya ada yang sangat-sangat baik sepanjang berkawan dengan mereka (yang tidak berhijab) ini. Cumanya belum dibukakan hati oleh Allah untuk berhijab.
Rata-rata netizen turut memberi komen yang positif dengan perkongsian yang disampaikan. Malah ada yang mengatakan Qadejah sangat comel dan iras muka ibunya apabila berhijab.
Syukur ke hadrat Ilahi kita sempat diberikan kesempatan untuk menjemput dan merasai bulan Ramadan pada tahun 2023. Ibadah berpuasa juga satu ibadah yang cukup cantik dalam pembentukkan peribadi seseorang dalam sebulan.
Sebelum berpuasa syarat sah wajib puasa adalah niat yang dilafazkan pada malam sebelumnya itu. Namun sering menjadi masalah untuk mereka yang ragu-ragu adakah perlu niat pada setiap malam walaupun sudah niat 30 hari terus?
Menjadi tanda tanya setiap kali menjelang bulan Ramadan, ianya menjadi tanggungjawab bersama untuk terus menyebarkan ilmu supaya kita bersama belajar dari membuat kesilapan.
Menurut Laman Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat beberapa pandangan mengenai isu ini daripada para ulama’. Ia terbahagi kepada dua pendapat iaitu:
Ini merupakan pendapat daripada al-Imam Zufar dan al-Imam Malik. Menurut mereka niat puasa sebulan umpama niat solat yang hanya dilafazkan pada permulaan solat. Ianya tidak perlu diulangi pada rakaat-rakaat yang lain.
Maka, ia hanya perlu dilafaz pada awal permulaan niat. Begitu juga pendapat mereka mengenai puasa yang berturutan seperti puasa kafarah dan juga puasa kafarah bagi had zihar.
Maksudnya:Barangsiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya (pada hari tersebut).
Riwayat Abu Daud (2454). Status Hadith: Sahih.
Puasa itu dilakukan pada setiap hari dan merupakan satu ibadah yang bersendiri (mustaqil). Ia tidak terikat antara satu hari bersama hari-hari yang lain. Maka, puasa hari berikutnya juga tidak rosak sekiranya pada hari ini rosak.
Ia pula berbeza berbanding ibadah solat dimana satu rakaat pertama yang terbatal, maka terbatallah keseluruhan solat itu.
Kesimpulannya, menurut pejabat Wilayah Mufti Persekutuan ia bergantung pada mazhab kita iaitu mazhab al-Syafi’ie dimana perlulah dibaca niat pada setiap malam untuk berpuasa. Tetapi tiada masalah untuk niat sebulan cuma ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk menjaga ibadah puasa anda.
Tak dinafikan agak sukar untuk mereka yang mempunyai berat badan berlebihan mahu mendapat berat ideal. Lebih-lebih lagi apabila sukar membendung nafsu makan terutama jika melihat pelbagai sajian menyelerakan di atas meja.
Namun itu semua tidak jadi masalah jika kita berazam atau target untuk mendapat berat ideal. Seperti perkongsian mudah wanita ini, Sophia Safian yang hanya mengamalkan diet dengan makan pisang sebelum mengambil apa-apa makanan.
Menurut Sophia selepas melahirkan anak ketiganya dia mengalami pertambahan berat badan mendadak sehingga mencecah 90 kg. Oleh kerana mempunyai rangka besar agak sukar untuknya mendapat berat ideal. Paling terbaru dia berjaya lenyapkan 40 kg dalam masa 8 bulan setelah mengamalkan diet seimbang.
Kebetulan pula teman baiknya mengajak dia untuk sama-sama kurus sebelum raya tahun ini. Dengan ajasan teman baiknya itu, Sophia kemudiannya menjalani diet makan pisang selama 2 minggu. Selepas itu memang ketara perbezaannya. Tubuhnya nampak sedikit kurus dan susut.
Menurutnya juga sebelum memulakan diet pisang ini, dia bukan jenis orang yang secara membuta tuli berdiet. Sebaliknya dia membuat research terlebih dahulu apa berkaitan diet pisang ini.
Malah dia turut mengkaji apa yang menyebabkan dia tidak gembira selama ini dan salah satu puncanya adalah kerana bertubuh gemuk. Dan setelah membuat research tentang pisang yang merupakan makanan penghuni syurga seperti yang disebut dalam Al-Quran, barulah dia mengamalkan diet ini.
Sophia memilih pisang selain kurma, buah tin dan anggur kerana buah ini tidak bermusim dan mudah untuk didapati.
Menurutnya dia menggunakan kaedah diet pisang ini setelah terbaca satu aritkel di mana seorang pharmacist dari Osaka, Jepun, Sumiko Watanabe yang mencipta diet sarapan pagi dengan pisang untuk suaminya Hitoshi Watanabe.
