Tak guna jika seseorang wanita itu yang muka cantik tetapi mempunyai bau badan yang tidak menyenangkan. Jika tidak diatasi akan menyebabkan rakan-rakan rasa tidak selesa untuk berdampingan. Dalam dunia serba moden ini, pendekatan menggunakan media sosial boleh digunakan untuk menegur dengan kongsi mana-mana tweet yang ada memberitahu mengenai masalah ini. Tetapi jangan sesekali tag nama orang berkenaan kerana bimbang dia berkecil hati. Doakan sahaja tweet kita lalu di timeline mereka.
Seperti perkongsian dari pengguna twitter menggunakan nama akaun @reenarazak ini yang memberitau penggunaan produk untuk mereka yang mempunyai masalah bau badan teruk.
Sebaik sahaja tweet di laman sosial, mendapat respon positif dari orang lain. Malah ada yang turut berkongsi penggunaan produk lain yang digunakan.
Sesuai untuk hijabi atahu niqabi yang tak mahu wangi dan elak fitnah. Boleh juga hilangkan bau kaki.
Perkongsian dari netizen lain yang telah gunakannya. Sudah lama mereka menggunakannya dan cadangkan untuk mereka yang mempunyai bau badan yang kuat untuk mencubanya.
Ads
Guna sejak sekolah dan telah kenalkan pada teman-teman lain.
Rokemen 100 peratus kerana tahan lama, selesa dan memberi kesegaran berpanjangan.
Ads
Dah guna setahun lalu. Ada juga satu family yang gunakan jenama ini sebab ‘abah’ akan beli berbotol-botol.
Sangat sesuai untuk kulit sensitif. Sesuai juga pakai di kaki. Digalakkan pakai selepas mandi.
Untuk yang nak berjogging juga digalakkan membawanya.
Jangan main-main ya dengan bucu tudung yang crumple dan tak terbentuk dengan elok. Bagi wanita berhijab kalau tudung tak ‘on point’ boleh rosakkan mood sepanjang hari tau!
Terutamanya, bila hijabi nak menghadiri majlis-majlis penting atau keramaian yang pastinya akan ada banyak sesi bergambar untuk disimpan sebagai kenangan. Kalau tudung buat hal time tu memang nahas.
Justeru, jom cuba gunakan dua teknik mudah ini, agar tudung hijabi kekal ‘on point’ walaupun ditiup angin taufan sekalipun.
Tip penggunaan hair spray ini dikongsikan oleh jurusolek terkemuka, Dato’ Alha Alfa sewaktu menatarias Ayda Jebat di hari pernikahan beliau.
Menurutnya, masalah utama yang acapkali dihadapi oleh peminat tudung bawal, khususnya tudung bawal jenis kain Satin Silk adalah kekangan untuk mengekalkan awning tudung terletak sepanjang hari. Ini kerana materialnya lebih nipis berbanding tudung lain.
Sehubungan itu, penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan menggunakan hair spray yang sesuai. Terdapat pelbagai variasi dan ketahanan pada setiap hair spray yang membuatkan ia berbeza antara satu sama lain.
Oleh itu, hijabi disarankan untuk memilih hair spray yang mempunyai klasifikasi Extra atau Strong Hold, tanpa mengira jenama. Kerana hanya hair spray jenis ini akan membantu awning tudung bawal sis bertahan lama. Jenis lain belum tentu tau, jadi hati-hati memilih hairspray ya.
Selain dari guna hair spray, satu lagi tips yang berkesan untuk anda mendapatkan tudung yang terbentuk elok, adalah dengan menggunakan kanji untuk mengeraskan tudung atau lebih dikenali sebagai (hijab starch).
Kelebihan menggunakan kanji pada tudung ni, selain membuatkan awning tudung bawal anda kekal terpacak, hijab starch ni baunya pun lebih wangi, dan sudah tentu amat mudah untuk digunakkan!
Hijabi hanya perlu semburkan kanji tudung beberapa kali sebelum gosok tudung anda tu, tapi cara nak apply kanji tu pun kena betul tau, barulah dapat kesan yang baik bila pakai tudung bawal nanti.
Pertama, laraskan suhu seterika mengikut jenis material tudung yang anda ingin gayakan samada, Satin, Viscose, Cotton, Chiffon atau Moss Crepe agar suhu seterika bersesuaian, barulah tudung tak mudah terbakar.
Kedua, sebelum sembur kanji tudung tu, goncang botol kanji tu terlebih dahulu, biar larutan kanji tu sebati, kemudian semburkan pada jarak 6 hingga 7 inci di bahagian dalam awning tudung.