Rupanya method diet pisang ini pernah jadi viral pada 2008 di Jepun kerana suaminya berjaya menurunkan berat badan sehingga 16.8 kg. Dan ketika itu sesiapa yang merasakan dirinya gemuk telah pergi membeli pisang dengan banyaknya.
Berbekalkan disiplin dan komited dengan apa diusahakan, Sophia Safian berjaya menghilangkan 30 kg dalam masa 4 bulan. Sebelum itu dia mempunyai berat 90 dan kini beratnya sekitar 63 kg. Paling terkini ketika ditimbang sekitar Mac lalu, beratnya sudah mencecah 59.95 kg.
Semoga tercapai impian Sophia untuk mendapat berat ideal sebelum menjelang Syawal tahun ini. Dan bagi sesiapa yang mahu mengamalkan diet sihat boleh cuba cara yang dilakukannya.
Assalamualaikum salam pagi Ahad semua!
Okey lah memandangkan entri hakak semalam sampai ada yang pm inbox tanya hakak makan pisang apa, nahh pagi ni hakak tempek gambar rupe pisang yang hakak amalkan untuk DIET PISANG 12 HARI.
JENIS PISANG: CAVENDISH (Bahasa Melayu tak tau pisang ni depa panggil pisang apa)
Yang buat hakak ni sanggup nak mengeksperimen DIET PISANG ni bila hakak ade terbaca seorang Pharmacist dari Osaka, dia yang create MORNING DIET BANANA untuk husband dia nama Hitoshi Watanabe.
Method MORNING DIET BANANA (12 Days Banana Diet) pernah VIRAL tahun 2008 sehingga Jepun pernah pecah rekod shortage of banana tahun tersebut gara-gara si suami Hitoshi Wanabe tu tadi berjaya turun berat badan sehingga 16.8 kg. So masa tahun tu semua yang merasakan diorang “GEMUK”, semua pakat memborong pisang cavendish gara-gara teruja nak kurus macam Hitoshi. Memang terujaaa beb baca, nak tau lebih lanjut korang boleh google jer.
1. Minum 200ml air masak suam (fungsi untuk detox dan tidak lah mengejut buah pinggang awak tiba2 nak kena proses air manis dulu)
2. Makan 2 biji pisang dan minum secawan air masak suam (nanti korang akan rase macam kembang je dalam perut tu sbb pisang kaya dengan fiber)
3. Sarapan pagi boleh apply diet atkins jika perlu. Hakak pulak selang seli kan makan sosej goreng/omellete/roti wholemeal + salad + mayo
1. Sebelum makan tengahari makan dulu 1 atau 2 biji pisang lagi (supaya awak tak rasa nak makan banyak pun waktu tengahari)
2. Boleh apply diet atkins jika perlu. (Tapi hakak ni anak dah 3 ada anak kecik lagi umur 3 tahun so kalau tak makan nasi hakak boleh menggigil. Jadi hakak limitkan makan nasi hanya setengah senduk, 1/2 pinggan WAJIB lauk sayur/ulam + 1/4 lagi ayam/ikan bakar)
1. Boleh apply diet atkins jika perlu (hakak pulak petang2 macam ni hakak suka makan biskut Weetameal, so bila perut dah rasa kembang hakak stop makan biskut. Ataupun petang2 hakak suka makan sup sayur/tomyam sayur, nasi seboleh2nya elakkan).
2. Then malam sebelum tidur makan lagi sebiji pisang.
**Mesti minum air putih banyak, nak tahu berapa jumlah liter sehari korang patut minum, setiap 25kg jisim berat badan memerlukan 1 liter air sehari. So kalau berat korang 50kg, minum 2 Liter atau lebih pun tak pe. If berat 75kg mesti minum 3 Liter air atau lebih. Selamat mencuba!
Tetapi sebelum itu, Sophia juga turut memberi beberapa tip ekstra jika mahu cepat kurus perlu ada teman yang boleh diajak bersama-sma mengamalkan diet ini.
TIPS PERUT KEMPIS: Rajin-rajinlah amalkan minum air lemon suam waktu pagi dan bila-bila masa saja (tidak campur gula). In shaa Allah perut korang akan kembali flat walaupun sebelum ni lepas beranak perut menggeleber jer.
Nak lagi bagus campurkan dengan halia boleh buang angin dalam badan, sebab bila kita tengah diet ni tak mustahil angin mudah masuk badan sebab kita kurang makan. Alang-alang nak kurus & cantik tu, tak rugi kalau amalkan penjagaan kesihatan dalaman & luaran. Baru lah lengkap. Seminggu sekali boleh amalkan juga minum air manjakani (tips mengikat hati suami )
Selamat mencuba!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Garam Celtic ketika puasa dikatakan boleh kurangkan rasa haus, tetapi benarkah ia berkesan? Ketahui penjelasan doktor dan fakta sains sebelum anda mengamalkannya sepanjang Ramadan.