Ketiga, bila dah sembur bolehlah sis mula menggosok tudung secara rata guna seterika. Dah siap gosok, dijamin mudah untuk anda bentukkan awning tudung bawal anda tu dan gayakannya mengikut citatasa masing-masing.
Menurut istilah fikah, aurat ialah bahagian tubuh badan yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan. Dinamakan aurat kerana mendedahkan dan melihatnya adalah sesuatu yang tercela.
Aurat ialah bahagian yang menjadi aib pada tubuh badan yang wajib ditutup dan haram dilihat oleh orang lain. Memakai pakaian yang menutup aurat ketika mengerjakan solat menjadi syarat solat diterima oleh Allah SWT.
Bagi lelaki, aurat yang wajib ditutup ialah kawasan di antara pusat dan lutut. Aurat perempuan pula meliputi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Aurat berasal daripada perkataan Arab, “عورة” yang bermaksud keaiban.
Allah berfirman:
Wahai Nabi, suruhlah isterimu, anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya; yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Walaupun tidak datang nas dalam al-Quran yang menghadkan aurat lelaki dan memerintahkannya menutupnya, namun harus difahami akan perintah kepada wanita agar tidak melihat aurat lelaki kerana pada bahagian tubuh lelaki tetap ada tempat yang tidak boleh dilihat.
Ia juga adalah aurat yang harus ditutup daripada pandangan orang lain.
Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut dan demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian
– Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi
Menurut mazhab Syafi’e aurat lelaki sesama lelaki dan perempuan dengan perempuan adalah di antara pusat hingga lutut sahaja.
Bagi menerangkan tentang aurat wanita ini, ada beberapa keadaan yang perlu difahami oleh setiap orang. Ini kerana setiap keadaan akan memberikan hukum yang berbeza.
Keadaan-keadaan tersebut adalah seperti di bawah?
Aurat wanita ketika solat adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Wanita boleh bersolat tanpa memakai telekung solat, asalkan pakaian yang dipakainya menutup aurat dan boleh untuk bersolat.
Asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah di antara pusat dan lutut. Walau bagaimanapun, menutup bahagian-bahagian tertentu badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri adalah lebih baik dan dapat menjaga maruah. Justeru, sebaik-baiknya berpakaian sempurna walaupun bersama mahram. Seorang wanita harus berasa malu dan hormat pada mahramnya, terutama kepada ayah, abang dan adik lelaki.
Aurat wanita dengan suaminya ialah tidak ada batas. Tidak ada sebarang hijab di antara suami dan isteri. Jika sebelum bernikah mereka dibatasi dan diperintah menutup aurat supaya dapat mencegah fitnah dan masalah, maka setelah dinikahkan dengan sah, mereka tidak mempunyai batas antara satu sama lain lagi.
Aurat perempuan kepada lelaki yang bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangannya.
Firman Allah SWT dalam surah an-nur:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepada mereka
– An Nur 24:31
Sayidatina Aisyah r. anha pernah menceritakan bahawa pada suatu hari kakaknya iaitu Asma’ binti Abu Bakar r. anha datang sedangkan dia berpakaian nipis (jarang).
Rasulullah SAW terus berpaling muka dan bersabda:
Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini. (Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya)
Sesetengah ilmuwan dari pandangan mazhab lain berpendapat suara wanita juga adalah aurat. Namun yang jelas mazhab Shafie yang menjadi ikutan majoriti umat Islam di negara Asia tidak meletakkan bahawa suara wanita adalah aurat.
Tidak ada dalil al-Quran serta al-hadis mengatakan bahawa suara wanita itu aurat. Mazhab syafie dan lain-lain berpendapat bahawa suara perempuan adalah bukan aurat kerana perempuan boleh berjual beli dan memberi keterangan sebagai saksi di hadapan hakim.
Selain itu Isteri-isteri nabi SAW ada yang meriwayat hadis dan mereka juga bercakap-cakap dengan lelaki sedangkan diantara mereka itu terdapat lelaki yang bukan mahramnya.
Wanita boleh memakai apa sahaja pakaian, asalkan pakaian tersebut mengikut peraturan yang sudah ditetapkan oleh Islam. Sebagai seorang wanita yang mempunyai harga diri dan maruah yang tinggi, mereka seharusnya belajar dan mengetahui cara sebenar menutup aurat.
Mahram bagi wanita adalah mereka yang boleh memandangnya, berdua dengannya, melakukan safar (perjalanan) bersama, diharamkan bernikah dengannya untuk selamanya dengan sebab fitrah yang menjadikannya mahram.
Tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita kerana hukum menutup aurat.Bagi mereka yang belum mampu dan belum mahu walaupun telah tahu, maka carilah dorongan, peringatan dan panduan untuk mendidik diri agar dapat melawan kedegilan nafsu bagi mematuhi perintah Allah.
Pernah tak anda lihat di sosial media, tidak kira Tiktok mahupun Youtube, di mana pernah tular tren minum air yang di panggil sebagai ‘Thick water‘. Tapi apakah itu ‘Thick water‘?
Menurut Carewell, terdapat seramai 13 juta penduduk di Amerika yang mengalami kondisi kesukaran untuk menelan. Wujudnya ‘Air Pekat’ atau Thick water adalah untuk memberikan penghidap kondisi ini kekal hidrat.
‘Thick water‘ adalah air yang di cipta khusus untuk penghidap disfagia (kesukaran menelan). Air ini boleh di beli secara terus di kedai ataupun boleh juga di buat sendiri di rumah dengan menggunakan bahan pemekat.
Kenapa perlu pekat dan likat? Hal ini kerana dengan menambah kelikatan pada cecair normal, seperti air minuman, ia akan lebih memudahkan bagi proses menelan.
Bagi orang yang semakin meningkat usia, deria muntah mereka akan menjadi lebih sensitif atau mempunyai masalah dari segi neurologi di mana mereka mengalami kesukaran untuk makan dan minum. Thick water membantu mereka untuk kekal hidrat serta menghalang cecair daripada memasuki trakea (saluran udara ke paru-paru) serta melancarkan proses pencernaan.
Tidak semua orang memerlukan Thick water ini kerana ia di buat khusus untuk mereka yang mengalami kondisi sukar untuk menelan. Kondisi ini di diagnosis oleh ahli patologi pertuturan bahasa.
Bagi mengenal pasti sama ada ahli keluarga kita menghidap kondisi ini, pakar akan menilai struktur muka dan mulut mereka ketika sedang minum dan makan. Jika dari pemerhatian itu tidak memberikan banyak informasi, mereka akan menggunakan endoskopik (FEES) atau menelan barium yang di ubah suai (MBS) untuk membuat penilaian.
Kebiasaannya, kondisi yang menyebabkan kesukaran untuk menelan adalah juga termasuk:-
Ada juga yang mengalami kesukaran untuk menelan jika mereka menghidap penyakit dari aspek neurologi seperti Parkinson, Alzheimer, atau Demensia.
Rasa Thick water hampir sahaja sama dengan air biasa yang kita minum. Cuma perbezaannya yang jelas adalah melalui konsistensinya. Ramai yang membandungkan kelikatan air Thick water ini umpana gel aloe vera.
Jika anda tuang Thick water, ia mudah sahaja tetapi bila ia di dalam mulut, rasanya lebih pekat. Di sebabkan kelikatan yang berganda berbanding air biasa, ramai orang menjadi kenyang lebih cepat daripada biasa. Untuk membuat air biasa kepada likat juga mudah kerana terdapat beberapa bahan yang membantu untuk melikatkan air.
Thick water ini mempunyai beberapa jenis kandungan yang membuatkan lagi airnya menjadi likat. Oleh sebab itu, ia terbahagi kepada dua kategori yang berbeza seperti:-
Kanji adalah serbuk putih yang mempunyai rasa yang tawar namun ia cepat larut ke dalam pelbagai cecair. Walaupun ia mudah untuk di bancuh tetapi ia memerlukan penggunaan dengan kadar segera. Jika di biarkan ia akan menjadi lebih likat dan sukar untuk di telan.
Sumber gambar dari Sinful eyes via Foter.com
Bukan getah yang sering kita gunakan untuk mengikat bungkusan makanan tetapi getah yang diperbuat dari produk semula jadi seperti Xanthan, iaitu sejenis gula yang telah di tapai. Berbeza dari kanji, ia mempunyai kebarangkalian untuk bergumpal, jadi sangat penting untuk peka dalam membancuh.
Konsistensinya akan kekal sama dari semasa ke semasa, jadi anda boleh sahaja menyejukkan atau menyimpannya untuk di gunakan kemudian.
Walapun begitu, jika anda ingin cuba untuk menggunakan salah satu pemekat cecair ini, anda perlu cuba satu demi satu. Ini membolehkan anda kenal pasti campuran mana yang bersesuaian.
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.